Anda di halaman 1dari 12

Bincangkan punca kejang otot dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh atlet

untuk mengurangkan risiko mengalami kejang otot.


Salam dan salam sejahtera,
Bagi golongan atlet, kekejangan otot juga sering terjadi ketika melakukan aktiviti
lasak seperti berenang, bersukan dalam keadaan cuaca panas, badan kehilangan
banyak garam dan cecair akibat berpeluh, muntah serta cirit-birit.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya ialah :

disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama,


tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan,
melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga
menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di
kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit
apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat
daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut
reda.
Bagi mengatasi permasalahan ini, atlet digalakkan untuk mengambil makanan
berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral
seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah
kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi
potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan
kecederaan otot.
Selain menitikberatkan pemakanan, atlet juga disarankan untuk melakukan
regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan
badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi
kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima
tindak balas berkenaan.
Sekiranya seseorang itu mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat
yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di
bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta
halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang
itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot
dan melancarkan aliran darah. Selain itu,Cara yang paling mudah meredakan
masalah kekejangan otot ialah dengan menarik atau meregangkan otot yang terlibat.
Selain itu kekejangan otot boleh dikurangkan dengan menolakkan tapak kaki di
pergelangan kaki ke arah muka dan luruskan lutut. Apabila kekejangan telah reda,
urut otot betis perlahan-lahan. Sekiranya berlaku kekejangan pada dinding perut,
regangkan otot dinding perut dengan meliukkan badan ke belakang. Kemudian tarik

jari kaki, luruskannya dan tariknya ke belakang. Sekiranya terjadi kejang pada otot
paha bahagian belakang, luruskan sendi lutut, angkat kaki yang lurus tadi dengan
memegangnya pada buku lali. Tekan lutut dengan tangan sebelah lagi.
Kesimpulannya, kekejangan otot sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
akibat faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas. Namun begitu golongan atlet
dilihat lebih terdedah kepada kekejangan otot kerana mereka sering terlibat dengan
latihan berat serta terdedah kepada cuaca panas akibat latihan yang berterusan.
Namun begitu, sekiranya indiividu itu mengambil langkah-langkah pencegahan maka
kekejangan otot boleh dielakkan demi keselamatan diri sendiri.

Salam sejahtera,
Terima kasih di atas info yang cikgu berikan. Saya bersetuju dengan pandangan
yang cikgu berikan. Izinkan saya membuat sedikit penambahan berkaitan dengan
punca-punca kekejangan otot di kalangan atlet dan cara-cara mengatasinya.
Terdapat banyak punca otot menjadi kejang di kalangan atlet. Kekejangan boleh
berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau
jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:

Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh,


kesan dari perpeluhan
Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot
yang digunakan menjadi letih
Aktiviti sukan yang terlalu lasak

Antara

gejala-

gejala

kekejangan

otot

Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan


tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya. Otot yang terlibat
tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk
menyebabkan
pembengkakan
pada
otot
yang
Apa
yang
boleh
dilakukan
ketika
kekejangan

ialah:
individu
menjadi
ia boleh
terlibat.
otot?

Regangkan
otot
yang
kekejangan
Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu
regangan dilakukan.

Contohnya:

Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic),
minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit
di sebabkan kekejangan.
Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.

Salam sejahtera,
Terima kasih di atas info yang cikgu berikan. Saya bersetuju dengan pandangan
yang cikgu berikan. Izinkan saya membuat sedikit penambahan berdasarkan
maklumat
yang
saya
perolehi
dari
pembacaan
saya.

Kekajangan sering berlaku kepada atlet sukan. Mungkin kerana atlet selalu terdedah
kepada latihan yang berat dan cuaca yang panas. Kekejangan juga sering berlaku
kepada individu yang suka berenang. Kekejangan ketika itu amat berbahaya kerana
boleh melemaskan dan seterusnya membawa kematian.Bagi memastikan keadaan
tidak berterusan, sebaik sahaja berlaku kekekangan, individu harus melakukan
tindakan seperti menarik lutut ke dada sambil badan berusaha mengapung.
Kemudian picit otot yang kejang tadi. Setelah reda, barulah individu naik ke atas
daratan. Lakukan kaedah yang sama untuk memastikan kekejangan tidak terjadi
lagi. Sekiranya kekejangan masih terasa, segeralah berjumpa doktor.
Kekejangan otot berlaku sekiranya otot menegang atau menjadi keras, rasa sakit
mula terasa. Kesakitan ini dikenali sebagai kejang otot atau kejang urat. Kekejangan
sering terjadi apabila terlalu letih pada siang hari dan berlaku pada waktu malam
ketika tidur. Ibu yang sedang mengandung kerap menghadapi masalah ini. Selain
itu, kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya
menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot
akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut
secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan. Sesetengah orang akan
mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun
begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan
otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.
Kesimpulannya, individu-individu yang terlibat dalam sukan sepatutnya lebih prihatin
akan masalah yang menimpa mereka sekiranya mereka tidak mengambil langkah
berjaga-jaga. Oleh itu, nasihat daripada juru latih dan doktor amat diperlukan bagi
mengelakkan atlet mengalami kekejangan otot yang berpanjangan.

