Anda di halaman 1dari 34

PENGHAYATAN

KEMAHIRAN BOLA,
RAKET DAN
GELANGGANG
NASRUL BAIJURI BIN MAIDIN
MOHD SABRI BIN A RAHMAN
MUHAMMAD RIDUWAN BIN OTHMAN

PENGENALAN

Kemahiran yang dirancang ialah asas dalam


kemahiran
tenis
memerlukan
pemain
menguasai kemahiran asas iaitu dapat
mengawal
bola,
dapat
menguasai
penggunaan raket secara maksima sebelum
menerima bola, semasa dan selepas bola
dipukul, dan yang ketiga kemahiran dalam
menguasai gelanggang yang mana suatu
kemahiran untuk membiasakan pemain
dengan ruang yang ada pada gelanggan tenis.

Setiap kemahiran mempunyai 5 ansur maju


yang sesuai dipraktikkan terutama dalam
melatih murid-murid sekolah rendah.
Ansur maju yang dirancang terdiri daripada
latihan yang paling mudah hingga yang sukar.
Ianya
bertujuan
agar
murid
mudah
memahami dan dapat melakukan aktiviti
tersebut secara sistematik dan dapat
mengikuti setiap latihan tanpa rasa tertekan
tetapi
sebaliknya
santai
dan
tidak
membebankan.
Pengetahuan tentang teknik-teknik asas
kemahiran perlu dipelajari dan difahami
secara teori dan amali berserta modifikasi
dalam menyesuaikan dengan situasi.

LATIHAN ANSUR MAJU


KEMAHIRAN KAWALAN
BOLA

PENGENALAN
Program

latihan ansur maju adalah latihan fizikal


yang bersifat progresif.
merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang
beransur-ansur bermula dari latihan yang mudah
kepada yang lebih kompleks.
kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada
keupayaan individu kerana setiap individu adalah
berbeza maka peningkatan intensiti latihan
hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu.

SAMBUNGAN

merangkumi

5 jenis dan tahap ansur maju yang


dirancang bertujuan untuk hendak diterapkan.
mendedahkan pelatih untuk belajar tentang cara dan
kaedah sebenar mewujudkan kemahiran individu asas
dan gabungan kepelbagaian kemahiran untuk menjadi
seorang pemain yang cekap.
dapat melatih persediaan mental pemain terutamanya
dari segi psikologi sebelum terdedah kepada
perlawanan yang sebenar.

LATIHAN ANSUR MAJU KAWALAN BOLA 1:


MELANTUN BOLA
melibatkan

kemahiran pengawalan bola ialah


dengan membuat lantunan bola ke bawah.
Lantunan bola tersebut mestilah paras pinggan
dan disambut dengan keaadan telapak tangan
yang menghadap ke bawah.
Antara sebab kami memilih latihan ansur maju ini
adalah kerana ianya melibatkan pergerakkan yang
paling mudah bagi melatih seseorang pemain tenis
berkaitan dengan kemahiran mengawal bola.

SAMBUNGAN
untuk

melatih pemain supaya lebih mengenali dan


merasai saiz, kadar lantunan dan berat sebenar
bola tenis
Bola tenis biasanya hijau kekuningan dan mestilah
dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan
berwarna sama ada putih atau kuning.
Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram.
Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm
diameter.

LATIHAN ANSUR MAJU KAWALAN BOLA 2:


MELAMBUNG DAN MENYAMBUT BOLA

Latihan ansur maju yang kedua melibatkan kemahiran


melambung bola ke atas dan kemudian menangkap bola
tersebut.
Bola tersebut hendaklah dilambung ke atas setinggi
yang boleh dan menyambutnya dengan menggunakan
sebelah tangan sahaja.
memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya
fokus terhadap kawalan bola, dan melatih persediaan
mental pemain atau pelatih seperti berani dan
berkeyakinan diri untuk menangkap kembali bola yang
telah dilambung tinggi.

SAMBUNGAN

Rasional kami memilih latihan ansur maju yang


melibatkan kemahiran melambung dan menyambut
bola ini adalah untuk melatih imbangan badan serta
dapat mewujudkan koordinasi antara mata dan
tangan. Disamping itu, latihan ini juga dapat melatih
pemain dari segi psikologi seperti dapat membentuk
keyakinan diri, tumpuan fikiran, kesedaran tentang
fungsi tubuh badan dan pemikiran. Ansur maju ini
juga sebenarnya satu latihan yang mudah untuk
dilakukan oleh pelatih atau pemain dan memberi
manfaat kepada setiap pelatih untuk mengukuhkan
kemahiran yang hendak diterapkan.

