Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Asas - Menghantar Bola

Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang berada
pada kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama membuat
serangan. Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan sama ada dua
belah atau pun sebelah. Penerima juga akan menerima bola menggunakan tangan.
Terdapat tiga jenis hantaran dalam sukan ragbi, iaitu seperti berikut :1.

Hantaran Pendek Searas :

Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang berada pada
posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk menerima bola. Searas
bermaksud pada ketinggian yang sama antara penghantar dan penerima bola,
biasanya antara lutut dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam
kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara penghantar dan
penerima harus ada persefahaman.
2.

Hantaran Scrum-half :

Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah, sama ada daripada scrum,
ruck, atau maul atau line-out. Hantaran ini biasanya dilakukan oleh scrum-half yang
sememangnya ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half dan
stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan pantas, dengan
menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima. Pemain lain juga harus dapat
melakukan hantaran cara ini.
3.

Hantaran Scrum-half ( Terbang ):

Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk bola di atas tanah.
Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola pada jarak yang agak jauh tetapi
terpaksa dilakukan dengan pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil
menerbangkan badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini
walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.
4.

Hantaran Spin

Menerima atau Menangkap Bola


Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi. Setiap
pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi atau keadaan.
Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan memudahkan strategi
dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola sering di gabungkan sebagai
satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah berbeza.
1.

Tangkapan Daripada Hantaran Rakan :

Penerima dan penghantar hendaklah dapat membaca perlakuan atau tindakan


rakan. Penerima hendaklah menumpukan perhatian kepada penghantar di samping
menempatkan diri pada kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus
menghulurkan tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola
datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak yang sesuai.
2.

Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan :

Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam permainan ini, pemain
lawan sering melakukan tendangan tinggi, sama ada ketika menyerang atau
bertahan. Untuk menangkap bola tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu
kakinya ke hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan
hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik sahaja berjaya
ditangkap.
3.

Tangkapan bola rendah :

Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada hantaran rakan dan
lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan dan
membengkokkan lutut. Pemain menangkap bola daripada kedudukan tangan yang

dikeluarkan ke arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau
dada untuk pergerakan selanjutnya.
4.

Tangkapan Bola Di atas Tanah :

Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada dalam kedudukan
berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan mencedok bola dengan tangan yang
hampir dengannya kepada tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola.
Pemain boleh memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan bola.

Berlari

Berlari dalam permainan ragbi bermaksud pemain berlari sambil membawa bola.
Keupayaan melakukan pecutan merupakan kelebihan kepada seseorang pemain
ragbi. Selain daripada berlari lurus,pemain diharapkan dapat berlari dalam pelbagai
hala (zig-zag) untuk melakukan serangan dan dapat mengelakkan diri daripada
dijatuhkan lawan.

1.

Berlari Membawa Bola Dalam Dua Tangan :

Dengan memegang bola pada kedua-dua belah tangan, pemain mempunyai tiga
pilihan apabila dihalang atau cuba dijatuhkan lawan,iaitu terus berlari,membuat
hantaran pantas dan menendang bola itu. Yang penting dia dappat berlari dan
memperoleh kelebihan kawasan sebelum dia dihalang atau di jatuhkan lawan jika
dia tidak dapat melakukan tiga pilihan tadi. Pemain hendaklah memegang bola pada
bahagian tepi nya dengan jari diregangkan. Pemain juga hendaklah tentukan arah
larian yang akan ditujunya.

Kemahiran Tendangan

Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi semua


pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat atau tujuannya.

Antara tujuan melakukan tendangan ialah:


Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan
Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan.
Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan mengejarnya dan
seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan.
Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty ataupun
conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.

Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:

Tendangan lepas (Punting):


Dilakukan untu mendapatkan kelebihan kawasan dan memberi masa
kepada rakan mengejar bola semasa serangan. Cara melakukan tendangan
ini ialah dengan memegang bola pada kedua-dua tangan. Apabila pemain
bersedia untu membuat tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa
yang sama menendang ke arah yang di tuju.

Tendangan lantun (dropped kick):

Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke tanah, lalu


menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah. Tendangan ini harus dilakukan
dengan pantas kerana kemungkinan lantunan itu tidak menepati arah yang
dikehendaki. Tendangan ini digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata,
memulakan permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan
bola dari kawasan permainan.

Anda mungkin juga menyukai