Anda di halaman 1dari 8

GRAF GERAKAN LINEAR

GRAF SESARAN - MASA

Kecerunan graf = halaju objek

GRAF HALAJU - MASA

2.2 INERSIA
- merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang
sebarang perubahan keadaan asal gerakannya, sama ada keadaan pegun atau
keadaan bergerak.
Situasi tentang inersia
KEADAAN ASAL OBJEK: PEGUN

- apabila kadbod disentap (tarik serta merta) secara mengufuk (horizontal), duit
syiling akan
terjatuh ke dalam gelas.
- inersia duit siling menentang perubahan keadaan asalnya, iaitu keadaan pegun.
Oleh itu ia
tidak bergerak bersama kepingan kadbod lalu jatuh ke dalam gelas kerana daya
tarikan
graviti.

sedang bergerak
secara tiba-tiba

KEADAAN ASAL OBJEK: BERGERAK

berhenti

- apabila sebuah kereta bergerak, pemandu dan penumpang juga bergerak


bersama-sama.
- apabila kereta itu di perlahankan atau berhenti secara tiba-tiba, pemandu dan
penumpang
akan terhumban ke hadapan.
- inersia pemandu dan penumpang itu menentang perubahan keadaan asalnya
iaitu keadaan
bergerak. Oleh sebab itu mereka meneruskan pergerakkan ke hadapan.

APPLIKASI KONSEP INERSIA.

A
C

B
D

A - Sos cili lebih mudah keluar daripada botol jika botol digoncang ke bawah
dengan kuat
dan dihentikan secara mendadak.
- Sos cili dalam botol itu cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak
ke bawah
apabila botol dihentikan secara tiba-tiba.

B - Payung diputarkan laju untuk menanggalkan titisan air di permukaannya.


- Titisan air cuba mengekalkan keadaan asalnya pegun apabila payung
diputar.

C - Budak lelaki berlari secara zig-zag (lintang pukang) ketika dikejar oleh lembu.
- Jisim lembu yang besar maka inersianya juga besar, menyukarkannya
mengubah arah
gerak secara pantas.

D - Bahagian pemegang tukul dihentakkan ke lantai/permukaan yang keras


untuk
mengetatkan kepala penukul yang longgar.
- Kepala penukul cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak ke bawah
apabila
pemegangnya terhentak ke tanah yang keras.

KAEDAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INERSIA.

A Penggunaan beg udara dan tali pinggang keledar


Beg udara akan mengembang apabila berlaku perlanggaran.
Pemandu dan penumpang yang cuba mengekalkan keadaan asalnya yang
bergerak akan terhumban ke hadapan.
Beg udara akan menghalang mereka daripada terhentak ke stering atau cermin
kaca dan ini membantu mengurangkan kecederaan mereka.
Tali pinggang keledar pula menghalang mereka daripada terhumban ke hadapan.
B Mengangkut barangan berat menggunakan lori.
Muatan mesti diikat kuat supaya tidak jatuh semasa lori berhenti atau mula
bergerak.
Barangan yang berat cuba mengekalkan keadaan asalnya samada pegun atau
bergerak menyebabkan ia terjatuh apabila lori mula bergerak atau berhenti.

Anda mungkin juga menyukai