Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikkan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negarauntuk memperoleh status sebagai sebuah Negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi , social dan kerohanian, moral dan etika kea rah membentuk satu masyarakat yang berpadu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk system pendidikan bermutu dan bertarf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia (Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Justeru , salah satu cabaran utama yang dihadapi Negara kita adalah untuk meningkatkan kauliti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam proses ini, guru bukan sahaja berpengetahuan dari inovatif tetapi perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggugjawab mereka. Status profession perlu dinaiktaraf demi menjadikan pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah lebih menarik berbanding profesion lain. Laluan kea rah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran cabaran pendidikan. Terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan (Sufean, 2004:212). Isu isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistemtik untuk ditangani. Oleh itu, guru harus berfikiran global dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entity dunia yang berlaku begitu pantasdengan pelbagai isu yang ditangani secara lebih bijak dan penuh perhatian.

Anda mungkin juga menyukai