Anda di halaman 1dari 53

FOKUS TEMA DAN TAJUK KARANGAN B SPM 2023

A: TEMA: Kesihatan dan Kebersihan

1. Soalan: Cara-cara yang anda lakukan untuk mengatasi tekanan perasaan.

Tekanan perasaan merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang disebabkan


pelbagai faktor. Malangnya, masalah tekanan perasaan terutamanya dalam kalangan remaja
semakin menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.Sejak dahulu lagi, setiap manusia
tidak terlepas daripada mengalami tekanan ini. Era modenisasi ini, isu tekanan perasaan
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana. Mantan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Dr Noor Hisham
Abdullah menyatakan setiap individu perlulah berusaha mengatasi tekanan perasaan untuk
mengelakkan kesan buruk terhadap diri masing-masing. Persoalannya, apakah cara-cara
yang boleh saya lakukan untuk mengatasi tekanan perasaan?

Sebagai pembuka tirai wacana, usaha-usaha untuk menangani tekanan perasaan


termasuklah melancong ke tempat-tempat menarik. Hal ini dikatakan demikian
kerana, saya perlu melancong setelah penat belajar dan menghadapi masalah yang
lain. Sebagai contoh, berkunjung ke pantai peranginan seperti Pantai Chenang Langkawi dan
Pulau Pangkor. Langkah pertama, saya akan mengajak ahli keluarga untuk bersama-sama
melancong terutamanya pada hujung minggu atau semasa cuti persekolahan. Kesan
positifnya, saya dapat melihat laut yang membiru, pemandangan yang indah dan sekali gus
tekanan mental dan emosi dapat dikurangkan. Janganlah suka memberikan pelbagai alasan
kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Benarlah, jauh perjalanan luas
pemandangan. Cuba kita bayangkan, andainya, aktiviti melancong ini tidak saya lakukan,
pastinya fikiran saya semakin berserabut . Maka jelaslah bahawa, dengan melancong ke
destinasi menarik mampu mengatasi masalah tekanan atau stres.

Lontaran idea yang seterusnya, langkah lain untuk mengurangkan tekanan perasaan
adalah dengan melakukan aktiviti riadah. Hal ini disebabkan, aktiviti riadah ini mampu
meredakan tekanan yang membelenggu minda kita . Misalnya, aktiviti riadah yang sesuai ialah
berkelah bersama-sama insan tersayang, menunggang basikal dan mendaki gunung. Langkah
yang efektif ialah saya boleh melakukan aktiviti riadah pada waktu senggang di padang
permainan dan taman rekreasi. Impak yang jelas, badan akan berpeluh , menggalakkan
peredaran darah dan dapat menyihatkan badan. Peribahasa menyatakan badan sihat otak
cerdas. Usaha gigih dan efektif ini perlu dipraktikkan kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Sekiranya aktiviti riadah ini tidak dilakukan jiwa saya akan
menjadi tidak tenang dan sering memikirkan segala masalah. Ternyata, melalui aktiviti riadah
atau rekreasi mental akan menjadi lebih sihat dan emosi menjadi stabil.

Bukan itu sahaja, saya juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang untuk
membantu mengatasi tekanan. Situasi ini dikatakan demikian kerana, antara punca
berlakunya tekanan adalah kerana menghidapi penyakit berbahaya seperti kanser kerana tidak
menjaga pemakanan. Contohnya, memilih makanan mengikut piramid makanan, makan lebih
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari Langkah yang
pertama. Langkah pragmatik ialah saya akan memilih makanan yang berkhasiat dan makan
mengikut peraturan yang ditetapkan. Socrates menyatakan aku makan untuk hidup dan
bukan hidup untuk makan. Kesan yang jelas ialah penyakit berbahaya dapat dielakkan dan
tekanan dapat diatasi. Namun realitinya, golongan remaja lebih suka makan makanan segera
berbanding makanan sihat. Tuntasnya, amalan pemakan seimbang merupakan satu
alternatif untuk mengubati tekanan mental dan emosi.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk
___________________________ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di
sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini.
Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan
seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan
semua pihak.
___________________________________________________________________________
A: TEMA: Kesihatan dan Kebersihan

2. Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek
kebersihan ini.

Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan
Tanggungjawab Kita Bersama'. Tuliskan rencana tersebut dengan lengkap.

“ Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama”


Oleh: Adam Adeola

Apakah maksud kebersihan? Kebersihan ialah amalan untuk menjaga kesihatan diri dan
juga persekitaran tempat tinggal, kawasan sekolah , premis makanan dan juga tempat bekerja.
Kebersihan juga merupakan amalan rutin setiap individu pada setiap hari. Namun begitu,
terdapat juga sebahagian individu yang suka mengabaikan kebersihan dalam kehidupan mereka.
Sejak dahulu lagi, amalan menjaga kebersihan ini amat dititik berat oleh ibu bapa dan ahli
keluarga. Era modenisasi ini, isu semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering
menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri
Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Facebook iaitu Noor Hisham Abdullah
menyatakan amalan menjaga kebersihan ini perlulah menjadi amalan kerana membawa
pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
menjaga kebersihan?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk


menjaga kebersihan termasuklah melalui peranan setiap individu. Sebagai contoh,
setiap individu perlu melakukan rutin harian seperti menggosok gigi, mandi, membersihkan
rambut dan kuku. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan menjaga kebersihan ini wajib
dipraktikkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Langkah pertama,
setiap individu perlu menjaga kebersihan diri pada awal pagi setiap hari dan juga menjaga
persekitaran tempat tinggal. Mereka perlu mengemas rumah, membersihkan halaman rumah
dan menjaga kebersihan bilik tidur dan dapur. Kesan positifnya, amalan menjaga kebersihan
diri dan persekitaran rumah ini dapat menggelakan diri daripada jangkitan penyakit seperti
demam denggi dan demam Malaria. Peribahasa ada menyatakan mencegah lebih baik
daripada mengubati.Cuba kita bayangkan,andainya terdapat individu yang mengabaikan
aspek kebersihan pastinya penyakit mudah merebak dan tinggal dalam suasana yang kotor dan
tidak selesa. Benarlah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.Jelaslah,
setiap individu perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana lain yang tidak kurang
pentingnya untuk menjaga kebersihan ini adalah melalui peranan ibu bapa. Misalnya,
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak tentang amalan menjaga kebersihan ini
sejak kecil lagi. Hal ini disebabkan, ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak dalam
kehidupan mereka dan anak-anak akan mencontohi perkara yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka. Didikan dan bimbingan ibu bapa dalam menjaga kebersihan ini dapat disamakan
dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Langkah yang efektif ialah ibu
bapa mengajar anak-anak cara membersihkan diri dan mengajak anak-anak membantu
membersihkan persekitaran rumah secara bekerjasama. Amalan kerjasama ini dapat
disamakan dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Impak yang
jelas, bukan sahaja kebersihan diri terjaga rapi tetapi rumah sebagai tempat berteduh akan
menjadi cantik dan kemas. Sekiranya, ibu bapa tidak mendidik anak-anak menjaga kebersihan
pastinya diri anak-anak akan menjadi tidak terurus dan suasana rumah tidak
kondusif.Ternyata, peranan ibu bapa juga merupakan langkah yang penting untuk
memastikan kebersihan sentiasa dijaga.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk menjaga
kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.Contohnya, guru-guru perlu menerapkan
nilai kebersihan melalui mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan
Pendidikan Islam. Senario ini dikatakan demikian kerana, guru-guru mampu mendidik
amalan ini kerana kebersihan juga perlu dijaga ketika murid menuntut ilmu.Perjalanan
beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah guru-
guru akan mengajar murid berpakaian kemas, memastikan kasut yang dipakai sentiasa bersih
dan rambut disikat dengan rapi. Kelas tempat murid-murid belajar juga perlu dibersihkan
setiap hari mengikut jadual. Persekitaran sekolah juga perlu dibersihkan melalui aktiviti
gotong-royong. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak
seribu dalih. Kesan yang jelas , murid-murid akan lebih berkeyakinan apabila kebersihan
terjaga dan dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Namun realitinya, terdapat juga murid-
murid yang tidak mahu mengikuti ajaran guru atas sebab tertentu. Sikap tidak ambil peduli
ini perlu ditangani kerana tiada penyakit yang tiada penawarnya. Tuntasnya, langkah yang
diambil oleh pihak sekolah dalam menjaga kebersihan mendatangkan pelbagai maslahat
kerana kebersihan sebahagian daripada iman.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk menjaga kebersihan
ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

______________________________________________________________
A: TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

3.Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput menyampaikan ceramah di sebuah sekolah
tentang punca-punca penyakit berjangkit dan langkah-langkah pencegahan untuk mengawal
penularan penyakit berjangkit.
Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada saudara Pengerusi
Majlis. Yang berusaha Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Haron, Pengetua SMK Kelana Jaya, warga
pendidik yang berilmu tinggi, dan rakan-rakan yang disayangi sekalian. Saya Adam bin Adelola,
pegawai kesihatan dari Poliklinik Kelana Jaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah pada hari ini. Tajuk
ceramah yang akan saya sampaikan ialah “Punca-punca Penyakit Berjangkit dan Langkah-
langkah Pencegahan untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”
Hadirin sekalian,
Apakah maksud penyakit berjangkit? Penyakit berjangkit bermaksud penyakit yang
boleh berpindah atau merebak kepada orang lain.Penyakit berjangkit juga ialah wabak atau
pandemik yang berlaku secara besar-besaran.Negara Namun demikian, Malaysia juga tidak
terkecuali pernah mengalami pelbagai penyakit berjangkit yang berbahaya. Dahulu lagi,
pelbagai penularan wabak penyakit berjangkit telah pun berlaku dan menyerang manusia
seperti Ebola, Kolera dan Influenza atau H1N1. Era modenisasi ini, isu penyakit berjangkit
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada
menyatakan bahawa isu penyakit berjangkit ini telah mencetuskan benih kerisauan dan
kebimbangan dalam dalam kalangan masyarakat dan perlu dikekang dengan segera sebelum
nasi menjadi bubur. Persoalannya apakah “Punca-punca Penyakit Berjangkit dan
Langkah-langkah Pencegahan untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit” ?

Hadirin yang dihormati,


Sebagai pembuka tirai wacana, punca-punca penyakit berjangkit berlaku adalah
disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan. Sebagai contoh,
kebersihan kawasan persekitaran rumah, kawasan kediaman tempat tinggal, kawasan sekolah
dan gerai makanan.Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat tidak menjaga
kebersihan persekitaran kerana beranggapan perkara ini tidak penting dan juga alasan sibuk
bekerja. Kesannya menyebabkan persekitaran yang kotor ini menjadi kawasan pembiakan
nyamuk seperti aedes. Nyamuk aedes menyebabkan penyakit demam denggi dan mudah
merebak serta boleh meragut nyawa. Begitu juga virus lain seperti H1N1 yang berpunca
daripada kawasan yang kotor. Langkah pertama, ialah masyarakat perlu bekerjasama
mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman terutamanya
taman perumahan. Semangat bekerjasama ini dapat disamakan dengan peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Cuba kita bayangkan, andainya kebersihan tidak dititik
beratkan pastinya penularan pelbagai penyakit berjangkit akan berlaku. Jelaslah, sebab-sebab
berlakunya penularan penyakit berjangkit adalah kerana sikap masyarakat yang tidak
menjaga kebersihan.

Murid-murid dan warga pendidik yang budiman,

Lontaran idea yang seterusnya, langkah perdana untuk pencegahan mengawal


penularan penyakit berjangkit termasuklah mengadakan kempen kebersihan Misalnya,
pihak kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengadakan Kempen Marilah Menjaga Kebersihan, Kempen Penjarakan Fizikal dan
Kempen Rakyat Sihat Negara Sejahtera untuk memastikan penyakit berjangkit tidak berlaku
penularan. Hal ini disebabkan, penyakit seperti COVID-19, Ebola ini sangat pantas merebak
sekiranya usaha drastik tidak dilakukan. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan
hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan
secara berterusan dan perlu disebar luas melalui media massa kepada orang ramai. Selain itu,
melalui kempen ini juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai
supaya memakai penutup mulut dan hidung, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap
mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman iaitu penyanitasi tangan.
Amalan menjaga kebersihan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit ini dapat
disamakan dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Impak yang
jelas,apabila kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menjaga kebersihan pastinya penularan
wabak penyakit ini dapat dielakkan daripada dijangkiti ramai. Cuba kita renungkan sejenak
andainya, kempen amalan menjaga kebersihan ini tidak dilaksanakan pastinya virus yang
berbahaya ini mudah berjangkit dan akan memberikan implikasi serius kepada masyarakat.
Ternyata, satu daripada cara untuk menangani penyakit berjangkit ini adalah dengan
mengadakan kempen kebersihan supaya kudis tidak menjadi tokak.

Hadirin yang bijaksana,

Bukan itu sahaja, uslub yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi kekangan
penyakit berjangkit ini adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).Contohnya, semasa penularan Covid-19 di negara tercinta ini pihak kerajaan telah
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak empat peringkat dan diikuti
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan(PKPP) sehingga 31 Disember 2020. Senario ini dikatakan demikian kerana,
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilakukan kerana penularan virus berlaku sangat
pantas. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah
pragmatik ialah pihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri
Muhyiddin Yassin akan sentiasa menyampaikan maklumat tentang Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) ini melalui ucapannya yang disiarkan di semua saluran media massa .Kesan
yang jelas melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini orang ramai tidak
dibenarkan bergerak ke mana-mana dan hanya tinggal di rumah sahaja serta penyakit
berjangkit ini kurang merebak kepada orang lain. Janganlah memberi pelbagai
alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Andai kata pihak kerajaan
tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tegas pastinya penyakit
berjangkit ini mudah merebak dengan cepat dan menjadi perebak utama yang boleh
mengakibatkan lebih banyak kematian.Tuntasnya, mengadakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) merupakan langkah yang praktikal untuk mencapai hasrat agar penyakit
berjangkit ini dapat diatasi dengan berkesan.

Murid-murid yang disayangi.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk penyakit
berjangkit ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

Sekian, terima kasih.


____________________________________________________________________________
A: TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

4.Pernyataan di atas menunjukkan bahawa sesetengah penyakit berjangkit hanya


menyebabkan gejala ringan dan akan sembuh tanpa rawatan.
Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah mencegah penularan penyakit berjangkit.
“Langkah-langkah Mencegah Penularan Penyakit Berjangkit”
Oleh: Adam bin Adeola

Apakah maksud penyakit berjangkit? Penyakit berjangkit bermaksud penyakit yang


boleh berpindah atau merebak kepada orang lain.Penyakit berjangkit juga ialah wabak atau
pandemik yang berlaku secara besar-besaran. Namun demikian, negara Malaysia juga tidak
terkecuali pernah mengalami pelbagai penyakit berjangkit yang berbahaya. Dahulu lagi,
pelbagai penularan wabak penyakit berjangkit telah pun berlaku dan menyerang manusia
seperti Ebola, Kolera dan Influenza atau H1N1. Era modenisasi ini, isu penyakit berjangkit
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada
menyatakan bahawa isu penyakit berjangkit ini telah mencetuskan benih kerisauan dan
kebimbangan dalam dalam kalangan masyarakat dan perlu dikekang dengan segera sebelum
nasi menjadi bubur. Persoalannya apakah langkah-langkah mencegah penularan
penyakit berjangkit?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah perdana untuk pencegahan mengawal


penularan penyakit berjangkit termasuklah mengadakan kempen kebersihan. Sebagai
contoh, pihak kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengadakan Kempen Marilah Menjaga Kebersihan, Kempen Penjarakan Fizikal dan
Kempen Rakyat Sihat Negara Sejahtera untuk memastikan penyakit berjangkit tidak berlaku
penularan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyakit seperti COVID-19, Ebola ini sangat
pantas merebak sekiranya usaha drastik tidak dilakukan. Langkah pertama, ialah pihak
kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga
kebersihan secara berterusan dan perlu disebar luas melalui media massa kepada orang ramai.
Selain itu, melalui kempen ini juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang
ramai supaya memakai penutup mulut dan hidung, mengamalkan penjarakan fizikal dan
kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman iaitu penyanitasi
tangan. Amalan menjaga kebersihan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit ini
dapat disamakan dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.Usaha yang
gigih ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.Kesan positifnya, apabila kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menjaga
kebersihan pastinya penularan wabak penyakit ini dapat dielakkan daripada dijangkiti ramai.
Cuba kita bayangkan, andainya, kempen amalan menjaga kebersihan ini tidak dilaksanakan
pastinya virus yang berbahaya ini mudah berjangkit dan akan memberikan implikasi serius
kepada masyarakat Jelaslah, satu daripada cara untuk menangani penyakit berjangkit ini
adalah dengan mengadakan kempen kebersihan supaya kudis tidak menjadi tokak.
Lontaran idea yang seterusnya, usaha lain yang lebih afdal untuk menangani
penyakit berjangkit ini termasuklah mengkuarantin orang ramai yang pulang dari luar
negara. Misalnya, mengkuarantinkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara khususnya
negara-negara yang kes Covid-19 melebihi 150 ribu kes seperti negara Indonesia, Itali, Amerika
Syarikat dan Sepanyol.. Contoh yang lain, kerajaan juga mengkuarantinkan rakyat di negara
ini yang dijangkiti virus Covid-19. Hal ini disebabkan, para pelancong atau sesiapa yang
pulang dari luar negara mudah membawa virus yang lebih bahaya. Langkah yang efektif ialah
rakyat Malaysia atau bukan warganegara yang pulang dari luar negara perlulah menjalani
pemeriksaan doktor di lapangan terbang dan mereka akan dikuarantinkan di tempat khas yang
telah disediakan oleh pihak kerajaan. Impak yang jelas, apabila rakyat Malaysia ini menjalani
perintah kuarantin ternyata dapat mengesan lebih awal sekiranya mereka dijangkiti sebarang
penyakit berjangkit. Langkah melaksanakan perintah kuarantin ini merupakan langkah yang
efektif kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan dan tidak mahu sudah terhantuk
baru hendak tengadah Namun realitinya pada hari ini,terdapat kes rakyat Malaysia yang
mengelakkan diri untuk dikuarantinkan dan perbuatan mereka ini seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing . Ternyata, usaha lain untuk menangani masalah
penyakit berjangkit termasuklah mengkuarantin orang ramai yang pulang dari luar
negara.
Bukan itu sahaja, uslub yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi kekangan
penyakit berjangkit ini adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).Contohnya, semasa penularan Covid-19 di negara tercinta ini pihak kerajaan telah
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak empat peringkat dan diikuti
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan(PKPP) sehingga 31 Disember 2020. Senario ini dikatakan demikian
kerana, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilakukan kerana penularan virus berlaku
sangat pantas. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sentiasa menyampaikan maklumat tentang Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) ini melalui ucapannya yang disiarkan di semua saluran media massa .Kesan
yang jelas melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini orang ramai tidak
dibenarkan bergerak ke mana-mana dan hanya tinggal di rumah sahaja serta penyakit
berjangkit ini kurang merebak kepada orang lain. Janganlah memberi pelbagai
alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Andai kata pihak kerajaan
tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tegas pastinya penyakit
berjangkit ini mudah merebak dengan cepat dan menjadi perebak utama yang boleh
mengakibatkan lebih banyak kematian.Tuntasnya, mengadakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) merupakan langkah yang praktikal untuk mencapai hasrat agar penyakit
berjangkit ini dapat diatasi dengan berkesan.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk penyakit
berjangkit ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________

A: TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

5. Usaha pelbagai pihak dalam menggalakkan gaya hidup sihat.


Syarahan “ Usaha-usaha Mengamalkan Gaya Hidup Sihat” sempena sambutan Hari Sukan
Negara yang diadakan di sekolah anda.
Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang Berusaha Tuan Haji Jamaluddin bin
Haji Haron, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya, warga pendidik dan rakan-
rakan seperjuangan. Salam sejahtera, selamat pagi dan salam “Keluarga Malaysia”. Pada pagi
yang ceria ini, izinkan saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Usaha-usaha
Mengamalkan Gaya Hidup Sihat” sempena sambutan Hari Sukan Negara di sekolah kita.
Gaya hidup sihat ialah kunci utama kesejahteraan seseorang. Sejak dahulu lagi,amalan
gaya hidup sihat ini sering dipraktikkan oleh semua insan yang mementingkan kesihatan diri.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah
menyatakan amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kalangan murid kerana
membawa pelbagai manfaat.Persoalannya apakah usaha-usaha Mengamalkan Gaya Hidup
Sihat?
Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai wacana, usaha-usaha mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah
ibu bapa perlu memastikan ahli keluarga mengamalkan amalan pemakanan
seimbang.Sebagai contoh, pemakanan seimbang ialah makanan yang tinggi serat seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran .Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak digalakkan
memakan sayur-sayuran berwarna hijau seperti sawi, bayam dan kailan sangat baik untuk
proses pencernaan. Begitu juga dengan buah-buahan seperti buah limau, epal dan mangga.
Langkah pertama, ialah ibu bapa perlu memilih makanan berdasarkan carta piramid makanan.
Contohnya, kurang makan makanan yang tinggi lemak dan berminyak. Kesan positifnya,
apabila ahli keluarga terutamanya anak-anak makan makanan seimbang dapat mengelakkan
daripada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis dan kanser. Anak-anak juga akan
tahu menjaga pemakanan sehingga mereka dewasa. Didikan dan amalan sejak kecil lagi oleh
ibu bapa dapat disamakan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cuba
kita bayangkan andainya, ibu bapa tidak mengajar cara pemakanan yang betul, pastinya ahli
keluarga akan mengalami pelbagai masalah seperti obesiti. Maka jelaslah, amalan
pemakanan seimbang amat penting demi menjamin kesihatan diri.
Hadirin yang dikasihi,
Langkah-langkah lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah pihak
kerajaan mengadakan kempen kesedaran kepentingan mengamalkan gaya hidup
sihat. Misalnya, Kempen Utamakan Kesihatan Sihat Sepanjang Hayat, Kempen Jom Sihat dan
Kempen Nak Sihat Generasi Aktif Hebat. Hal ini disebabkan, Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) mendapati kes penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di negara kita
semakin meningkat. Langkah yang efektif, kempen ini perlu dilancarkan secara besar-
besaran di seluruh negara dan perlu dilaksanakan secara berterusan. Di bawah kempen ini
perkara yang perlu difokuskan ialah Pemakanan Sihat,Keluarga Sihat dan Persekitaran
Sihat. Usaha gigih ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Impak yang jelas, kempen yang dilancarkan ini mampu
memberikan kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjaga kesihatan dan mengurangkan
kes penyakit kritikal.,Andainya, kempen cara hidup sihat ini tidak dilaksanakan atau
dipromosikan pastinya masyarakat akan kurang memperoleh maklumat tentang penjagaan
kesihatan. Ternyata, pihak kerajaan perlu melancarkan pelbagai kempen berkaitan gaya
hidup sihat agar boleh dijadikan amalan kepada masyarakat.

Hadirin yang bijaksana,

Bukan itu sahaja, cara perdana yang perlu dilakukan untuk menggalakkan
amalan gaya hidup sihat termasuklah pihak sekolah mengadakan pelbagai program
kesihatan. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program kecergasan seperti Hari
Sukan Negara, Hari Sukan Sekolah dan aktiviti Merentas Desa. Selain itu, guru-guru boleh
mendidik murid-murid cara-cara penjagaan kesihatan melalui mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Senario ini dikatakan demikian kerana, statistik menunjukkan
murid-murid yang mengalami masalah obesiti semakin serius. Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama .Langkah pragmatik ialah pihak sekolah juga boleh
mencadangkan pengusaha kantin menyediakan makanan yang sihat untuk murid-murid. Kesan
yang jelas , murid-murid akan dapat mengetahui cara menjaga kesihatan dan kebersihan diri
melalui berbagai-bagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ingatlah peribahasa
Melayu menyatakan cegah sebelum parah. Namun, didapati terdapat juga murid-murid yang
tidak mengamalkan perkara yang disarankan dan diajar oleh guru-guru kerana terpengaruh
dengan persekitaran seperti makan makanan segera. Tuntasnya, program yang dilaksanakan
oleh pihak sekolah ini merupakan satu kaedah jitu untuk menggalakkan amalan gaya hidup
sihat.
Sebelum saya mengundurkan diri, bulan semakin terang, bayang kian jelas dan
diskusi yang bertajuk amalan gaya hidup sihat ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan
daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah
berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna.
Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat
ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan
masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan
kesejahteraan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

B: TEMA: PERTANIAN, PENTERNAKAN, PERIKANAN

1.Pada tahun 2021, hanya sekitar 15 peratus sahaja belia di negara ini terlibat dalam bidang
pertanian dan hanya sekitar empat peratus sahaja pelajar di universiti yang berminat
menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya mereka. Hal ini memberikan gambaran bahawa
golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut kerana mereka lebih berminat
untuk kerja makan gaji.

Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, bincangkan tindakan pelbagai pihak untuk
menarik golongan muda bekerja dalam bidang tersebut.

Pertanian adalah Perniagaan. Bidang pertanian ini juga merupakan bidang yang penting
untuk menjana ekonomi negara.Malangnya, pada tahun 2021, hanya sekitar 15 peratus sahaja
belia di negara ini terlibat dalam bidang pertanian. Pada masa dahulu, bidang pertanian ini
sebagai sumber pendapatan utama dan ramai golongan muda bekerja dalam bidang ini. Era
modenisasi ini, isu golongan muda masih kurang berminat dalam sektor pertanian
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad melalui akaun
Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan generasi muda yang menceburkan diri dalam
bidang pertanian di negara kita membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah
tindakan pelbagai pihak untuk menarik golongan muda bekerja dalam bidang
tersebut?

Sebagai pembuka tirai wacana, usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk


menarik golongan muda bekerja dalam bidang pertanian termasuklah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak . Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa
merupakan guru pertama yang mendidik anak-anak sejak mereka dilahirkan. Didikan dan
bimbingan ibu bapa ini dapat disamakan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa menunjukkan sifat-sifat baik dan terpuji seperti
melakukan aktiviti pertanian di kawasan rumah. Langkah pertama, ibu bapa akan memberikan
kata-kata semangat dan bimbingan untuk anak-anak menyertai bidang pertanian ini. Ibu bapa
akan membawa anak-anak melihat kawasan pertanian yang mampu membawa hasil yang
lumayan untuk dijadikan inspirasi kepada anak-anak. Kesan positifnya, minat anak-anak untuk
menceburi bidang ini akan dapat dipupuk . Usaha yang gigih ini dapat disamakan dengan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelaslah bahawa,
ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya.

Lontaran idea yang seterusnya, cara untuk menggalakkan generasi muda menyertai
bidang pertanian termasuklah pihak sekolah menubuhkan Kelab Pertanian melalui aktiviti
kokurikulum. Hal ini disebabkan, sekolah merupakan rumah kedua untuk murid-murid
menerapkan minat dalam bidang pertanian ini. Misalnya, murid-murid yang aktif dalam Kelab
Pertanian ini akan memahami faedah-faedah dan cara- cara untuk menceburi bidang pertanian
ini. Murid-murid juga dapat menyemai nilai-nilai murni seperti nilai kerajinan dan nilai
kerjasama. Langkah yang efektif ialah aktiviti Kelab Pertanian ini diadakan semasa aktiviti
kokurikulum pada setiap hari Rabu. Usaha ini perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh kerana usaha tangga kejayaan. Impak yang jelas, hal ini semakin menular dan
mendapat perhatian yang sewajarnya dan sokongan yang padu serta mencetuskan kesedaran
positif yang tinggi dalam kalangan murid. Seandainya, Kelab Pertanian ini tidak ditubuhkan,
matlamat melahirkan murid-murid yang minat akan bidang pertanian tidak akan menjadi realiti.
Ternyata, penubuhan Kelab Pertanian ini telah membawa sinar demi kebaikan semua
pihak.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kepentingan
bidang pertanian untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang
pertanian ini. Senario ini dikatakan demikian kerana, sebahagian generasi muda tidak
memperoleh maklumat yang tepat berkaitan bidang ini. Contohnya, Kempen Pertanian adalah
Perniagaan, Kempen Pertanian Dihatiku, dan Kempen Bumi Hijau. Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlu
menggunakan media massa untuk melancarkan kempen kepentingan pertanian ini melalui
Facebook, Instagram, Telegram dan juga mengiklankan di televisyen. Kesan yang jelas,
pelbagai maklumat dapat diketahui dengan lebih mendalam berkaitan bidang pertanian melalui
gambar dan video. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Tuntasnya,
kempen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini merupakan kaedah perdana yang
berkesan untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang
pertanian.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk
___________________________ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di
sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini.
Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan
seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan
semua pihak.
____________________________________________________________________

2.Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa kerjaya dalam sektor pertanian dikatakan kurang
diminati oleh generasi muda.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Pertanian adalah Perniagaan. Bidang pertanian ini juga merupakan bidang yang
membekalkan sumber makanan di negara kita. Malangnya, sebahagian generasi muda kurang
berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian disebabkan oleh pelbagai alasan. Pada
masa dahulu,rakyat negara kita menjadikan bidang pertanian ini sebagai sumber pendapatan
utama dan ramai generasi muda bekerja dalam bidang ini. Era modenisasi ini, isu menarik
minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian semakin hangat
dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana
Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menyatakan bahawa generasi
muda yang menceburkan diri dalam bidang pertanian di negara kita membawa pelbagai
manfaat. Persoalannya apakah usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik
minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian?
Sebagai pembuka tirai wacana, usaha-usaha yang seharusnya dilakukan
untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian
termasuklah ibu bapa memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang sektor
pertanian. Sebagai contoh, ibu bapa menunjukkan peladang atau petani moden yang berjaya
dalam bidang ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan guru pertama
dalam kehidupan anak-anak sejak mereka dilahirkan lagi. Langkah pertama, ibu bapa akan
memberikan kata-kata semangat dan bimbingan untuk anak-anak menyertai bidang pertanian
ini. Peribahasa ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa akan
membawa anak-anak melihat kawasan pertanian yang mampu membawa hasil yang lumayan
untuk dijadikan inspirasi kepada anak-anak. Kesan positifnya, minat anak-anak untuk
menceburi bidang ini akan dapat dipupuk. Usaha yang gigih ini dapat disamakan dengan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Cuba kita
bayangkan, andainya ibu bapa tidak memberikan dorongan kepada anak-anak pasti mereka
akan memilih bidang pekerjaan lain. Jelaslah,peranan ibu bapa ini amat penting untuk
menanam minat anak-anak muda menceburi bidang pertanian.

Lontaran idea yang seterusnya, cara untuk menggalakkan generasi muda


menyertai bidang pertanian termasuklah pihak kerajaan haruslah memberikan bantuan
modal. Misalnya, modal berbentuk wang dan juga peralatan yang canggih. Contoh yang lain,
sekiranya golongan muda tersebut ingin menanam sayur-sayuran secara komersial atau besar-
besaran pihak kerajaan perlu menyuntik modal yang besar untuk membantu mereka membeli
benih sayur-sayuran, menyediakan kawasan ladang yang luas , peralatan seperti baja dan juga
tenaga mahir. Hal ini disebabkan, kebanyakan generasi muda ini merupakan golongan
siswazah yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan mereka tidak mempunyai modal untuk
memulakan aktiviti pertanian. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan boleh memberikan
pinjaman dan boleh dibayar semula apabila hasil pertanian tersebut mula dijual. Janganlah
memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.Impak
yang jelas, ramai golongan muda yang berminat dalam bidang ini akan menunjukkan
kesungguhan untuk maju dalam bidang pertanian kerana usaha tangga kejayaan. Sekiranya,
pihak kerajaan tidak membantu dari segi kewangan pastinya mereka buntu untuk mencari
modal dan mudah berputus asa.Ternyata,bantuan daripada pihak kerajaan amat penting
untuk golongan muda ini menceburi bidang pertanian.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kepentingan
bidang pertanian untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang
pertanian ini. Contohnya, Kempen Pertanian adalah Perniagaan, Kempen Pertanian Dihatiku,
dan Kempen Bumi Hijau. Senario ini dikatakan demikian kerana, sebahagian generasi muda
tidak memperoleh maklumat yang tepat berkaitan bidang ini. Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlu
menggunakan media massa untuk melancarkan kempen kepentingan pertanian ini melalui
Facebook, Instagram, Telegram dan juga mengiklankan di televisyen. Kesan yang jelas,
pelbagai maklumat dapat diketahui dengan lebih mendalam berkaitan bidang pertanian melalui
gambar dan video. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Namun
realitinya, terdapat juga golongan muda yang suka memandang rendah bidang ini kerana
beranggapan kerja seperti ini seperti golongan buruh. Tuntasnya, kempen yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini merupakan kaedah perdana yang berkesan untuk
menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk menarik minat
generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian ini akan diakhiri dengan kata-
kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah
dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang
sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan
matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan
peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan
dan kesejahteraan semua pihak.
____________________________________________________________________________
B: TEMA : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
3. Aktiviti pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia terutamanya era
selepas merdeka. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pertanian ini dapat memberikan pelbagai
manfaat bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyatnya seperti memberikan peluang
pekerjaan, meningkatkan pendapatan negara, dan memenuhi keperluan bahan makanan.
Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat aktiviti tersebut kepada rakyat dan negara.

Pertanian adalah Perniagaan. Bidang pertanian ini juga merupakan bidang yang
membekalkan sumber makanan di negara kita. Malangnya, sebahagian generasi muda kurang
berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian disebabkan oleh pelbagai alasan. Aktiviti
pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia. Pada masa
dahulu,rakyat negara kita menjadikan bidang pertanian ini sebagai sumber pendapatan
utama. Era modenisasi ini, isu bidang pertanian di Malaysia semakin hangat dibincangkan
di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri
Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menyatakan bahawa bidang
pertanian di negara kita hendaklah dimajukan kerana membawa pelbagai manfaat.
Persoalannya apakah manfaat-manfaat aktiviti tersebut kepada rakyat dan negara?
Sebagai pembuka tirai wacana, manfaat-manfaat aktiviti tersebut kepada rakyat dan
negara termasuklah dapat memberikan peluang pekerjaan .Sebagai contoh, peluang
pekerjaan dalam sektor perladangan , mengutip hasil buah-buahan, dan pemandu jentera. Hal
ini dikatakan demikian kerana, bidang pertanian memerlukan ramai pekerja mahir untuk
mengusahakan kawasan pertanian seperti ladang getah,kelapa sawit, sawah padi dan
penanaman sayur-sayuran. Langkah pertama, pihak pengurusan pertanian boleh membuka
peluang pekerjaan kepada golongan belia yang masih menganggur terutamanya lepasan SPM
dan para graduan. Para belia hendaklah merebut peluang ini kerana pucuk dicita ulam
mendatang. Malahan terdapat bekas jurutera yang beralih kerjaya kepada bidang pertanian
untuk berjaya.Kesan positifnya, dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan
belia terutamanya di kawasan luar bandar. Cuba kita bayangkan, andainya pekerjaan dalam
bidang pertanian ini tidak diceburi oleh orang tempatan pastinya akan dipenuhi dengan pekerja
asing dari Bangladesh, Nepal ataupun Indonesia.Jelaslah, berbagai-bagai peluang pekerjaan
dalam bidang pertanian ini boleh ditawarkan kepada rakyat di negara tercinta ini.
Lontaran idea yang seterusnya, mampu meningkatkan pendapatan negara juga
merupakan satu daripada faedah aktiviti pertanian negara ini. Misalnya, negara kita terdapat
banyak hasil daripada kelapa sawit, getah, tanaman nanas , lada hitam dan perikanan. Hal ini
disebabkan, tanaman ini diusahakan secara kormersial atau secara besar-besaran oleh syarikat
perladangan negara kita. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan mengeksport hasil
pertanian negara ke luar negara dan sentiasa membuat penyelidikan untuk meningkatkan
produktiviti pertanian.Impak yang jelas,hasil daripada kegiatan eksport ini dapat menjana dan
menambahkan pendapatan negara. Usaha gigih pihak kerajaan dan program pertanian
yang dilaksanakan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Sekiranya, mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh
memajukan bidang pertanian pastinya akan membawa kerugian kepada banyak
pihak.Ternyata, antara faedah aktiviti pertanian negara termasuklah mampu meningkatkan
pendapatan negara setanding dengan negara maju yang lain ibarat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi.
Bukan itu sahaja, maslahat lain yang tidak kurang pentingnya aktiviti pertanian
termasuklah boleh memenuhi keperluan bahan makanan.Contohnya, penanaman padi,
sayur-sayuran, teh, kopi dan buah-buahan yang diusahakan secara kormersial. Senario ini
dikatakan demikian kerana, beras contohnya telah menjadi sumber makanan ruji kepada
rakyat negara kita. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama.
Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlulah berusaha untuk membantu para petani
dalam pelbagai aspek terutamanya modal untuk memajukan hasil tanaman ini. Janganlah
memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Kesan
yang jelas, bantuan daripada pihak kerajaan ini mampu membantu pengusaha ladang untuk
menambahkan hasil keluaran untuk memenuhi permintaan bahan makanan dalam negara. Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.Namun realitinya, terdapat juga hasil
tanaman seperti padi yang tidak mencukupi dan negara terpaksa mengimport beras dari negara
Thailand. Tuntasnya, bidang pertanian ini juga sangat penting untuk memenuhi keperluan
bahan makanan hampir 33 juta rakyat Malaysia.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk aktiviti pertanian
negara ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
B: TEMA : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN (CABARAN-CABARAN DALAM
MEMAJUKAN BIDANG PERTANIAN)

4.Kekurangan tenaga kerja ini amat dirasai dalam sektor pertanian seperti di ladang kelapa
sawit, di kebun sayuran dan dalam sektor penternakan. Namun, didapati rakyat Malaysia
terutamanya golongan belia masih kurang berminat menceburkan diri dalam sektor ini.
Pada pendapat anda, selain masalah yang dinyatakan di atas, apakah cabaran-cabaran dalam
memajukan bidang pertanian?
Bidang pertanian di negara kita merupakan sektor yang banyak menyumbang
kepada ekonomi negara. Malangnya, sebahagian generasi muda kurang berminat menceburkan
diri dalam bidang pertanian disebabkan oleh pelbagai alasan. Bidang pertanian ini juga
merupakan bidang yang membekalkan sumber makanan di negara kita. Pada masa
dahulu,rakyat negara kita menjadikan bidang pertanian ini sebagai sumber pendapatan
utama. Era modenisasi ini, isu bidang pertanian di Malaysia semakin hangat dibincangkan
di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri
Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menyatakan bahawa bidang
pertanian di negara kita hendaklah dimajukan kerana membawa pelbagai manfaat.
Persoalannya apakah cabaran-cabaran dalam memajukan bidang pertanian?
Sebagai pembuka tirai wacana, cabaran-cabaran dalam memajukan bidang
pertanian termasuklah kekurangan modal untuk mengusahakan kawasan
pertanian.Sebagai contoh, para petani mengalami modal yang tidak mencukupi untuk
membeli peralatan moden, biji benih yang berkualiti dan membayar gaji pekerja. Hal ini
dikatakan demikian kerana, untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti dan hasil yang
lumayan modal yang besar diperlukan untuk memajukan bidang pertanian ini. Kebanyakan
petani hanya bergantung dengan wang simpanan sebagai modal kerana pihak bank sukar
meluluskan pinjaman wang. Langkah pertama, pihak kerajaan perlulah menyuntik modal
kepada para petani dan pengusaha ladang agar mereka dapat mengusahakan pertanian yang
diceburi dengan jayanya. Pihak kerajaan juga harus membimbing para petani untuk
menghasilkan produk yang terbaik. Usaha yang gigih ini dapat disamakan dengan peribahasa
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, para petani
dan pengusaha bidang pertanian dapat meningkatkan produktiviti dan hasilm tanaman dapat
dipasarkan secara meluas. Benarlah usaha tangga kejayaan. Cuba kita bayangkan,
andainya pihak kerajaan tidak membantu mereka pastinya usaha mereka akan terjejas kerana
ramai petani terdiri daripada golongan miskin. Jelaslah, mengalami masalah kekurangan
modal untuk mengusahakan kawasan pertanian merupakan cabaran utama untuk
memajukan bidang pertanian ini.

Lontaran idea yang seterusnya,halangan lain untuk memajukan bidang pertanian


termasuklah masih lagi menggunakan kaedah pertanian secara tradisional. Misalnya,
terdapat juga para pesawah atau penoreh getah yang masih menggunakan cara lama untuk
mengusahakan tanaman mereka. Contoh yang lain, mereka masih menggunakan kerbau
untuk membajak sawah dan menuai padi mengikut kaedah lama. Hal ini disebabkan, para
petani tidak mampu untuk membeli peralatan moden seperti jentera membajak dan juga untuk
menuai. Mereka juga tidak mampu membeli baja yang berkualiti tinggi. Impak yang jelas,
hasil pengeluaran sedikit dan banyak tanaman yang rosak. Langkah yang efektif ialah pihak
kerajaan perlulah membantu menyediakan jentera moden untuk para petani dan membayar
upah dengan harga yang berpatutan. Para petani pula hendaklah berusaha untuk membuat
perubahan demi memajukan bidang pertanian yang mereka usahakan. Mereka perlu mengikuti
nasihat dan panduan daripada pihak kerajaan kerana sekepal menjadi gunung, setitik
menjadi laut.Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak
seribu dalih. Sekiranya, para petani tidak mahu melakukan anjakan paradigma pastinya
penggunaan teknologi moden tidak dapat digunakan sepenuhnya.Ternyata, menggunakan
kaedah tradisional dalam mengusahakan pertanian merupakan halangan untuk lebih maju.
Bukan itu sahaja, tidak dapat memasarkan hasil pertanian antara rintangan lain
untuk memajukan bidang ini. Contohnya, seorang petani mengusahakan tanaman sayur seperti
timun, terung dan kacang panjang. Namun, petani tersebut tidak tahu memasarkan hasil
tanamannya dan menyebabkan tanamannya mengalami longgokan dan kerosakan. Senario ini
dikatakan demikian kerana, petani tersebut tidak mempelajari terlebih dahulu strategi
pemasaran yang berkesan kerana kekurangan maklumat.Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah para petani perlu
menghadiri kursus atau bengkel untuk mempelajari cara-cara untuk mengusahakan tanaman
dengan lebihbaik. Mereka perlu rajin membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan hasil
tanaman kerana membaca jambatan ilmu. Kesan yang jelas apabila ilmu penuh di dada
mereka akan menjadi petani yang berjaya dalam biang yang diusahakan. Genggam bara api
biar sampai jadi arang. Namun realitinya, terdapat juga para petani atau pengusaha
tanaman yang minda mereka masih ditakuk lama dan tidak terbuka untuk menerima
kemajuan.Tuntasnya,memasarkan hasi pertanian menjadi cabaran utama untuk memajukan
bidang pertanian di negara kita.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk cabaran dalam
bidang pertanian ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________

C: TEMA: KESELAMATAN(LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENIPUAN SIBER)

1. Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan golongan pelajar dan belia akan
menjadi sasaran baharu sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer' terutama membabitkan
urusan pinjaman wang dan keldai akaun sebagai meneruskan jenayah mereka di masa hadapan.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah penipuan siber.
Apakah maksud penipuan siber? Penipuan siber ialah penipuan yang berlaku dalam
alam maya dengan menggunakan komputer dan teknologi Internet. Malangnya,aktiviti
penipuan siber ini merupakan kes jenayah yang semakin serius .Pada masa dahulu, tidak
kedengaran kes yang melibatkan penipuan siber kerana teknologi komunikasi belum moden
dan canggih. Era modenisasi ini, isu penipuan siber semakin hangat dibincangkan di media
massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang
ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial
menyatakan aktiviti penipuan siber ini telah mencetuskan benih kerisauan kepada pelbagai
pihak. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah penipuan siber?
Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
mengatasi masalah penipuan siber termasuklah pihak kerajaan mengadakan kempen
kesedaran mengekang jenayah siber. Sebagai contoh, pihak kerajaan mengadakan
Kempen Pencegahan Jenayah Siber,Kempen Tak Nak Scam, dan Kempen Kesedaran dan
Pencegahan Panggilan Palsu. Hal ini dikatakan demikian kerana, penipuan siber ini semakin
menjadi barah dan ancaman dalam kalangan masyarakat di negara kita.Terdapat mangsa
yang ditipu melibatkan kerugian wang berjumlah jutaan ringgit kerana pesona cinta siber.

Langkah pertama, pihak kerajaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM) hendaklah
melaksanakan kempen kesedaran ini secara besar-besaran di seluruh negara . Kempen ini
boleh menggunakan pelbagai medium seperti media sosial iaitu Facebook dan Instagram dan
juga iklan.Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,masyarakat berbilang
bangsa akan mendapat maklumat berkaitan penjenayah siber seperti kes penipuan Macau.
Informasi seperti ini dapat dijadikan sebelum nasi menjadi bubur. Cuba kita bayangkan,
keluarga anda merupakan mangsa jenayah siber ini dan keadaan ini telah menyebabkan maruah
diri terjejas.Jelaslah, kempen kesedaran tentang bahayanya jenayah siber ini perlu dilakukan
segera khususnya untuk warga emas.
Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana yang lain ialah pihak berkuasa
perlulah menguatkuasakan undang-undang ancaman jenayah siber. Misalnya, Akta
Jenayah Komputer,Akta Komunikasi dan Multimedia dan Undang-undang Perlindungan Data
Peribadi. Hal ini disebabkan,statistik menunjukkan kes jenayah siber semakin meningkat
setiap hari dan melibatkan kerugian yang besar kepada mangsa. Langkah yang efektif ialah
pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan tegas seperti mencari laman sesawang
yang melakukan penipuan siber ini. Pihak polis juga perlu cakna akan laporan yang telah
dibuat oleh mangsa penipuan. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu
daya tidak hendak seribu dalih.Impak yang jelas,kegiatan jenayah ini dapat diatasi dan
dibendung sebelum kudis menjadi tokak. Sekiranya, jenayah siber ini terus dibiarkan tanpa
mengambil langkah bersepadu pastinya penjenayah siber ini terus mencari mangsa dan keadaan
menjadi tidak terkawal. Ingatlah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna.Ternyata, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menangani masalah
penipuan siber ini.
Bukan itu sahaja, cara yang terbaik untuk mengatasi penipuan siber ini ialah
individu dan masyarakat perlulah mempunyai kesedaran untuk menghalang kegiatan
ini.Contohnya, jika kita penerima panggilan daripada pihak bank atau orang yang tidak dikenali
jangan sesekali memberikan maklumat diri kepada pemanggil tersebut. Senario ini dikatakan
demikian kerana,kes penipuan siber ini berpunca daripada kebocoran maklumat dan juga
individu yang menyamar sebagai polis, dan pegawai mahkamah. Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah ialah kita perlu menyemak
panggilan yang dibuat melalui aplikasi ‘Truecaller”. Elakkan menjawab panggilan dari luar
negara dan jangan muat turun apa-apa aplikasi sekiranya diminta. Kesan yang jelas, langkah
yang diambil ini mampu menyekat penjenayah siber terus mengganas. Namun realitinya,
kebanyakan mangsa penipuan ini tidak peka atau lalai dan mereka mudah memberikan
maklumat tanpa berfikir panjang. Peribahasa menyatakan jikalau tiada angin, masakan
pokok bergoyang.Tuntasnya, kesedaran dan ilmu tentang aplikasi teknologi maklumat
amat penting untuk membanteras isu ini.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk penipuan siber ini
akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
_____________________________________________________________________________
C: TEMA: KESELAMATAN(LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA)

2. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya di


negara kita.
Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita haruslah dipandang serius.
Malangnya, peratus kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Malahan, Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan kadar kemalangan
jalan raya yang tertinggi. Pada zaman dahulu, kemalangan jalan raya jarang-jarang
berlaku berbanding pada masa sekarang.Era modenisasi ini, isu kemalangan jalan raya
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui
akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan kes kemalangan jalan raya di negara
ini semakin serius dan telah mencetuskan benih kerisauan kepada pelbagai pihak.
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah kemalangan jalan
raya di negara kita?
Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah untuk mengatasi masalah
kemalangan jalan raya di negara kita termasuklah pihak kerajaan perlulah
mengadakan kempen kesedaran keselamatan di jalan raya. Sebagai contoh,Kempen
Pandu Cermat Jiwa Selamat , Kempen Keselamatan Bermula Dengan Kita, dan Kempen Pandu
Cermat Ingatlah Orang Yang Tersayang. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen
kesedaran seperti ini harus dilaksanakan kerana setiap hari media massa sering memaparkan
tragedi di jalan raya yang telah meragut nyawa. Langkah pertama, pihak kerajaan perlu
melancarkan kempen ini secara besar-besaran di seluruh negara. Pelancaran bersepadu ini
juga perlu disiarkan melalui media massa. Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan
dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan
positifnya, pengguna jalan raya akan mendapat pelbagai maklumat cara-cara menjaga
keselamatan jalan raya.Benarlah malang tidak berbau.Cuba kita bayangkan,andainya
kemalangan jalan raya ini berlaku ke atas keluarga kita sendiri akibat kecuaian orang lain
pastinya kita akan merasai rasa sedih dan kesal. Jelaslah, sebelum kudis menjadi tokak,
kemalangan jalan raya ini perlu diatasi melalui kempen kesedaran kerana tiada penyakit yang
tiada penawarnya.
Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana lain yang tidak kurang
pentingnya untuk menangani kemalangan jalan raya termasuklah memperkasakan
penguatkuasaan undang-undang jalan raya. Misalnya, Akta Pengangkutan Jalan Raya
Pemandu Mabuk dan Akta Pengangkutan Jalan Raya. Contoh yang lain, kerajaan juga
menggariskan pelbagai peraturan lalu lintas kepada pengguna jalan raya. Hal ini disebabkan,
punca utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian pemandu seperti
menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memandu secara berbahaya.Langkah yang
efektif ialah pihak kerajaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM) perlu mengambil
tindakan yang tegas mengenakan hukuman yang berat kepada pemandu terbabit. Bukan
hanya mengenakan saman yang tinggi tetapi lesen memandu perlu ditarik semula.Ingatlah
bangsa yang berjaya ialah bangsa yang patuh akan peraturan dan undang-undang. Impak
yang jelas,pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati ketika memandu kerana peribahasa
menyatakan Biar Lambat Asal Selamat. Sekiranya, pengguna jalan raya masih bersikap degil
tidak mahu mematuhi peraturan pastinya kadar kemalangan sukar dikurangkanTernyata,
memperkasakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya merupakan sinergi yang
dapat membantu masalah ini.
Bukan itu sahaja, strategi lain untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
termasuklah memastikan pengguna jalan raya memandu secara berhemah.
Contohnya, para pemandu mestilah mematuhi peraturan lampu isyarat, memandu mengikut
had laju yang ditetapkan dan tidak memandu dalam keadaan yang keletihan.Senario ini
dikatakan demikian kerana, kebanyakan kes kecuaian adalah berpunca daripada pemandu itu
sendiri seperti tertidur ketika memandu. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah
yang pertama . Langkah pragmatik ialah para pemandu hendaklah memastikan mereka
memahami peraturan jalan raya, mendapat rehat yang secukupnya dan memastikan kenderaan
sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak
seribu daya tidak hendak seribu dalih. Untuk menyelesaikan masalah ini para
pemandu hendaklah bekerjasama dan jangan menjadi seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Kesan yang jelas. mereka akan menerapkan amalan
pemanduan berhemah dan sentiasa berwaspada kerana pandu cermat jiwa selamat. Namun
realitinya, ramai pemandu yang memandang enteng perkara ini dan bersikap sombong di jalan
raya.Tuntasnya, pemanduan berhemah merupakan tindakan berfokus untuk mengatasi
kemalangan jalan raya agar kita selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk kemalangan jalan
raya ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________________
C: TEMA: KESELAMATAN( CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT)- SEKOLAH SEJAHTERA
3.DUNGUN: Pelajar dan guru terselamat selepas siling bangunan sebuah kelas Sekolah
Kebangsaan (SK) Jerangau Dungun, runtuh selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat
petang semalam. "Kejadian sebegitu tidak boleh dipandang remeh dan pemeriksaan harus
dibuat terhadap bangunan sekolah lain bagi mengelak kejadian berulang," katanya.
Jelaskan ciri-ciri sekolah selamat yang perlu diterapkan untuk mewujudkan sekolah yang aman,
selesa dan menggembirakan.
Sekolah ialah institusi atau tempat murid-murid menuntut ilmu. Sekolah selamat
merujuk tempat yang tersusun dan kondusif serta bebas daripada sebarang gangguan.
Malangnya, terdapat juga kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan sekolah. Sejak
dahulu lagi, konsep sekolah selamat ini amat dititik beratkan oleh pihak sekolah dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Sekolah selamat ini amat penting supaya sekolah di
negara ini setanding dengan negara maju yang lain ibarat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi. Era modenisasi ini, isu sekolah selamat semakin hangat dibincangkan di media
massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Mantan Menteri Pendidikan
Malaysia, Dr Mohd Radzi Jidin menyatakan semua sekolah perlulah mempunyai ciri-ciri
sekolah selamat kerana hal ini membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah ciri-ciri
sekolah selamat yang perlu diterapkan untuk mewujudkan sekolah yang aman, selesa
dan menggembirakan?
Sebagai pembuka tirai wacana, ciri-ciri sekolah selamat yang perlu
diterapkan termasuklah sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan yang
bertanggungjawab. Sebagai contoh, pengawal keselamatan yang cekap bekerja, rajin dan
sentiasa memantau persekitaran sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekolah yang
terdapat pengawal keselamatan mampu menggalas amanah demi keselamatan sekolah dan
warganya. Langkah pertama, pihak sekolah perlulah memilih pengawal keselamatan yang
berdisiplin dan sanggup menghadapi pelbagai cabaran ketika bertugas. Pengawal
keselamatan ini juga perlu melakukan rondaan mengikut jadual yang ditetapkan.Usaha gigih
pihak sekolah ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, keselamatan sekolah akan terjamin dan murid-
murid dapat belajar dalam suasana yang menggembirakan. Cuba kita bayangkan, sekiranya
pengawal keselamatan ini tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan bertanggungjawab
pastinya imej sekolah akan terjejas. Peribahasa menyatakan harapkan pagar, pagar
makan padi.Jelaslah, memiliki khidmat pengawai keselamatan yang
bertanggungjawab merupakan satu daripada ciri sekolah selamat.

Lontaran idea yang seterusnya,ciri perdana lain sekolah selamat yang tidak
kurang pentingnya termasuklah sekolah tersebut mempunyai peralatan keselamatan
yang lengkap. Misalnya, alat pemadam api,kamera litar tertutup(CCTV) dan pelan
kecemasan. Contoh yang lain, pagar sekolah , bilik-bilik khas dan makmal sains di sekolah
juga perlu dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang canggih.Hal ini disebabkan, telah
banyak berlaku kes seperti kebakaran , kecurian dan kemalangan yang meragut nyawa murid.
Peribahasa menyatakan jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.Langkah yang
efektif ialah pihak sekolah perlulah memasang peralatan tersebut di setiap bangunan dan
sentiasa memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik.Impak yang jelas,sekiranya berlaku
kemalangan peralatan ini dapat digunakan dan membantu mengatasi masalah tersebut.
Peribahasa menyatakan sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya, langkah keselamatan
ini tidak ambil, suasana akan menjadi kucar -kacir kerana malang tidak
berbau.Ternyata,sekolah yang mempunyai peralatan keselamatan yang lengkap
merupakan antara ciri sekolah selamat.
Bukan itu sahaja, mengamalkan Konsep Sekolahku Sejahtera juga merupakan ciri
sekolah selamat. Contohnya, Konsep Sekolahku Sejahtera menekankan elemen nilai murni
seperti selamat, seronok, sihat, jati diri dan adab sopan. Senario ini dikatakan demikian
kerana, Konsep Sekolahku Sejahtera ini dapat melahirkan murid-murid yang berperibadi terpuji
dan bebas daripada gejala buli. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang
pertama . Langkah pragmatik ialah pihak sekolah akan menyampaikan maklumat Konsep
Sekolahku Sejahtera ini semasa perhimpunan rasmi agar murid-murid dapat memahaminya.
Murid-murid juga menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera.Kesan yang jelas, nilai-nilai murni
dalam diri murid seperti berbudi bahasa dan menghormati orang lain dapat disemai berdasarkan
Konsep Sekolahku Sejahtera. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya
tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya, walaupun Konsep Sekolahku Sejahtera ini
menjadi satu daripada tonggak sekolah selamat masih terdapat masalah-masalah di sekolah
yang perlu diberi perhatian. Tuntasnya, mengamalkan Konsep Sekolahku Sejahtera ini
perlu dipraktikkan sebagai ciri sekolah selamat.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk sekolah selamat ini
akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
_________________________________________________________________________
C: TEMA: KESELAMATAN ( FAEDAH-FAEDAH AKTIVITI KESUKARELAWANAN)

4.Tanggal 5 Disember setiap tahun ialah Hari Sukarelawan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Namun, tarikh ini tidak mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Pertubuhan sukarelawan di negara kita masih kurang mendapat perhatian dan
disifatkan sebagai hidup segan mati tak mahu.
Berdasarkan respons petikan di atas huraikan faedah-faedah golongan remaja terlibat dalam
aktiviti kesukarelawanan.
Tahukah anda apakah maksud aktiviti kesukarelawanan. Aktiviti kesukarelawanan ini
bermaksud penglibatan seseorang dalam aktiviti yang tidak memerlukan balasan dalam bentuk
bayaran. Orang yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan ini digelar sukarelawan.
Remaja pula ialah golongan yang berusia 13 hingga 21 tahun.Beberapa contoh aktiviti
kesukarelawanan adalah untuk membantu mangsa tanah runtuh, mangsa kemalangan dan
golongan yang kurang bernasib baik. Pada zaman dahulu aktiviti kesukarelawanan ini
sentiasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Era modenisasi ini, isu aktiviti
kesukarelawanan semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi
lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan remaja yang
menyertai aktiviti kesukarelawanan ini membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah
faedah-faedah golongan remaja terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan?
Sebagai pembuka tirai wacana, faedah-faedah golongan remaja terlibat dalam
aktiviti kesukarelawanan termasuklah dapat menyemai nilai-nilai murni. Sebagai
contoh,nilai tolong menolong, nilai simpati dan kerjasama. Hal ini dikatakan demikian
kerana, semasa aktiviti kesukarelawanan nilai-nilai murni yang diamalkan ialah membantu
golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, warga emas yang dipinggirkan
ahli keluarga dan golongan orang kelainan upaya(OKU).Langkah pertama, remaja sebagai
anggota sukarela yang menyertai aktiviti kesukarelawanan perlulah aktif dalam persatuan dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dalam diri. Nilai ini dapat disemai ketika remaja
menghulurkan bantuan seperti makanan dan memberikan kata-kata semangat .Usaha gigih
golongan remaja ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, sudah pasti golongan ini akan berasa mereka
masih dihargai oleh orang lain dan dapat membantu meringankan beban mereka. Peribahasa
menyatakan hulurkan tangan ringankan beban. Nilai murni bantu- membantu ini dapat
disamakan dengan peribahasa Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing iaitu
mengalami susah dan senang bersama-sama. Cuba kita bayangkan, andainya nilai
murni tersebut tidak dipraktikkan semasa misi ini pastinya kita tidak dapat membantu mereka
yang memerlukan. Jelaslah, dapat menyemai nilai-nilai murni merupakan satu daripada
manfaat remaja terlibat dalam aktiviti murni ini.

Lontaran idea yang seterusnya, kebaikan perdana lain yang tidak kurang
pentingnya golongan remaja terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan termasuklah
dapat mengisi masa lapang. Misalnya,mereka boleh mengisi masa lapang untuk melakukan
aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan rumah
ibadat,kawasan perkuburan, balai raya,dan rumah warga emas. Hal ini disebabkan, golongan
remaja ini mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat sekiranya tiada program yang
disediakan untuk mereka. Benarlah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Langkah yang efektif ialah remaja boleh menyertai pertubuhan kesukarelawan yang
ditubuhkan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta. Impak yang jelas, bukan sahaja
aktiviti ini mengisi masa lapang malahan dapat mengeratkan ikatan silaturahim akan terjalin
dalam kalangan golongan yang dibantu seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Malah mereka juga akan dapat berkenalan dengan pemimpin masyarakat terutamanya di
rumah ibadat seperti imam dan bilal.Sekiranya, masa lapang ini tidak diisi dengan perkara yang
tidak berfaedah mereka mengalami kerugian kerana masa itu emas.Ternyata, faedah lain
aktiviti kesukarelawanan termasuklah dapat mengisi masa lapang.

Bukan itu sahaja, maslahat lain remaja melibatkan diri dalam aktiviti
kesukarelawanan termasuklah dapat memperoleh pengalaman baharu.
Contohnya,pengalaman ketika menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Senario ini
dikatakan demikian kerana, pengalaman dapat mengajar kita erti kehidupan dan insaf
melihat kesusahan orang lain. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang
pertama . Langkah pragmatik ialah remaja perlu sentiasa rajin dan aktif dalam pertubuhan
kesukarelawanan yang mereka sertai. Daripada ini mereka akan sentiasa memperoleh pelbagai
ilmu melalui pengalaman dan juga pembacaan. Benarlah peribahasa Melayu ada menyatakan
membaca jambatan ilmu. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya
tidak hendak seribu dalih.Kesan yang jelas pastinya pengalaman yang dilalui akan menjadi

kita insan yang sentiasa ingin mencari pengalaman baharu dan peka dengan keadaan di
sekeliling. Namun realitinya, golongan remaja khususnya, malas untuk menimba pengalaman
baharu dan ilmu kerana mereka suka akan keseronokan dan hiburan serta suka melayari media
sosial yang tidak membawa sebarang manfaat. Tuntasnya, aktiviti kesukarelawanan dapat
memperoleh pengalaman baharu juga membawa kebaikan kepada setiap individu.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk aktiviti
kesukarelawanan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini
dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing.

__________________________________________________________________

C: TEMA: KESELAMATAN( LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN MURID-MURID


MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KHIDMAT MASYARAKAT)

Tanggal 5 Disember setiap tahun ialah Hari Sukarelawan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Namun, tarikh ini tidak mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Pertubuhan sukarelawan di negara kita masih kurang mendapat perhatian dan
disifatkan sebagai hidup segan mati tak mahu.
Berdasarkan respons petikan di atas huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan murid-
murid melibatkan diri dalam kerja khidmat masyarakat.

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan secara berkumpulan.


Khidmat masyarakat yang dilaksanakan ini mempunyai tujuan tertentu. Malangnya,
sebahagian remaja tidak berminat melibatkan diri dalam khidmat masyarakat ini.Khidmat
masyarakat ini merupakan aktiviti untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa
mengharapkan balasan. Sejak dahulu lagi terdapat banyak persatuan di negara kita yang
ditubuhkan untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Era modenisasi ini, isu khidmat
masyarakat semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran
akhbar arus perdana. Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Radzi Jidin
menyatakan murid-murid yang terlibat dalam khidmat masyarakat ini ialah murid-murid yang
berjiwa besar dan aktiviti ini membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah langkah-
langkah untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam kerja khidmat
masyarakat?
Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah untuk menggalakkan murid-
murid melibatkan diri dalam kerja khidmat masyarakat termasuklah ibu bapa menjadi
suri teladan kepada anak-anak berkaitan khidmat masyarakat. Sebagai contoh, ibu
bapa memberi galakan kepada anak remaja menyertai khidmat masyarakat seperti membantu
warga emas, anak-anak yatim dan golongan gelandangan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, ibu bapa merupakan guru pertama yang mendidik anak-anak amalan murni ini sejak
mereka dilahirkan. Peribahasa ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Langkah pertama, ibu bapa akan membawa anak-anak untuk mendaftar dalam persatuan
yang aktif dalam khidmat masyarakat. Ibu bapa juga sentiasa memberi nasihat kepada
anak-anak supaya menjadikan orang yang sering membantu golongan miskin sebagai ikon
seperti Ustaz Ebit Lew dan Miss Nina. Kesan positifnya, nilai murni untuk membantu orang lain
sentiasa mekar dan subur dalam diri masing-masing. Anak-anak juga berasa insaf dan prihatin

melihat kehidupan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Cuba kita bayangkan, sekiranya aktiviti seperti ini tidak disertai oleh anak-anak remaja
pastinya mereka tidak mampu menjadi insan yang mengambil berat tentang orang lain.
Jelaslah,melalui peranan ibu bapa juga merupakan satu daripada cara untuk
menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam kerja khidmat masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana lain yang tidak kurang
pentingnya untuk menggalakkan murid-murid menyertai khidmat masyarakat
termasuklah pihak sekolah menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam
program kemasyarakatan.Misalnya, terdapat murid-murid sekolah yang menyertai khidmat
masyarakat berkonsepkan sukan anjuran Universiti Putra Malaysia(UPM). Antaranya ialah SMK
Seksyen 4 Bangi Selangor. Hal ini disebabkan, murid-murid perlu diberikan pendedahan
bahawa aktiviti seperti ini mampu menjadikan murid-murid insan yang bertanggungjawab.
Langkah yang efektif ialah pihak sekolah menubuhkan Kelab Kami Prihatin di bawah unit
kokurikulum. Semasa aktiviti kokurikulum murid-murid boleh melakukan aktiviti seperti
gotong-royong membersihkan surau, bilik guru dan kawasan sekolah. Kelab ini juga boleh
mengadakan aktiviti berkunjung ke rumah kebajikan seperti rumah kebajikan warga emas.
Usaha gigih pihak sekolah ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Impak yang jelas, murid-murid bukan sahaja dapat
membantu pihak sekolah menceriakan kawasan persekitaran tetapi ikatan persahabatan dalam
kalangan murid dapat dieratkan. Peribahasa menyatakan sambil menyelam minum air.
Sekiranya, pihak sekolah iaitu guru-guru tidak memberi galakan dan motivasi kepada murid-
murid pasti murid-murid tidak berminat melakukan khidmat masyarakat ini.Ternyata, usaha
pihak sekolah juga merupakan cara untuk menggalakkan murid-murid menyertai
khidmat masyarakat
Bukan itu sahaja, media massa juga perlu menjadi ejen aktif menggalakkan
murid-murid menyertai program ini.Contohnya,media massa seperti media elektronik iaitu
televisyen dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Senario ini
dikatakan demikian kerana, media massa merupakan saluran yang sesuai untuk menyalurkan
pelbagai maklumat tentang kebaikan khidmat masyarakat ini kepada murid-murid. Perjalanan
beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah media
massa menyiarkan iklan dan dokumentari kepentingan khidmat masyarakat. Media massa juga
boleh berkongsi program khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan melalui media sosial.
Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.
Kesan yang jelas, mampu menarik minat murid-murid untuk turut bersama-sama menjayakan
khidmat masyarakat seperti membantu golongan gelandangan yang tidurnya berbumbungkan
langit, berlantaikan bumi.Namun realitinya, terdapat juga murid-murid yang malas untuk
menimba pengalaman baharu dan ilmu kerana mereka suka akan keseronokan dan hiburan
serta suka melayari media sosial yang tidak membawa sebarang manfaat. Tuntasnya, kaedah
lain untuk membantu minat murid terlibat dalam khidmat masyarakat termasuklah melalui
media massa.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk aktiviti
kesukarelawanan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini
dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
________________________________________________________________________
D: TEMA: PELANCONGAN

1. Huraikan kelebihan-kelebihan negara kita sebagai tempat tarikan pelancong.

Industri pelancongan di negara kita semakin berkembang maju ibarat duduk


sama rendah berdiri sama tinggi setanding dengan negara yang lain. Di negara kita
terdapat banyak tarikan menarik yang menjadi tumpuan para pelancong. Namun begitu,
industri pelancongan negara mengalami kemerosotan semasa pandemik COVID-19. Dahulu,
tarikan para pelancong ke negara ini merangkumi pelbagai faktor.Era modenisasi ini, isu
sektor pelancongan di Malaysia semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering
menghiasi lembaran akhbar arus perdana.Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, menyatakan perkembangan sektor pelancongan di negara tercinta ini
membawa pelbagai maslahat kepada negara . Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan
negara kita sebagai tempat tarikan pelancong?

Sebagai pembuka tirai wacana, kelebihan-kelebihan negara kita sebagai


tempat tarikan pelancong termasuklah terdapat tempat-tempat menarik Sebagai
contoh, tempat bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka, Lembah Bujang di Kedah,
kawasan tanah tinggi Cameron Highland dan Genting Highland yang mempunyai suhu
sejuk. Hal ini dikatakan demikian kerana, destinasi menarik ini mempunyai keunikan dan
keistimewaan yang menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke sini. Langkah
pertama, ialah pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia
perlulah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan kawasan pelancongan tersebut melalui
pelbagai medium seperti media massa . Usaha gigih tanpa jemu ini dapat disamakan dengan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Contohnya,
Cameron Highland sentiasa sesak dengan para pelancong khususnya pada masa cuti
persekolahan dan hujung minggu Kesan positifnya, daripada langkah yang diambil tersebut
menjadikan tempat tersebut dikenali ramai . Situasi ini juga memberikan kesan yang baik
kepada para pengusaha tempatan dalam bidang pelancongan untuk menjana ekonomi. Cuba
kita bayangkan, andainya, tempat pelancongan ini tidak dijaga dan dipromosi dengan baik
pastinya kedatangan para pelancong ke tempat tersebut akan berkurangan. . Jelaslah, antara
keistimewaan negara kita yang mampu menjadi tarikan utama para pelancong untuk
datang menikmati percutian mereka ialah terdapat tempat-tempat yang menarik.

Kelebihan lain yang tidak kurang hebatnya yang menjadi tarikan para
pelancong untuk datang ke sini ialah Malaysia mempunyai pulau dan pantai yang
menjadi pilihan ramai.Misalnya, Pahang terdapat Pulau Tioman yang merupakan antara 10
pulau tercantik di dunia.Di Terengganu pula terdapat Pulau Kapas, dan Pulau Redang Selain itu,
di Pulau Langkawi pula terdapat pantai yang bersih untuk berkelah seperti Pantai Chenang.
Begitu juga di Pulai Pangkor dan Port Dickson yang sentiasa dikunjungi para pelancong. . Hal
ini disebabkan, di pantai dan pulau ini terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan seperti
menyelam di dasar lautan untuk melihat keindahan batu karang. Langkah yang efektif ialah
pihak kerajaan perlulah menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelancong seperti hotel,
chalet, inap desa dan restoran yang menyediakan pelbagai makanan yang enak.Impak yang
jelas, kemudahan yang disediakan ini akan menggalakkan kehadiran para pelancong tempatan
untuk menikmati percutian mereka di sini. Kita tidak mahu pulau dan pantai ini hanya sekadar
indah khabar dari rupa. Andainya kawasan pilihan para pelancong ini tidak dinaik taraf dari
segi kemudahan ternyata akan menjatuhkan imej negara. Ternyata, pulau dan pantai yang
menjadi pilihan ramai merupakan daya tarikan para pelancong untuk berkunjung ke sini
pada setiap masa.

Bukan itu sahaja, kelebihan –kelebihan destinasi pelancongan di negara kita yang
mampu menjadi tumpuan para pelancong ialah terdapat keindahan alam semula
jadi.Contohnya, kawasan yang kaya dengan alam semula jadi termasuklah Taman Negara
Pahang, Taman Mulu Sarawak, Taman Kinabalu dan kawasan air terjun yang dikenali ramai
seperti air terjun Lata Iskandar Tapah Perak. Senario ini dikatakan demikian kerana, para
pelancong yang berkunjung ke sini ingin melihat keindahan alam semula jadi seperti flora dan
fauna. Di Taman Negara para pelancong boleh menaiki bot dan melihat pelbagai jenis pokok dan
tumbuh-tumbuhan . Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama.
Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlu menjaga tempat ini daripada pencemaran dan
menyediakan berbagai-bagai tarikan lain seperti jambatan gantung dan tempat perkelahan.
Kesan yang jelas , para pelancong yang datang ke sini berasa gembira kerana dapat
merehatkan minda dan lari dari kesibukan kota sambil mendengar unggas rimba dan deruan air
terjun. Namun terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mencemarkan
tempat tersebut dan melakukan aktiviti memburu haiwan liar. Hal ini perlu ditangani sebelum
nasi menjadi bubur. Tuntasnya, keindahan alam semula jadi anugerah Tuhan juga
merupakan keistimewaan negara kita menjadi tarikan para pelancong.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk tarikan para
pelancong di negara ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini
dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________________
D: TEMA: PELANCONGAN
2. Global Wellness Institute mendefinisikan pelancongan kesejahteraan sebagai perjalanan yang
berkaitan dengan usaha untuk mensejahterakan diri. Sambil kita menikmati keindahan tempat
orang, kita dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan fizikal seperti melakukan
sukan untuk kecergasan tubuh badan.Terdapat juga pelancong yang melancong untuk mencari
perkhidmatan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seperti yoga, meditasi, dan
urutan.Kadangkala, ada juga pelancong yang suka akan persekitaran semula jadi dikelilingi
kehidupan flora dan fauna seperti Taman Negara Kinabalu, Sabah. Selain itu,pelancongan
arkeologi di Lenggong, Perak turut menjadi antara destinasi pilihan pelancong.

Petikan di atas menyatakan beberapa faktor pelancong memilih sesuatu destinasi sebagai
destinasi pelancongan. Bincangkan.

Industri pelancongan di negara kita semakin berkembang maju ibarat duduk sama
rendah berdiri sama tinggi setanding dengan negara yang lain. Global Wellness Institute
mendefinisikan pelancongan kesejahteraan sebagai perjalanan yang berkaitan dengan usaha
untuk mensejahterakan diri. Namun begitu, industri pelancongan negara mengalami
kemerosotan semasa pandemik COVID-19. Di negara kita terdapat banyak tarikan menarik
yang menjadi tumpuan para pelancong. Dahulu, tarikan para pelancong ke negara ini
merangkumi pelbagai faktor.Era modenisasi ini, isu sektor pelancongan di Malaysia
semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus
perdana.Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan
perkembangan sektor pelancongan di negara tercinta ini membawa pelbagai maslahat
kepada negara . Persoalannya, apakah faktor-faktor pelancong memilih sesuatu
destinasi sebagai destinasi pelancongan?

Sebagai pembuka tirai wacana, faktor pelancong memilih sesuatu destinasi


sebagai destinasi pelancongan termasuklah pelancong yang suka akan persekitaran
semula jadi. Sebagai contoh, persekitaran semula jadi yang dikelilingi flora dan fauna seperti
Taman Negara Kinabalu Sabah, Taman Negara Pahang dan Taman Negara Mulu Sarawak. Hal ini
dikatakan demikian kerana, tempat-tempat ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti
hutan hujan khatulistiwa yang masih belum tercemar. Langkah pertama, para pelancong
boleh menyelusuri sungai dan melihat hidupan liar seperti gajah dan harimau. Flora seperti
Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia juga dapat dilihat selain melakukan aktiviti lain iaitu
kembara hutan dan aktiviti perkhemahan. Kesan positifnya, para pelancong dapat merehatkan
minda sambil mendengar kicauan burung dan deruan air terjun. Peribahasa menyatakan jauh
perjalanan luas pemandangan. Cuba kita bayangkan, andainya hutan di negara kita yang
kaya dengan flora dan fauna ini musnah pastinya tarikan utama untuk para pelancong
berkunjung ke sini telah tiada. Jelaslah, tarikan perdana yang menjadi tumpuan pelancong
berkunjung ke negara kita adalah kerana persekitaran semula jadi.

Lontaran idea yang seterusnya,sebab-sebab lain negara Malaysia menjadi


tarikan pelancong termasuklah negara kita menyediakan pakej pelancongan kesihatan.
Misalnya,pakej untuk rawatan kesihatan jantung,aktiviti mengurangkan tekanan seperti
yoga,meditasi dan urutan.. Contoh yang lain,pelbagai rawatan kesihatan dan juga aktiviti
kecergasan disediakan untuk para pelancong sambil makan angin.Hal ini
disebabkan,pelancongan kesihatan negara kita menyediakan kemudahan yang canggih seperti
di Institut Jantung Negara(IJN).Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan dan Kementerian
Pelancongan hendaklah bekerjasama seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
untuk memajukan pelancongan kesihatan ini untuk menarik lebih ramai pelancong. Impak
yang jelas, semakin ramai pelancong memilih negara kita kerana kos yang ditawarkan untuk
pelancongan kesihatan sangat berpatutan dan khidmat rawatan mesra pelanggan dan selesa.
Sekiranya, pusat rawatan tidak memberikan perkhidmatan yamng baik dan bersikap hangat-
hangat tahi ayam pastinya negara kita tidak lagi menjadi pilihan pelancong.Ternyata,
menyediakan pakej pelancongan kesihatan juga merupakan sebab para pelancong datang
ke Malaysia.
Bukan itu sahaja, faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan
pars pelancong datang ke negara kita negara juga terdapat pakej untuk pelancongan
arkeologi.Contohnya, pelancongan arkeologi di Lenggong, Perak turut menjadi antara
destinasi pilihan pelancong.Begitu juga kesan arkeologi di Lembah Bujang Kedah , Sungai Batu
Kedah dan Kota Melaka. yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. .Senario ini
dikatakan demikian kerana, kesan peninggalan sejarah di negara kita mampu untuk menjadi
tarikan pelancong. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialahpihak kerajaan perlu menaik taraf kawasan pelancongan ini dengan
menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelancong seperti pemandu pelancong
profesional.Kesan yang jelas, kunjungan ke tempat ini membawa manfaat kerana pelancong
boleh melihat sendiri tapak tinggalan kerajaan dahulu. Usaha memajukan tempat ini perlu
dilakukan segera dan janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak
hendak seribu dalih. Namun realitinya, tapak arkeologi negara kita masih banyak perlu
dibangunkan kerana indah khabar dari rupa.Tuntasnya, pelancongan arkeologi
merupakan daya tarikan para pelancong yang berminat akan sejarah negara.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk daya tarikan
pelancong ke negara kita ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini
saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini.
Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan
seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan
semua pihak.
_________________________________________________________________________
E: TEMA: SEJARAH DAN WARISAN (LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN
MEMULIHARA WARISAN NEGARA)

1.Umum mengetahui bahawa, Malaysia terkenal dengan khazanah seni, budaya dan warisan.
Antaranya merangkumi seni budaya, makanan tradisional , bangunan bersejarah , pakaian dan
permainan tradisional. Namun, warisan budaya ini semakin dilupakan terutamanya generasi
muda.
Huraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara budaya dan warisan bangsa.
Tahukah anda apakah maksud budaya? Budaya bermaksud cara hidup sesuatu kaum
yang diamalkan dalam kehidupan seharian.Di negara kita yang indah dan permai ini terdapat
berbagai-bagai budaya yang unik. Malangnya, budaya warisan bangsa ini termasuklah
permainan tradisional, pakaian, tarian dan makanan semakin dilupakan. Pada masa dahulu,
masyarakat di negara kita amat menjaga dan mengamalkan budaya dalam menjalani
kehidupan seharian. Era modenisasi ini, isu memelihara dan memulihara budaya dan
warisan bangsa semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran
akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan budaya warisan
bangsa perlu dikekalkan dalam kalangan masyarakat kerana membawa pelbagai manfaat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah memelihara dan memulihara budaya dan
warisan bangsa?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah memelihara dan memulihara


budaya dan warisan bangsa termasuklah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata
pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar. Sebagai contoh, di sekolah semua murid akan
mempelajari subjek Sejarah sejak di sekolah rendah lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
murid-murid akan memahami dan mendalami budaya warisan bangsa secara lebih mendalam
melalui mata pelajaran Sejarah. Guru-guru akan mengajar berkaitan bangunan bersejarah
seperti Kota A Famosa dan Bangunan Sultan Abdul Samad serta contoh permainan
tradisional.Langkah pertama, guru-guru mata pelajaran Sejarah akan mengajar murid-murid
supaya memelihara budaya warisan bangsa supaya sentiasa kekal dan diwarisi oleh generasi
akan datang.Peribahasa menyatakan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Usaha
gigih para guru ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, Cuba kita bayangkan, andainya murid-murid
tidak mempelajari mata pelajaran Sejarah mereka pastinya tidak ambil peduli berkaitan budaya
warisan bangsa. Jelaslah, menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran
yang wajib bagi setiap pelajar merupakan satu daripada langkah-langkah memelihara
dan memulihara budaya dan warisan bangsa.
Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana yang lain untuk memelihara dan
memulihara budaya dan warisan bangsa termasuklah pihak kerajaan menganjurkan
pelbagai aktiviti menarik berkaitan budaya warisan bangsa Misalnya,mengadakan
Festival Seni Kebangsaan. Contoh yang lain, semasa festival seni ini aktiviti pementasan
wayang kulit, drama, tarian tradisional dan permainan tradisional akan dipersembahkan
mengikut kreativiti masing-masing. Pameran budaya warisan bangsa juga boleh diadakan
secara besar-besaran di seluruh negara.Hal ini disebabkan, terdapat generasi muda iaitu
golongan remaja yang tidak pernah mengenali budaya warisan bangsa ini. Langkah yang
efektif ialah pihak kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kesenian perlu
merancang program budaya warisan bangsa agar mendapat sambutan daripada masyarakat.
Kerjasama ini dapat disamakan dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama
dijinjing. Impak yang jelas, aktiviti seperti ini dapat memberi peluang penggiat seni yang
terdiri daripada pelbagai kaum untuk memaparkan budaya warisan bangsa. Sekiranya,
program seperti ini tidak diadakan pastinya golongan remaja tidak dapat melihat dengan lebih
dekat lagi budaya warisan bangsa kita.Ternyata, menganjurkan pelbagai aktiviti
menarik berkaitan budaya warisan bangsa mampu memelihara dan memulihara budaya
ini.
Bukan itu sahaja, media massa juga perlu memainkan peranan untuk membantu
memelihara dan memulihara budaya dan warisan bangsa. Contohnya, media massa
iaitu televisyen, dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Senario ini
dikatakan demikian kerana, media massa ialah medium terbaik untuk menyalurkan
maklumat kepada masyarakat berkaitan isu ini. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari
langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah media massa hendaklah menyiarkan
dokumentari berkaitan budaya warisan bangsa ini.Media massa juga boleh berkongsi informasi
berkaitan lagu-lagu rakyat dan pakaian tradisional melalui media sosial. Kesan yang jelas,
dapat menyemai minat masyarakat terhadap seni dan budaya.Janganlah memberi pelbagai
alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya, terdapat
sebahagian generasi muda yang memandang enteng akan seni budaya turun temurun ini.
Tuntasnya, melalui peranan media massa dapat memelihara dan memulihara budaya dan
warisan bangsa.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk memelihara dan
memulihara budaya dan warisan bangsa ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan
daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah
berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna.
Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat
ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan
masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan
kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________________
E: TEMA: SEJARAH DAN WARISAN( KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN)

2.Setiap kaum di Malaysia mengamalkan budaya warisan kaum masing-masing seperti cara
berpakaian, makanan,seni budaya, bangunan bersejarah,permainan dan adat perkahwinan.
Jelaskan kepentingan-kepentingan mengekalkan budaya warisan tersebut.
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Petikan lirik lagu di atas telah mempotretkan kita sebagai penyambung budaya warisan
negara. Tahukah anda apakah maksud budaya? Budaya bermaksud cara hidup sesuatu kaum
yang diamalkan dalam kehidupan seharian.Di negara kita yang indah dan permai ini terdapat
berbagai-bagai budaya yang unik. Malangnya, budaya warisan bangsa ini termasuklah
permainan tradisional, pakaian, tarian dan makanan semakin dilupakan. Pada masa dahulu,
masyarakat di negara kita amat menjaga dan mengamalkan budaya dalam menjalani
kehidupan seharian. Era modenisasi ini, isu mengekalkan budaya warisan semakin hangat
dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana
Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram
iaitu Chedetofficial menyatakan budaya warisan bangsa perlu dikekalkan dalam kalangan
masyarakat kerana membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah kepentingan-
kepentingan mengekalkan budaya warisan tersebut?
Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan-kepentingan mengekalkan budaya
warisan tersebut termasuklah dapat memupuk semangat patriotisme. Sebagai contoh,
bangunan warisan bersejarah seperti Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad,dan
Stadium Merdeka ini perlu dikekalkan. Tugu Negara juga merupakan monumen bersejarah
yang menjadi warisan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana,di tempat tersebut
berlakunya peristiwa bersejarah seperti kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 dan
mengenang semula jatuhnya kerajaan Melayu Melaka. Langkah pertama, pihak kerajaan

perlulah membaik pulih bangunan bersejarah ini agar dapat dilihat oleh generasi seterusnya.
Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,generasi muda dan masyarakat akan
dapat mengenali perwira negara yang gugur ketika mempertahankan negara dan semangat cinta
akan negara dapat disemai. Cuba kita bayangkan, sekiranya budaya warisan ini tidak
dikekalkan pastinya masyarakat tidak ambil peduli berkaitan peristiwa yang pernah berlaku.
Jelaslah, kepentingan mengekalkan budaya warisan tersebut termasuklah dapat
memupuk semangat patriotisme.

Lontaran idea yang seterusnya, faedah perdana yang lain mengekalkan


budaya warisan termasuklah supaya menjadi daya tarikan para pelancong . Misalnya,
makanan tradisional seperti lemang, rendang, dodol, kuih bulan dan tose.Begitu juga
permainan tradisional seperti gasing, batu seremban dan congkak. Hal ini disebabkan, para
pelancong terutamanya pelancong asing ingin mengetahui keistimewaan dan keunikan budaya
warisan negara kita. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan perlulah mengadakan Festival
Kesenian, Rumah Terbuka semasa perayaan utama untuk memprkenal budaya warisan ini
kepada para pelancong.Tak kenal maka tak cinta. Impak yang jelas, para pelancong dapat
mempelajari cara-cara bermain permainan tradisional dan menikmati kelazatan makanan
warisan. Benarlah peribahasa menyatakan tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas.Sekiranya, budaya ini tidak diperkenalkan kepada para pelancong pastinya kita akan
berasa kerugian kerana tidak dapat melihat budaya warisan negara.Ternyata, menjadi daya
tarikan para pelancong merupakan faedah untuk mengekalkan budaya warisan.
Bukan itu sahaja,menjadi lambang identiti bangsa juga merupakan kebaikan
mengekalkan budaya warisan .Contohnya, pakaian tradisional masyarakat Melayu ialah baju
kurung, baju Melayu dan samping. Masyarakat Cina pula ialah Ceongsam. Masyarakat India
terkenal dengan Sari. Contoh tarian tradisional yang dapat saya ketengahkan ialah tarian Mak
Yong dan Zapin oleh orang Melayu, tarian naga dan tarian kipas oleh orang Cina. Senario ini
dikatakan demikian kerana, semua jenis budaya warisan di Malaysia mempunyai identiti,
sejarah dan tujuan yang tersendiri. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah
yang pertama . Langkah pragmatik ialah media massa perlu menyiarkan dokumentari
budaya warisan ini agar terus berkekalan dan tidak luput ditelan zaman.Kesan yang jelas
masyarakat dapat mengenali budaya warisan yang sangat menarik ini.Janganlah memberi
pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya,
terdapat juga budaya warisan masyarakat pelbagai kaum ini semakin dipinggirkan. Benarlah
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Tuntasnya, menjadi lambang
identiti bangsa merupakan kebaikan mengekalkan budaya warisan.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk mengekalkan
budaya warisan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
_____________________________________________________________________________

E: TEMA: SEJARAH DAN WARISAN ( KEPENTINGAN MEMPELAJARI MATA PELAJARAN


SEJARAH)

3. Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada
murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran
Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi muda, maka mata
pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mulai tahun 2013.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Sejarah ialah catatan atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.
Semua murid yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) wajib lulus mata pelajaran
Sejarah. Malangnya, terdapat murid-murid yang tidak meminati mata pelajaran
Sejarah.Sejak sekolah rendah, murid-murid sudah mula berkenalan dengan mata
pelajaran Sejarah. Era modenisasi ini, isu mempelajari mata pelajaran Sejarah semakin
hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana.
Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Radzi Jidin menyatakan murid-murid
yang mempelajari mata pelajaran Sejarah akan memperoleh pelbagai manfaat.
Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah?

Sebagai pembuka tirai wacana ini,kepentingan perdana mempelajari mata pelajaran


Sejarah termasuklah dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
Sebagai contoh, murid-murid akan menghargai jasa para pejuang negara yang telah
menentang penjajah seperti Mat Kilau, Datuk Maharaja Lela dan Tok Janggut. Murid -murid
juga mengenali tokoh kemerdekaan negara seperti Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul
Rahman. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam mata pelajaran Sejarah murid-murid
akan mempelajari pelbagai peristiwa bersejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan
Langkah pertama, guru-guru mata pelajaran Sejarah hendaklah mempelbagaikan kaedah
pengajaran agar dapat menarik minat murid-murid mempelajari subjek ini. Usaha gigih para
guru ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.Kesan positifnya ialah murid-murid dapat mengetahui kisah kegigihan para
pejuang negara yang banyak berkorban demi membebaskan negara daripada cengkaman
penjajah. Peribahasa ada menyatakan biar putih tulang jangan putih mata. Cuba kita
bayangkan sekiranya ,murid-murid tidak mempelajari mata pelajaran Sejarah, sudah pasti
semangat cinta akan negara semakin luntur hari demi hari. Jelaslah, dapat meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan murid merupakan faedah utama murid-murid mempelajari
subjek Sejarah.
Lontaran idea yang seterusnya, menjadi iktibar kepada murid supaya tidak
melakukan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu juga
merupakan manfaat mempelajari mata pelajaran Sejarah. Misalnya, peristiwa kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis. Hal ini disebabkan sejarah perlu dijadikan
iktibar agar kita tidak mengulangi kisah buruk yang berlaku pada masa lalu.Langkah yang
efektif ialah murid-murid perlu belajar mata pelajaran Sejarah dengan bersungguh-sungguh
dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Keadaan disamakan dengan
peribahasa Melayu hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Impak yang jelas,
murid-murid mempunyai sifat ingin mempertahankan negara daripada dijajah oleh kuasa asing.
Andainya, iktibar peristiwa lalu tidak diambil peduli pastinya negara tercinta akan akan dijajah
sekali lagi. Ternyata bahawa, menjadi iktibar kepada murid merupakan satu daripada
manfaat mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Bukan itu sahaja, dapat memupuk perpaduan kaum juga merupakan satu daripada
kepentingan perdana mempelajari mata pelajaran Sejarah.Contohnya, murid-murid pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina dan India sentiasa berkerjasama dan mempunyai sifat toleransi yang
tinggi. Situasi ini dikatakan demikian kerana, apabila murid-murid berbilang bangsa ini
mempunyai semangat perpaduan, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu akan tercapai. Benarlah peribahasa ada menyatakan bersatu teguh bercerai roboh.
Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik
ialah guru-guru mata pelajaran Sejarah menerapkan sifat sayang akan negara dan pentingnya
perpaduan. Kesan yang jelas, murid-murid pelbagai kaum dapat memupuk bersama-sama
semangat tolerasi antara kaum demi perpaduan.Murid-murid ini sanggup menghadapi pelbagai
cabaran kerana membujur lalu melintang patah.Sekiranya perpaduan kaum ini tidak dapat
disemai, pastinya akan timbul masalah perkauman dan rasa benci akan bangsa yang lain.
Tuntasnya, maslahat mempelajari mata Sejarah termasuklah dapat memupuk perpaduan
kaum agar negara terus aman dan harmoni.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk mempelajari mata
pelajaran Sejarah ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini
dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
_____________________________________________________________________________
E: TEMA: SEJARAH DAN WARISAN( KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
BANGUNAN WARISAN BERSEJARAH)

4. Siri penjajahan di bumi Tanah Melayu selama lebih 500 tahun oleh Portugis, Belanda, British
dan Jepun meninggalkan banyak monumen bersejarah yang akhirnya menjadi tarikan
pelancongan. Keunikan binaan bangunan asli Melayu dan berunsurkan kolonial ini bukan sahaja
dikunjungi oleh masyarakat setempat malahan turut menggamit kunjungan para pelancong dari
dalam dan juga dari luar negara yang datang berkunjung ke kota-kota warisan berkenaan.

Huraikan kepentingan-kepentingan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah


tersebut di negara kita.

Bangunan bersejarah ialah bangunan yang dapat melahirkan rasa kagum dan ingin
mengetahui bangsa yang membinanya. Di Malaysia juga masih terdapat bangunan
bersejarah yang masih kekal hingga ke hari ini. Malangnya, terdapat bangunan bersejarah
yang terbiar dan tidak dipelihara dengan baik. Pada zaman dahulu, terdapat bangunan
bersejarah dijadikan sebagai pusat pentadbiran pihak penjajah. Era modenisasi ini, isu
memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah semakin hangat dibincangkan di
media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia
yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial
menyatakan bangunan bersejarah di negara kita perlu dipelihara dan dipulihara kerana
membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan untuk
memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah tersebut di negara kita.?
Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan-kepentingan untuk memelihara dan
mengekalkan bangunan bersejarah tersebut termasuklah untuk memperingati
seseorang atau peristiwa penting. Sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad yang
terletak di Dataran Merdeka Kuala Lumpur mengambil nama Sultan Abdul Samad sempena
nama Sultan Selangor. Di hadapan bangunan bersejarah ini juga berlaku peristiwa penting iaitu
bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957. Begitu juga Kota Raja Mahadi di Klang
Selangor memperingati peristiwa peperangan Klang. Bangunan Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan pula dijadikan tempat untuk mengistyiharkan kemerdekaan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana,kita tidak mahu generasi muda hari tidak mengetahui peristiwa
penting yang berlaku di bangunan bersejarah ini suatu ketika dahulu.Langkah pertama, ialah
pihak kerajaan perlulah berusaha membaik pulih bangunan ini supaya sentiasa terpelihara dari
segi seni bina yang unik. Benarlah peribahasa menyatakan tak lapuk dek hujan tak lekang
dek panas. Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, masyarakat akan
mengambil iktibar peristiwa yang berlaku dan dapat memberi pengajaran .Cuba kita
bayangkan, andainya peristiwa dan maklumat berkaitan bangunan tersebut tidak diketahui
oleh masyarakat pastinya mereka tidak berminat untuk membantu mempertahankan bangunan
bersejarah ini. Jelaslah, satu daripada kepentingan untuk memelihara dan mengekalkan
bangunan bersejarah adalah untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting.

Lontaran idea yang seterusnya, kebaikan perdana yang lain untuk memelihara
dan mengekalkan bangunan bersejarah termasuklah dapat memacu industri
pelancongan negara.Misalnya, bangunan bersejarah yang sentiasa menjadi tumpuan
pelancong ialah Kota A Famosa, Bangunan Stadthuys, Masjid Jamek dan Kota Belanda di Perak.
Contoh yang lain,ialah Menara Condong Teluk Intan dan Muzium Diraja Istana Lama Seri
Menanti. Hal ini disebabkan, bangunan bersejarah ini mempunyai reka bentuk yang unik dan
terdapat keindahan yang tersendiri. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan perlulah
mengadakan kempen untuk menarik lebih ramai para pelancong agar berkunjung ke sini.
Contohnya kempen Cuti-Cuti Malaysia. Usaha ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh
dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.Impak yang jelas, statistik
menunjukkan jumlah pelancong yang melawat bangunan bersejarah ini semakin meningkat dan
mampu menjana ekonomi negara. Sekiranya,bangunan bersejarah ini tidak dijadikan daya
tarikan para pelancong pastinya bangunan ini akan terbiar begitu sahaja dan mencacatkan
pemandangan.Ternyata, memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara
kita dapat memacu industri pelancongan negara agar lebih berkembang maju.
Bukan itu sahaja, maslahat yang tidak kurang pentingnya apabila bangunan
sejarah ini dilestarikan termasuklah dapat menyuntik semangat
patriotisme .Contohnya, apabila kita melawat Kota A’ Famosa di Melaka, kita dapat
mengingati peristiwa Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.Zaman kegemilangan
tamadun lama akan diingati apabila melihat Candi Lembah Bujang di Kedah. Senario ini
dikatakan demikian kerana, semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat khususnya
remaja semakin luntur.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlu memperuntukkan perbelanjaan untuk
mengekalkan bangunan bersejarah ini daripada diroboh. Janganlah memberi pelbagai alasan
kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.Masyarakat juga dapat membaca
pelbagai maklumat berkaitan bangunan ini kerana membaca jambatan ilmu. Kesan yang
jelas berbagai-bagai pengajaran dapat diperoleh dan mampu meningkatkan semangat cinta
akan negara. Namun realitinya, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang
kurang berminat dan tidak menghargai warisan negara ini. Tuntasnya, dapat menyuntik
semangat patriotisme merupakan faedah memelihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk memelihara dan
mengekalkan bangunan bersejarah ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada
saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan
tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini.
Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan
masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan
kesejahteraan semua pihak.

E: TEMA: SEJARAH DAN WARISAN ( LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA


BANGUNAN WARISAN BERSEJARAH)

5.Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan monumen atau bangunan
bersejarah kesan peninggalan penjajah pada masa dahulu. .
Huraikan langkah-langkah untuk memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah tersebut di
negara kita.

Bangunan bersejarah bermaksud bangunan lama yang mempunyai seni bina


tersendiri yang dibina oleh masyarakat dahulu. Bangunan bersejarah ini merupakan warisan
sejarah yang sungguh berharga. Malangnya, terdapat bangunan bersejarah yang terbiar dan
tidak dipelihara dengan baik. Pada zaman dahulu, bangunan bersejarah ini kebanyakan
dibina oleh para penjajah seperti Portugis,Belanda dan Inggeris. Era modenisasi ini, isu
mengekalkan bangunan bersejarah semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering
menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan
bangunan bersejarah di negara kita perlu dikekalkan kerana membawa pelbagai manfaat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memelihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah tersebut di negara kita?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah untuk memelihara dan


mengekalkan bangunan bersejarah termasuklah pihak kerajaan mewartakan
bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan .Sebagai contoh, Bangunan
Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Hal ini dikatakan demikian
kerana,bangunan bersejarah ini mempunyai nilai yang tinggi dan dibina semasa zaman negara
kita dijajah oleh kuasa asing perlu dipertahankan.Langkah pertama, pihak kerajaan perlulah
mengambil langkah membaik pulih bangunan warisan yang telah rosak. Dewan Bandar raya
Kuala Lumpur(DBKL) pula telah memasukkan bangunan ini dalam Pelan Induk Pembangunan
Kuala Lumpur untuk diwartakan.Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,
bangunan yang berusia beratus-ratus tahun ini terhindar daripada kemusnahan. Cuba kita
bayangkan, andainya tidak diwartakan pasti generasi akan datang tidak dapat melihat lagi
bangunan ini.Jelaslah, pihak kerajaan perlu mewartakan bangunan bersejarah sebagai
satu daripada langkah jitu untuk mengekalkan bangunan bersejarah.

Lontaran idea yang seterusnya, pihak kerajaan membaik pulih bangunan-


bangunan bersejarah juga merupakan satu usaha untuk memelihara dan
mengekalkan bangunan bersejarah Misalnya, pada tahun 2007, Jabatan Kerja Raya(JKR)
telah membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad yang menelan belanja sebanyak 20 juta.
Contoh yang lain, bangunan bersejarah yang telah dibaik pulih ialah Muzium Warisan Baba dan
Nyonya Melaka, Istana Pelamin Kedah dan Old Malaya Kuala Lumpur.Hal ini disebabkan,
bangunan bersejarah ini bertujuan untuk dijadikan daya tarikan para pelancong di negara kita.
Langkah yang efektif ialah membaik pulih kerosakan dan struktur bangunan serta seni bina

tersebut seperti dinding dan bumbung. Usaha membaik pulih ini perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Impak
yang jelas, masyarakat dapat mengetahui nilai sejarah yang tinggi pada bangunan ini.
Peribahasa ada menyatakan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sekiranya,
bangunan bersejarah ini terus dibiarkan usang mencacatkan pemandangan dan para pelancong
tidak berminat untuk melawat. .Ternyata, pihak kerajaan membaik pulih bangunan-
bangunan bersejarah kerana bimbang sekiranya tidak dibaik pulih warisan sejarah akan
musnah selamanya.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan memperkenalkan bangunan bersejarah juga


merupakan satu strategi untuk memelihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah .Contohnya, memperkenalkan Kota A Famosa, Kellie Castle dan Tugu Negara.
Senario ini dikatakan demikian kerana, usaha untuk memperkenalkan bangunan bersejarah
ini hingga ke peringkat antarabangsa akan menjadi kenyataan.Perjalanan beribu-ribu batu
bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah media massa menyiarkan
dokumentari tentang keistimewaan bangunan bersejarah ini. Selain itu, media sosial juga boleh
berkongsi keistimewaan dan keunikan bangunan bersejarah ini melalui Facebook, Instagram dan
Twitter. Kesan yang jelas keistimewaan bangunan bersejarah ini bukan sahaja mampu menjadi
tumpuan ramai malahan mendapat pengiktirafan daripada pihak UNESCO. Janganlah memberi
pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya,
terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang kurang berminat dan tidak menghargai
warisan negara ini. Tuntasnya, memperkenalkan bangunan bersejarah juga merupakan
cara untuk memelihara bangunan ini kerana jika program mempromosikan bangunan bersejarah
tidak dilaksanakan khazanah ini akan hancur begitu sahaja.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk mengekalkan
bangunan bersejarah ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini
dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

________________________________________________________________________
F: TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU( PUNCA-PUNCA PENCEMARAN)

1. Berdasarkan petikan di atas, huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya


pencemaran.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Antara contoh
pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air, udara dan darat. Malangnya, kalau tidak
kerana angin, masakan pokok bergoyang. isu pencemaran alam sekitar semakin hangat
dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Pada
zaman dahulu, sungai di negara kita masih belum tercemar dan airnya mengalir jernih dan
dipenuhi dengan hidupan akuatik. Era modenisasi ini, isu pencemaran air semakin hangat
dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana
Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyatakan pencemaran alam di
negara kita semakin serius dan hal ini telah menimbulkan benih kerisauan kepada pelbagai
pihak. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran
air?
Sebagai pembuka tirai wacana, punca-punca pencemaran air adalah disebabkan
oleh sikap negatif individu atau masyarakat. Sebagai contoh, mereka membuang sampah
sarap dan sisa binaan ke dalam sungai atau laut. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu
atau masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini beranggapan perbuatan mencemarkan sungai
bukanlah kesalahan yang besar dan kurang kesedaran. Sisa buangan ini juga dibuang dari
kawasan industri terutamanya kilang kayu dan kilang membuat bahan daripada plastik.
Akibatnya, air sungai menjadi kotor dan berbau.Bibit-bibit kemusnahan sungai semakin
menjadi barah ibarat nasi sudah menjadi bubur.Langkah pertama, pihak kerajaan perlulah
mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan yang melakukan pencemaran sungai ini.
Antaranya ialah mengenakan denda yang tinggi dan hukuman penjara. Kesan positifnya,
pihak yang tidak ada moral ini tidak akan berani melakukan pencemaran dan masalah ini dapat
diatasi. Cuba kita bayangkan, andainya tindakan ini tidak diambil, sungai akan terus dicemari
sehingga menjejaskan kehidupan manusia. Jelaslah, sikap negatif individu atau
masyarakat merupakan punca utama pencemaran air berlaku.

Lontaran idea yang seterusnya, sebab pencemaran air yang tidak boleh
disangkal lagi adalah kerana pembuangan sisa bahan kimia atau sisa toksik. Misalnya,
pembuangan sisa kimia yang berlaku di Sungai Kim-Kim Pasir Gudang Johor. Contoh yang
lain,antara sungai yang tercemar di negara kita ialah Sungai Juru Pulau Pinang dan Sungai
Rambai di Port Dickson Negeri Sembilan.Hal ini disebabkan, pengusaha kilang yang hanya
ingin mengejar keuntungan dan menjimat kos. Mereka bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Implikasinya telah menyebabkan hidupan akuatik
seperti ikan mati dan juga mengancam kesihatan masyarakat sekeliling. Langkah yang
efektif ialah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dengan menarik semula lesen
perniagaan dan mengarahkan kilang tersebut ditutup. Benarlah peribahasa menyatakan
mencegah lebih baik daripada mengubati. Impak yang jelas, apabila langkah drastik
diambil pencemaran sungai ini dapat ditangani dan membawa hasil positif dan bukannya
sekadar hanyat-hangat tahi ayam. Sekiranya, budaya tidak sihat ini tidak diambil tindakan
pihak berkenaan akan terus bermaharajalela.Ternyata, pembuangan sisa bahan kimia atau
sisa toksik merupakan sebab pencemaran air terus berlaku di negara ini.
Bukan itu sahaja, aktiviti pembalakan haram juga menjadi faktor berlakunya
pencemaran air. Contohnya, di Kelantan berlaku pembalakan haram sehingga menyebabkan
beberapa sungai di negeri ini airnya bertukar warna.Senario ini dikatakan demikian kerana,
aktiviti pembalakan haram ini dilakukan oleh pihak tertentu sebagai sumber pendapatan dan
juga untuk industri pembuatan. Hal ini mengakibatkan hakisan tanah berlaku dan mengalir ke
dalam sungai. Sungai menjadi cetek dan apabila banjir berlaku akan menyebabkan
kemusnahan yang besar seperti tanah runtuh.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari
langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak kerajaan perlulah mengekang
pembalakan haram ini. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.
Kesan yang jelas, apabila strategi yang berfokus diambil aktiviti pembalakan ini dapat
dibanteras dan khazanah alam terpelihara. Namun realitinya, pihak yang melakukan
perbuatan keji ini hanya memandang enteng demi mengejar kekayaan.Tuntasnya, antara
punca pencemaran air berlaku adalah kerana aktiviti pembalakan haram.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk pencemaran air ini
akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
F: TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

2. Berdasarkan petikan di atas, sikap menjaga kebersihan alam sekitar sangat penting dalam
masyarakat.
Namun demikian, masyarakat hari ini semakin tidak peka akan kepentingan menjaga kebersihan
alam sekitar.

Huraikan langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar.

Alam sekitar dengan kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan.Alam sekitar merupakan
anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Malangnya, kalau tidak kerana angin, masakan pokok
bergoyang. Dahulu pencemaran alam sekitar jarang-jarang berlaku berbanding pada masa
sekarang. Era modenisasi ini, isu pencemaran alam sekitar semakin hangat dibincangkan di
media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia
ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebersihan alam sekitar membawa pelbagai
maslahat kepada masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah menjaga
kebersihan alam sekitar?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah menjaga kebersihan alam


sekitar dalam kalangan masyarakat termasuklah mengadakan aktiviti gotong-royong.
Sebagai contoh, gotong –royong membersihkan kawasan persekitaran di kawasan kediaman,
taman permainan dan kawasan pantai. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan ini
dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol, plastik dan barangan terpakai. Langkah pertama,
aktiviti gotong-royong ini boleh dilakukan secara bekerjasama oleh komuniti masyarakat atau
pertubuhan alam sekitar. Amalan bekerjasama ini dapat disamakan dengan peribahasa
berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Kesan positifnya, persekitaran menjadi bersih
dan dapat mengelakkan pembiakan haiwan yang membawa penyakit. Cuba kita bayangkan,
andainya, aktiviti gotong-royong ini tidak dilaksanakan pastinya persekitaran akan menjadi kotor
dan tidak terurus. Jelaslah, mengadakan aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada
cara menjaga alam sekitar.

Langkah-langkah yang lain untuk penjagaan kebersihan alam sekitar termasuklah pihak
kerajaan mengadakan kempen alam sekitar. Misalnya, kempen Selamat Hari Bumi
Sedunia, Cintai Alam kita, dan Sungaiku Hidupku. Hal ini disebabkan, alam sekitar
semakin rosak dan tercemar kerana kerakusan manusia. Langkah yang efektif
termasuklah Kementerian Alam Sekitar dan Air mengadakan pelbagai kempen alam sekitar ini
secara berterusan di peringkat negara. Impak yang jelas, masyarakat akan mendapat pelbagai
maklumat tentang cara-cara menjaga alam sekitar dan kesedaran peri pentingnya alam sekitar
kepada manusia dapat disemai. Usaha gigih ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sekiranya kempen alam sekitar
tidak dilaksanakan masyarakat tidak akan cakna akan masalah persekitaran yang kian
tercemar .Ternyata, usaha pihak kerajaan mengadakan kempen mampu menangani
masalah kebersihan persekitaran yang tercemar.

Bukan itu sahaja, mengamalkan kitar semula juga merupakan cara jitu
untuk memastikan masyarakat sedar akan kepentingan kebersihan alam sekitar. Contohnya,
menggunakan semula bahan-bahan terpakai dan takungan air hujan boleh digunakan sebagai
air siraman pokok. Senario ini dikatakan demikian kerana, semakin banyak bahan
terpakai yang tidak dikitar semula mencemarkan alam sekitar. Langkah pragmatik
ialah pihak kerajaan telah melancarkan kempen Kitar Semula seperti Kempen Kesedaran 3R di
seluruh negara. Kesan yang jelas ialah melalui kempen ini bahan-bahan seperti plastik dan
kaca dapat disumbangkan kepada pengusaha kitar semula serta dapat melestarikan alam sekitar
Namun terdapat sebahagian individu yang tidak menghiraukan saranan kerajaan untuk
mengamalkan kitar semula. Sikap ini umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Tuntasnya, amalan kitar semula ini perlu dilakukan melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat demi menjaga alam sekitar.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk penjagaan alam
sekitar ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

__________________________________________________________________________

F: TEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU( KEPENTINGAN MENJAGA ALAM


SEKITAR)

3.Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Huraikan
kepentingan-kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Alam sekitar dengan kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan.Alam sekitar
merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Namun bencana alam yang berlaku adalah
berpunca daripada alam sekitar yang tercemar. Dahulu pencemaran alam sekitar jarang-
jarang berlaku berbanding pada masa sekarang. Era modenisasi ini, isu menjaga alam
sekitar semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar
arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan
menjaga alam sekitar membawa pelbagai maslahat kepada masyarakat dan juga hidupan
lain. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar?
Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan-kepentingan menjaga kebersihan alam
sekitar termasuklah manusia dapat menyedut udara yang segar.Sebagai contoh, tumbuh-
tumbuhan yang merimbun dan menghijau akan membebaskan oksigen ke udara. Hal ini
dikatakan demikian kerana, manusia memerlukan oksigen yang bersih melalui persekitaran
yang nyaman. Langkah pertama, setiap individu perlulah melakukan aktiviti kecergasan
seperti bersenam, beriadah, menunggang basikal dan mendaki gunung. Aktiviti luar seperti ini
membolehkan kita menyedut udara yang bersih dan segar. Benarlah peribahasa menyatakan
badan sihat, otak cerdas. Kesan positifnya, apabila persekitaran bersih mampu
meningkatkan tahap kesihatan diri kita. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
kata. Cuba kita bayangkan, andainya pokok-pokok ditebang tanpa kawalan pastinya
persekitaran menjadi panas dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti penipisan lapisan ozon
dan tanah runtuh. Jelaslah, apabila alam sekitar terpelihara kita dapat menikmati
persekitaran yang bersih.

Lontaran idea yang seterusnya, maslahat lain menjaga alam sekitar termasuklah
dapat memelihara habitat flora dan fauna.Misalnya, habitat haiwan seperti harimau, gajah
dan penyu. Contoh yang lain ialah tumbuh-tumbuhan seperti pokok cengal, meranti dan bunga
Rafflesia. Hal ini disebabkan, flora menjadi tempat perlindungan kepada fauna dan tumbuh-
tumbuhan membantu mengekalkan oksigen. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan
perlulah berusaha untuk melestarikan alam sekitar dan mengambil tindakan tegas terhadap
pihak yang tidak bertanggungjawab yang berani memusnahkan khazanah berharga ini. Mereka
tamak demi mengejar keuntungan. Golongan ini bersikap seperti peribahasa beri betis,
hendak paha.Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Impak yang jelas,tindakan berfokus ini dapat
memelihara flora dan fauna daripada terus musnah.Andainya habitat flora dan fauna ini tidak
dijaga pastinya kita tidak dapat lagi melihat haiwan-haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan yang
bernilai tinggi dan membawa manfaat dalam kehidupan. Ternyata, memelihara habitat flora
dan fauna juga merupakan satu daripada kebaikan menjaga alam sekitar.
Bukan itu sahaja, antara manfaat menjaga alam sekitar termasuklah dapat
menarik tumpuan para pelancong. Contohnya, di negara kita terdapat banyak tempat
menarik seperti kawasan tanah tinggi iaitu Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit
Fraser. Selain itu terdapat pantai peranginan yang panoramanya indah seperti Pantai Chenang,
Pulau Tioman dan Pulau Pangkor. Tidak ketinggalan juga kawasan taman negara seperti
Taman Negara Pahang dan Taman Negara Mulu Sarawak.Senario ini dikatakan demikian
kerana, destinasi ini menjadi tumpuan para pelancong yang ingin melakukan pelbagai aktiviti
seperti kembara hutan dan menyelam di lautan. Sekiranya, tempat ini tercemar pastinya para
pelancong tidak berminat untuk datang lagi dan industri pelancongan akan terjejas.Perjalanan
beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak
kerajaan perlulah menjaga kawasan pelancongan di negara kita dengan merancang strategi
yang jitu untuk mengekalkan keindahan tempat tersebut. Janganlah memberi pelbagai alasan
kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Kesan yang jelas , apabila tempat
pelancongan ini dijaga dengan baik imej negara akan meningkat. Kita tidak mahu menjadi
negara yang indah khabar dari rupa.Tuntasnya, menjadi daya tarikan pelancong juga
merupakan faedah memelihara alam sekitar.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk menjaga alam
sekitar ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
_________________________________________________________________________
G: TEMA: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI ( KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SAINS)

1. Huraikan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sains.

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh murid-murid
di sekolah. Antaranya ialah Sains, Biologi, Kimia dan Fizik. Di sekolah rendah mata pelajaran
Sains menggantikan subjek Alam dan Manusia. Malangnya, terdapat sebahagian murid yang
tidak berminat terhadap mata pelajaran Sains. Sejak dahulu lagi mata pelajaran Sains ini
dipelajari dan terhasil pelbagai formula dan ciptaan sains. Era modenisasi ini, isu
mempelajari mata pelajaran Sains semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering
menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan murid-
murid yang berminat mempelajari mata pelajaran Sains mampu membawa pelbagai manfaat
kepada diri dan negara. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan mempelajari
mata pelajaran Sains?

Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan-kepentingan mempelajari mata


pelajaran Sains termasuklah dapat membantu murid-murid mempelajari pelbagai
kemahiran.Sebagai contoh, kemahiran untuk berfikir dan juga kemahiran mencipta. Hal ini
dikatakan demikian kerana, mata pelajaran Sains ini menggalakkan murid-murid
mempelajari kemahiran untuk menyelesaikan masalah seperti pencemaran alam sekitar dan
langkah mengatasi wabak penyakit. Langkah pertama, guru-guru Sains perlulah sentiasa
memupuk minat murid-murid supaya cinta akan Sains dan melatih mereka berfikir secara kritis
ketika melakukan amali Sains. Usaha gigih guru-guru ini dapat disamakan dengan peribahasa
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,murid-murid
mudah menghafal formula dan konsep Sains dan berasa seronok untuk mempelajari Sains.Cuba
kita bayangkan, sekiranya mata pelajaran Sains ini tidak mahu dipelajari oleh murid-murid,
pastinya negara akan kekurangan para saintis dan kemahiran murid tidak dapat
diasah.Jelaslah, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sains termasuklah dapat
membantu murid-murid mempelajari pelbagai kemahiran.
Lontaran idea yang seterusnya, manfaat lain yang tidak kurang pentingnya
apabila mempelajari mata pelajaran Sains termasuklah dapat membantu
menyelamatkan nyawa. Misalnya, sekiranya seseorang tersebut mengalami sesak nafas atau
tidak sedarkan diri kita boleh menggunakan kaedah bantuan kecemasan CPR. Kaedah Sains
tidak memerlukan pertolongan daripada bomoh atau kepercayaan karut.Hal ini
disebabkan,CPR merupakan cara yang terbaik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan.
Langkah yang efektif ialah murid-murid perlu mempelajari cara untuk melakukan bantuan
CPR ini kepada mangsa. Kita juga dapat melihat respons mangsa tersebut. Guru-guru juga
perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran Sains agar murid-murid berasa teruja untuk
belajar. Impak yang jelas, Sains mampu menyelamatkan nyawa bukan sahaja untuk pesakit
yang tidak sedarkan diri malahan juga penyakit-penyakit lain seperti jantung, kencing manis dan
darah tinggi. Sekiranya, murid-murid tidak mahu menerokai ilmu Sains mereka akan menjadi
orang yang ketinggalan dari segi ilmu dan minda.Ternyata, dapat membantu
menyelamatkan nyawa merupakan manfaat mempelajari mata pelajaran Sains.
Bukan itu sahaja, faedah mempelajari mata pelajaran Sains dapat membantu
membuat pilihan dalam bidang kerjaya. Contohnya, bidang kerjaya yang memerlukan
keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Sains ialah bidang perubatan, farmasi , bidang
kejuruteraan dan penerbangan. Senario ini dikatakan demikian kerana,bidang-bidang seperti
ini mengalami kekurangan tenaga kerja yang pakar kerana terdapat murid yang tidak berminat
dalam bidang Sains.. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialah sejak sekolah rendah lagi murid-murid perlulah menanam minat
dalam mata pelajaran ini . Apabila berada di tingkatan empat murid-murid boleh memilih
untuk memasuki aliran Sains supaya lebih mudah memilih kerjaya seperti doktor. Usaha
tangga kejayaan. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak
hendak seribu dalih. Kesan yang jelas, suatu hari nanti negara tidak mengalami masalah
tenaga kerja dalam bidang sains ini mampu membantu memajukan negara. Namun realitinya,
ramai murid tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran ini sukar
difahami dan sentiasa gagal dalam peperiksaan. Tuntasnya, faedah mempelajari mata
pelajaran Sains dapat membantu membuat pilihan dalam bidang kerjaya demi masa
hadapan yang cemerlang.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk mempelajari mata
pelajaran Sains ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

_________________________________________________________________________
G: TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI ( LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK MINAT
MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS)

2. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains
di sekolah.

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh murid-
murid di sekolah. Antaranya ialah Sains, Biologi, Kimia dan Fizik. Di sekolah rendah mata
pelajaran Sains menggantikan subjek Alam dan Manusia. Malangnya, terdapat sebahagian
murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran Sains.Sejak dahulu lagi mata pelajaran
Sains ini dipelajari dan terhasil pelbagai formula dan ciptaan sains. Era modenisasi ini, isu
memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains semakin hangat
dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana
Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram
iaitu Chedetofficial menyatakan murid-murid yang berminat mempelajari mata pelajaran
Sains mampu membawa pelbagai manfaat kepada diri dan negara. Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains di
sekolah?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah untuk memupuk minat


murid-murid terhadap mata pelajaran Sains di sekolah termasuklah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak berkaitan mata pelajaran Sains. Sebagai
contoh, ibu bapa menunjukkan kepentingan mata pelajaran Sains ini kepada anak-anak . Hal
ini dikatakan demikian kerana,antara punca yang menyebabkan anak-anak tidak berminat
akan mata pelajaran ini adalah kerana tiada galakan dan sentiasa beranggapan mata pelajaran
ini sukar difahami. Didikan dan bimbingan ibu bapa ini dapat disamakan dengan
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Langkah pertama, ibu bapa boleh
membeli bahan bacaan seperti buku Sains dan ensiklopedia Sains untuk anak-anak. Ibu bapa
juga boleh membawa anak-anak menghadiri aktiviti berkaitan Sains seperti Kuiz Sains. Usaha
gigih ibu bapa ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,akan menimbulkan minat dan kesedaran anak-
anak pentingnya mata pelajaran Sains. Cuba kita bayangkan, sekiranya ibu bapa tidak
mendorong anak-anak meminati mata pelajaran Sains pastinya negara akan kekurangan para
saintis .Jelaslah, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak berkaitan mata
pelajaran Sains merupakan satu daripada usaha memupuk minat murid-murid.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana yang lain untuk memupuk minat
murid-murid terhadap mata pelajaran Sains di sekolah termasuklah pihak sekolah
mengadakan pelbagai program dan aktiviti menarik.Misalnya,mengadakan Bulan Karnival
Sains. Semasa karnival ini diadakan pelbagai pertandingan dan pameran boleh dibuat seperti
Pertandingan Saya Seorang Doktor, Pertandingan Mencipta Peralatan Sains, dan Pertandingan
Bijak Sains. Contoh yang lain, hasil kerja murid semasa belajar boleh dipamerkan.Hal ini
disebabkan,melalui program seperti ini semua murid boleh menyertai pertandingan tersebut.
Langkah yang efektif ialah pihak sekolah dengan kerjasama bidang Sains dan Matematik
perlulah merancang dengan rapi program ini supaya objektif tercapai. Usaha ini perlu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.
Impak yang jelas, murid-murid akan berasa seronok dan menanam impian untuk menjadi
pakar Sains. Sekiranya, program seperti ini tidak dilaksanakan oleh pihak sekolah pastinya
murid-murid akan berasa bosan dan minda mereka tidak dapat berfikir dengan kritis.Ternyata,
dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik akan mampu memupuk minat murid-
murid terhadap mata pelajaran Sains.
Bukan itu sahaja, cara lain yang boleh menyemai minat murid-murid terhadap
mata pelajaran Sains termasuklah pihak kerajaan mengadakan kempen. Contohnya,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengadakan kempen “ Saya Suka Sains”, “ Sains
Untuk Kehidupan” dan Sains Membantu Negara”.Senario ini dikatakan demikian kerana,
kempen yang dilaksanakan ini akan mendorong minat murid-murid di seluruh negara menerokai
bidang Sains.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah
pragmatik ialah pihak kerajaan melancarkan kempen ini secara besar-besaran di seluruh
negara.Semua maklumat kempen ini juga boleh dikongsi melalui media sosial seperti Facebook.
Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.
Kesan yang jelas murid-murid akan memperoleh pelbagai maklumat penting berkaitan Sains.
Namun realitinya, ramai murid tidak berminat dalam kerjaya bidang Sains dan mereka
sentiasa gagal dalam peperiksaan. Benarlah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata. Tuntasnya, kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan mampu menyemai
minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk memupuk minat
murid-murid terhadap mata pelajaran Sains ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan
daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah
berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna.
Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat
ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan
masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan
kesejahteraan semua pihak.
_______________________________________________________________________
G: TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (FAEDAH-FAEDAH SAINS, TEKNOLOGI
DAN INOVASI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA).

3. Huraikan faedah-faedah sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan manusia.

Perkembangan sains dan teknologi ini akan membawa inovasi dalam setiap bidang. Namun
begitu, sains, teknologi dan inovasi juga membawa pelbagai keburukan kepada manusia.
Sejak zaman dahulu lagi, perkembangan sains dan teknologi telah berlaku dengan pantas
dan membawa pelbagai perubahan.Era modenisasi ini, isu sains, teknologi dan inovasi
dalam kehidupan manusia semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering
menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan
perkembangan sains, teknologi dan inovasi ini telah membawa pelbagai manfaat dalam
kehidupan manusia. Persoalannya, apakah faedah-faedah sains, teknologi dan inovasi
dalam kehidupan manusia?

Sebagai pembuka tirai wacana faedah-faedah sains, teknologi dan inovasi


dalam kehidupan manusia termasuklah memudahkan komunikasi antara manusia.
Sebagai contoh, kemajuan dalam teknologi maklumat seperti aplikasi media sosial, e-mel,
Whatsapp,Facebook dan Instagram memudahkan kita menghantar maklumat dengan cepat ke
seluruh dunia. Kita juga boleh membuat panggilan video kepada ahli keluarga dan rakan-
rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, hasil daripada kemajuan sains dan teknologi ini
telah membawa pelbagai ciptaan baharu dan perubahan yang positif. Langkah pertama,
syarikat telekomunikasi hendaklah sentiasa mengambil peluang untuk menghasilkan alat
komunikasi seperti telefon pintar yang lebih canggih. Beberapa aplikasi terkini juga turut
dicipta. Usaha gigih syarikat telekomunikasi ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, sekiranya dahulu
peristiwa yang berlaku diluar negara mengambil masa yang lama untuk diketahui, namun tidak
lagi seperti hari ini yang semuanya mudah diperolehi dengan cepat. Masa dapat dijimatkan
dan benarlah masa itu emas. Cuba kita bayangkan, andainya ciptaan moden dalam
tekonologi maklumat ini tiada, kita agak sukar untuk mencari maklumat terkini dan ketinggalan
dalam mengetahui isu semasa.Jelaslah, memudahkan komunikasi antara manusia
merupakan satu daripada kebaikan sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan.

Lontaran idea yang seterusnya, maslahat lain yang tidak kurang pentingnya
sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan termasuklah dapat membantu dalam
bidang kesihatan.Misalnya, menghasilkan pelbagai ubat, kaedah rawatan dan juga
penyelidikan yang dibuat untuk mengesan virus dan wabak penyakit. Contoh yang lain,
semasa penularan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat berbagai-bagai
ujian dan cara untuk mencegah virus dan menyelamatkan nyawa pesakit.Hal ini
disebabkan,penularan wabak penyakit berjangkit ini sukar dikekang dan akibatnya puluhan
ribu kes jangkitan telah berlaku di negara kita. Langkah yang efektif ialah Kementerian
Kesihatan bersama pakar perubatan perlulah sentiasa membuat penyelidikan dalam bidang
perubatan. Banyak kejayaan telah dicipta kerana usaha tangga kejayaan. Usaha ini perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk
ditangga. Impak yang jelas, virus dan penyakit dapat diatasi dan kes jangkitan semakin
menurun dengan adanya vaksin yang telah dicipta oleh pakar perubatan. Sekiranya, tiada
perkembangan sains dan teknologi dalam bidang perubatan, pastinya nyawa manusia tidak
dapat diselamatkan.Ternyata,bidang perubatan menjadi maju kerana kemajuan dalam
sains, teknologi dan inovasi.
Bukan itu sahaja, kebaikan lain sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan
termasuklah dapat memajukan bidang pendidikan. Contohnya, sebelum ini kaedah
pengajaran hanya menggunakan papan tulis, kapur dan buku teks serta buku rujukan. Berbeza
hari ini terdapat banyak alat bantu mengajar yang canggih seperti komputer, telefon pintar,
projektor dan Internet. Senario ini dikatakan demikian kerana, perkembangan sains dan
teknologi telah membawa kepada penciptaan alat bantu mengajar dan belajar.Perjalanan
beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak
kerajaan hendaklah menghantar bahan bantu mengajar ini kepada semua sekolah di negara
ini.Kesan yang jelas, murid-murid akan berasa seronok kerana guru-guru dapat
mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Murid-murid juga tidak berasa bosan dan membantu
mereka berfikir dengan lebih kritis.Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu
daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya, terdapat juga sesetengah sekolah yang
tidak mendapat capaian Internet yang baik untuk digunakan semasa mengajar khususnya
sekolah di kawasan pedalaman. Tuntasnya, bidang pendidikan juga berkembang maju
hasil daripada perubahan dan kemajuan sains, teknologi dan inovasi.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk sains, teknologi dan
inovasi dalam kehidupan manusia ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada
saya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan
tajuk ini. Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini.
Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan
masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan
kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________________
H: TEMA :PENDIDIKAN( FAEDAH-FAEDAH MEMBACA)
Budaya membaca merupakan satu proses untuk mencari ilmu. Malangnya, budaya
membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin tidak diamalkan. Sejak dahulu
lagi , perkara utama yang diajar oleh guru ketika di bangku sekolah ialah membaca. Era
modenisasi ini, isu budaya membaca semakin hangat dibincangkan di media massa dan
sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyatakan budaya membaca dalam kalangan remaja membawa
pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang diperoleh daripada budaya
membaca dalam kalangan remaja?
Sebagai pembuka tirai wacana, faedah-faedah yang diperoleh daripada budaya
membaca dalam kalangan remaja termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, membaca sejarah dan tamadun masyarakat dunia seperti tamadun
Mesopotamia, Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Melayu Melaka. Hal ini dikatakan
demikian kerana, ilmu pengetahuan amat penting untuk melahirkan remaja minda kelas
pertama. Remaja yang rajin membaca tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Langkah pertama, remaja perlu membeli pelbagai bahan bacaan ilmiah seperti
kamus, majalah Dewan Siswa dan ensiklopedia. Kesan positifnya, sekiranya remaja dapat
menambahkan ilmu pengetahuannya melalui pembacaan pasti remaja tersebut mampu
menyampaikan pendapat dan idea dengan baik. Cuba kita bayangkan, andainya, remaja
kurang ilmu pengetahuan mereka tidak mampu menjayakan wawasan negara. Jelaslah,
budaya membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup.
Lontaran idea yang seterusnya, manfaat lain budaya membaca termasuklah dapat
membantu murid lulus dalam peperiksaan. Misalnya, murid-murid perlu banyak membaca
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains. Hal ini disebabkan,. mata pelajaran
tertentu memerlukan pembacaan yang banyak kerana tajuk yang perlu dibaca sangat luas.
Langkah yang efektif, murid-murid akan membaca sekurang-kurangnya tiga jam sehari dan
membuat perbincangan dalam kumpulan bersama-sama rakan. Impak yang jelas, boleh
membantu murid memahami sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan akan cemerlang
dalam peperiksaan. Benarlah peribahasa ada menyatakan membaca jambatan ilmu.
Sekiranya, murid-murid malas membaca prestasi markah peperiksaan akan merosot dan
keputusan peperiksaan seperti SPM juga tidak memuaskan. Ternyata, membaca dapat
membantu murid lulus dalam peperiksaan dan murid dapat melanjutkan pelajaran ke
menara gading.

