Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI EDUCATION AND SOSIAL SCIENCES ( EASS )

SEMESTER MEI 2017 TAHUN

OUMH 1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI : 851103085090001

NO. KAD PENGNEALAN : 851103085090

NO. TELEFON : 0149260907

E-MEL : zoe0418_py@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia


Pusat Pembelajaran Lim Bo Seng,
Ipoh,Perak.
1.0 Pengenalan

Gaya hidup yang sihat merupakan satu habit yang diamalkan oleh seseorang untuk menghasilkan
badan yang cergas dan juga minda yang cerdas. Seseorang dapat mengamalkan gaya hidup yang
sihat melalui pelbagai aspek. Salah satu aspek ialah melakukan senamam selama 30 minit setiap
sesi dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu secara berterusan.

Di samping itu, habit pemakanan yang seimbang juga salah satu faktor yang penting untuk
menghasilkan tubuh badan yang sihat. Mengamalkan gaya hidup yang sihat merupakan satu gaya
hidup yang penting dan harus dipupuk di kalangan orang ramai. Namun, masyarakat kini
mengalami pelbagai cabaran semasa ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, kita
ingin mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh orang ramai dan cadangan untuk
menghdapinya.

2.0 Cabaran dan cara mengatasi

2.1 Cabaran pertama dan cara mengatasi

Cabaran pertama yang dialami oleh kalangan ramai ialah mengamalkan diet pemakanan yang
seimbang. Pada zaman kini, kebanyakan ibu bapa dalam keluarga mempunyai kerjaya masing-
masing. Ini menyebabkan ramai orang akan memilih untuk makan makanan di luar kerana tidak
ingin membazir masa untuk memasak di rumah. Tetapi kebanyakan makanan di luar seperti
makanan segera adalah makanan yang tinggi dalam kandungan garam, gula dan sebagainya. Di
samping itu, mereka juga akan menggunakan bahan-bahan yang telah diproses dalam hidangan.
Sekiranya selalu mengambil makanan ini, mereka tidak dapat mendapat pemakanan yang
seimbang. Ini akan menyebabkan ramai orang mendapat pelbagai penyakit, seperti obesiti,
kencing manis dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini, kita haruslah mengubah sifat pemakanan. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh bergilir-gilir mengediakan makanan harian untuk keluarga. Kini, terdapat pelbagai
cara dapat menyediakan hidangan yang seimbang dengan mudah dan cepat. Mereka boleh
menbuat kaji selidik dengan melayari laman web yang berkaitan untuk belajar cara memasak
yang cepat dan sihat. Sebenarnya, menyediakan hidangan yang seimbang tidak mengambil masa
yang banyak. Oleh itu, orang ramai haruslah mengambil inisiatif untuk mengamalkan habit
pemakanan yang seimbang untuk kebaikan diri sendiri.

2.2 Cabaran kedua dan cara mengatasi

Kesihatan Malaysia pula telah menerangkan bahawa kecergasan bermaksud ‘berada dalam
keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan
efisien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah, di
samping masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.’
Malah, membuat senaman yang konsisten merupakan satu cabaran yang besar bagi masyarakat
kini. Dalam generasi teknologi kini, kebanyakan aktiviti yang memerlukan tenaga telah diganti
oleh teknologi. Sebagai contoh, dulu kita perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain, tetapi kini kita boleh mencapai matlamat yang sama dengan memandu. Ini akan
mengurangkan aktiviti fizikal seseorong. Dunia digital kini juga menyebabkan ramai orang ingin
menghabiskan masa dalam permainan atas talian bukannya dalam bersenam. Pelajaran dan
pekerjaan yang berat juga menghabiskan kebanyakan masa masyarakat kini. Ini menyebabkan
ramai orang hanya ingin berehat di rumah selepas sekolah dan selepas kerja.

Namun, kita masih boleh mengatasi masalah ini dari perkara yang kecil dalam hidupan harian.
Contohnya, kita boleh memilih untuk menggunakan tangga bukannya lif semasa ingin naik
tingkat yang rendah. Selain itu, kita boleh mengajak kawan atau ahli keluarga bersenam
bersama-sama. Cara ini bukan sahaja dapat memupuk gaya hidup yang sihat juga dapat
mengeratkan hubungan keluarga atau kawan-kawan. Kesimpulannya, senaman boleh menjauhi
seseorang daripada penyakit dan habit ini dapat dipupuk dalan hidupan harian seseorang.

2.3 Cabaran ketiga dan cara mengatasi

Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kini untuk mengamalkan gaya hidup yang
sihat adalah rutin harian yang konsisten. Rutin yang konsisten bermaksud mempunyai waktu
kerja dan waktu rehat yang tetap dan mencukupi. Waktu rehat bermaksud suatu tempoh
seseorang berhenti melakukan sesuatu aktiviti termasuk fizikal dan mental. Tetapi, masyarakat
masa kini terutama yang berada di bandar menghadapi tekanan yang tinggi dalam pelajaran atau
pekerjaan mereka. Ini menyebabkan mental mereka sentiasa berada di keadaan yang tegang.
Tambahan pula, sebahagian orang perlu melalukan kerja lebih masa sentiasa. Ini akan
menyebabkan mereka tidak mendapat masa rehat yang mencukupi. Ini akan menyebabkan
pelbagai kesan yang buruk kepada kesihatan kita. Malah, kita boleh menghadapi cabaran ini
dengan membuat satu jadual harian untuk spesifikasi setiap aktiviti harian kita.
Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan konsistensi rutin harian kita. Selain itu, kita juga perlu
mencari cara untuk melepaskan tekanan. Contohnya, kita boleh meluangkan sedikit masa untuk
berenang atau menonton filem yang gembira. Hidup kita akan menjadi lebih sihat sekiranya kita
dapat mengamalkan rutin harian yang betul dan konsisten.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, gaya hidup individu yang cergas dan sihat merupakan asas untuk memastikan
negara kekal maju dan membangunkan. Biasanya apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup
kita akan berubah dan pemakanan juga berubah sehingga kita melupakan kepentingan menjaga
kesihatan diri. Justeru, tidak hairan ramai individu masa kini berisiko menghidap pelbagai jenis
penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan buah pinggang.

Hipertensi adalah satu penyakit berbahaya kerana ia membebankan jantung dan ini menyebabkan
arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung
dan strok. Oleh itu, kita patutlah mengamalkan gaya hidup yang sihat mula dari hari ini,
bukannya sehingga kita menghadapi masalah kesihatan baru kita sedar bahawa kepentingan gaya
hidup yang sihat.
APENDIKS

4.0 Rujukan / REFERENSI

Gantit ( 2014 ) menyatakan Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan
dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas.Senarai Rujukan
Gantit . (2014, June 02). Gaya Hidup Sihat. Tajuk blog My Note Blog. Dicapai dari
http://kiliknote.blogspot.my/2014/06/gaya-hidup-sihat.html

Aris Fazil, Borhan, Abd. Halim (2003), telah mentakrifkan; ‘kecergasan secara amnya, sebagai
kemampuan untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.’.Senarai Rujukan: Gantit . (2014, June 07). Gaya Hidup Sihat. Tajuk
blog My Note Blog. Dicapai dari http://kiliknote.blogspot.my/2014/06/gaya-hidup-sihat.html

Dr Mohd Ismail Tambi menyatakan; ‘kecergasan secara amnya, sebagai kemampuan untuk
menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial.’.Senarai Rujukan: Dr Mohd Ismail Tambi (2012, Oktober 05). CABARAN
GAYA HIDUP YANG SIHAT. Dicapai dari
https://veteranmayc.wordpress.com/2012/10/05/cabaran-gaya-hidup-yang-sihat/

Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), pula menerangkan kecergasan bermaksud ‘berada


dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian
dengan efisien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah,
di samping masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan
kecemasan.’Senarai RujukanGantit . (2014, June 02). Gaya Hidup Sihat. Tajuk blog My Note
Blog. Dicapai dari http://kiliknote.blogspot.my/2014/06/gaya-hidup-sihat.html

Anda mungkin juga menyukai