Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita ada
yang terlalu taksub dengan mengejar kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan
kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga
mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan
dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Riadah adalah senaman atau
menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak
aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik
yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita berusaha untuk memberikan
masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasil usaha
kita diwaktu kelak.

Isi 1

Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar diamalkan dalam
mengisi masa lapang seseorang. Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti
bermain permainan video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah aktiviti
yang sihat untuk diamalkan. Kemudahan untuk melakuakan aktiviti rekreasi telah
berkembang dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi,
lebih baik kita melabur wang dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang
mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan duit
kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia. Bak kata peribahasa Melayu,
tepuk dada, tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan
hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan diri kita sendiri.

Isi 2

Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan


kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan
mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak
dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan
aktiviti riadah seperti berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa paling
kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik
dan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum
nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana
mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 3

Selain itu, aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi medium perhubungan


silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Jika kita imbas kembali pada zaman
kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar rumah untuk bermain di
padang atau taman permainan bersama sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama
dan dari situ kita akan berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan
kita. Aktiviti seperti bermain boling pada hujung minggu bersama keluarga dan
rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain di samping
berhibur dan mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan pekerja pula, syarikat
atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti rekreasi bersama sekurangnya
setahun sekali bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja yang sekaligus
menyumbang pada prestasi kerja yang lebih baik.

Isi 4

Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita yang
terdiri daripada berbilang kaum. Bagi mengelakkan sentimen perkauman yang
selalunya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita sebagai
warganegara Malaysia seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti riadah tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Bak kata peribahasa melayu bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Sebagai contoh, skuad bola sepak kebangsaan yang terkenal
dengan nama harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di peringkat
Komanwel dan pasukan tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi marilah kita
berganding bahu dalam menepis sentimen yang sensitif ini dengan beriadah
bersama-sama kerana kekuatan kita pada penyatuan bukan perpecahan.

Penutup

Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan dalam


kehidupan oleh masyarakat kita secara tersurat dan tersirat. Kita seharusnya
bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merencana sesuatu untuk kita meluangkan
masa beriadah dan menyebarkan kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak
umum. Media massa dan agensi kerajaan mampu menjadi tunjang dalam
menggalakkan rakyat Malaysia beriadah kerana badan yang sihat menjamin otak
yang cerdas. Bersama-sama kita ke arah melahirkan generasi yang berfikiran waja,
sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni.

Anda mungkin juga menyukai