Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 Tunjang Tajuk Sub tajuk : : : Kemahiran Olahraga Acara Padang / Lompat Tinggi Gaya Fosbury

Flop Fasa 1. Lari Landas 2. Lonjakan 3. Layangan 4. Mendarat Objektif : Di akhir pengajaran,murid dapat Psikomotor : Dapat melakukan larian landas, lonjakan, layangan dan pendaratan yang betul dalam teknik lompat tinggi gaya Fosbury Flop dengan betul dan selamat. Kognitif Afektif ABM : 1.Tilam mendarat 2.Tiang dan palang 3.Skital : Mengenali otot-otot utama bagi menghasilkan lonjakan yang kuat. Mengetahui beberapa aktiviti kelenturan yang dapat meningkatkan prestasi lompatan. : Mengamalkan sikap bertolak ansur dan kerjasama.

Aktiviti 1. Fasa 1.1 Fasa penujuan Larian landas

Butiran Mengajar Pelompat bersedia disebelah kanan atau kiri mengikut kesesuaian diri. Pelompat mengambil sembilan hingga sebelas langkah larian di mana empat atau lima langkah terakhir itu dalam larian adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

Organisasi / Ilustrasi

1.2 Fasa Lonjakan

Tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila menjejak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

1.3 Fasa Layangan

Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang ( memandang palang ) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan disisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikkan badan akan membantu bahagian punggung melepasi palang. Setelah melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskankan dan diangkat tegak ke atas supaya kaki tidak tersangkut pada palang.

1.4 Fasa Pendaratan

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas belakang badannya.

2. Ansur Maju 2.1 Lengkungan larian Murid melakukan larian di celah skital atau dalam bentuk 8 dengan menitikberatkan kecondongan badan ketika membelok. Sebelum membuat larian landas. Pelompat perlu menandakan garis mula lengkungan larian dan garis lonjakan. Berdiri hampir dengan palang dan melakukan lompat gunting setinggi paras peha. Susun tilam setinggi paras dada. Berdiri statik membelakangkan tilam. Bengkokkan lutut hayun tangan ke atas dan lonjak ke belakang sambil meledingkan badan. Apabila murid sudah mahir kurangkan jumlah tilam. Tandakan lengkungan dan titik permulaan. Gunakan 5 atau 7 langkah dengan lutut tinggi pada permulaan penujuan. Lakukan lonjakan dengan ledakan yang kuat pada aras pinggang. Melakukan lompat tinggi Gaya Fosbury

2.2 Lengkungan larian dengan Lonjakan 2.3 Lompat gunting

2.4 Deburan berdiri

2.5 Deburan dari lutut tinggi

2.6 Urutan keseluruhan

Flop sebenar. PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 Tunjang Tajuk Sub tajuk : : : Kemahiran Olahraga Acara Padang / Lompat Tinggi Gaya Pelana Fasa : 1. Larian landas 2. Lonjakan 3. Layangan 4. Pendaratan Objetif : Di akhir pengajaran,murid dapat Psikomotor : Kognitif Afektif ABM : 1. Tilam mendarat ,Tiang dan palang ,Skital : : Dapat melakukan larian landas, lonjakan, layangan dan pendaratan yang betul dalam teknik lompat tinggi gaya pelana dengan betul dan selamat. Mengenali otot-otot utama bagi menghasilkan lonjakan yang kuat. Mengetahui beberapa aktiviti kelenturan yang dapat meningkatkan prestasi lompatan. Mengamalkan sikap bertolak ansur dan kerjasama.

Aktiviti 1. Fasa 1.1 Fasa Penujuan Larian landas

Butiran Mengajar Pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30 45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

Organisasi / Ilustrasi

1.2 Fasa Lonjakan

Sebaik kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang.

1.3 Fasa Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya. Badan bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. 1.4 Fasa Pendaratan Pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian badan

2. Ansur Maju 2.1 Lengkungan larian Murid melakukan larian di celah skital atau dalam bentuk 8 dengan menitikberatkan kecondongan badan ketika membelok. 2.2 Lengkungan larian dengan Lonjakan Sebelum membuat larian landas. Pelompat perlu menandakan garis mula lengkungan larian dan garis lonjakan.

2.3 Lompat Pelana Berdiri hampir dengan palang dan melakukan lompat pelana setinggi paras peha.

Anda mungkin juga menyukai