Bukan itu sahaja, kebaikan lain budaya membaca dalam kalangan remaja ialah dapat
menambahkan perbendaharaan kata. Contohnya, terdapat istilah baharu seperti
penjarakan sosial, Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan istilah teknologi seperti tanda pagar.
Senario ini dikatakan demikian kerana, perbendaharaan kata penting supaya remaja dapat
menggunakan ketika dalam penulisan atau berkomunikasi. Langkah pragmatik ialah pihak
sekolah mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan perbendaharaan kata untuk
menggalakkan murid membaca.. Kesan yang jelas ialah murid-murid dapat mempelajari
pelbagai perbendaharaan kata yang baharu merangkumi pelbagai bidang. Peribahasa
menyatakan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Namun realitinya, terdapat murid-murid
yang lebih suka membaca bahan bacaan yang tidak berfaedah. Tuntasnya, dapat
menambahkan kosa kata atau perbendaharaan kata merupakan faedah budaya
membaca.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk
___________________________ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di
sini saya ingin menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini.
Situasi ini dapat memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan
seruan terus dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing.
Kesimpulannya, bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan
semua pihak.
_____________________________________________________________________
I: TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

1. Pepatah menyatakan jiran sepakat membawa berkat. Huraikan kepentingan-


kepentingan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam kalangan
masyarakat, apatah lagi masyarakat majmuk Malangnya, terdapat masyarakat yang tidak
mengenali jiran masing-masing . Dahulu, semangat kejiranan merupakan satu daripada
amalan yang sentiasa subur dalam kalangan masyarakat.Era modenisasi ini, isu semangat
kejiranan semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar
arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui akaun
Instagram iaitu Muhyiddinyassin_official menyatakan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat semakin pudar dan hal ini mencetuskan benih kerisauan pelbagai
pihak. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat di negara ini?
Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat di negara ini termasuklah dapat memupuk keharmonian
dalam masyarakat . Sebagai contoh, keharmonian dalam masyarakat ialah masyarakat
yang hidup dalam suasana yang aman dan tenteram, mengamalkan sifat toleransi dan bertolak
ansur antara satu dengan yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, keharmonian perlu
dipupuk dalam komuniti kejiranan kerana terdapat beberapa masalah seperti tidak bertegur
sapa wujud sesama jiran. Langkah pertama, komuniti masyarakat perlulah mempraktikkan
semangat kejiranan yang kukuh melalui pemupukan nilai-nilai murni . Usaha afdal yang lain
ialah mereka juga boleh mengadakan pelbagai program ke arah mewujudkan semangat
keharmonian seperti amalan kunjung-mengunjung melibatkan jiran pelbagai kaum. Kesan
positifnya, semasa aktiviti ini dilaksanakan mereka boleh berbual-bual dan bertukar-tukar idea
di samping bertanya khabar. Mereka juga boleh bermaaf-maafan sekiranya terdapat perasaan
dendam sesama jiran. Peribahasa Melayu ada menyatakan buang yang keruh ambil yang
jernih .Cuba kita bayangkan, andainya, keharmonian dalam masyarakat tidak wujud, maka
pelbagai kesan negatif akan melanda masyarakat tersebut dan masyarakat akan hidup dalam
suasana bermusuhan.Jelaslah, satu daripada faedah mengamalkan semangat kejiranan
termasuklah dapat memupuk keharmonian dalam masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya, kepentingan lain memupuk semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat di negara tercinta ini termasuklah mampu menolong komuniti
kejiranan bebas daripada sebarang wabak. Misalnya, wabak yang berpunca daripada
nyamuk aedes iaitu demam denggi, dan demam Malaria berpunca daripada nyamuk tiruk. Hal
ini disebabkan, terdapat penduduk taman perumahan yang mengalami serangan demam
denggi dan kes di kawasan tersebut sangat serius. Langkah yang efektif ialah komuniti
masyarakat perlulah menyusun jadual untuk membersihkan kawasan kediaman masing-masing
dan melakukan aktiviti gotong-royong. Mereka boleh membersihkan saluran perparitan,
menyapu sampah dan menjemput unit kesihatan untuk menyampaikan ceramah Impak yang
jelas,komuniti kejiranan boleh melakukannya secara bekerjasama.Peribahasa
menyatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Cuba kita bayangkan apakah yang
akan terjadi dalam sesebuah komuniti kejiranan sekiranya mereka mengamalkan sikap seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing? Ternyata, menolong komuniti
kejiranan bebas daripada sebarang wabak merupakan kepentingan mengamalkan
semangat kejiranan.
Bukan itu sahaja, dapat memastikan keselamatan terjamin juga merupakan satu
daripada manfaat lain memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Contohnya,
keselamatan di kawasan kediaman untuk mengelakkan kegiatan jenayah seperti kecurian,
rompakan, penculikan dan penipuan.Senario ini dikatakan demikian kerana, kawasan
kejiranan yang aman amat penting untuk masyarakat melakukan sebarangan tugas dan
pekerjaan .Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah
pragmatik ialah komuniti masyarakat bekerjasama dengan pihak polis untuk bersama-sama
mengawal keselamatan para penduduk. Mereka boleh menubuhkan Rukun Tetangga yang
bertugas membuat rondaan di kawasan kejiranan masing-masing. Kesan yang jelas hasil
daripada tindakan yang efektif ini ternyata mampu menjamin keselamatan penduduk dan
masyarakat dapat tinggal dalam suasana yang aman dan tenteram. Janganlah memberi pelbagai
alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya, terdapat
segelintir masyarakat yang tinggal berjiran tidak mengendahkan jiran yang ditimpa masalah
kerana mereka suka membuat hal sendiri dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang
lain.Tuntasnya, mengamalkan semangat kejiranan ternyata mampu memastikan
keselamatan terjamin dan mewujudkan suasana kondusif.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat
kejiranan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

I: TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN


2. Jiran Tetangga
Bersepakat bekerjasama
Tolong-menolong
Bergotong-royong
Bantu-membantu
Perkara terbaru
Persatuan berkumpulan,
Bersatu hati,
Persahabatan berhari-hari

SOLEH KAMARULAZIZI
Berdasarkan sajak tersebut, anda dikehendaki menghuraikan langkah-langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam kalangan
masyarakat, apatah lagi masyarakat majmuk. Malangnya, terdapat masyarakat yang tidak
mengenali jiran masing-masing . Dahulu, semangat kejiranan merupakan satu daripada
amalan yang sentiasa subur dalam kalangan masyarakat.Era modenisasi ini, isu semangat
kejiranan semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar
arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin pudar dan hal ini mencetuskan
benih kerisauan pelbagai pihak. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat termasuklah mengadakan aktiviti gotong-royong. Sebagai
contoh, aktiviti membersihkan kawasan persekitaran kediaman dan membaik pulih sistem
perparitan. Contoh yang lain ialah aktiviti gotong-royong majlis kenduri di kawasan
kejiranan.Hal ini dikatakan demikian kerana, ketika aktiviti gotong-royong diadakan
kejiranan pelbagai kaum dapat bertemu dan beramah mesra. Langkah pertama,
komuniti masyarakat boleh mengadakan program gotong-royong ini sekurang-

kurangnya tiga kali setahun. Kesan positifnya, mereka mengadakan aktiviti ini secara
bekerjasama dan hal ini dapat disamakan dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama
dijinjing. Cuba kita bayangkan, andainya, aktiviti seperti ini dilupakan pastinya jiran-jiran
sukar mengenali antara satu sama lain. Jelaslah, dengan mengadakan aktiviti gotong-
royong ini mampu memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan
masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha perdana untuk menyemai semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat termasuklah jiran tetangga sentiasa mengamalkan sikap
tolong-menolong dan bantu membantu. Misalnya, membantu ketika jiran tetangga ditimpa
musibah seperti sakit ,kemalangan atau kebakaran. Hal ini disebabkan, amalan murni bantu -
membantu ini merupakan cara terbaik untuk membantu jiran yang dilanda kesusahan dari
pelbagai segi. Langit tidak selalu cerah dan malang tidak berbau.Langkah yang efektif
ialah kita perlu menziarahi jiran tersebut dan memberi bantuan seperti kewangan, makanan dan
juga kata-kata semangat agar bersabar dan cepat sembuh. Ibu bapa juga boleh mengajak anak-
anak menziarahi jiran tersebut dan menerangkan kepada anak-anak kebaikan yang diperoleh
sekiranya kita menolong mereka. Impak yang jelas, kita akan berasa gembira kerana dapat
mendapat pengalaman membantu jiran yang dalam kesusahan dan nilai murni seperti simpati
dalam disemai dalam jiwa Sekiranya, amalan tolong-menolong ini tidak dipraktikkan pastinya
jiran yang mengalami saat-saat sukar ini akan berasa sedih dan terpinggir. Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ternyata, sikap tolong-menolong dan
bantu membantu ini merupakan kaedah yang berkesan untuk menyemai semangat
kejiranan.
Bukan itu sahaja, komuniti kejiranan hendaklah menubuhkan persatuan atau
Rukun Tetangga demi menjayakan amalan kejiranan. Contohnya, penduduk Taman Aman
menubuhkan Rukun Tetangga di kawasan tersebut atau persatuan lain seperti Persatuan
Jiranku Keluargaku. Senario ini dikatakan demikian kerana, penubuhan persatuan
seperti ini dapat membantu memastikan tahap keselamatan di kawasan perumahan tersebut
lebih terjamin.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialah Rukun Tetangga itu membuat rondaan mengikut jadual yang
ditetapkan. Mereka juga boleh melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes
jenayah seperti ragut dan rompakan. Kesan yang jelas, bukan sahaja memupuk perpaduan
sesama jiran tetapi juga semangat bersatu padu masyarakat berbilang kaum dapat dibentuk.
Peribahasa menyatakan bersatu teguh bercerai roboh. Janganlah memberi pelbagai alasan
kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Andainya, persatuan di tempat
kediaman tidak ditubuhkan, jiran-jiran akan berasa sukar meminta pertolongan dan membuat
aduan sekiranya berlaku kes kecurian. Tuntasnya, melalui cara menubuhkan persatuan
seperti Rukun Tetangga mampu menyemai semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di negara tercinta ini.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat
kejiranan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
______________________________________________________________________
I: TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

3.“Kami jarang bertegur sapa walaupun sudah lama berjiran. Disebabkan itu, saya terharu
dengan kesungguhannya membantu,” kata ibu dua anak, Nur Syamimi Malik, 33, yang bekerja
sebagai pembantu tadbir di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi reaksi itu ketika
diminta mengulas video yang dimuat naik di halaman Facebook Penduduk USJ.

Petikan akhbar di atas jelas menunjukkan semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan
rakyat berbilang kaum di Malaysia. Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam kalangan
masyarakat, apatah lagi masyarakat majmuk. Dahulu, semangat kejiranan merupakan satu
daripada amalan yang sentiasa subur dalam kalangan masyarakat.Era modenisasi ini, isu
semangat kejiranan semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi
lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin pudar dan hal ini
mencetuskan benih kerisauan pelbagai pihak. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan
masyarakat?
Sebagai pembuka tirai wacana, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat termasuklah mengadakan aktiviti gotong-royong. Sebagai
contoh, aktiviti membersihkan kawasan persekitaran kediaman dan membaik pulih sistem
perparitan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketika aktiviti gotong-royong diadakan
kejiranan pelbagai kaum dapat bertemu. Langkah pertama, komuniti masyarakat
boleh mengadakan program gotong-royong ini sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Kesan positifnya, mereka mengadakan aktiviti ini secara bekerjasama dan hal ini dapat
disamakan dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Cuba kita
bayangkan, andainya, aktiviti seperti ini dilupakan pastinya jiran-jiran sukar mengenali antara
satu sama lain. Jelaslah, dengan mengadakan aktiviti gotong-royong ini mampu
memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha lain menyemai semangat kejiranan adalah
dengan mengadakan kempen kejiranan. Misalnya, pihak kerajaan mengadakan kempen
Jiran Sepakat Membawa Berkat dan kempen Jangan Biarkan Jiran Kita Dalam Kesusahan. Hal
ini disebabkan, jiran-jiran merupakan insan yang akan membantu kita semasa memerlukan
pertolongan. Langkah yang efektif ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen semangat
kejiranan ini secara besar-besaran di media massa secara berterusan. Impak yang jelas,
melalui kempen ini ikatan kejiranan dan semangat bersatu padu dapat
dipupuk. Peribahasa ada menyatakan bersatu teguh bercerai roboh. Janganlah memberi
pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Sekiranya kempen
ini tidak dilaksanakan pastinya semangat kejiranan akan hilang dan nilai murni seperti sikap
prihatin tidak dapat diamalkan. Ternyata, melalui kempen kejiranan semangat kejiranan
akan terus mekar dan subur dalam kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja, program Rumah Terbuka juga merupakan langkah perdana untuk
memupuk semangat kejiranan. Contohnya, mengadakan Rumah Terbuka semasa perayaan
utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. Senario ini
dikatakan demikian kerana, dengan mengadakan Rumah Terbuka ini kejiranan berbilang
bangsa akan menghadiri program ini. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah
yang pertama . Langkah pragmatik ialah program Rumah Terbuka ini boleh dianjurkan
dengan kerjasama komuniti masyarakat setempat. Kesan yang jelas ialah jiran-jiran beramah
mesra dan bermaaf-maafan sekiranya ada melakukan kesilapan. Benarlah kata peribahasa
buang yang keruh ambil yang jernih. Namun realitinya, terdapat juga jiran-jiran yang
tidak suka akan program seperti ini dengan memberikan pelbagai alas an seperti sibuk bekerja.
Tuntasnya, program Rumah Terbuka ini merupakan satu alternatif untuk memupuk
semangat kejiranan.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat
kejiranan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
__________________________________________________________________________
I: TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

Kenyataan beliau menjelaskan bahawa semangat kejiranan sangat penting disuburkan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan signifikan ke arah
melahirkan masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.
Bincangkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam kalangan
masyarakat, apatah lagi masyarakat majmuk. Dahulu, semangat kejiranan merupakan satu
daripada amalan yang sentiasa subur dalam kalangan masyarakat Malaysia.Era modenisasi ini,
isu semangat kejiranan semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi
lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin pudar dan hal ini
mencetuskan benih kerisauan pelbagai pihak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk
melahirkan masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan?
Sebagai pembuka tirai wacana, peranan perdana ibu bapa untuk melahirkan
masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan termasuklah ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak berkaitan semangat kejiranan. Sebagai contoh, ibu bapa
menunjukkan sikap yang baik dengan jiran tetangga. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu
bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak mereka dilahirkan lagi.
Langkah pertama, ibu bapa meminta anak-anak mengenali jiran tetangga dan jangan
bersikap sombong terhadap jiran. Didikan dan bimbingan daripada ibu bapa ini dapat disamakan
dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan hidup berjiran ini akan
dicontohi oleh anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kesan positifnya,
ikatan kejiranan dapat dieratkan khususnya jiran-jiran pelbagai kaum yang lain. Cuba kita
bayangkan,andainya ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik iaitu sering bergaduh
dengan jiran, pastinya anak-anak juga akan melakukan perkara yang sama. Jelaslah, ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak berkaitan semangat kejiranan agar
semangat kejiranan terus diamalkan.

Lontaran idea yang seterusnya, ibu bapa membawa anak-anak menyertai


program kejiranan juga merupakan cara untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan
semangat kejiranan.Misalnya, majlis Rumah Terbuka semasa musim perayaan utama,aktiviti
gotong-royong,dan majlis kenduri. Aktiviti gotong -royong yang boleh diadakan ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan
membersihkan saliran air. Hal ini disebabkan, semasa program anjuran komuniti kejiranan ini
mereka dapat bertemu dan saling berkenalan antara satu dengan yang lain.Langkah yang
efektif ialah ibu bapa perlulah meluangkan masa membawa anak-anak menyertai aktiviti yang
telah dirancang oleh komuniti masyarakat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Impak yang
jelas,melalui aktiviti seperti ini jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang dan
bertukar-tukar idea. Hal ini dapat digambarkan melalui peribahasa Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Namun realitinya pada hari ini, ibu bapa memandang
enteng aktiviti seperti ini dan memberikan alasan sibuk dengan urusan kerjaya sehingga tiada
masa untuk membawa anak-anak menyertainya. Ternyata, membawa anak-anak menyertai
program kejiranan merupakan cara untuk melahirkan masyarakat yang cakna akan jiran dan
mengelakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Bukan itu sahaja, peranan lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah ibu
bapa membawa anak-anak menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat. Contohnya, ialah aktiviti menziarahi jiran yang ditimpa musibah
seperti sakit dan kemalangan atau kebakaran. Senario ini dikatakan demikian kerana,
budaya kunjung-mengunjungi ini seakan-akan sudah lama dilupakan oleh komuniti kejiranan
atas pelbagai alasan. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama .
Langkah pragmatik ialah ibu bapa mestilah menerangkan kepada anak-anak kebaikan yang
diperoleh sekiranya anak-anak menyertai aktiviti ziarah-menziarahi ini. Janganlah memberi
pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Kesan yang jelas,
anak-anak akan berasa gembira kerana dapat mendapat pengalaman membantu jiran yang
dalam kesusahan dan nilai murni seperti simpati dalam disemai dalam jiwa mereka. Muafakat
membawa berkat.Namun realitinya, budaya seperti ini amat kurang dipraktikkan kerana
bimbang akan mengganggu kehidupan seharian orang lain. Tuntasnya, ibu bapa membawa
anak-anak menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat
merupakan langkah wajar yang perlu dilaksanakan.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat
kejiranan ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

___________________________________________________________________________

I: TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

4. Pensyarah Kanan Politik Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azmi Ariffin berkata “
kesedaran terhadap erti sebuah kemerdekaan dalam kalangan anak muda terutamanya remaja
semakin dilupakan”. Kira-kira 80 peratus anak muda kini dikatakan tidak lagi mempedulikan
sambutan Bulan Kemerdekaan berbanding hanya 20 peratus sahaja yang masih kekal
menghayati serta menanam semangat patriotisme dalam diri.

Sebagai respons pernyataan di atas, jelaskan punca-punca generasi muda kurang penghayatan
terhadap semangat tersebut.

Semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara perlu ada dalam setiap diri
warganegara Malaysia. Remaja atau generasi muda kebiasaannya berumur 12 hingga 35
tahun dan kebanyakan remaja masih bersekolah.Zaman dahulu, semangat patriotisme
begitu membara dalam kalangan pejuang negara yang masih remaja seperti Rosli Dhoby. Era
modenisasi ini, isu semangat patriotisme semakin hangat dibincangkan di media massa
dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Malaysia ke-8, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa semangat patriotisme yang disemai dalam diri anak
para remaja kerana membawa pelbagai manfaat.Persoalannya, apakah punca-punca
generasi muda kurang penghayatan terhadap semangat patriotisme?

Sebagai pembuka tirai wacana, antara punca generasi muda kurang


penghayatan terhadap semangat patriotisme adalah disebabkan tidak memahami dan
membaca sejarah negara. Sebagai contoh, negara kita pernah dijajah oleh tiga kuasa besar
dunia iaitu Portugis, Belanda, dan Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana, generasi
muda kurang berminat untuk membaca sejarah negara kerana dianggap membosankan. Selain
itu juga generasi muda tiada kesedaran untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri
masing-masing kerana sudah biasa hidup dalam kemewahan. Peribahasa menyatakan
jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.Langkah pertama, generasi muda perlulah
rajin membaca dan mempelajari sejarah negara kita bermula sebelum merdeka sehinggalah
Malaysia mencapai kemerdekaan.Kesan positifnya, mereka akan tahu akan kehebatan
kerajaan Melayu Melaka yang menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia dan pentadbiran serta
kisah sedih jatuhnya Melaka ke tangan kuasa asing. Cuba kita bayangkan, andainya generasi
muda ini tidak tahu kisah sejarah negara sendiri, pastinya jiwa mereka kosong dan tiada
semangat cinta akan tanah air. Mereka juga suka mementingkan diri sendiri dan bersikap
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Jelaslah, tidak suka
mendalami sejarah negara merupakan satu daripada punca kurangnya penghayatan terhadap
semangat patriotisme.

Lontaran idea yang seterusnya, sebab lain yang tidak kurang pentingnya
semangat patriotisme dalam kalangan remaja semakin luntur termasuklah remaja
tidak mengenali tokoh-tokoh pejuang negara. Misalnya, antara tokoh pejuang yang
menentang pihak penjajah ialah Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap dan Datuk Maharaja Lela.
Contoh yang lain, negara kita juga terdapat para pemimpin yang terlibat dalam rundingan
kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Hal ini disebabkan, generasi muda tidak
berminat untuk membaca kisah para pejuang dahulu yang banyak berkorban demi
mempertahankan negara. Benarlah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Langkah yang efektif ialah generasi muda perlulah berusaha untuk membaca dan mempelajari
kisah para pejuang watan tercinta ini melalui buku Sejarah ataupun laman web tokoh sejarah.
Membaca Jambatan Ilmu. Impak yang jelas, apabila mereka mengenali tokoh pejuang
negara dan menghayati kisah perjuangan yang begitu pahit demi sebuah kebebasan. Ramai
para pejuang yang terkorban ketika menentang penjajah. Sekiranya, mereka tidak mahu
membaca dan memandang enteng perkara ini semangat untuk menyemarakkan rasa cinta akan
negara tidak dapat direalisasikan. Tindakan mereka seperti melepaskan batuk di
tangga.Ternyata, punca yang menyebabkan remaja kurang mempunyai semangat
patriotik adalah kerana tidak mengenali tokoh-tokoh pejuang negara.
Bukan itu sahaja, faktor seterusnya yang menyebabkan semangat ini semakin
berkurangan termasuklah remaja terpengaruh dengan media massa. Contohnya, media
massa seperti media sosial iaitu Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram.Senario ini
dikatakan demikian kerana, terdapat isi kandungan yang dikongsikan melalui media sosial ini
berunsur fitnah terhadap tokoh-tokoh tertentu .Selain itu terdapat juga bahan yang disebarkan
memburuk-burukkan negara dan berunsurkan perkauman sehingga membawa perpecahan.
Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama . Langkah pragmatik
ialah pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan yang suka
menimbulkan kekacauan dan menyebar maklumat palsu. Kesan yang jelas, apabila tindakan
berfokus diambil penyebar fitnah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.Janganlah memberi
pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya,
terdapat juga sebahagian remaja yang sengaja suka mempercayai hal tersebut kerana dianggap
satu keseronokan. Usahlah remaja menjadi seperti api dalam sekam.Tuntasnya,
semangat patriotisme menjadi semakin luntur kerana remaja terpengaruh dengan
media massa.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat
patriotisme ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin
menegaskan bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat
memandu manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus
dilaungkan agar semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya,
bersama-samalah kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

____________________________________________________________________________________
I:TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN( PELBAGAI PIHAK)
Sebagai rakyat, rasa kesetiaan, kecintaan dan bersyukur apa-apa yang dinikmati bukan suatu
kerugian, sebaliknya manifestasi kepada wajah dan keperibadian kita terhadap negara.
Semangat patriotisme, seharusnya dipupuk sejak tadika, sekolah berterusan ke peringkat
universiti sehingga menjangkau usia warga emas.

Berdasarkan respons di atas, huraikan cara-cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan remaja.

Semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara perlu ada dalam setiap diri
warganegara Malaysia. Remaja kebiasaannya berumur 12 hingga 21 tahun. Kebanyakan
remaja masih menuntut ilmu di bangku sekolah atau di universiti.Zaman dahulu, semangat
patriotisme begitu membara dalam kalangan pejuang negara yang masih remaja seperti Rosli
Dhoby. Era modenisasi ini, isu semangat patriotisme semakin hangat dibincangkan di
media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Malaysia ke-8,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa semangat patriotisme yang disemai dalam
diri para remaja membawa pelbagai manfaat.Persoalannya, apakah cara-cara untuk
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja?
Sebagai pembuka tirai wacana, cara perdana untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda termasuklah pihak kerajaan mengadakan kempen
kesedaran semangat patriotisme. Sebagai contoh, kempen Sayangilah Malaysia, kempen
Kibar Jalung Gemilang dan Aku Negaraku. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen
seperti ini amat diperlukan kerana semangat patriotisme dalam jiwa remaja yang kian luntur
dari hari ke hari. Langkah pertama, pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen ini di
seluruh negara secara berterusan dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk di
tangga. Usaha yang gigih pihak kerajaan mengadakan kempen ini dapat disamakan dengan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya,
ialah golongan muda akan sedar pentingnya semangat cinta akan negara ini terus subur dalam
diri mereka. Cuba kita bayangkan, andainya, kempen ini tidak dilaksanakan golongan remaja
memandang enteng erti kemerdekaan dan tiada perasaan cinta akan tanah air. Jelaslah,
peranan pihak kerajaan amat penting untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
generasi muda.

Lontaran idea yang seterusnya, usaha lain termasuklah ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak tentang semangat patriotisme. Misalnya, ibu bapa
menceritakan kisah perjuangan para pejuang dahulu yang membebaskan negara daripada
penjajah. Hal ini disebabkan, ibu bapa merupakan guru pertama yang mendidik anak-anak
sejak mereka dilahirkan. Didikan ibu bapa ini dapat disamakan dengan peribahasa melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Langkah yang efektif ialah ibu bapa membawa anak-anak
menghadiri program yang mampu memupuk semangat patriotisme kepada anak-anak seperti
sambutan Hari Kemerdekaan. Impak yang jelas, anak-anak akan mendapat maklumat tentang
sejarah negara dan rasa cinta akan negara dapat disemai. Hal ini juga dapat melahirkan anak-
anak yang sanggup menghadapi cabaran demi negara. Peribahasa menyatakan membujur lalu
melintang patah. Sekiranya, ibu bapa tidak memainkan peranannya, anak-anak tidak akan
mengenali para pejuang dan pemimpin negara. Ternyata, ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak atau entiti mithali untuk menjayakan matlamat tersebut.

Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang sesuai diadakan ialah pihak sekolah mengadakan
pelbagai aktiviti menarik berkaitan semangat patriotisme. Contohnya, mengadakan
sambutan Bulan Kemerdekaan, pertandingan drama sejarah dan menulis esei bertemakan
semangat patriotisme. Senario ini dikatakan demikian kerana, murid-murid akan menyertai
pertandingan ini dan rasa cinta akan negara dapat diterapkan. Langkah pragmatik ialah pihak
sekolah mengadakan pelbagai aktiviti bertemakan semangat patriotik ini setiap tahun.
Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.
Kesan yang jelas ialah murid-murid berbilang kaum akan lebih memahami erti cinta akan
negara dan semangat bersatu padu dapat dibentuk. Benarlah peribahasa menyatakan
bersatu teguh bercerai roboh. Sekiranya, pihak sekolah tidak mengadakan aktiviti
berkaitan semangat patriotisme akan wujud perasaan saling membenci atau
perkauman dalam kalangan murid pelbagai kaum. Tuntasnya, peranan pihak sekolah
juga menjadi langkah penting untuk memupuk semangat patriotisme.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat patriotisme
ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

I:TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN( PERANAN IBU BAPA)


Semangat patriotisme merupakan perkara yang amat penting kepada setiap warganegara.
Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi merupakan sesuatu yang agung melibatkan
soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan
kedaulatan. Namun, belakangan ini semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
semakin luntur.

Berdasarkan respons di atas, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk
semangat cinta akan negara terhadap anak-anak. Ulaskan pernyataan tersebut.

Di sini lahirnya sebuah cinta


Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Petikan lirik lagu “ Warisan” dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad menggambarkan
akan pentingnya semangat cinta akan negara disemai dalam diri anak-anak. Patriotisme
pula ialah semangat cinta akan tanah air yang yang amat penting kepada setiap
warganegara. Ibu bapa merupakan insan yang menjadi tonggak keluarga dan pelindung kepada
anak-anak. Dahulu lagi sebelum negara menikmati kemerdekaan, semangat cinta
akan negara begitu membara dalam jiwa pahlawan-pahlawan tersohor di negara kita, begitu
juga dalam kalangan remaja. Era modenisasi ini, isu semangat patriotisme semakin
hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana.
Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Instagram
Chedetofficial ada menyatakan semangat cinta akan tanah air dalam diri anak-anak
remaja hari ini semakin luntur dan hal ini menimbulkan benih kerisauan dalam kalangan
masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam memupuk semangat cinta
akan negara terhadap anak-anak?

Sebagai pembuka tirai wacana, peranan ibu bapa dalam memupuk semangat cinta
akan negara terhadap anak-anak termasuklah ibu bapa membawa anak-anak melawat
tempat-tempat bersejarah. Sebagai contoh, berkunjung ke destinasi bersejarah di bandar
raya Melaka yang kaya dengan kesan peninggalan penjajahan Portugis dan Belanda seperti Kota
A Famosa. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di
Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan.Hal ini dikatakan demikian
kerana, semangat patriotisme dalam diri anak-anak pada hari ini semakin luntur dek kerana
mereka semakin alpa dan diulit kemewahan hidup. Langkah pertama, kemelut ini perlu
ditangani segera melalui peranan ibu bapa. Mereka boleh membawa anak-anak melawat tempat-
tempat bersejarah ini semasa cuti persekolahan atu pada waktu senggang. Kesan positifnya,
amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar
belakang dan asal-usul

pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Aktiviti ini juga merupakan bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat
menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara keluarga. Anak-anak dapat membaca catatan sejarah di tempat tersebut.Benarlah
membaca jambatan ilmu. Namun realitinya pada hari ini, terdapat ibu bapa yang tiada
masa untuk membawa anak-anak berkunjung ke tempat-tempat bersejarah ini kerana sibuk
dengan urusan kerja.Jelaslah, ibu bapa yang membawa anak-anak melawat ke tempat-
tempat bersejarah mampu menerapkan dan menyuburkan semangat patriotisme dalam jiwa
mereka.
Lontaran idea yang seterusnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada
anak-anak juga merupakan peranan penting dalam menyemai semangat patriotisme.Misalnya,
ibu bapa mesti menunjukkan sifat-sifat yang baik seperti semangat cinta akan negara dan
mengetahui tokoh-tokoh negara serta para pejuang yang telah menentang pihak penjajah.
Antaranya ialah Mat Kilau,Tok Janggut dan Rosli Dhoby. Hal ini disebabkan, ibu bapa
merupakan guru pertama yang mendidik anak-anak sejak mereka dilahirkan. Didikan ibu bapa
ini dapat disamakan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Langkah
yang efektif ialah ibu bapa mendidik dan menyemaikan jiwa anak-anak berkaitan semangat
cinta akan negara sejak kecil lagi tentang pentingnya menjaga keamanan negara tercinta.
Impak yang jelas, ialah anak-anak dapat mengenali tokoh-tokoh negara dan sejarah negara
dan semangat patriotik tidak luntur dalam jiwa mereka. Malahan anak-anak ini akan berasa
bangga menjadi warganegara Malaysia tanah tumpah pertiwi tercinta. Cuba kita bayangkan
sekiranya ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik kepada anak-anak, sudah pasti anak-anak
tidak menghiraukan sejarah perjuangan tokoh-tokoh negara. Mereka juga lebih suka memuja
para artis kesayangan berbanding pejuang negara. Ternyata, ibu bapa juga haruslah
menjadi suri teladan kepada anak-anak demi menyemai semangat patriotisme kerana
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Bukan itu sahaja, peranan lain yang perlu lakukan untuk menyemai semangat
patriotisme termasuklah ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai
peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada
anak-anak seperti kisah perjuangan Mat Kilau, dan Tok Janggut ketika menentang
Inggeris.Senario ini dikatakan demikian kerana, anak-anak akan mengetahui kisah
perjuangan hebat para pejuang negara zaman dahulu yang sanggup mempertahankan negara
hingga ke titisan darah yang terakhir. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah
yang pertama . Langkah pragmatik ialah ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri
pengalaman nenek moyang terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa
zaman penjajahan di negara kita. Kesan yang jelas anak-anak juga akan dapat
menghayati betapa tingginya jasa askar Melayu seperti Leftenan Adnan yang sanggup tidak
menyerah kalah kepada pihak musuh. Perjuangan Leftenan Adnan itu dapat disamakan dengan
peribahasa Melayu biar putih tulang jangan putih mata. Namun realitinya, kebanyakan ibu
bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing dan jarang meluangkan masa untuk menceritakan
sejarah perjuangan para pejuang negara kepada anak-anak. Tuntasnya, ibu bapa perlu
melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan anak mereka memiliki rasa cinta
akan negara dengan menceritakan peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan
dengan sejarah kepada anak-anak.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat patriotisme
ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
____________________________________________________________________________________
I :TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN( PERANAN PIHAK SEKOLAH)

Generasi muda khususnya remaja yang masih bersekolah merupakan pewaris negara pada masa
akan datang. Namun, belakangan ini semangat patriotisme dalam kalangan murid semakin
luntur.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan murid di sekolah.
Semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara perlu ada dalam setiap diri
warganegara Malaysia. Murid-murid merupakan golongan remaja masih menuntut ilmu
samada di sekolah rendah ataupun menengah. Zaman dahulu, semangat patriotisme begitu
membara dalam kalangan pejuang negara yang masih remaja seperti Rosli Dhoby. Era
modenisasi ini, isu semangat patriotisme semakin hangat dibincangkan di media massa
dan sering menghiasi lembaran akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Instagram Chedeofficial menyatakan menyatakan
semangat patriotisme perlu disemai dalam diri murid-murid kerana membawa pelbagai
manfaat.Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan murid di sekolah?

Sebagai pembuka tirai wacana, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme


dalam kalangan murid di sekolah adalah dengan mengadakan kempen. Sebagai contoh,
antara kempen yang sesuai dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan murid ialah Kempen Saya Sayang Malaysia dan Kempen Negaraku Tercinta. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kempen yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini
melibatkan murid berbilang bangsa dan kempen seperti ini diadakan secara berterusan.
Langkah pertama, Caranya ialah,pihak sekolah akan memasang bendera dan juga kain
rentang yang dipenuhi dengan slogan dan kata-kata menarik berkaitan kempen ini. Usaha gigih
yang dilakukan oleh pihak sekolah ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, murid-murid akan
membaca slogan dan juga menyertai pelbagai aktiviti sepanjang kempen semangat patriotisme
ini dilaksanakan dalam suasana yang muhibah serta kempen ini dibuat secara bekerjasama
melibatkan semua murid. Benarlah peribahasa Melayu ada menyatakan berat sama dipikul
ringan sama dijinjing. Cuba kita bayangkan, sekiranya kempen-kempen seperti ini tidak
dilaksanakan sudah pasti semangat patriotisme atau sifat sayang akan negara dalam kalangan
murid semakin luntur dan akan menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jelaslah,
mengadakan kempen juga merupakan satu daripada langkah untuk memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan murid di sekolah.

Lontaran idea yang seterusnya, termasuklah melalui peranan pihak sekolah.


Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Sepanjang bulan
Ogos, semua sekolah di negara ini akan melancarkan Bulan Kemerdekaan secara besar-
besaran. Hal ini disebabkan, generasi muda yang terdiri daripada murid-murid sekolah masih
luntur semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Langkah yang efektif ialah pihak sekolah
akan mengadakan majlis sambutan Bulan Kemerdekaan semasa perhimpunan dan dirasmikan
oleh tetamu jemputan atau pengetua sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga akan
mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena Bulan Kemerdekaan ini seperti Pertandingan
Melukis Tokoh Kemerdekaan, Larian Merdeka dan Pertandingan Drama Sejarah. Impak
yang jelas, murid-murid dapat menyertai aktiviti tersebut dan dapat memupuk semangat
patriotisme dalam diri serta ikatan perpaduan antara murid pelbagai kaum dapat dieratkan.
Peribahasa Melayu ada menyatakan bersatu teguh bercerai roboh. Sekiranya, sambutan
Bulan Kemerdekaan ini tidak diadakan murid-murid tidak akan dapat merasai bahang sambutan
kemerdekaan dan semangat patriotisme sukar dipupuk .Ternyata bahawa, pihak sekolah
boleh memainkan peranan perdana dalam usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda.
Bukan itu sahaja, membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah juga
merupakan satu daripada usaha yang boleh diambil untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan murid di sekolah. Contohnya, tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati
oleh murid-murid ialah Kota A Famosa, Muzium Melaka yang terletak di negeri Melaka bandar
raya bersejarah. Tempat lain ialah Candi Lembah Bujang yang terletak di Kedah dan Kota
Belanda di negeri Perak .Senario ini dikatakan demikian kerana, melalui lawatan ini dapat
menimbulkan dan melahirkan minat murid-murid untuk mengetahui latar belakang dan sejarah
negara berdasarkan tempat bersejarah tersebut.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari
langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah pihak sekolah iaitu Persatuan Sejarah
boleh mengadakan lawatan ke tempat-tempat ini semasa cuti persekolahan dan dijadikan satu
program wajib pada setiap tahun. Kesan yang jelas apabila murid-murid dapat melawat
tempat-tempat bersejarah ini ialah mereka dapat melihat kesan peninggalan penjajah zaman
dahulu dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah tempat tersebut.
Apabila murid-murid mempunyai ilmu mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Janganlah memberi pelbagai alasan kerana hendak seribu daya tidak hendak
seribu dalih. Namun realitinya, ialah murid-murid tidak suka berkunjung ke tempat-tempat
seperti ini kerana pendapat mereka lawatan seperti ini membosankan dan mereka lebih suka
melawat tempat-tempat untuk berhibur. Tuntasnya, dengan melawat tempat-tempat
bersejarah usaha untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid dapat dipupuk.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat patriotisme
ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.
____________________________________________________________________________________I
I:TEMA : JATI DIRI,PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN( KEPENTINGAN)
Generasi muda khususnya remaja yang masih bersekolah merupakan pewaris negara pada masa
akan datang. Namun, belakangan ini semangat patriotisme dalam kalangan murid semakin
luntur.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan semangat patrotisme dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara perlu ada dalam setiap diri
warganegara Malaysia. Masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban
dan Kadazan. Pada masa dahulu, masyarakat Malaysia mempunyai semangat cinta akan
negara berbanding hari ini generasi pada masa sekarang.Era modenisasi ini, isu semangat
patriotisme semakin hangat dibincangkan di media massa dan sering menghiasi lembaran
akhbar arus perdana. Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad melalui akaun Instagram iaitu Chedetofficial menyatakan setiap rakyat
Malaysia berbilang kaum perlulah mempunyai semangat patriotisme kerana semangat
positif ini membawa pelbagai manfaat. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan
semangat patrotisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita?
Sebagai pembuka tirai wacana, kepentingan-kepentingan semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita termasuklah dapat
memupuk semangat perpaduan antara kaum dan bangsa. Sebagai contoh, di negara
tercinta ini terdapat kaum iaitu orang Melayu,Cina, India, Bajau, dan Kadazan di Sabah dan
Sarawak. Hal ini dikatakan demikian kerana, punca utama masyarakat di negara kita tidak
ada semangat perpaduan adalah kerana wujudnya berbagai-bagai fahaman dan persepsi negatif.
Langkah pertama, pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen perpaduan seperti
Kempen Saya Sayang Malaysia , Kempen Negaraku Tercinta dan Kempen Perpaduan
Nasional. Kempen ini perlu diadakan secara berterusan di seluruh negara secara besar-
besaran. Usaha gigih pihak kerajaan ini dapat disamakan dengan peribahasa kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Kesan positifnya, perpaduan dan semangat
bersatu padu dalam kalangan rakyat akan dapat disemai. Benarlah peribahasa menyatakan
bersatu teguh, bercerai roboh. Cuba kita bayangkan, sekiranya kempen murni ini tidak
dilaksanakan terdapat sebahagian rakyat yang tidak mendapat maklumat berkaitan perpaduan.
Jelaslah, dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan bangsa merupakan
satu daripada kebaikan agar negara aman dan harmoni.
Lontaran idea yang seterusnya, maslahat lain semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum termasuklah masyarakat dapat mengetahui
sejarah perjuangan para pejuang negara. Misalnya, para pejuang negara seperti Mat Kilau,
Tok Janggut, Rentap, Datuk Bahaman dan Rosli Dhoby. Contoh yang lain, masyarakat juga
perlu mengenali tokoh-tokoh negara seperti Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman, dan
para pemimpin negara. Hal ini disebabkan, rakyat perlu mengetahui kisah perjuangan hebat
para pejuang negara zaman dahulu yang sanggup mempertahankan negara hingga ke titisan
darah yang terakhir. Langkah yang efektif ialah ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri
pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa
zaman penjajahan di negara kita. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan pameran tokoh
pejuang ini di peringkat negara. Impak yang jelas, rakyat berbilang kaum dapat
menghayati betapa tingginya jasa askar Melayu seperti Leftenan Adnan yang sanggup tidak
menyerah kalah kepada pihak musuh. Biar putih tulang jangan putih mata. Realitinya,
generasi kini lebih mengenali artis-artis popular berbanding tokoh pejuang negara. Ternyata,
masyarakat dapat mengetahui sejarah perjuangan para pejuang negara merupakan
kepentingan semangat patriotisme dipupuk dalam jiwa rakyat.

Bukan itu sahaja, dapat membentuk masyarakat yang berdaya saing juga
merupakan manfaat semangat cinta akan tanah air. Contohnya, negara-negara maju
seperti Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis rakyatnya mempunyai semangat patriotisme
yang tinggi. Senario ini dikatakan demikian kerana, rakyat negara tersebut amat kagum
akan bahasa kebangsaan mereka dan tidak menggunakan bahasa lain. Jenama tempatan
seperti Honda dan Volvo terkenal seantero dunia.Perjalanan beribu-ribu batu bermula dari
langkah yang pertama . Langkah pragmatik ialah semangat patriotisme ini perlulah dipupuk
sejak kecil lagi oleh ibu bapa. Pihak sekolah dan media massa juga perlu memainkan peranan
untuk menyemarakkan semangat patriotisme melalui pelbagai program. Kesan yang jelas
suatu hari nanti Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang digunakan oleh semua pihak dan
jenama tempatan seperti Petronas akan dikenali ramai. Janganlah memberi pelbagai alasan
kerana hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Namun realitinya, terdapat juga
warganegara Malaysia yang malu menggunakan bahasa kebangsaan dan membeli produk
buatan Malaysia kerana dianggap tidak berkualiti. Tuntasnya, manfaat semangat patriotisme
dibentuk dalam rakyat kita adalah dapat membentuk masyarakat yang berdaya saing.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas dan diskusi yang bertajuk semangat patriotisme
ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan
bahawa terdapat pelbagai wadah dan faedah berkaitan tajuk ini. Situasi ini dapat memandu
manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan matlamat ini. Cadangan dan seruan terus dilaungkan agar
semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing. Kesimpulannya, bersama-samalah
kita sehilir semudik demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai