Anda di halaman 1dari 1

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara

membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun
seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj untuk memupuk semangat


kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti disumurkan semula. Hal ini dikatakan demikian kerana program rukun
tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama
pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-
masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya,
anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama
dan status. Secara ghalibnya / lazimnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang
mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun
Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu
mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu
padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah
terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka,
jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih
dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali,
dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan
adanya pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap
sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-
menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti
sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan
keberhasilan penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi
kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata,
majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah

Kalau ditelusuri dari sudut yang lain,

Tidak ketinggalan juga, ..

Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata peribahasa tersebut yang
secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu mengawal ton-ton warna yang
ingin diwarnakan di atas kain putih yang tidak berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu
bapa sebaik-baiknya mengawal penggunaan internet oleh anak-anak sebagai cara mengajar
mereka menggunakan internet secara lebih bijak.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan
bahawa .

Anda mungkin juga menyukai