Anda di halaman 1dari 10

BENDERA TKRS

Warna hijau melambangkan :


a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL"


a. ILMU: Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS b. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin

PERISAI melambangkan benteng pertahankan diri daripada gejala yang tidak sihat.
BULAN DAN BINTANG melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

DUA TANGKAI PADI BERSILANG

melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

BUKU DAN REHAL melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama, dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia

WARNA HIJAU melambangkan alam sekitar yang sihat. WARNA MERAH melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
WARNA KUNING melambangkan warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan Negara Malaysia. WARNA PUTIH melambangkan keikhlasan dan kesucian.

LAGU TKRS

Kadet Remaja Sekolah , Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kreatif, Ke arah kecemerlangan diri, Sepanjang masa yang berterusan

Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Anda mungkin juga menyukai