Anda di halaman 1dari 3

NEGERI BERTUAH INI Negeri bertuah ini Tanah air tercinta Di sini kita dilahirkan Di sini kita dibesarkan

Di sini taat setia dicurahkan. Negeri bertuah ini Warisan nenek moyang Kaya dengan budaya Kaya dengan adat dan suku Air setitik menjadi tasik Tanah sekepal menjadi gunung Rakyat dididik hidup muafakat Bijak dijadikan panglima Alim dijadikan imam. Negeri bertuah ini Pernah terjajah dan dijajah Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta Rakyat bangun menentang Darah tumpah merata. Negeri bertuah ini Sudah merdeka Yang gagah tidak lagi mengunus senjata Yang berani tidak lagi bermaharajalela Rakyat bangun berjuang Melawan kemiskinan Membasmi kejahilan. Negeri bertuah ini Rakyat belajar berdikari Hutan diteroka menjadi ladang Desa dibangunkan Bandar dimodenkan Rakyat bersama mengecap pembangunan Negeri bertuah ini Tanah air tercinta Pesan nenek moyang

Di Di Di Di Di Di

mana bumi dipijak situ jejak bertapak mana tempat bernaung situ taat dijunjung mana darah tumpah situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini Negeri kita Mari kita bangunkan Mari kita makmurkan Mari kita pertahankan. A. Latip Talib Negeri Sembilan.

SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Serunai Faqir Wangsa Maju

Pejuang Negara.. 9 Februari 2013,Tanah kami kau langgar, Dengan senjata, maruah kami kau cabar, Dalam rundingan, kami bersabar, Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar, Kau degil, terus mencakar, Perdamaian sudah semakin samar 1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar, Darah saudara kami kau lapar, Batang tubuhnya kau kelar, Dibawa pulang keranda digandar, Menangis si kecil, diminta bersabar, Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar Satu Malaysia Mula Tersedar, Kau bukannya saudara, malah musuh tegar, Dari Padang Besar ke Daerah Papar, Semboyan Keramat memanggil Pendekar Kami sudah hilang sabar, Pendekar melangkah tangan menggegar, Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar, Tidak bersisa kami langgar, Berlembut kami kau salah anggar, Ini bumi, tanah Pendekar Rejimen Gerak Khas, Kuala Lumpur 5 Mac 2013

Anda mungkin juga menyukai