Anda di halaman 1dari 22

SET 2 – MODUL YaPEIM

Soalan 1 : Rumusan
[30 ​markah​]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ​kebaikan santan kelapa
dan ​kesan lemak terhadap kesihatan. ​Panjangnya rumusan hendaklah ​tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Santan kelapa merupakan ‘adiwira’ dalam kebanyakan resepi masakan dan kuih-muih Melayu
sejak zaman-berzaman. Santan kelapa berperanan untuk meningkatkan rasa dan perisa dalam sesuatu
masakan dan kuih-muih kerana keunikan ciri organaleptiknya. Namun demikian, keburukan santan
kelapa lebih banyak diwara-warakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai. Santan kelapa
mempunyai nilai pemakanan yang tinggi yang masih belum diteroka khasiatnya, terutamanya dari segi
penggunaannya dalam masakan.
Berdasarkan pelbagai kajian saintifik, santan kelapa didapati mengandungi asid lemak tepu
yang mempunyai rantaian sederhana dengan pelbagai manfaat yang menakjubkan untuk kesihatan​.
Selain itu​, santan kelapa adalah tinggi serat serta kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, C dan E.
Terdapat tiga jenis asid lemak tepu di dalam santan iaitu asid laurik, asid kaprilik dan asid kaprik.
Santan kelapa juga mempunyai mineral seperti besi, natrium, selenium, kalsium, magnesium dan
fosforus serta bebas laktosa yang menjadikannya sesuai untuk individu yang alah pada laktosa dan
vegan.
Penggunaan santan kelapa untuk masak lemak cili api dapat meningkatkan rasa lemak dan
bertindak sebagai agen pemekat kepada masakan tersebut. Santan kelapa merupakan sejenis emulsi
minyak di dalam air dan titisan minyak adalah terserak di dalam air. ​Di samping itu​, penggunaan
santan segar dalam masakan akan memberikan rasa yang berbeza secara teorinya baik dari segi aroma,
perisa mahupun rasanya. Kajian juga mendapati, santan segar mempunyai peratusan lemak dan
protein yang lebih tinggi daripada santan segera. ​Seterusnya​, kandungan tenaga dalam santan segar
juga lebih tinggi berbanding santan segera.
Pengguna lebih cenderung untuk memilih dan menggunakan santan kelapa dalam masakan
kerana rasanya yang lebih segar dan enak berbanding dengan santan segera. ​Namun begitu​, terdapat
juga pengguna yang memilih santan kelapa segera untuk digunakan dalam masakan kerana cara ini
merupakan alternatif yang baik kerana mudah diperoleh dalam pasaran, mudah disimpan, tahan lama
dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Akhirnya​, penggunaan santan kelapa segar dan santan segera tidak mempengaruhi nilai
organoleptik sesuatu masakan meskipun terdapat perbezaan sedikit tetapi ​tidaklah ketara​. Paradigma
yang menyatakan bahawa santan kelapa tidak sihat perlu diubah dan pengambilan sebarang makanan
yang menggunakan santan mestilah dalam kuantiti yang sederhana.
Dipetik dan diubah suai daripada
​‘Nilai Organoleptik Santan Segar dan Santan Segera’
Ruangan jawapan rumusan.

Rumusan membincangkan

Kebaikan santan kelapa ialah

Kesan lemak terhadap kesihatan ialah

Kesimpulannya, hendaklah
agar
Soalan 2 : Pemahaman
[35 ​markah​]

Soalan 2​(​a)​ ​– Petikan Umum

Berdasarkan petikan ​Soalan 1​, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ​tidaklah ketara.​ [2 ​markah​]

Maksud rangkai kata tidaklah ketara ialah .

(ii) Nyatakan sebab-sebab pengguna memilih santan segera dalam masakan mereka? [3 ​markah​]

Sebab-sebab pengguna memilih santan segera dalam masakan mereka ialah


dan

. Selain itu,

(iii) Masyarakat Malaysia mengalami obesiti disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengurangkan pengambilan lemak? [4 ​markah​]

Pada pendapat saya, cara-cara mengurangkan pengambilan lemak ialah

dan

. Seterusnya,
Soalan 2​(b) ​– Petikan Prosa Moden

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda
bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata
bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik
sahaja tiba di ibu kota, saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang
dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya, selepas bertanya beberapa kali, saya tiba di sebuah
rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang
lelaki pada usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya
lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman
Kesultanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia
memandang saya lama-lama.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput
saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan
beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,​
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Nyatakan keadaan diri Munsyi ketika bertemu dengan Mel. [2 ​markah​]

Keadaan Munsyi ketika bertemu dengan Mel ialah

dan

(ii) Khazanah lama merupakan warisan yang sangat berharga.


Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan menghargai khazanah lama?
[3 ​markah​]
Kita perlu menjaga dan menghargai khazanah lama kerana
dan
. Selain itu,
Soalan 2​(​c)​ ​– Petikan Prosa Tradisional

Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar
yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula.
Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-raya itu dicurinya. Maka segala saudagar
dan orang kaya-raya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah. “Ya tuanku, patik mohonkan
ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian ​tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!” Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan
segala saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh
orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing
berkawal pada kampungnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi ​Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,​
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud ​tinggal sehelai sepinggang. [2

markah​] Maksud tinggal sehelai sepinggang ialah

(ii) Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Melaka setelah mendengar aduan daripada
saudagar dan orang kaya-raya tentang kecurian harta mereka? [3 ​markah​]

Tindakan Sultan Melaka setelah mendengar aduan daripada saudagar dan orang-orang kaya-
raya tentang kecurian harta mereka ialah
dan

(iii) Masalah kecurian sering berlaku di kawasan kejiranan .

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kepada masyarakat jika masalah kecurian semakin
berleluasa? [3 ​markah​]
Soalan 2​(​d)​ ​– Petikan Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh ​(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
dalam antologi ​Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,​
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap pertama dan kedua, mengapakah kita perlu menjaga mata dan telinga?
[2 ​markah​]

Kita perlu menjaga mata supaya

Selain itu, kita perlu menjaga telinga agar _

(ii) Seseorang perlu mempunyai sikap yang baik untuk mempunyai ramai kawan.
(iii) Huraikan ​dua ​pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini. [4 ​markah]​

Pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini ialah kita hendaklah

agar
Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah

agar

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 ​markah]​
Jawab ​semua ​soalan.

(a) Tulis s​ atu ayat bagi setiap perkataan ​di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, membuangkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) biru laut (​warna)​

(ii) atur cara (​jadual pelbagai acara)​

(iii) reka bentuk (​corak atau bentuk – susunan, struktur binaan dan sebagainya​)

(iv) geli hati (​rasa lucu​)


(b) Tentukan jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat permintaan, ayat silaan, ayat
suruhan atau ayat larangan.

(i) Mimi, tolong belikan ikan dan sayur di pasar nanti.


Ayat

(ii) Usah dikenangkan peristiwa yang berlaku dalam hidup awak.


Ayat

(iii) Jemput ke dewan sekolah kerana majlis akan bermula sebentar


lagi. Ayat

(iv) Nanti minta hantar buku latihan ke bilik guru.


Ayat

(v) Harap jangan bising kerana peperiksaan SPM sedang berlangsung.


Ayat

(vi) Pujuk adik kamu supaya tidak lagi ponteng sekolah.


Ayat
[6 ​markah]​

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat ​satu kesalahan ejaan ​dan ​satu kesalahan dari segi
imbuhan​. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Adik Azlan yang belajar di pra sekolah sedang melatih untuk persediaan persembahan
nyanyian.

(ii) Ayah marah abang kerana suka berpelisiran dengan rakannya hingga mengabaikan
pelajaran.

(iii) Kebakaran yang berlaku di Kampung Sentosa itu telah korbankan nyawa seorang
juru audit yang bertugas di Kedah.
[6 ​markah]​

Salah Betul

(i)
(ii)
(iii)
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat ​satu kesalahan penggunaan kata ​atau ​istilah ​dan
satu kesalahan tatabahasa​. ​Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang paling licik sekali dalam satu
tinjauan di sebuah rumah di hujung kampung itu.

(ii) Program yang dirancang oleh sebilangan besar penduduk-penduduk taman itu mendapat
jemputan yang menggalakkan.

(iii) Satu persembahan fesyen telah diadakan di Dewan Perdana bertujuan mengutip derma
untuk Pertubuhan Anak-anak Yatim pada minggu hadapan.
[6 ​markah]​

Salah Betul
(i)

(ii)

(iii)

(e) ​ eribahasa ​di bawah.


Berikan maksud p

(i) Rambang mata

(ii) Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

(iii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

[6 ​markah]​

Soalan 4 : Novel
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah ​persoalan keberanian​.

Jelaskan ​dua persoalan keberanian ​yang terdapat dalam novel tersebut. [7 ​markah]​

Novel yang saya kaji ialah .


Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan
contohnya,

Selain itu, persoalan keberanian contohnya,

(b) Watak utama sering digambarkan seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Berdasarkan ​dua b​ uah novel yang anda pelajari, huraikan ​satu ​peristiwa yang menunjukkan
ketabahan watak utama. [8 ​markah]​

Novel yang saya kaji ialah


. Watak utama dalam novel ini ialah . Peristiwa
yang menunjukkan ketabahan watak utama ialah peristiwa

. Contohnya,

Manakala dalam novel pula, watak utamanya ialah


. Peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama ialah
peristiwa

Anda mungkin juga menyukai