Anda di halaman 1dari 3

BANGUNLAH BANGKITLAH

PENULIS SAJAK: ABD. AZIZ BIN ABD. RAHMAN

Mengatur kata

pada menyatakan rasa jelik dan jijik

pada musuh durjana

perosak bangsa.

Sengsara, derita, dan parah

di mana akhirnya

kita terjajah

musnah segala.

Ayuh mari kita perkasakan menara bangsa,

hiaskan ia dengan indah sejuta warna,

sirami ia dengan wangi sejuta bunga,

terangi ia dengan simbahan sejuta cahaya.

dan kita wajib menghadapi diri yang masih muda,

usah terumpan oleh rona curang gejala,

usah tergoda oleh racun asing budaya.


Bangkitlah dari khayal yg melalaikan

pada najis dadah, musuh durjana

perkasa kita perangi ia,

seluruh jiwa raga.

Medan kita telah tersedia

mengapa pula sawah kita menjadi musafir bermusim

kadangkala, cemburu pada gelap malam

yang enggan mengizinkan akarnya menguning budi

Ayuh...ayuh...ayuh..

bangkitlah..bangkitlah bangsaku

bangkitlah abang-abang ku

bangkitlah kakakku

bangkitlah

jika kita lena diulit sejuta angan,

bangunlah,bangun

bangun dengan tertib

bangun dengan sopan

kerana masa tidak menanti kita


jika kita memang telah bangun

ingatlah, ingat pesan guru

ingat pesan ibu bapa,

ingat pesan pemimpin

kerana mereka umi amri kita

jika kita memang telah ingat

maralah, mara dengan takwa

mara dengan tabah

Anda mungkin juga menyukai