Salam sejahtera,
Terima kasih di atas info yang cikgu berikan. Saya bersetuju dengan hujah-hujah
yang cikgu utarakan. Izinkan saya membuat sedikit penambahan tentang puncapunca kekejangan otot dan cara merawatnya.
1. Kekejangan Akibat Cuaca
Terdapat segelintir individu yang mengalami kekejangan otot akibat cuaca panas.
Masalah ini sering dialami oleh individu yang bekerja di tengah-tengah panas,
bersukan dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, adalah lebih baik
membaringkan pesakit di tempat yang sejuk. Kemudian beri pesakit minum air
bercampur garam dengan sukatan setengah camca the garam ke dalam gelas
segelas air. Kemudian picit otot yang kejang dengan ubat gosok. Berilah pesakit
berehat selama sehari untuk mengurangkan penyakitnya.
2. Kekejangan Akibat Keletihan
Keletihan akan berlaku kesan daripada aktiviti harian. Cuaca yang panas memberi
reaksi akut pada badan apabila terdedah pada haba atau kepanasan. Keletihan juga
boleh kehilangan cecair yang normal dan garam natrium klorida. Sekiranya individu
mengalami masalah keletihan yang keterlaluan, ambil beberapa cara untuk
mengurangkan masalah yang dihadapinya. Antaranya membaringkan pesakit di
tempat yang teduh. Kemudian pastikan kepalanya berada lebih rendah daripada
bahagian badannya yang lain. Sekiranya pesakit masih dalam keadaan sedar,
berilah sedikit minuman. Pesakit juga boleh diberi dia air garam untuk menggantikan
garam yang telah hilang semasa berpeluh.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya


disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan
sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga
menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di
kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit
apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat

daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut


reda.

Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan


berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral
seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah
kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi
potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan
kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan untuk melakukan


regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan
badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi
kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima
tindak balas berkenaan.

Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang
dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di
bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta
halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang
itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot
dan melancarkan aliran darah.

punca kekejangan / krem / cramp dan cara mengatasinya


Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi
kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya
disebabkan oleh:
Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi
letih
Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.
Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari
meneruskan aktiviti sukannya.
Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia

boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.


Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?
Regangkan otot yang kekejangan
Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan
dilakukan. Contohnya:

Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim
ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan.
Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.

Salam sejahtera,
Terima kasih di atas info yang cikgu berikan. Saya bersetuju dengan hujah-hujah yang cikgu utarakan.
Izinkan saya membuat sedikit penambahan melalui bahan yang saya perolehi melalui pembacaan
saya.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), penggunaan segera minuman karbohidratelektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau
dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari
berulang kembali masalah yang sama.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?
Senaman regangan merupakan sejenis senaman yang dilakukan sebelum dan selepas kita melakukan
aktiviti senaman. Contohnya sebelum bermain futsal, kita perlu melakukan aktiviti regangan untuk
memastikan sistem dalam badan bersedia dan dapat beraksi dengan lebih cekap.Ia merupakan
komponen wajib yang perlu diikuti oleh semua individu untuk bersenam.
Faktor penting kita perlu melakukan regangan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen
terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling
dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan yang agresif . Memanaskan badan juga
meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya,
suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.
Antara Kebaikan Senaman Regangan

Meningkatkan suhu tubuh dan menjadikan kita lebih bersedia melakukan aktiviti.
Melancarkan aliran darah dan seterusnya menjadikan pergerakan sendi dan otot lebih tangkas.
Mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.
Meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti sendi.
Memperbaiki postur tubuh.
Meningkatkan prestasi tubuh semasa melakukan aktiviti senaman.
Merehatkan otot-otot yang tegang hasil dari aktiviti yang dilakukan.