LATIHAN ANSUR MAJU KAWALAN BOLA 3 :


MELANTUN DAN MENYAMBUT BOLA
Latihan

ansur maju yang ketiga melibatkan 2 orang


pelatih untuk melaksanakan latihan yang dirancang.
Latihan ansur maju ini melibatkan kemahiran melantun
dan menangkap bola tenis.
Bola tersebut haruslah dilantunkan ke lantai ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah tangan dan
disambut oleh rakan.
Latihan ansur maju ini dirancang adalah untuk melatih
tindak balas reflek dengan betul iaitu semasa pemain
atau pelatih menyambut bola yang dilantun oleh rakan
sepelatih.

SAMBUNGAN

Di samping itu, latihan ini juga dapat mendedahkan


pelatih dengan momentum dan kadar lantunan bola
tenis.
Latihan ansur maju ini sebenarnya dapat menimbulkan
keseronokkan dikalangan pelatih kerana ianya
melibatkan aktiviti sambil bermain.
latihan ini juga dapat melatih pemain untuk
mengetahui kadar momentum dan tahap lantunan
bola.


LATIHAN ANSUR MAJU KAWALAN BOLA 4 :
MELONTAR DAN MENYAMBUT BOLA

Latihan ansur maju yang keempat juga


melibatkan 2 orang pelatih untuk
melaksanakn latihan yang dirancang.
Latihan ansur maju ini melibatkan
kemahiran melontar dan menangkap bola
tenis.
Bola tersebut haruslah dilontarkan ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah
tangan dan disambut oleh rakan.

SAMBUNGAN.

untuk mengukuhkan kemahiran melatih tindak balas


reflek dengan betul iaitu semasa pemain atau pelatih
menyambut bola yang dilontarkan oleh rakan sepelatih.
memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya fokus
terhadap bola, dan melatih persediaan mental pemain
atau pelatih seperti berani dan berkeyakinan diri untuk
menangkap bola yang telah dilontarkan tersebut.
dapat menimbulkan keseronokkan dikalangan pelatih
dapat melatih pemain dari segi ketangkasan, imbangan
badan, koordinasi mata dan tangan keyakinan diri.

LATIHAN ANSUR MAJU KAWALAN BOLA 5 :


MELANTUN DAN MENYAMBUT BOLA

Latihan ansur maju yang kelima juga


melibatkan 2 orang pelatih untuk
melaksanakan latihan yang dirancang.
Latihan ansur maju ini melibatkan
kemahiran melontar dan menangkap bola
tenis.
Bola tersebut haruslah dilontarkan ke arah
rakan sepelatih menggunakan sebelah
tangan dan disambut oleh rakan.

SAMBUNGAN

Latihan ansur maju ini sangat penting untuk untuk


mengukuhkan kemahiran melatih tindak balas reflek
dengan betul
memberi latihan kepada pemain dan pelatih supaya
fokus terhadap bola, dan melatih persediaan mental
pemain atau pelatih seperti berani dan berkeyakinan
diri untuk menangkap bola.
latihan ini juga dapat melatih pemain dari segi
ketangkasan, imbangan badan, koordinasi mata dan
tangan keyakinan diri dan sebagainya

LATIHAN ANSUR
MAJU KEMAHIRAN
KAWALAN RAKET

LANGKAH PERTAMA
(MENANGKAP RAKET)

Pertama sekali, pemain perlu berdiri


berhapan dengan rakannya dalam jarak
antara 1.5m 2m.
Kemudian, pemain perlu bersedia untuk
menangkap raket yang akan dilepaskan
kedua dua pemain perlu menangkap raket
rakan latihan tersebut sebelum ia jatuh.
Lakukan latihan ini sebanyak 8 kali dengan
3set.

LANGKAH KEDUA
(MEMUKUL BOLA KE LANTAI)

Pemain memegang raket dengan muka raket


yang akan melakukan pukulan menghala
kearah bawah.
Apabila telah bersedia, pemain boleh
memulakan latihan dengan memukul bola ke
lantai secara berterusan.
Latihan ini tidak memerlukan
bilangan atau set latihan kerana pemain
perlu melakukannya sehingga mereka mahir.

LANGKAH KETIGA
(MEMUKULBOLA KE ATAS)

Pemain memegang raket dengan muka raket


yang akan melakukan pukulan menghala
kearah atas.
Apabila telah bersedia, pemain boleh
memulakan latihan dengan memukul bola ke
arah atas secara berterusan.
Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau
set latihan kerana pemain perlu
melakukannya sehingga mereka mahir.

LANGKAH KEEMPAT
(MEMUKUL BOLA DENGAN KEDUA-DUA MUKA
RAKET)

Pemain memegang raket dengan muka raket yang


akan melakukan pukulan menghala kearah atas.
Mula memukul bola ke atas dengan menggunakan
muka raket yang biasa iaitu bahagian dimana tapak
tangan menghala ke atas.
Pukulan kedua perlu disambut menggunakan muka
raket yang ke-2 iaitu dengan tapak tangan menghala
kebawah.
Lakukan pukulan secara berselang-seli dengan
menggunakan kedua-dua belah muka raket
Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau set
latihan kerana pemain perlu melakukannya sehingga
mereka mahir.

LANGKAH KELIMA
(MEMUKUL BOLA MENGGUNAKAN SISI RAKET)

Pemain memegang raket dengan sisi raket


menghala ke atas dan bersedia untuk
melakukan pukulan.
Mula memukul bola ke atas dengan
menggunakan sisi raket.
Latihan ini tidak memerlukan bilangan atau
set latihan kerana pemain perlu
melakukannya sehingga mereka mahir.

KEMAHIRAN GELANGGANG

ANSUR MAJU 1- GELANGGANG


BELAKANG

Teknik Latihan/Permainan
1.Latihan dilakukan pada ruangan yang
bertanda pada gambar skematik.
2.Latihan dilakukan seperti latihan sebenar
seolah-olah pemain menggunakan gelanggang
yang besar.
3.Permainan secara individu dan mempunyai
pihak lawan.(rujuk video demostasi)
4.Teknik ini boleh dipelbagaikan samada
menggunakan jaring atau tidak.

ANSUR MAJU 2GELANGGANG SERVIS


KIRI/ KANAN
(SERVIS MELEPASI
JARING)

Teknik Latihan/Permainan
1.dengan menggunakan gelanggang kiri atau
kanan, pemain akan servis pada pemain
lawan.
2.latihan dilakukan mengikut kiraan mata
untuk membiasakan dengan kiraan mata.

ANSUR MAJU 3GELANGGANG SERVIS KIRI / KANAN (SERVIS SECARA


BERSILANG)

Teknik Latihan/Permainan
1.pemain yang memulakan servis pada
gelanggang kiri atau kanan akan servis secara
bersilang kepada pemain lawan.
2.kiraan mata dibuat.
3.servis secara silang dibuat jika mula dari
kiri maka seterusnya dimulakah dari kanan
tetapi masih lagi pada gelanggang yang sama

ANSUR MAJU 4GELANGGANG


HADAPAN (SERVIS
MELEPASI JARING)

Teknik latihan/Permainan
Separuh gelanggang digunakan.
Pemain memulakan servis pada kiri dan
kanan.
Kiraan mata dibuat.
Pemain bermain seolah-olah permainan
sebenar tetapi memerlukan pengawalan
kekuatan pukulan.

ANSUR MAJU 5GELANGGANG PENUH


( SERVIS MELEPASI
JARING SECARA
BERSILANG)

Teknik latihan/Permainan
Pemain membuat latihan ansur maju seperti
permainan sebenar.
Servis bersilang kepada rakan lawan.
Kiraan mata dibuat.
Pemain bermain bersungguh-sungguh seolaholah mereka bermain dalam permainan
sebenar.

PENUTUP

Selaras dengan slogan 1M1S, guru-guru


hendaklah kreatif dalam merangka corak
latihan yang menarik.
Latihan ansur maju untuk permainan tenis
boleh dipelbagaikan dalam pelbagai cara
agar murid dapat belajar dengan lebih
sistematik dan efektif.
Koordinasi mata, tangan, dan kaki
membuktikan ansur maju yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai