Anda di halaman 1dari 6

TANAH AIR (Menjelang Kemerdekaan) – Usman Awang

Engkau Tanah Air


pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni


dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa


segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Dato’ Usman Awang (Tongkat Warrant)


Negaraku Merdeka

Negaraku tetap merdeka


Walau dalam genggam bara
Walau dalam tangis duka
Walau dalam cemas bencana

Negaraku tetap merdeka


Walau ada yang cuba menderhaka
Walau ada yang cuba mengkhianati negara
Walau ada sekongkol musuh durjana

Negaraku tetap merdeka


Walau bila zamannya
Walau bagaimana pemimpinnya
Walau di mana duduk rakyatnya

Negaraku tetap merdeka


Kerana ada anak Malaysia
Berbangga dengan negaranya
Berjuang hingga ke akhir nafasnya

Salam Kemerdekaan
Dr Zambry A. Kadir
30 Ogos 2014
MALAYSIA TERCINTA.

Malaysiaku,

Disinilah tempat aku dilahirkan,

Disinilah juga aku dibesarkan,

Aku akan berusaha bersungguh-sungguh,

Demi negara dan bangsa tercinta.

Malaysiaku,

Demimu kusanggup berkorban,

Walaupun nyawa dan harta sekalipun,

Demimu juga akan ku pertahankan,

Dari segala ancaman mendatang.

Malaysiaku,

Akan ku usaha dengan gigih,

Untuk menaikkan namamu,

Akan ku hiasi dengan segala keindahan,

Agar namamu harum di persada dunia.

Malaysiaku,

Akan ku teruskan usaha murniku,

Demi mendidik anak-anak watan,

Supaya lahir generasi gemilang,

Untuk meggalas impian dan harapan.


MALAYSIA TANAH AIRKU.

Malaysia tanah airku,

Teguhmu seteguh Kinabalu,

Gagahmu segagah Mahameru,

Namamu sentiasa dikalbu.

Tanpa segan dan tanpa silu,

Aku adalah wargamu,

Menjunjung budaya ilmu,

Menjadi pewaris bangsaku.

Malaysia tanah airku,

Aman sentiasa lagi bahagia,

Dibawah payung Paduka Raja,

Rakyat hidup berbilang bangsa,

Namun perpaduan utuh terpelihara.

Malaysia tanah airku,

Usah pedulikan mereka yang dengki,

Megahlah berdiri dibumi ini,

Bersopan santun dan berhemah tinggi,

Amalan bangsa terus dihayati.

Anda mungkin juga menyukai