Anda di halaman 1dari 36

BAB 3

SIFAT-SIFAT PERIBADI
PEMIMPIN

PENGENALAN
pemimpin haruslah memiliki keupayaan,
kemampuan dan kemahiran yang baik
dalam menggalas cabaran tersebut.
wujud persoalan are leaders born or
made?
Kajian Stogdill yang dilakukan hampir 50
tahun mendapati bahawa pemimpin
seharusnya memiliki kepelbagaian ilmu,
kemahiran dan sifat dalam menjadikannya

SIFAT DAN SKIL


ramai sarjana yang berpendapat bahawa
seseorang pemimpin yang baik biasanya
memiliki personaliti positif,
kematangan emosi,
keyakinan diri yang tinggi
serta memiliki tahap tenaga dan pemikiran
yang tinggi

NILAI
Nilai dikaitkan dengan pembentukan sifat
seseorang individu atau pemimpin.
Nilai merupakan tingkah laku dalaman yang
menggariskan perbezaan antara baik dan
buruk, betul atau salah, etika serta moral
sesuatu tindakan.
Nilai ini sangat penting kepada seseorang
pemimpin kerana sebarang keputusan,
pandangan serta hala tuju organisasi banyak
bergantung kepada nilai yang dipegang oleh
pemimpin terbabit.

SKIL @ KEMAHIRAN
kemampuan melaksanakan sesuatu dgn lebih
efektif.
Skil juga terbentuk melalui proses
pembelajaran dan ada juga yang berlaku
secara turun-temurun.
Skil boleh dikategorikan dalam bentuk umum
(seperti pintar, bijak, kemahiran
interpersonal), dalam bentuk yang lebih
memfokus seperti kemampuan untuk
mempengaruhi dan meyakinkan pihak lain.
Menurut Yukl (1994) skil dapat dibahagikan
kepada tiga komponen utama iaitu teknikal,
interpersonal dan juga konseptual.

TIGA KOMPONEN UTAMA SKIL

KAJIAN AWAL MENGENAI SIFAT DAN


SKIL
PEMIMPIN
Kemampuan dari sudut kepintaran,
kepekaan terhadap keperluan pihak lain,
pemahaman tugas, inisiatif dan kreativiti
ketika berhadapan dengan masalah,
memiliki keyakinan diri yang tinggi serta
kemampuan untuk menerima sebarang
kritikan dan komen daripada pihak lain.

HUBUNGAN ANTARA SIFAT DAN


KECEKAPAN PENGURUSAN
Menurut Urwick (1962), terdapat beberapa ciri atau sifat yang
mampu melahirkan kecekapan dalam pengurusan. Antara ciriciri tersebut ialah seperti berikut:
1)Kekuatan Fizikal dan Tahap Kematangan Terhadap
Tekanan
2)Keyakinan Diri
3)Kematangan dan Kestabilan Emosi
4)Integriti
5)Berorientasikan Pencapaian

KEKUATAN FIZIKAL DAN TAHAP KEMATANGAN


TERHADAP TEKANAN
Tenaga, kekuatan fizikal, stamina dan tahap kesabaran
terhadap tekanan sangat berkait rapat dengan
kecekapan dalam pengurusan organisasi (Urwick,
1962). Ini penting kerana ciri-ciri tersebut akan banyak
membantu dalam menguruskan segala keperluan bagi
melahirkan pengurusan yang cekap walaupun bekerja
di bawah tekanan.
Malah, dengan adanya kekuatan fizikal khasnya dari
sudut mental akan banyak membantu seseorang
pemimpin khasnya ketika berurusan dengan pihak
atasan yang panas baran, pihak pekerja yang
bermasalah serta ketika berhadapan dengan masalah
kurangnya komitmen daripada rakan sejawatan.

KEYAKINAN DIRI
Menurut Razali (1990), keyakinan diri ialah perbezaan antara
pemimpin
yang cekap dan juga sebaliknya. Malah, sebagai tambahan beliau turut
percaya bahawa keyakinan diri merupakan salah satu ciri penting yang
perlu ada pada seseorang pemimpin yang berkarisma. Sikap ini perlu
bagi
memastikan segala tindakan dan keputusan yang telah dibuat akan
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak subordinat khasnya
dalam merealisasikan matlamat dan objektif organisasi. Oleh yang
demikian, latihan yang berterusan amatlah diperlukan bagi membentuk
jati diri dan tahap keyakinan dalam kalangan pengurus.

