Anda di halaman 1dari 1

Tema : kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Peristiwa Lili menghadapi kerenah ibunya

Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di
kampung datuk dan neneknyaSepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah
menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah.
Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang
kental.

Peristiwa Lili diculik

Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan
semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti
perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.

Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau

Lili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya
hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.

Anda mungkin juga menyukai