Anda di halaman 1dari 8

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS BAB21-24

BAB 21: HIJRAH REMAJA HARAPAN


SINOPSIS:
Dahlia membantu kerja-kerja memasak untuk majlis sambutan
Maulidul Rasul di balai raya.Tidak ramai orang yang
datang.Perkara ini membimbangkan Haji Sulaiman.Walau
bagaimanapun, Aton dan Abu Bakar turut ada di
situ.Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia
tidak manyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton pula lebih banyak bercakap daripada melakukan
pekerjaan.Aton memberitahu Hajah Maimon,isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki datang ke rumah berganti
tukar.Kata-kata Aton menyebabkan Dahlia berasa sedih lalu
meninggalkan tempat itu.Abu Bakar hilang sabar dan hampirhampir memukul Aton tetapi cepat dihalang oleh Haji Sulaiman.
Abu Bakar masuk ke bilik Dahlia untuk memujuk
kakaknya.Dahlia berkata kepada Abu Bakar bahawa dia sudah
terlalu banyak menempuh pelbagai cabaran dan dia tidak kisah
akan sikap masyarakatnya yang tidak mempedulikan
kesusahan orang lain
PERSOALAN:
1. Persoalan tentang sikap mementingkan diri dalam kalangan
masyarakat.
Penduduk Kampung Parit Haji Rais tidak mahu bergotongroyong bagi menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul.
2. Persoalan tentang sikap suka membawa mulut dan
berprasangka buruk terhadap orang lain.
Aton membawa berita yang tidak betul mengenai Dahlia
apabila Azhari dan Najib datang ke rumah Dahlia.
WATAK&PERWATAKAN:
Dahlia

-Seorang yang cekal.


Dia cekal menghadapi umpatan dan sangkaan buruk orang
kampung, terutama Aton terhadapnya
-seorang yang sensitive
Dia sensitif apabila difitnah dan dituduh bukan-bukan oleh
orang lain, terutama Aton dan Nek Kiah.
Abu Bakar
-Seorang yang rajin membantu.
Dia rajin membantu orang kampung ketika mereka
mengadakan persiapan untuk menyambut Maulidur Rasul di
balai raya.
-Seorang yang insaf akan kesalahannya
Dia meminta ampun daripada ayahnya atas perbuatannya
menjual kambing ayahnya itu.
LATAR TEMPAT:
-Di balai raya
Beberapa orang penduduk bergotong-royong memasak untuk
menyambut Maulidur Rasul.
LATAR MASYARAKAT:
-Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.
Abu Bakar insaf akan perbuatannya yang menjual dua ekor
kambing milik ayahnya untuk mendapat wang demi berhibur
dengan kawan-kawannya.
-Masyarakat Kampung
Apabila diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul, tidak ramai
yang datang untuk membantu memasak hidangan.
PENGAJARAN:

1. Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain.


Sikap Aton yang bersangka buruk terhadap Dahlia apabila
melihat Dahlia dihantar oleh Azhari janganlah kita ikuti kerana
perbuatan tersebut akan menimbilkan perselisihan faham.
2. Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.
Abu Bakar meminta ampun daripada Embong atas
perbuatannya menjual kambing-kambing peliharaan Embong.
BAB 22: KAIN MERAH YANG REPUT
SINOPSIS
Kini Abu Bakar rajin membantu kerja-kerja di rumah. Dia sedar
bahawa kesilapan yang dilakukannya selama ini kerana
terpengaruh akan kawan- kawannya yang datang daripada
keluarga yang senang. Abu Bakar bertekad untuk memberikan
sumbangan kepada keluarganya.
Semasa mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu
Bakar terjumpa dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akek, butiran pasir dan paku. Tahulah Abu Bakar
dan adik-beradiknya bahawa selama ini ada orang yang dengki
akan keluarga mereka.Abu Bakar mahu menunjukkan barangan
tersebut kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia.Dahlia
meminta Abu Bakar membuang semua barang itu ke sungai.
Dahlia mendapati Nek Kiah tidak kelihatan di rumahnya dan
di mana-mana. Oleh itu,dia ke rumah neneknya itu dan
mendapati neneknya terbaring kerana sakit. Namun begitu,
neneknya menghalaunya.
PERSOALAN:
1. Persoalan tentang kepercayaan kepada perkara tahayul.
Semasa mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu
Bakar terjumpa dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akek, butiran pasir dan paku. Tahulah Abu Bakar

dan adik-beradiknya bahawa selama ini ada orang yang dengki


akan keluarga mereka
2. Persoalan tentang kasih sayang antara ahli keluarga.
Dahlia mendapati Nek Kiah tidak kelihatan di rumahnya dan di
mana-mana. Oleh itu,dia ke rumah neneknya itu dan
mendapati neneknya terbaring kerana sakit

WATAK&PERWATAKAN:
Dahlia
-Seorang yang penyayang
Dahlia mengambil berat tentang neneknya dengan pergi ke
rumah neneknya apabila tidak melihat neneknya itu beberapa
hari.
Abu Bakar
-Seorang yang mudah terpengaruh oleh orang lain.
Abu Bakar mudah terpengaruh oleh orang lain. Dia gemar
berhibur dengan kawan-kawannya yang berasal daripada
keluarga kaya.
LATAR TEMPAT:
-Di bawah rumah Dahlia
Semasa mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu
Bakar terjumpa dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akek, butiran pasir dan paku.
-Di rumah Nek Kiah
Dahlia mengambil berat tentang neneknya dengan pergi ke
rumah neneknya apabila tidak melihat neneknya itu beberapa
hari.
LATAR MASYARAKAT:

1. Masyarakat remaja yang lebih menggemari perkaraperkara yang menyeronokkan


Abu Bakar banyak menghabiskan masanya untuk berhibur
dan berpelesiran dengan kawan-kawannya.

PENGAJARAN:
1. Kita janganlah melakukan perkara yang bertentangan
dengan ajaran agama.
Peristiwa Abu Bakar menjumpai telur yang diletakkan jarum
dan paku di bawah rumahnya bertentangan dengan ajaran
agama dan dilakukan kerana perasaan dengki.
BAB 23: SINAR KEBAHAGIAAN
SINOPSIS:
Kepulangan Dahlia ke sekolah semula disambut dengan
gembira oleh kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia
bahawa Najib terlalu berharap agar Dahlia akan menerima
cintanya, tetapi Dahlia hanya menganggap Najib sebagai
sahabat.
Apabila pulang ke rumah,Dahlia amat gembira apabila
emaknya sudah pulang dan pulih daripada penyakitnya. Azhari
juga ada bersama- sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari
pergi ke rumah neneknya yang sudah beberapa hari tidak
dikunjunginya.
Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata terpejam.
Panggilan Dahlia tidak disahutnya.
PERSOALAN:
1.Persoalan tentang kepentingan pelajaran demi masa hadapan

Dahlia pulang ke sekolah semula untuk meneruskan


pembelajarannya
2. Persoalan tentang kasih sayang antara ahli keluarga.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya yang
sudah beberapa hari tidak dikunjunginya.
WATAK&PERWATAKAN:
Dahlia
-Seorang yang penyayang.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya yang sudah
beberapa hari tidak dikunjunginya.
Azhari
-Seorang yang prihatin
Azhari prihatin akan keadaan Dahlia dan keluarganya

BAB 24: RUNTUHNYA TEMBOK KESOMBONGAN


SINOPSIS:
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dia dirawat di wad.
Dia berasa bersalah kepada keluarga Embong kerana mereka
melayannya dengan baik. Seman dan cucunya yang lain
langsung tidak menunjukkan muka ketika dia sakit.
Hujan turun dengan lebat di kampung itu. Abu Bakar
memberitahu keluarganya bahawa jambatan telah patah dan
ramai orang telah berkemas-kemas untuk berpindah ke balai
raya. Embong dan keluarganya terus membuat persiapan untuk
berpindah juga.

Apabila bot sampai, Embong dan keluarganya berpindah ke


tempat pemindahan itu. Ada penduduk kampung yang
merungut tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji
Sulaiman, banjir itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
PERSOALAN:
1. Persoalan tentang saling mengambil berat antara ahli
keluarga.
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dia dirawat di wad.
Dia berasa bersalah kepada keluarga Embong kerana mereka
melayannya dengan baik. Seman dan cucunya yang lain
langsung tidak menunjukkan muka ketika dia sakit.
WATAK&PERWATAKAN:
Nek Kiah
-Seorang yang insaf akan kesalahannya.
Dia berasa bersalah kepada keluarga Embong kerana mereka
melayannya dengan baik .
Abu Bakar
-Seorang yang rajin membantu
Dia membantu keluarganya semasa mereka bersiap sedia
untuk berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir.
LATAR MASYARAKAT:
1. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
Dia berasa bersalah kepada keluarga Embong kerana
mereka melayannya dengan baik walaupun dulu dia
bercadang untuk menjual rumah Embong.
PENGAJARAN:
1. Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.

Nek Kiah menghentikan kata-kata buruknya kepada Embong


sekeluarga, sebaliknya berbaik- baik dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai