Anda di halaman 1dari 10

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS (Khairuddin Ayip)

Sinopsis Bab demi Bab

Bab Sinopsis
Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di
1 sekolah. Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan
STPM tidak lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan
menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.

Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan


2 Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum
pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering
berjalan dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia
menjumpai ibunya di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu
sehinggalah bapanya datang memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang
kampung membantu mencari Saleha.

Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa
3 orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa
Saleha. Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia
mengizinkan Saleha dibawa ke hospital. Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan
keberatan ibu mereka dibawa pergi.

Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja


4 di rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di
rumahnya sekiranya dia balik ke asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali
bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang
sering terganggu oleh suara yang pelik-pelik.

Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang
5 dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke
Hospital Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman
bahawa ibunya telah dihantar ke Taman Bahagia.

Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia.
6 Nek Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit.
Dahlia gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.
Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong
7 dan Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan
berita yang sama. Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak. Semasa
memotong kelapa sawit di Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat
menyelamatkan diri.

Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat
8 kesan cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya
ingin berhenti sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong
sampai di rumah dengan membawa ular yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit
ketakutan dan menangis apabila melihat ular tersebut. Hal ini menghairankan Embong.
Dahlia menceritakan mimpi yang dialaminya kepada Embong.

Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan
9 keluarga Dahlia. Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital.
Seman, bapa saudara Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk
Nek Kiah supaya menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat
10 sampai ke sekolah. Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan
nama baik ibunya kepada Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya.
Dengan perasaan sedih, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu
Hisyam berjumpa dengan Dahlia setelah Kavita menceritakan hal Dahlia kepadanya.
Beliau menasihatkan Dahlia terus tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu
dan cemerlang dalam STPM nanti.

Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri
11 dan sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi
oleh Embong, dia tetap dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang
lain. Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya
dan ingin berjumpa dengannya. Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong
tidak memberitahunya tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan
Dahlia.

Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit
12 ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang
bertugas sementara di situ. Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya.
Kesihatan Saleha bertambah menurun.
Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha.
13 Oleh sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti,
Dahlia menyatakan bahawa ibunya sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya.
Pada malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong.
Semasa berbual-bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya. Embong
keluar dan menuju ke kandang kambingnya.

Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka
14 berhutang barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong
untuk membeli kambing peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa
kambingnya telah hilang dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik
Dahlia. Dahlia keberatan dan meminta Azhari menangguhkan hasratnya. Dia bimbang
keluarga Azhari tidak akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya.
Embong memanggil Dahlia dan memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.

Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan
15 keluarga Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini.
Embong juga menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke
peringkat universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak
membantah malahan menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran.
Perasaan Azhari menjadi tenang kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon
menantu. Selepas Azhari dan keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama
ada keluarga Azhari mengetahui tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan
ikatan ini terputus. Perasaan Embong masih berbaur antara gembira ataupun sedih
selepas anaknya disunting orang. Embong terbawa-bawa dengan perasaannya dan
mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman Bahagia, Johor Bahru. Embong yang
merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa untuk bersiap. Embong menuju ke
bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.

Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga
16 adalah tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan
Mawar supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah
berjanji dengan emak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula
Mawar adalah murid sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai
masalah, iaitu emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia
mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian
daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak
dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang menghantar Siti Wangi yang pengsan sewaktu
berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita menolong memfotostat nota-nota
pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. Dahlia terkenangkan pesanan abahnya
yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan menggunakan wang simpanannya
sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah. Kedatangan Nek Siah dan Seman ke
hospital telah membawa berita yang mengejutkan, iaitu mereka mahu menjual tanah dan
rumah yang didiami oleh Dahlia dan keluarganya.

Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk
17 mentelaah pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah
memberitahu Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital
tetapi tidak diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan
keluarganya, Abu Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang
disembunyikan oleh Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang
disimpan dalam dompet. Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar
bahawa abah telah dimasukkan ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian
emak Dahlia dan dalam masa yang sama mendapatkan nombor wad abah Dahlia.
Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir
selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari. Sikap Nek Kiah yang beria-ia untuk
menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan kepada Dahlia. Ketamakan
Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu walaupun emak dan abah
Dahlia masih berada di hospital.

Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan
18 mereka memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah
dan rumah mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan
atau bekerja di kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia
didatangi oleh Tauke Lim. Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan
mengambil berat akan keadaan yang menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga
menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-
putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan
dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu, Tauke Lim turut menawarkan pertolongan
kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk menerima pertolongan tersebut
tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya untuk mengajar karangan Bahasa
Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil peperiksaan SRP. Perihal Bakar
yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan oleh Tauke Lim. Perbualan
mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan
penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.

Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia
19 tidak mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya.
Selain itu, Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan
pertolongan kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek
Kiah. Dahlia enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin
mendedahkan bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri.
Pada yang sama juga Azhari singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang
kerana tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan
Dahlia bertanyakan Azhari tentang status hubungannya dengan Dahlia. Azhari
menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus beredar dari situ.
Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah datang dan memarahi Dahlia
kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah sedangkan ibu bapanya tiada di
rumah.

Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama


20 beberapa hari. Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang
tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari
kepulangan Embong telah datang ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-
gesa pulang setelah mendapati Embong naik berang. Embong menasihatkan Dahlia
supaya menyambung pelajaran semula dan menyerahkan segala masalah keluarga
mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa terharu kerana hanya Tauke Lim
sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari hospital. Malahan Tauke Lim
juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah tanah tersebut.

Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
21 Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung
tidak kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya
kepada Dahlia atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk
menyiapkan kenduri menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton
datang dan tanpa perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya.
Malahan dia turut mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia
yang berasa malu telah beredar dari situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu
telah naik marah dan cuba menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji
Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan
kehairanan kepada Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak
mempedulikan keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di
balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah yang menjualkan kambing
abahnya.

Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba
22 memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah
dan akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia
meluahkan rasa hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah
pada pagi itu. Abu Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di
sekeliling rumah mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah
menjumpai sesuatu yang mengejutkan, iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur
hitam yang dipecahkan itu mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua
bilah paku. Abu Bakar menerangkan bahawa ada orang yang dengki akan keluarga
mereka tetapi Dahlia tidak mempercayai perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak
menyimpan perasaan dendam. Dahlia menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi
niat baik Dahlia itu dibalas dengan kata-kata kesat.

Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih
23 mengingati dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa
keluarganya berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan
Azhari hanya mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan
pesanan kepada Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib
sebagai sahabat baiknya sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru
dan kawan-kawan sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang
dari sekolah berasa terperanjat kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya.
Embong yang menyedari kepulangan Dahlia telah menggesa Dahlia naik ke rumah.
Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke rumah. Belum sempat Dahlia
bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Dahlia kerana Azhari ingin berjumpa
dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta Azhari sendiri yang
memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah telah ke rumah
neneknya dan memanggil nama orang tua iitu tetapi tiada jawapan. Azahari menolong
menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.

Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang,
24 Nek Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang
masih sakit. Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek
Kiah semenjak dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan
banjir. Tiang dapur rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik
kerana hanya lebam-lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya
dengan bot. Semasa di pusat pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan
makanan untuk mangsa banjir.

Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang
25 begitu sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah
roboh tetapi Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim,
iaitu wakil Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat
keadaan mereka. Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia
kerana rajin mengulang kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai
yang pecah telah dibaiki dan jambatan yang dihanyutkan air akan digantikan dengan
yang baru. Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang
kampung agar bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan
Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah datang untuk membina semula rumah
Dahlia.

Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat
26 keputusan untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat
peperiksaan. Cikgu Salwani mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama.
Azhari dan keluarganya datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga
Dahlia tentang perhubungan mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan
ditunangkan selepas Dahlia tamat peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia
tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib sebelum ini tetapi Dahlia menolak permintaan
itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah dimiliki oleh orang lain,

Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa
27 yang sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung
pelajaran ke universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu
kedatangan keluarga Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa
khabar gembira, iaitu Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia
berasa amat gembira dan keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk
kursus ini sehari selepas tarikh pertunangannya. Azhari yang baru sampai telah
terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui pemergian Dahlia kerana sudah berjanji
semasa merisik dahulu.

Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan
28 antara Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia
berkenaan falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap
kandungan dalam tepak sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di
rumah Dahlia semakin riuh dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia
hanya bersiap secara ringkas sahaja dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana
pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Nek Kiah telah menghadiahkan
gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam, Kavita dan Siti Wangi datang
memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia mendapat tawaran ke Jepun turut
diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul 5,00 petang tetapi
rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum kelihatan
sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia bersiap
kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu
yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik
kerana sempat sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat
mengucapkan selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan
melalui Kavita. Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada Dahlia
atas kejayaannya. Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa
mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.

SINOPSIS KESELURUHAN

Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai
pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa.
Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya. Namun, akibat
masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu. Setelah ibunya
dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan
dia sering lewat ke sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama.
Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan
dituduh membunuh Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka
diuji lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama
beberapa hari. Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan
tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya.
Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi paku,
cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di bawah rumah mereka.
Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar dari hospital. Azhari telah
menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia.
Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah menimbulkan keinsafan kepada
Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan
jayanya dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia terpilih sebagai seorang daripada
pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dahlia juga selamat ditunangkan
dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka sekeluarga
dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh daripada penyakitnya.

TEMA

Ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. Dahlia sebagai
anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu ayahnya
menguruskan rumahtangga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman Bahagia. Dahlia terpaksa
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang dan Anggerik. Satu persatu
masalah yang menimpa Dahlia. Dia difitnah oleh jirannya, Aton. Anggerik mengalami demam yang
berpanjangan. Ayahnya dipatuk ular tedung dan terpaksa dirawat beberapa hari di hospital. Namun,
dalam menjalankan tanggungjawabnya, Dahlia tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi
pelajar yang cemerlang dalam STPM.

PERSOALAN

Bil Persoalan Contoh


1 Kejayaan hasil daripada Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan
kegigihan dalam pelajaran meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti
Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya
menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke
hospital untuk menerima rawatan.
2 Kemiskinan dalam masyarakat Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat
kampung kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga
Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang
dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang
keperluan harian.
3 Berani bertindak dalam Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba
menghadapi situasi yang bahaya membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang

4 Keinsafan selepas menyedari Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini
kesilapan diri dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika
terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang
selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing
ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-
rakannya sendiri.

5 Bantu membantu dalam Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran


menyelesaikan masalah yang dengan memberikan nota pelajaran sepanjang
dihadapi oleh orang lain ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan
bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin
menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia
dan keluarganya.

6 Kepentingan ilmu bagi mengubah Embong amat mementingkan pelajaran dan sering
taraf hidup menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-
sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam
pelajaran mereka nanti.

7 Pengamalan ilmu hitam dalam Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang
kalangan masyarakat berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang
paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka
menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan
ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

8 Bertanggungjawab dalam Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya


menjalankan tugas sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman
banyak membantu keluarga Embong walaupun orang
kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman
mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan.

9 Semangat kejiranan walaupun Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang
berlainan bangsa sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim
membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke
Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10 Pengekalan identiti bangsa dan Azhari menghadiahkan sepasang kain songket


jati diri berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-
kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa
mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu

Anda mungkin juga menyukai