Anda di halaman 1dari 4

Faedah bersukan(karangan fakta)

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah,
kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan
banyak faedah yang kita peroleh.
Antara faedah bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti
berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas.
Selain itu, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat
berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita
berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita
menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Akhir sekali, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam
bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga
kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif dalam bidang sukan .Marilah kita bersama-sama
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Berjimat-cermat Amalan Mulia (karangan fakta)


Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh
menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh
digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan
sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang
sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli
sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu
sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja
sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang
hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan
cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat
daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk
mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.
Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan
sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya
selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat
menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita
ditimpa pelbagai masalah.
Karangan Tindakan ( Jumpa anak kucing)
Kamu dan kakak kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tiba-tiba, kamu ternampak
seekor kucing hampir lemas di dalam longkang.
Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu ambil untuk menolong anak kucing itu.
Ketika aku dan kakakku dalam perjalanan pulang dari sekolah, kami ternampak seekor
kucing yang hampir kelemasan di dalam longkang. Alangkah kasihannya aku melihat kucing itu
tenggelam timbul di permukaan air longkang.
Oleh sebab longkang itu agak dalam dan arusnya deras, sukar bagi aku dan kakak untuk
menyelamatkan anak kucing itu. Nasib kami baik kerana seorang pemuda lalu di situ lantas kami

meminta pertolongannya untuk mengambilkan anak kucing itu.


Anak kucing itu menggigil kesejukan kerana badannya basah kuyub. Tanpa membuang
masa, aku dan kakak membawa anak kucing itu pulang ke rumah. Dalam keadaan hujan yang
semakin lebat, kami mempercepatkan langkah kaki menuju ke rumah.
Sesampainya di rumah, aku terus membawa anak kucing itu ke dapur. Aku mencari kain
tuala lamaku yang sudah tidak digunakan lagi. Aku mengelap seluruh badan anak kucing itu
sehingga kering.
Kakak membawa sepiring susu untuk diberikan kepada anak kucing itu. Apabila kucing itu
sudah kenyang, kami meletakkannya ke dalam sebuah bakul. Aku selimutkan anak kucing itu
dengan sehelai kain supaya badannya kembali hangat.
Sekembalinya ibu dan bapaku dari tempat kerja, kami menceritakan kejadian yang berlaku.
Ibu dan bapaku berbangga atas sifat keprihatinan kami. Aku amat gembira kerana ibu dan
bapaku membenarkan kami memelihara anak kucing itu.
Sejak hari itu, kucing itu menjadi binatang peliharaan kesayangan aku dan kakak. Aku dan
kakak menamakan anak kucing itu Comel.

Anda mungkin juga menyukai