Anda di halaman 1dari 13

HASIL PEMBELAJARAN  MENERANGKAN DEFINISI INERTIA  DEFINISI HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA  MENGHUBUNGKAIT JISIM DENGAN INERTIA  MEMBERI

CONTOH SITUASI  MENGHURAIKAN KESAN INERTIA  MENYENARAIKAN KAEDAH MENGURANGKAN KESAN INERSIA

1.

Inersia merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak. Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan pertama. Hukum gerakan pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akankekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut. Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun dan memerlukan satu daya luar untuk menggerakkan objek itu. Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus dan memerlukan daya luar bagi mengubahkan keadaan objek tersebut.

Kesilapan Umum Pelajar Kesilapan : Suatu objek yang sedang bergerak memerlukan satu daya untuk meneruskan gerakannya. Sebenarnya : Jika tiada daya luar, biasanya daya geseran yang menentang gerakan objek itu, objek itu akan terus bergerak dengan halaju seragam. Kesilapan : Sesuatu objek adalah pegun sekiranya tiada daya luar yang bertindak ke atasnya. Sebenarnya : Objek itu mungkin sedang bergerak dalam halaju seragam

2.

3.

4.

5.

1.Rajah menunjukkan neraca inersia yang digunakan untuk menentukan hubung kait antara jisim dengan inersia. 2.Bilah keluli atau bilah gergaji disesarkan sedikit secara mengufuk dan dilepaskan. 3.Pemberat yang berada pada hujung neraca itu akan berayun dan tempoh ayunan boleh ditentukan dengan bantuan jam randek. 4.Pemberat sentiasa berubah dari keadaan pegun ke keadaan bergerak dan sebaliknya, apabila neraca inersia berayun. 5.Semakin besar inersia sesuatu pemberat, semakin susah pemberat itu mengubahkan keadaan pegun atau gerakannya. 6.Ini menyebabkan neraca itu berayun dengan semakin perlahan dengan tempoh yang lebih besar.

KESAN INERSIA

Situasi 2 Apabila botol sos tomato itu digerakkan secara cepat ke arah makanan, sos tomato di dalam botol turut bergerak bersama. Apabila botol diberhentikan secara tiba-tiba, sos tomato do dalamnya akan dipaksa keluar. Inertia sos tomato itu menentang perubahan keadaan asalnya iaitu, keadaan bergerak. Dengan itu, sos tomato terus bergerak sehingga keluar dari botolonya..

Situasi 3
Apabila lori bergerak, tangga di atas lori tersebut juga bergerak bersama-sama. Apabila lori itu berhenti dengan tiba-tiba ketika melanggar kereta di hadapan, tangga di atas lori terhumban ke hadapan. Inersia tangga itu menentang perubahan keadaan asalnya, keadaan bergerak. Dengan itu, tangga meneruskan gerakannya ke hadapan.

Situasi 4
Apabila buku di tengah satu longgok disentap, buku yang lain di atasnya akan jatuh ke bawah. Inersia buku-buku di atas yang pegun, menentang perubahan dalam keadaan pegun, maka apabila buku di tengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak bersama.

1.Seekor kucing mengeringkan bulunya yang basah

dengan menggerakkan badannya dengan cepat. 2. Selepas badan kucing itu berhenti bergerak, air yang berada di atas badan akan terus bergerak kerana sifat inersianya. 3. Dengan itu, air akan terlepas dari bulu badan kucing.

1.Payung dapat dikeringkan dengan memutarkannya dengan tangan. 2.Apabila payung diputarkan, titisan air pada permukaanya bergerak bersama. 3.Apabila payung dihentikan dengan tiba-tiba, inersia titisan air menyebabkan titisan air terus bergerak dan meninggalkan payung.

1.Penumpang dalam kereta terhumban ke belakang apabila kereta yang pegun memecut dengan mendadak. Penumpang pada awalnya dalam keadaan pegun. Apabila kerata memecut, inersia penumpang cuba mengekalkan gerakannya.

2. Penumpang dalam kereta terhumban ke hadapan apabila kereta sedang bergerak berhenti dengan mendadak. Penumpang pada asalnya sedang bergerak. Apabila kereta berhenti dengan mendadak, inersia penumpang cuba mengekalkan gerakannya.

3.Bagi mengurangkan kesan inersia, alat-alat yang berikut boleh dipasangkan pada kereta: Tali pinggang keledar yang mengikatkan penumpang pada kerusi akan mengelakkan penumpang daripada terhumban ke hadapan. Beg udara. Dalam masa singkat semasa perlanggaran, beg udara dipasangkan di bahagian hadapan penumpang untuk melindungi penumang daripada berlanggar dengan bahagian depan kereta.

Latihan

Soalan

1. Terangkan mengapa a) lori yang penuh dengan muatan mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti. b) kereta api memerlukan satu jarak yang jauh untuk berhenti. c) pelantar gerudi minyak dibina daripada tiub-tiub keluli yang menyambungkan pelampung-pelampung besar ke dasar laut.

JAWAPAN

1. a) Jisim lori yang penuh dengan muatan adalah besar. Oleh itu, inersianya besar. b) Jisim kereta api adalah besar dan mempunyai inersia yang besar. c) Tiub-tiub keluli mempunyai jisim yang besar. Oleh itu, pelantar minyak tidak mudah digerak oleh arus air. SOALAN 2 2. Sebuah kereta mainan yang membawa sebuah kotak pensel bergerak ke arah sebuah penahan yang pegun. a) Nyatakan apa yang akan berlaku kepada kotak pensel apabila kereta mainan itu berlanggar dengan penahan itu. Mengapa? b) Banding kesan yang akan diperhatikan jika kereta mainan itu bergerak dengan halaju yang lebih tinggi.

JAWAPAN2

2. a) Kotak pensel akan terhumban ke hadapan. Sifat inersia kotak pensel yang pada asalnya dalam keadaan bergerak mengekalkan gerakannya walaupun kereta telah dihentikan. b) Kotak pensel itu akan bergerak dengan halaju yang lebih besar dan terjatuh pada jarak yang lebih jauh dari penahan.

Anda mungkin juga menyukai