KEMATANGAN DAN KESTABILAN


EMOSI
Pemimpin yang memiliki kematangan dan kestabilan emosi akanbertindak
dengan lebih bijak dalam melaksanakan tugas yang diberikan khasnya dalam
pembuatan keputusan. Malah yang lebih penting lagi ialah pemimpin yang
memiliki sikap-sikap ini akan lebih mengenali kekuatan dan juga kelemahan
diri masing-masing serta akan sentiasa bertindak untuk lebih maju lagi dalam
kerjaya dan pembangunan organisasi.
Antara sifat-sifat positif yang ada pada pemimpin-pemimpin ini ialah seperti
sikap ambil berat terhadap orang lain, mudah mengawal diri dan emosi serta
mudah menerima kritikan dan komen pihak lain.
Murphy dan Riggio (2003) yang mendapati bahawa pengurus yang
mempunyai kematangan emosi akan mudah untuk mengenali kelemahan dan
kekuatan diri. Biasanya pengurus kategori ini akan lebih bersifat self
improvement serta bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan komen
daripada orang di sekelilingnya.
Ini berbeza dengan golongan pengurus yang bersikap sebaliknya.Pengurus
kategori ini lebih dikenali sebagai golongan yang bersifat ego atau
narcissism. Sifat-sifat pemimpin ini termasuklah pemimpin yang memiliki
sikap mudah merasa bangga dengan tugas yang dilakukan, mementingkan
status, sentiasa menarik perhatian dan juga bermukamuka dalam
melaksanakan tugas.

INTEGRITI @ AMANAH
Integriti merujuk kepada tingkah laku positif yang merujuk
kepada sifatsifat seperti jujur, dipercayai, beretika dan juga
amanah. Integriti memainkan peranan penting dalam membawa
dan menonjolkan personaliti seseorang.
Asasnya, integriti merupakan asas kepada kepercayaan
seseorang. Pihak subordinat akan lebih mudah mempercayai
pihak atasannya jika mempunyai integriti dan berkaliber.
Malah, organisasi juga akan lebih mudah berkembang maju jika
memiliki pengurus dan pekerja yang memiliki integriti yang baik.

BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN
Sifat ini lebih melihat kepada nilai keperluan untuk prestasi
terbaik,keinginan yang kuat ke arah kejayaan, kemampuan untuk
bersaing,bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat
serta mengambil berat terhadap tugas yang diamanahkan. Kajian
yang dilakukan mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif
antara sikap terhadap pencapaian dan kecekapan pengurusan
(Sadler, 1995).
Menurut Razali (1990), seseorang pemimpin haruslah mempunyai
matlamat yang jelas dalam merencanakan hala tuju organisasinya.
Namun, ia perlu dibuat dengan berhati-hati kerana penetapan
matlamat hanya akan berkesan jika dilakukan dengan situasi
menang-menang kepada semua pihak. Ini bermakna dalam penetapan
matlamat, pengurus tidak harus meletakkannya terlalu tinggi dan
tidak pula mensasarkannya pada tahap yang terlalu rendah.

GAYA KEPIMPINAN YANG


BERKESAN
Menurut Dr. Mohammad Shatar Sabran ketika membentangkan
kertas kerjanya di Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam pada
12-13 Disember 2006, beliau telah menggariskan tentang tujuh
gaya kepimpinan yang biasa diamalkan oleh seorang pengurus.
Sebagai tambahan, Sadler (2003) telah menyenaraikan satu lagi
gaya kepimpinan yang biasanya menjadi amalan pengurus yang
dikenali sebagai autoritarian leader.
Antara LAPAN (8) gaya kepimpinan tersebut ialah:
(i) Charismatic leader
(ii) Situational leader
(iii) Transactional leader
(iv) Participative leader
(v) Transformation leader
(vi) The quiet leader
(vii) Servant leader
(viii) Autoritarion leader

CHARISMATIC LEADER
Malah karisma juga boleh disamakan dengan kuasa
yang dimiliki oleh seseorang pengurus tetapi tidak
mampu untuk dihuraikan melalui logik. Ini boleh
diertikan sebagai aura seseorang.
Menurut Ivancevich dan Matteson (2002), terdapat dua
jenis pemimpin yang berkarisma. Dua ciri tersebut
dapatlah dibahagikan kepada Visionary leadership dan
juga Crisis-based leadership.

