Anda di halaman 1dari 1

Azam telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Pidato Piala

Diraja. Hadiah yang dimenangi berupa sekeping cek berjumlah RM500.


Tulis sebuah karangan tentang cara-cara Azam menggunakan wang
yang dimenanginya itu secara berhemat bagi memenuhi keperluan dan
kehendaknya.

Azam gembira kerana telah mendapat tempat pertama dalam


pertandingan Pidato Piala Diraja yang disertainya. Dia telah menerima sekeping
cek berjumlah RM500.00 sebagai hadiah kemenangannya. Dia merancang untuk
menggunakan wang tersebut bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya
dengan sebaik-baik yang mungkin.

Perkara paling utama Azam akan lakukan adalah menyimpan wang yang
dimenanginya itu sebanyak 40 peratus iaitu bersamaan dengan RM200.00.
Simpanan itu bertujuan untuk digunakan dalam pendidikan. Contohnya
membayar yuran persekolahan dan sebagainya. Selain itu, simpanan itu juga
digunakan untuk kegunaan semasa kecemasan.

Seterusnya Azam akan menggunakan 30 peratus duit yang dimenanginya


untuk membeli alatan persekolahan. Hal ini, perlu diberi perhatian supaya proses
pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar. Di samping itu, ini akan
meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan semua peralatan
perkolahannya. Contoh peralatan tersebut ialah pensel, pemadam, buku tulis
dan sebagainya.

Selepas itu Azam akan menggunakan yang dimenanginya sebanyak 20


peratus untuk memenuhi kehendaknya. Azam sudah lama menginginkan
sepasang kasut sukan jenama yang disukainya. Oleh itu, dia telah menggunakan
duit yang dimenanginya itu sebanyak RM100 ringgit untuk membeli kasut
tersebut. Hal ini, secara tidak langsung akan mengurangkan beban ibu bapa
untuk memenuhi kehendaknya.

Akhir sekali, Azam akan mendermakan wang yang dimenanginya


sebanyak 10 peratus iaitu bersamaan dengan RM50. Azam boleh mendermakan
wang tersebut kepada pusat anak yatim dan keluarga yang susah. Dengan wang
derma tersebut sedikit sebanyak akan membantu mereka yang kurang
berkemampuan.

Dengan agihan secara bijak, Azam telah menggunakan wangnya secara


berhemat. Amalan ini patut dicontohi oleh semua orang kerana mempunyai
banyak kebaikan. Justeru, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan
seharian bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai