Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Hubungan Pemuafakatan Sekolah dengan Komuniti Pengenalan Pendidikan murid adalah tanggung-jawab bersama pihak sekolah dengan

komuniti. Kerjasama melalui hubungan pemuafakatan antara kedua pihak telah dapat meningkatkan kecemerlangan sesebuah organisasi. Hubungan pemuafakatan bermaksud menyatukan segala sumber yang terdapat di sekolah dan komuniti untuk memenuhi keperluan dan kebajikan murid di sekolah. Manakala komuniti pula bermaksud masyarakat di sekitar sekolah samada terlibat secara langsung atau tidak dengan pendidikan murid. Prinsip asas menjalin hubungan menggunakan pendekatan: Smart partnership = Perkongsian pintar Collaboration = Permuafakatan Win-win situation = Sama-sama untung Cooperation = Kerjasama

Parent Involvement The participation of significant caretakers in the educational process of their children in order to promote academic and social well-being (Wolfendale, 1983). A school-initiated and directed engagement of the parent that, under optimal conditions, evolves into a home-school partnership working towards a mutually agreed upon goal with shared responsibilities that results in positive student/child outcomes (Christenson, 1995). The active engagement in home, school, and community activities initiated and maintained by the parent that supports the healthy development of their child(ren) (Epstein, 1986, 1995). Epstein Model Parenting parents provide for basic needs: food, shelter, emotional support Communicating methods that help parents and schools stay in contact Learning at Home - home practices in which parents interact, monitor, or assist children in educationally related activities Volunteering and/or Attending - parents coming into the school setting to either help or support Decision Making - parents participating in parent-teacher organizations and school advisory or governance Community Connections - parents collaborating with community and other agencies to facilitate students education PIBG sebagai jentera hubungan pemuafakatan Rujuk P.U(A) 118 Peraturan-Peraturan Pendidikan (PIBG) Rujuk Pekeliling Yang berkaitan PIBG adalah rakan kongsi pendidikan Wakil guru dalam AJK PIBG adalah mewakili hasrat dan citarasa sekolah Pengetua/GB adalah ex-officio sahaja

Strategi mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti 1. Melayan setiap orang dengan hormat dan digniti 2. Sentiasa cuba mendengar pandangan orang lain; jangan menyindir 3. Cuba lihat ciri-ciri yang baik pada orang lain 4. Jadi seorang pendengar yang baik; jangan ganggu percakapan orang 5. Sedia menerima teguran yang membina 6. Sedia berkongsi idea, kemahiran, pengalaman dan maklumat yang diperlukan 7. Perkatakan seseorang secara positif 8. Setia kepada orang lain 9. Jangan pilih bulu, beri layanan yang sama kepada semua orang 10. Pimpin orang lain untuk perkembangan dan pembangunan mereka 11. Beri penghargaan secara jujur 12. Tegur kesilapan orang lain secara tidak langsung 13. Beri tumpuan kepada perhubungan bukan sahsiah orang 14. Lupakan perkara yang remeh-temeh 15. Mulakan dengan memberi penghargaan sekiranya terdapat kesilapan 16. Wujudkan suasana tolah ansur 17. Jangan bertelingkah; Tiada sesiapa yang akan menang dalam pertengkaran 18. Senyum adalah sedekah (pada yang sesuai) 19. Sedia mengaku kesilapan 20. Jangan cepat marah dan hilang sabar Characteristic of Efective Parent Involvement Empowers parents as advocates and active participants in the education process. Fosters teacher-parent collaborative relationships with a common goal of student success. Provides additional support for teachers and students in the classroom. Facilitates positive parent-child relationships implicitly related to educational success

Perkongsian Pintar Komuniti: Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti: Mencapai matlamat atau objektif yang sama Perlu ada hubungan yang mantap dan akrab Gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). Kesimpulan Perkongsian pintar antara sekolah dengan komuniti, khasnya PIBG dan ibubapa sangat penting untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan murid di sekolah dan di rumah. Ibubapa adalah orang yang paling rapat dengan murid seharusnya berhubung secara

langsung dengan guru dan pengurusan sekolah. Pihak komuniti di sekitar sekolah juga hendaklah membantu pihak sekolah dalam penyediaan prasarana dan kemudahan pembelajaran murid dengan lebih berkesan. Rujukan

1. Abd Ghani Abdullah,(2009).Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publication Sdn. Bhd. 2. Finn, J.L & Jacobson, M (2003). Just Practice: A SocialJustice Approach to Social Work.Peosta, LA: Eddie Bowers. 3. Fisher, R & Karger, H.J (1997). Social Work and Community in a Private World: Getting out in a public. New York: Longman 4. Ibrahim Mamat, (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 5. Marie Weil, (2005). The Handbook of Community Practice. California: Sage Publishing Inc.

Anda mungkin juga menyukai