Anda di halaman 1dari 2

SAJAK: SUMPAH ANAK MERDEKA SAJAK: NEGERI BERTUAH INI

Aku anak merdeka Negeri bertuah ini


Bangkit dari persada luka Tanah air tercinta
Berdiri megah di pentas wira Di sini kita dilahirkan
Inginku tebus maruah bangsa Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa Negeri bertuah ini
Berpaksi gagah di panggung perkasa Pernah terjajah dan dijajah
Ingin ku bela nasib bangsa Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Aku anak merdeka Darah tumpah merata.
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara Negeri bertuah ini
Yang tegar membuat angkara Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Aku anak merdeka Di mana bumi dipijak
Di hati semangat waja Di situ jejak bertapak
Di dada penuh satria Di mana tempat bernaung
Ini Tuah akan membela Di situ taat dijunjung
Untuk kubalut luka lama Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini


Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.
PANTUN: PANTUN:

Bendera berkibar di rumah Pak Agos Anak Tuka dibakar dimakan,


Di halaman rumah pasang pelita Hilangkan penat duduk berehat;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Salam pembuka saya hulurkan,
Tarikh kemerdekaan negara kita. Untuk peminat pantun nasihat.

Setiap tahun menyambut merdeka Masak bihun dengan paprika,


Jalur gemilang berkibar megah Makan pengat dibulan puasa;
Sejarah negara jangan dilupa 51 tahun kita merdeka,
Hasil keringat pejuang bangsa.
beratus tahun kita dijajah.
Manis rasa sikuih putu,
Kaum melayu, Cina dan India
Kuih bingka harum aroma;
Hidup sejahtera bersatu padu Berbilang bangsa hidup bersatu,
Jasa pemimpin jangan dilupa Nikmat merdeka dikecapi bersama.
rakyat terbilang negara maju.
Gugur melata kuntum cempaka,
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat Berarak awan bayu menyapa;
Bersama kita menyambut merdeka Walaupun kita anak merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat Jasa pahlawan usah dilupa.
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
Tabur baja dipohon nangka,
Cuaca malap merangkak sepi;
Sekian sahaja pantun merdeka,
Salah silap harap maafi.

Anda mungkin juga menyukai