A- VISIONARY
LEADERSHIP
Pemimpin jenis ini akan sentiasa berkongsi misi dan
visi untuk pembangunan organisasi
Sebagai contoh ialah Microsoft Corp. Sebagai CEO, Bill
Gates telah
mengambil peluang atas peningkatan pasaran
komputer dan software
dengan mengembangkan perniagaannya ke serata
dunia.

B- CRISIS-BASED
LEADERSHIP
Sifat kepimpinan seseorang akan terserlah apabila
berlakunya krisis dalam sesebuah organisasi

Semasa berlakunya krisis, subordinat akan


memberikan
segala
kepercayaan
kepada
pemimpin
untuk
membuat
tindakan
dan
keputusan tanpa sebarang bantahan. Di sini,
penyelesaian
masalah
menjadi
keutamaan
berbanding persoalan kenapa masalah tersebut
berlaku. Oleh itu, tidak mustahil akan berlaku kes
apabila keputusan yang diambil tidaklah bersifat
popular atau menyenangkan semua pihak.

Conger dan Kanungo (1988) pula percaya bahawa karisma


digambarkan
sebagai seorang individu yang memiliki tingkah laku positif
seperti
kemampuan untuk merealisasikan visi, boleh
mempengaruhi pihak lain,
memberi perangsang kepada pengikut dan memiliki
kemahiran
komunikasi yang sangat baik. Ini dapat digambarkan
melalui Jadual 3.2.

SITUATIONAL LEADER
Menurut Jinkins (1998) kepimpinan ini biasanya akan
mendedahkan pemimpin kepada dua pilihan stail
kepimpinan iaitu directive behavior dan supportive
behavior
Dalam directive behavior, para pengurus bergantung
kepada sejauh mana rapatnya hubungan dengan
subordinat serta kawalan terhadap mutu pekerja.
Manakala dalam supportive behavior, pemimpin lebih
cenderung kepada rasa hormat, komunikasi dua hala dan
membantu dalam memudahkan kerja pekerja di bawah
seliaannya

Blanchard percaya bahawa kombinasi kepada keduadua stail kepimpinan tersebut akan menjurus kepada
stail kepimpinan yang lebih memfokus iaitu directing
style, coaching style, supporting style dan delegating
style

TRANSACTIONAL
LEADER
Pendekatan punishment dan reward akan digunakan dalam
gaya kepimpinan ini.
Pemimpin akan memberikan semua maklumat lengkap
mengenai tugas dan kerja yang sepatutnya dilakukan.
Sebagai tambahan, terdapat juga pemimpin yang suka turut
serta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada
pihak bawahan.
Ini dilakukan bagi memastikan subordinat menjalankan kerja
yang betul dan efisien.

PARTICIPATIVE
LEADER

Gaya pemimpin ini lebih kepada pendekatan hendak


mendidik dan mengajar pihak pekerjanya. Pemimpin akan
sentiasa memberi peluang dan ruang kepada subordinat
untuk
memberikan
pendapat
dan
idea
dalam
pembangunan kerjaya mereka.
Proses pembelajaran ini akan memberikan ruang kepada
pekerja untuk memperbaiki segala kesalahan dan
kesilapan yang pernah dilakukan bagi memastikan mereka
lebih mahir dan efektif pada masa hadapan. Pendekatan
komunikasi dari bawah ke atas akan menjadi panduan
apabila pendapat dan idea pihak pekerja dijadikan asas
kepada sebarang keputusan yang bakal diambil.
Ringkasnya, setiap ahli organisasi sama ada pihak
pengurusan atasan atau bawahan akan dianggap sebagai
asset terpenting dalam organisasi.

TRANSFORMATION
LEADER
Berwawasan dan berpandangan jauh menjadi teras
kepada gaya kepimpinan jenis ini.
Ini bermakna pemimpin yang mengamalkan gaya ini
haruslah sentiasa memandang ke hadapan kerana
jatuh bangun syarikat bergantung kepada idea dan
keputusannya.
Kebolehan dalam merangka tindakan jangka
panjang akan menyebabkan pemimpin mudah untuk
meramalkan apa yang berlaku dan seterusnya
mengambil tindakan yang sepatutnya.

THE QUIET LEADER


Gaya kepimpinan ini mementingkan ketegasan dalam
melaksanakan tugas. Ini bermakna pemimpin lebih
menekankan kepada pelaksanaan berbanding arahan. Di
bawah penyeliaan seorang pemimpin yang berkesan,
pekerja bawahan akan bekerja bersungguh-sungguh dan
penuh dedikasi demi mencapai kepentingan organisasi
walaupun kurang menerima arahan.
Pekerja begitu mudah untuk memahami segala arahan
yang diberikan dan mudah untuk melaksanakan tugas yang
diamanahkan.
Pengurus hanya lebih kepada memastikan bahawa setiap
anggota organisasi memahami dengan jelas tugasan yang
telah diberikan dan dengan ini pihak pekerja mudah untuk
memberikan sumbangan dengan lebih berkesan.

SERVANT LEADER
Gaya kepimpinan jenis ini menekankan kepada penglibatan semua
pihak dalam pembangunan organisasi. Ini termasuklah penglibatan
dari segi tenaga dan pemikiran dalam merangka tindakan dan
keputusan buat organisasi. Ini bermakna kepentingan peribadi setiap
anggota organisasi haruslah diketepikan dan meletakkan matlamat
organisasi sebagai keutamaan.
Dengan adanya pendekatan sebegini, setiap ahli dalam organisasi
akan merasai bahawa diri mereka dihargai dan turut merasakan
bahawa mereka ialah sebahagian daripada organisasi. Tindakan ini
bukan sahaja menjadikan sesebuah organisasi itu kuat, tetapi turut
membantu dalam mempertahankannya daripada sebarang masalah
dan krisis.
Menurut Ahmad Sarji (1992), anjakan paradigma dalam sektor awam
telah mendedahkan kerajaan dengan pelbagai cabaran dan juga
tekanan.Ini termasuklah tekanan daripada rakyat sendiri yang sentiasa
mengharapkan perkhidmatan terbaik serta tekanan daripada luar
khasnya globalisasi.

AUTORITARIAN
LEADER

Gaya kepimpinan jenis ini banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin


terdahulu khasnya dalam bidang ketenteraan. Pemimpin mempunyai
kuasa mutlak dan pihak bawahan tidak boleh mempertikaikan sebarang
keputusan yang telah diambil. Pada masa lampau, seseorang pemimpin
yang telah dipilih biasanya akan menggunakan sepenuhnya kuasa dan
autoriti yang dimiliki bagi memperlihatkan kredibilitinya.
Malah, terdapat juga pemimpin yang melihat penguasaan sesuatu
kawasan bagi memperlihatkan kuasa yang dimiliki. Ini dapat dilihat
semasa zaman Revolusi Perindustrian yang memperlihatkan tokohtokoh barat seperti Napolean Bonaparte, Marco Polo dan ramai lagi
berlumba-lumba menjajah sesuatu kawasan.
Ringkasnya, pemimpin yang mengamalkan gaya ini lebih kepada banyak
memberi arahan dan semua keputusan terletak di tangannya sematamata. Semua aktiviti kumpulan serta bagaimana aktiviti itu dijalankan
juga ditentukan oleh pemimpin tersebut.

TRAIT KEPIMPINAN

KEPIMPINAN SEBAGAI
AKTIVITI

Tindakan pemimpin yang banyak berunding dengan pihak dalaman


dan luaran organisasi telah menyebabkan ada sarjana yang
menganggap kepimpinan itu ialah satu aktiviti. Tindakan seperti
perundingan, memotivasikan pekerja, pemantauan dan juga
kawalan telah dianggap sebagai satu aktiviti yang cukup sinonim
dengan kepimpinan.
Menurut Popper (2000), kepimpinan lebih merujuk kepada
individu
yang
sentiasa
memberi
nasihat
dan
mampu
mempengaruhi pihak lain. Kebolehan dan kemahiran seseorang
pemimpin dalam meyakinkan pihak lain telah menyebabkannya
menjadi pakar rujuk dan juga penyelesai masalah.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pemimpin boleh diangkat sebagai
mentor atau idola dalam pembangunan kerjaya seseorang pekerja.

