Anda di halaman 1dari 2

Faedah Bersukan/ Aktiviti RiadahBersukan merupakan aktiviti riadah yang

dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah,kerajaan


menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini
kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.Salah satu daripada
faedahnya ialah
dapat menyihatkan tubuh badan
.Apabila kita bereaksiseperti berbasikal, bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasalesu ketika belajar di dalam kelas.Seterusnya, melalui bersukan kita
dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan
.Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa
mahupun agama.Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan
bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.Selain itu,
bersukan juga merupakan aktiviti
mengisi masa lapang secara bermanfaat
.Sesilatihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika
waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesilatihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.Di samping itu, dengan
bersukan kita
dapat mengharumkan nama sekolah
.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupunnegara.Apabila kita berjaya memenangi mana-
mana kejohanan sukan, maka kita telah berjayamengharumkan nama
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin
bertambah.Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif
bersukan.Marilah kita bersama-samamenyahut seruan kerajaan untuk
menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.
Faedah-faedah Membaca Amalan membaca merupakan salah satu
tabiat yang amat bermanfaat.Semua orang haruslah berusaha
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. 

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu


pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru
yang tidak kita ketahui sebelum ini. pengetahuan am kita akan bertambah luas
dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan


semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu
kegawatan ekonomi bencana dan peperangan krisis air dan pelbagai peristiwa
yang berlaku diseluruh dunia. Justeru kita tidak lagi ketinggalan zaman
atau dianggap seperti katak di bawah tempurung.

Kebaikan dan keburukan dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan


membaca, kita dapat mengetahui tentang sesuatu perkara. Oleh itu, kita
didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian
terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak. Membaca buku-buku
seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.
Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Sesungguhnya banyak
kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca.

Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian.


Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang
menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai