Anda di halaman 1dari 1

Soalan : 3. Maruah keluarga bergantung pada tanggungjawab setiap anggota keluarga.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh kita bagi menjayakannya.

Maruah keluarga bergantung pada tanggungjawab setiap anggota keluarga yang harus dilaksanakan untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Untuk menjaga maruah keluarga, kita haruslah mengamalkan beberapa nilai-nilai moral untuk menjamin bahawa maruah keluarga tidak jatuh. Nilai-nilai yang perlu diamalkan ialah. Kita perlulah mempunyai nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Setiap ahli keluarga harus menjalankan kewajipan terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagi, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Contoh nya ialah, menjalankan tugas sebagai seorang abang untuk menyelesaikan persengketan antara adik-beradik.Oleh itu, kita perlulah menjalankan tanggunjawab masing-masing dalam keluarga agar tidak berlakunya perselisihan faham atau pertengkaran. Seterusnya, nilai hemah tinggi dalam keluarga. Kita harus beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian tidak kira dengan adik beradik atau pun ibu bapa . Contohnya, Kita mengucap selamat tinggal kepada ibu bapa ketika hendak ke sekolah dengan sopan santun. Oleh itu, dalam keluarga harus mempunyai peradaban yang sopan serta berbudi perkerti mulia agar ahli keluarga rasa dihormati dan disayangi. Akhir sekali, kita haruslah mempunyai harga diri. Sebagai seorang yang mempunyai harga diri kita harus mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Contohnya, tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah,seks bebas atau lain-lain perkara yang tidak bermoral. Oleh itu, kita haruslah menjaga harga diri masing-masing agar maruah keluarga tidak tercemar. Kesimpulannya, Kita haruslah mengamalkan nilai-nilai ini untuk menjamin maruah dan nama baik keluarga tidak rosak. Ia juga bergantung kepada tanggungjawab setiap anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta menjaga maruah keluarga dalam masa yang sama memperkukuhkan institusi keluarga.

Anda mungkin juga menyukai