Tips Senaman Regangan


Lakukan regangan secara perlahan dan elakkan gerakan mengejut (bobbing atau bouncing - melonjak
dan memantulkan badan secara tiba-tiba). Ini akan merosakkan otot yang diregang.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ketika meregangkan badan ialah keseimbangan.
Seimbangkan aktiviti meregang pada kedua-dua bahagian badan. Jika anda selesa dengan bahagian
kanan tubuh, jangan sesekali mengabaikan bahagian kiri. Ini bagi memastikan seluruh tubuh badan
bersedia untuk kegiatan fizikal seterusnya.
Senaman regangan yang sebaiknya perlu memberi kesan kepada otot-otot utama dalam badan kita.
Lakukan mengikut turutan samada dari kepala ke kaki atau sebaliknya. Tahan setiap pergerakan
selama 8 saat. Bernafaslah seperti biasa.
Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba
selepas melakukan senaman juga merbahaya. Kurangkan intensiti aktiviti yang sedang dilakukan dan
kemudian berhenti secara beransur-ansur. Ambil sedikit masa bagi menyejukkan otot untuk
mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan
rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul yang boleh membawa kepada penurunan
tekanan darah secara tiba-tiba.

Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/
garam galian yang mencukupi.
Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam
aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis
aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan
diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti
bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking.

Dari perspektif islam?


Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi
panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya
termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang
mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh
Allah s.w.t. dalam firmanNya:

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (AlAnfal: 60)
Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau
bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan
badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam,
variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu.
Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:
"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)
Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah,
'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman.
Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti
atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira
pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal,
terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam
menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku.
Begitulah indahnya islam!

http://tennishealth.com/Articles/tabid/128/Articles/Musclecramps/tabid/155/Default.aspx
http://www.medicinenet.com/muscle_cramps/article.htm
http://www.moondragon.org/health/disorders/musclecramp.html

Kram otot di daerah punggung boleh menimbulkan sakit belakang (back pain) ringan
maupun berat.

Atlet seringkali mengalami sakit belakang yang teruk kerana otot-otot punggungnya
tertarik. Sakit otot punggung boleh menjalar ke kawasan sekitar, sehingga semakin
memburukkan keadaan. Terdapat beberapa alternatif rawatan untuk mengatasi
kejang otot punggung, diantaranya yaitu:
1. Latihan
Latihan dan membentang punggung akan cukup berguna bagi sebahagian besar
orang yang mengalami kejang otot punggung.
Latihan merupakan rawatan kejang otot punggung yang terbaik kerana membantu
meringankan otot-otot yang tegang.
Berjalan kaki adalah salah satu bentuk latihan yang baik.
2. Urut
Urut dengan minyak bijan, mustard oil, minyak zaitun, atau krim urut, bermanfaat
untuk mengatasi back pain.
Pemijat terlatih boleh membantu meredakan kesakitan dalam beberapa minit.
Minyak urut Ayurvedic juga boleh membantu meringankan kesakitan akibat kejang
otot punggung.
3. Fisioterapi
Pada kes back pain yang teruk, doktor biasanya mengesyorkan untuk melakukan
terapi fizikal.
4. Akutekanan / Akupuntur
Terapi akutekanan dan akupuntur sering disyorkan untuk mengatasi sakit belakang
yang berterusan akibat kejang otot.
5. Pakaian Hangat
Menutupi punggung dengan pakaian hangat membantu mengelakkan pendedahan
udara dingin berlebihan.
Hujan dan cuaca sejuk boleh memburukkan sakit belakang.
6. Menurunkan Berat Badan
Penyelesaian alami untuk mengatasi back pain adalah dengan diet penurunan berat
badan secara teratur, mandi air hangat, dan rehat yang cukup.
Kelebihan berat badan menyebabkan tekanan berlebih pada tulang belakang
sehingga boleh menimbulkan sakit belakang yang teruk.
7. Sandaran

Perhatikan kedudukan atau sikap tubuh saat duduk di kerusi pejabat, kerusi kereta,
sofa, tempat tidur, kerusi makan, dan lain-lain.
Bila punggung bahagian atas atau bawah tidak mendapat sandaran yang diperlukan,
ambil bantal kecil dan taruh di bahagian yang memerlukan untuk mengelakkan sakit
belakang atas atau bawah.
8. Katil
Katil yang mempunyai permukaan tidak rata dapat meningkatkan sakit
belakang. Oleh kerana itu gunakan katil yang selesa.
9. Tidur Cukup
Kurang tidur boleh menyebabkan kejang dan sakit pada otot punggung.
Tidur cukup dan memperhatikan kedudukan semasa tidur boleh membantu
meredakan ketegangan otot punggung.
10. Kelonggaran
Stres merupakan salah satu faktor yang tidak dapat dielakkan akibat gaya hidup
moden.
Terdapat berbagai macam teknik relaksasi untuk membantu meringankan stres.
Meditasi, mendengar muzik, yoga, serta teknik relaksasi lain berperanan penting
dalam mengatasi kejang atau ketegangan otot punggung.
11. Kompres Sejuk
Memampatkan sejuk boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan. Kompres
sejuk akan membuat daerah yang terkena menjadi mati rasa.
12. Kompres Hangat
Kompres hangat digunakan untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan yang
terasa nyeri sehingga membantu mengendurkan ketegangan otot.
13. Daya tarikan
Di bawah pengawasan doktor, bila sakit belakang terjadi secara berterusan anda
boleh menggunakan daya tarikan.
Peranti ini membantu mengurangkan beban pada tulang belakang.
14. Back Braces
Back braces biasanya disyorkan oleh doktor ketika kejang otot punggung
menyebabkan kecederaan yang membawa kepada ketidakstabilan tulang belakang.

Back braces yang lembut dapat melindungi otot dan mencegah keletihan otot.
15. Pengambilan Pemakanan
Proses penyembuhan alami tubuh bergantung pada pengambilan vitamin dan
mineral melalui makanan.
Sistem pertahanan tubuh dapat berfungsi dengan baik bila pengambilan nutrisi yang
penting dipenuhi.
Pengambilan diet yang sihat dan seimbang akan membuat tubuh pulih lebih cepat.
16. Ubat
Ubat-ubatan pelega kesakitan seperti Ibuprofen, Acetaminophen, atau Aspirin boleh
diambil apabila diperlukan.
17. Kasut
Kasut yang ketat boleh menyebabkan kejang dan sakit otot punggung.
Kenakan kasut yang pas namun tidak terlalu ketat untuk keselesaan serta kesihatan
belakang anda.
18. Kedudukan Tubuh
Berbagai profesi boleh menyebabkan kejang otot punggung kerana kedudukan
tubuh yang salah semasa bekerja.
Kedudukan yang tidak tepat semasa bekerja di depan komputer meningkatkan
kemungkinan mengalami sakit belakang kerana ketegangan otot.
Pekerjaan atau profesi mungkin sukar berubah, tetapi anda boleh lebih berhati-hati
terhadap kedudukan atau sikap tubuh ketika bekerja. []

Senaman Regangan
Whats up guys? Nak belajar sedikit tentang senaman regangan tak? Jom kita
explore!
Senaman regangan merupakan sejenis senaman yang dilakukan sebelum dan
selepas kita melakukan aktiviti senaman. Contohnya sebelum bermain futsal, kita
perlu melakukan aktiviti regangan untuk memastikan sistem dalam badan bersedia
dan dapat beraksi dengan lebih cekap.Ia merupakan komponen wajib yang perlu
diikuti oleh semua individu untuk bersenam.
Faktor penting kita perlu melakukan regangan ialah untuk melindungi otot, tendon
dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama
bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai
gerakan yang agresif . Memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah

melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat
dan anggota badan menjadi lebih lembut.
Kebaikan Senaman Regangan

Meningkatkan suhu tubuh dan menjadikan kita lebih bersedia melakukan aktiviti.
Melancarkan aliran darah dan seterusnya menjadikan pergerakan sendi dan otot
lebih tangkas.
Mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.
Meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti sendi.
Memperbaiki postur tubuh.
Meningkatkan prestasi tubuh semasa melakukan aktiviti senaman.
Merehatkan otot-otot yang tegang hasil dari aktiviti yang dilakukan.

Tips Senaman Regangan


Lakukan regangan secara perlahan dan elakkan gerakan mengejut (bobbing atau
bouncing - melonjak dan memantulkan badan secara tiba-tiba). Ini akan merosakkan
otot yang diregang.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ketika meregangkan badan ialah
keseimbangan. Seimbangkan aktiviti meregang pada kedua-dua bahagian badan.
Jika anda selesa dengan bahagian kanan tubuh, jangan sesekali mengabaikan
bahagian kiri. Ini bagi memastikan seluruh tubuh badan bersedia untuk kegiatan
fizikal seterusnya.
Senaman regangan yang sebaiknya perlu memberi kesan kepada otot-otot utama
dalam badan kita. Lakukan mengikut turutan samada dari kepala ke kaki atau
sebaliknya. Tahan setiap pergerakan selama 8 saat. Bernafaslah seperti biasa.
Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti
secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Kurangkan intensiti
aktiviti yang sedang dilakukan dan kemudian berhenti secara beransur-ansur. Ambil
sedikit masa bagi menyejukkan otot untuk mengelakkan kekejangan dan
mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot
menutup dan menghalang darah `berkumpul yang boleh membawa kepada
penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Anda mungkin juga menyukai