Anda di halaman 1dari 3

Dengan menjaga kebersihan

diri,seseorang itu dapat menjauhkan diri


daripada dijangkiti yang berpunca daripada
pengabaian aspek kebersihan. Hal ini
dikatakan demikian kerana seseorang itu
akan sentiasa memastikan tubuh badannya
sentiasa kemas dan bersih jika dia menjaga
kebersihan diri. Contohnya,seseorang itu
akan mandi menggunakan sabun untuk
memastikan tiada kotoran yang melekat
pada badan dan sentiasa mencuci tangan
sebelum makan untuk mengelakkan
jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan
penyakit. Kesannya,seseorang itu dapat
hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan
penyakit berjangkit. Tuntasnya,penjagaan
kebersihan diri pada setiap masa dapat
mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan
penyakit.
Sebab aspek penjagaan kebersihan diri
perlu diberikan penekanan kerana
seseorang itu tentu akan mempunyai otak
yang cerdas dan tubuh badan yang sihat.
Hal ini berpunca daripada
penjagaan kebersihan diri membolehkan
seseorang itu terhindar daripada penyakit
dan dapat mengekalkan kesihatan diri. Biar
kita ambil contoh,kecerdasan dan
kesihatan tubuh badan akan memudahkan
seseorang sewaktu belajar sekali gus mudah
memahami sesuatu mata pelajaran yang
diajarkan oleh guru kerana memiliki otak
yang cerdas. Impaknya,kecerdasan dan
kesihatan tubuh akan meningkatkan
produktiviti kehidupan seseorang.
Kesimpulannya,kebersihan diri yang baik
dapat menjamin kemajuan dalam setiap
perkara untuk dikecapi.

Daripada perspektif yang berbeza,seseorang dapat mewujudkan


keluarga yang Bahagia dengan mengutamakan penjagaan kebersihan
diri. Hal ini disebabkan oleh seseorang itu pasti
akan menyusahkan anggota keluarga untuk menjaganya jika sakit
disebabkan mengabaikan penjagaan kebersihan diri. Contohnya,
kebersihan berkait rapat dengan kesihatan maka banyak
aktiviti yang dapat kita lakukan bersama-sama anggota keluarga
seperti melancong,bersenam,beriadah dan berkebun jika kita
sentiasa sihat. Oleh itu,penjagaan kebersihan diri akan
menyumbang kepada keluarga yang bahagia. Pendek kata,keluarga
yang sihat akan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Sebab terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah


seseorang itu dapat menonjolkan imej atau perwatakan yang
menarik jika sentiasa menjaga kebersihan diri kerana seseorang itu
akan memikat hati orang lain untuk bersahabat dan berdampingan
dengannya. Sebagai contoh, seseorang itu akan menjaga pakaian
dan penampilan 展示 pada setiap masa. Secara tidak
langsung,imej dan penampilan seseorang itu akan dipandang tinggi
dan akan memudahkan diri bergaul dengan orang lain.
Konklusinya,orang lain akan berasa selesa apabila berdampingan
dengan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai