Anda di halaman 1dari 2

Result BPKP Contoh Karangan Karangan Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan Seharian

ShareFacebookTwitterLinkedInPinterest contoh karangan kepentingan riadah Ipendidikan » Karangan


» Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan Seharian Banyak perkara yang boleh seseorang individu
tersebut lakukan untuk mendapat manfaat yang berguna dalam kehidupan. Pelajar mampu menjawab
soalan sebegini kerana ia merupakan antara subjek yang dipelajari di sekolah iaitu pendidikan
jasmani. Penulisan karangan yang baik hendaklah menggunakan peribahasa melayu dan simpulan
bahasa agar menarik minat guru yang membaca. Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai
kepentingan kepada diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari.Berikut adalah contoh isi dan
karangan berkaitan dengan kepentingan riadah dalam kehidupan. Ianya terdiri daripada pendahuluan,
empat isi penting dan penutup. Isi Kandungan [Tutup] Kebaikan Dan Kepentingan Beriadah Dan
Berekreasi Dalam Kehidupan Seharian Contoh Karangan Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan
Kebaikan Dan Kepentingan Beriadah Dan Berekreasi Dalam Kehidupan Seharian Isi-isi penting
mengisi masa lapang memastikan kesihatan diri terjaga mengeratkan hubungan sesama keluarga
atau rakan menjadi medium penyatuan rakyat mencabar kemampuan diri Menambah keyakinan dan
motivasi diri Contoh Karangan Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan Pendahuluan Seiring dengan
era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita ada yang terlalu taksub dengan
mengejar kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah
sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi
salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Riadah adalah senaman atau
menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang
boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik yang tidak memakan masa yang lama
dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita
berusaha untuk memberikan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan
hasil usaha kita diwaktu kelak. Isi 1 Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar
diamalkan dalam mengisi masa lapang seseorang. Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti
bermain permainan video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah aktiviti yang sihat untuk
diamalkan. Kemudahan untuk melakuakan aktiviti rekreasi telah berkembang dan tidak memerlukan
kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi, lebih baik kita melabur wang dalam melakukan
aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan
duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia. Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada,
tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik
menurut keyakinan diri kita sendiri. Isi 2 Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang
dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan
mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan
berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau
menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina
kita akan menjadi lebih baik dan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi.
Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana
mencegah lebih baik daripada merawat. Isi 3 Selain itu, aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi
medium perhubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Jika kita imbas kembali pada
zaman kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar rumah untuk bermain di padang
atau taman permainan bersama sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama dan dari situ kita akan
berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan kita. Aktiviti seperti bermain boling pada
hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu
sama lain di samping berhibur dan mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan pekerja pula,
syarikat atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti rekreasi bersama sekurangnya setahun sekali
bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja yang sekaligus menyumbang pada prestasi kerja
yang lebih baik. Isi 4 Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita yang
terdiri daripada berbilang kaum. Bagi mengelakkan sentimen perkauman yang selalunya dijadikan isu
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya melibatkan
diri dengan aktiviti riadah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Bak kata peribahasa melayu
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebagai contoh, skuad bola sepak kebangsaan yang terkenal
dengan nama harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di peringkat Komanwel dan
pasukan tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi marilah kita berganding bahu dalam menepis
sentimen yang sensitif ini dengan beriadah bersama-sama kerana kekuatan kita pada penyatuan
bukan perpecahan. Penutup Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan
dalam kehidupan oleh masyarakat kita secara tersurat dan tersirat. Kita seharusnya bekerjasama
bagai aur dan tebing dalam merencana sesuatu untuk kita meluangkan masa beriadah dan
menyebarkan kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak umum. Media massa dan agensi
kerajaan mampu menjadi tunjang dalam menggalakkan rakyat Malaysia beriadah kerana badan yang
sihat menjamin otak yang cerdas. Bersama-sama kita ke arah melahirkan generasi yang berfikiran
waja, sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni. Related : perpaduan kaum menyihatkan
tubuh badan kasih sayang kementerian kesihatan kesimpulannya aktiviti ahli keluarga hubungan
kekeluargaan, anak anak ShareFacebookTwitterLinkedInPinterest INFORMASI BERKAITAN Peranan
Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah (Karangan) Cara-Cara Mengelakkan Penipuan Internet
Cara Memperoleh Kecemerlangan Akademik Dan Peperiksaan Masalah Lari Dari Rumah Di
Kalangan Remaja Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah Kepada Pelajar Punca-Punca
Pengangguran Dan Cara Mengatasinya TERKINI Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga
Tua Semakan UPU 2023 & Panggilan Temuduga, Tawaran, Rayuan Ke UA/ IPTA Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Persoalan INFO BERKAITAN Cara-Cara Mengatasi Amalan
Rasuah Di Malaysia Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga Tua Kejayaan Negara Dalam
Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan TRENDING Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023
Punca-Punca Pengangguran Dan Cara Mengatasinya Faedah Belajar Menggunakan Komputer
Kepada Murid Dalam Pembelajaran Ipendidikan.MY Copyright 2023 | Hakcipta Terpelihara.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html

Anda mungkin juga menyukai