Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B

Sektor pelancongan merupakan sumber pendapatan yang kedua pentingnya di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mempromosikan sektor pelancongan
negara ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

Pendahuluan
-negara beriklim Khatulistiwa
-unik dengan deretan pulau yang menawan
-alam semula jadi dieksploitasi
-negara ini mempunyai tarikannya yang tersendiri
-keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting
-Menteri Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan menyarankan agar tugas menarik kedatangan
pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak

Isi 1 : kerajaan menyediakan kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan

-pelancong ingin keselesaan dan mencari ketenangan


-kerajaan wajar melengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi untuk memudahkan
pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju
-Misalnya, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke
beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi
-kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan
pengangkutan tersebut.

Isi 2: Pengusaha penginapan perlu menyediakan kemudahan yangs selesa seperti hotel,
chalet dan sebagainya.

-akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lebih lama atau sebaliknya.
-negara akan memperolah lebih banyak mata wang asing
-pembinaan hotel dan rumah penginapan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di bandar atau
di desa di seluruh negara
-penyediaan kemudahan penginapan harus mengambil kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang
dibina itu

Isi 3: Kerajaan melalui Lemabaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar


menyediakan maklumat lengkap

-maklumat tentang sesuatu destinasi menarik yang dikenal pasti menjadi daya tarikan yang
menguntungkan tak kenal maka tak cinta
-dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah dan
akhbar atau media eletronik seperti radio dan televisyen
-mewujudkan halaman pelancongan dalam internet
-Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah di
kota London pada suatu tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit.
Isi 4: Usaha Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya unik di negara kita
sebagai daya tarikan utama dengan memperkemas persembahan yang sedia ada

-Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan dapat menarik banyak pelancong
datang ke nagara ini
-Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina dan suku
kaum di Savah serta Sarawak
-mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar sesuatu yang baru
-pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat
-Contohnya, Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan
kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang
berkunjung ke sana.

Isi 5: Pihak Kementerian mengadakan promosi di luar negara

-mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di
seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu
-Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa
buah negara
-Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) berjaya menarik banyak pelancong
datang ke negara ini
-memberikan keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing

Penutup

-terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini
-pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesa, mudah dan tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini
-tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita harus
dikongsi bersama.
-industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama
kepada pendapatan negara

Anda mungkin juga menyukai