KEPIMPINAN DAN
KUALITI

Di awal kajian mengenai kepimpinan, ramai sarjana yang


berpegang bahawa pemimpin itu dilahirkan. Ini berdasarkan
kepada andaian bahawa bentuk fizikal, kebijaksanaan dan
rupa paras menjadi penentu kepada layak atau tidak
seseorang itu diangkat sebagai pemimpin.
Malah kepercayaan ini masih lagi diamalkan sehingga
Perang Dunia ke-2 iaitupemimpin dinilai berdasarkan kepada
fizikal (tenaga, stamina, penampilan dan juga ketinggian),
personaliti (kesungguhan, keyakinan diri dan kemampuan
diri) serta kemahiran sosial seperti mudah bekerjasama,
memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dan juga
kemampuan mentadbir.

Selain itu, terdapat juga pendapat yang


mengaitkan kualiti kepimpinan berdasarkan
pendekatan situasi atau zaman. Contohnya seperti
zaman kegemilangan Hitler di Jerman pada era
30-an, Churchill di England pada awal 40-an dan
Mao di China yang menonjol bermula tahun 1946.
Negara kita juga tidak terkecuali apabila Perdana
Menteri yang menerajui dikenali dengan gelaran
masing-masing seperti Tunku Abdul Rahman
sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Hussien Onn
sebagai Bapa Perpaduan dan Tun Mahathir
sebagai Bapa Pemodenan. Berdasarkan kepada
situasi yang berlaku seperti inflasi, kegawatan
ekonomi, perang, darurat dan pengangguran telah
memperlihatkan
kualiti
dan
kemahiran
pemimpinpemimpin yang terbabit.

Kualiti pemimpin juga dapat diukur melalui


kebolehan
seseorang
pemimpin
menstrukturkan semula suasana khususnya
ketika berhadapan dengan situasi-situasi
tegang dalam organisasi (Fiedler, 1976).
Apabila subordinat mempunyai masalah,
maka mereka mempunyai tempat rujukan
untuk berunding dan menyelesaikan masalah
tersebut. Begitu juga jika berlaku sebarang
konflik yang melibatkan organisasi serta
subordinat.

KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN


Jatuh bangun sesebuah organisasi banyak bergantung kepada
kecekapan pemimpin yang menerajuinya. Kecekapan ini bolehlah
dinilai melalui kos dan tenaga yang perlu dibelanjakan bagi
mencapai matlamat organisasi.
Namun menurut Murphy dan Riggio (2003), kecekapan sesebuah
organisasi biasanya dilihat melalui tujuh prinsip yang ditekankan
oleh Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).
Abdul Aziz (2000: 74) mengatakan bahawa terdapat empat keadaan
yang perlu ditekankan jika organisasi ingin bergerak lebih maju
selaras dengan perubahan yang berlaku. Antara keadaan tersebut
ialah:
(i) Jangka masa kerja yang lebih panjang.
(ii) Berhadapan dengan ketegangan, konflik dan ketidakpuasan hati.
(iii) Memberi keyakinan kepada pihak lain.
(iv) Berubah dari zon keselesaan (status quo).

RUMUSAN

seorang pemimpin yang efektif, sifat tertentu yang ada pada


pemimpin mestilah sepadan dengan kehendak situasi.

Perkara yang paling penting ialah kebolehan pengurus itu


sendiri dalam mengenal pasti kebolehan dan kelebihan
subordinatnya
sebelum
mengagihkan
satu-satu
tanggungjawab.
Oleh yang demikian, seseorang pemimpin yang efektif dan
mempunyai ilmu pengetahuan dilihat sebagai satu kelebihan
dalam menerajui satu-satu organisasi.
Kesimpulan daripada teori kepimpinan karismatik ini, dapatlah
kita ketahui bahawa ciri-ciri utama pemimpin berkarisma ialah
seperti yakin pada diri sendiri, mempunyai visi, keupayaan
untuk menyampaikan visi tersebut, penegasan terhadap visi
tersebut, gelagat yang luar biasa, dianggap sebagai ejen
perubahan dan sensitif terhadap persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai