Anda di halaman 1dari 24

GMGF 2033

ANALISIS & DASAR FISKAL


BAB 7
PENGKELASAN BELANJAWAN
Objektif Bab 7
Mentakrifkan belanjawan dari pelbagai
perspektif.
Memahami dua peranan utama belanjawan.
Mengetahui secara tersusun pengkelasan hasil
negara.
Mengetahui komponen utama perbelanjaan
negara.
Pengenalan
Kerajaan Malaysia mengamalkan belanjawan
unified atau belanjawan persekutuan yang digubal
dan diluluskan oleh kerajaan peringkat persekutuan
setiap tahun.
Merujuk kepada dokumen yang mengandungi
maklumat berhubung semua hasil diterima kerajaan
dan perbelanjaan negara dari hasil tersebut.
Terdiri daripada aktiviti-aktiviti berlangsung dalam
satu pusingan dan memerlukan penglibatan dari
badan eksekutif dan legislatif.
Takrifan Belanjawan
Merujuk kepada suatu kontrak yang dipersetujui
oleh badan-badan eksekutif dan legislatif setiap
tahun yang membenarkan agensi-agensi dan
jabatan-jabatan, persekutuan dan negeri-negeri
mendapat dan membelanjakan wang awam dengan
cara-cara tertentu bagi satu tahun fiskal yang akan
datang, biasa bermula 1 Januari dan berakhir 31
Disember.
Merupakan penyataan hasil dan perbelanjaan bagi
masa hadapan sebagai alat perancang dan
pengurusan sumber-sumber ekonomi negara.
Takrifan Belanjawan
Bagi seorang pentadbir, belanjawan merupakan alat
kawalan eksekutif iaitu apabila peruntukan tahunan
diberi kepada agensi kerajaan, maka peruntukan
tersebut mesti dibelanjakan mengikut polisi dan
prosedur ditetapkan.
Bagi seorang ahli ekonomi, belanjawan adalah
manipulasi hasil-hasil perbelanjaan untuk
mempengaruhi pengeluaran barang-barang dan
perkhidmatan kepada orang ramai.
Peranan Belanjawan Sebagai
Instrumen Polisi Fiskal
Sebagai alat bagi pihak kerajaan melaksanakan polisi
fiskal bagi mencapai matlamat pembangunan dan
penstabilan ekonomi melalui dasar percukaian yang
berkesan dan dasar perbelanjaan yang cekap.
Belanjawan sebagai alat pengimbang di mana ia
membantu kerajaan menjalankan ekonomi dengan
lebih sempurna. Contoh dalam keadaan inflasi dan
kemelesetan.
Kerajaan juga terlibat dalam pembuatan keputusan
yang kompleks kerana melibatkan banyak pihak di
samping berkaitan dengan polisi awam. Misalnya
polisi percukaian.
Peranan Belanjawan Sebagai
Instrumen Polisi Fiskal (Samb)
Belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal dilihat dalam
tiga(3) aspek berikut:-
i. Fungsi Peruntukan
ii. Fungsi Agihan
iii. Fungsi Penstabil
Fungsi Peruntukan merujuk kepada belanjawan sebagai
alat menyediakan barangan dan perkhidmatan asas
kepada orang ramai.
Fungsi Agihan menjelaskan bagaimana cara belanjawan
mengagihkan semula pendapatan kerajaan melalui
perolehan hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat dan
perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan ke atas sektor
penting.
Peranan Belanjawan Sebagai
Instrumen Polisi Fiskal (Samb)
Fungsi Penstabil melihat belanjawan berperanan
mengawal pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan inflasi.
Peranan Belanjawan Sebagai
Instrumen Pengurusan Kewangan
Belanjawan terbentuk bersama-sama dengan peraturan-
peraturan dan amalan-amalan.
Belanjawan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan
yang merupakan pelaksana utama dalam
mengimplementasikan belanjawan tahunan.
Bertindak memastikan koordinasi dan kecekapan wujud
dalam pentadbiran ke arah pencapaian matlamat program.
Menyediakan satu bentuk kawalan ke atas unit-unit
eksekutif dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan
oleh perwakilan-perwakilan legislatif dalam Parlimen.
Memudahkan pemeriksaan operasi program dari segi
kecekapan ekonomi.
Ciri-Ciri Belanjawan Baik
Menurut Professor Doh Joon Chien (1976) dua ciri
belanjawan yang baik adalah ciri dinamis dan resposif.
1.Ciri Dinamis
Bermaksud belanjawan memiliki pendekatan anjal iaitu
kandungan polisi fiskal belanjawan boleh berubah dengan
mudah agar dapat disesuaikan dengan keadaan ekonomi
semasa.
Dicerminkan oleh sifat dalaman yang terkandung dalam
sesebuah belanjawan yang boleh diubahsuai
mengikusituasi ekonomi negara.
Ciri-Ciri Belanjawan Baik (Samb)
2. Ciri Responsif
Haruslah responsif kepada perubahan persekitaran seperti
tekanan permintaan, perubahan dalam struktur ekonomi
masyarakat, dan pengaruh globalisasi.
Harus bertindak kepada masalah negara yang ketara
seperti kekurangan penawaran rumah kos rendah dan
sederhana, peningkatan kesedaran rakyat untuk memiliki
komputer perbadi agar memudahkan penggunaan
kemudahan e dagang, dan masalah lain.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan
negara akan membantu menterjemahkan belanjawan yang
baik.
Komponen Belanjawan Persekutuan
Komponen Belanjawan Persekutuan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu hasil dan perbelanjaan.
Hasil Kerajaan Persekutuan Terbahagi kepada:-
a. Hasil Cukai- Cukai Langsung & Cukai Tak Langsung
b. Hasil-hasil bukan cukai
c. Terimaan-terimaan bukan hasil
d. Hasil dari Wilayah Persekutuan
Cukai Langsung
Cukai langsung akan dikenakan secara terus ke
atas pendapatan atau kekayaan seseorang.
Juga boleh dikenakan berdasarkan urusniaga
yang mempunyai implikasi undang-undang
seperti pemeterian perjanjian.
Menetapkan kadar cukai yang mesti dibayar dan
perlu mendapat kelulusan sekiranya terdapat
sebarang perubahan oleh Parlimen.
Kebanyakan cukai jenis ini ditadbir oleh Lembaga
Hasil Dalam Negeri. Jabatan Pengangkutan Jalan
juga diberi kuasa mengutip cukai ini.
Cukai Langsung
Cukai ini ditanggung sendiri oleh pembayar cukai
dan beban cukai tidak dapat dipindahkan kepada
orang lain.
Contoh cukai langsung seperti cukai pendapatan
perseorangan, cukai pendapatan syarikat, duti harta
pusaka, duti setem, cukai jalan, cukai keuntungan
hartanah.
Cukai Tidak Langsung
Dikenakan kepada individu apabila mereka
membeli sesuatu barangan atau menggunakan
perkhidmatan yang dicukai.
Dikenakan ke atas pengilang, pengimport,
pengeksport atau pengusaha tetapi beban cukai
ini dipindahkan kepada pengguna atau pembeli
melalui kenaikan harga.
Beban cukai ini mungkin ditanggung
kesemuanya oleh pihak yang dikenakan cukai,
atau dialihkan keseluruhannya kepada pembeli
atau dikongsi bersama kedua pihak.
Cukai jualan, cukai eksais, duti import, duti
eksport, levi, cukai perkhidmatan.
Hasil Bukan Cukai
Merujuk kepada bayaran yang dikutip oleh kerajaan dari
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh
kerajaan untuk rakyat. Berikut merupakan antara sumber
hasil bukan cukai:-
Lesen, Bayaran Pendaftaran dan Permit
Bayaran Perkhidmatan
Perolehan dari Jualan barang-barang
Sewaan
Faedah atau keuntungan dari pelaburan
Denda dan hukuman
Sumbangan dari individu, pertubuhan atau syarikat
Terimaan Bukan Hasil
Merujuk kepada kutipan-kutipan yang tidak
berasaskan sebarang akta tetapi lebih merupakan
kutipan-kutipan daripada punca-punca seperti
pulangan balik perbelanjaan yang tidak dapat
dihabiskan, jualan barang-barang, pemberian dan
caruman dan bayaran balik kepada kerajaan.
Hasil Wilayah Persekutuan
Kedua-dua Wilayah Persekutuan Labuan,Kuala
Lumpur dan Putra Jaya juga memungut hasil sama
seperti sifat sesebuah kerajaan negeri.
Hasil-hasil yang dikutip akan dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan.
Kawasan-kawasan tersebut dibenarkan mengutip
hasil cukai dan terimaan bukan hasil.
Kekuatan ekonomi wilayah tersebut semakin penting
kepada kerajaan Persekutuan dan sumbangannya
kepada pendapatan negara amat signifikan.
Komponen Perbelanjaan
Negara
Terbahagi kepada dua jenis perbelanjaan utama
iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.
Perbelanjaan mengurus juga dikenali sebagai
perbelanjaan penggunaan. Digunakan bagi
membiayai aktiviti-aktiviti harian kerajaan yang
bersifat berulang-ulang atau berterusan seperti
membayar gaji dan bil utiliti serta membeli bekalan.
Perbelanjaan Pembangunan merupakan
perbelanjaan modal untuk membangunkan projek
pembangunan kepada rakyat.
Perbelanjaan Mengurus
Secara lebih khusus terbahagi kepada dua (2) iaitu perbelanjaan
tanggungan dan perbelanjaan perbekalan.
i. Perbelanjaan Tanggungan
Diperuntukkan di bawah Perkara 98, Perlembagaan.
Dipertanggungkan kepada KWDS
Bertujuan membiayai komitmen kerajaan kepada beberapa pihak
yang diberi kedudukan istimewa dan juga mengurangkan pengaruh
kerajaan atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak
tersebut.
Contoh: Pembayaran Elaun Diraja, Gaji Ketua Hakim, Gaji Ketua
Audit Negara, perbelanjaan suruhanjaya dan pencen serta ganjaran.
Tidak memerlukan kelulusan Parlimen untuk dikeluarkan dari KWDS
dan hanya memerlukan tandatangan Menteri Kewangan.
Perbelanjaan Mengurus
ii. Perbelanjaan Perbekalan
Merupakan semua jenis perbelanjaan semua jenis perbelanjaan
yang dilakukan bagi membiayai aktiviti-aktiviti harian agensi-agensi
kerajaan.
Kerajaan telah banyak membelanjakan peruntukan bekalan untuk
membayar gaji kakitangan awam, membeli barangan bekalan,
membayar bil utiliti, menyewa kelengkapan dan lain-lain.
Kenapa perbelanjaan perbekalan berbeza dengan perbelanjaan
tanggungan?
Contoh perbelanjaan ini seperti emolumen, perkhidmatan dan
bekalan, pembelian aset, pemberian dan kenaan tetap.
Dikategoikan sebagai objek perbelanjaan dengan empat kategori
umum.
Perbelanjaan Pembangunan
Dikenali juga sebagai perbelanjaan modal.
Sifatnya berulang dan pulangan akan diperolehi dalam
jangka panjang.
Diasingkan dari perbelanjaan mengurus kerana:-
Melibatkan sejumlah peruntukan besar
Aliran masuk dan keluar berlaku dalam jangka panjang
Biasa dibiayai melalui pinjaman yang besar dari dalam
mahupun luar negara
Memerlukan penyeliaan dan penyenggaraan di masa akan
datang
Implikasi kos dan faedah kepada rakyat dan negara
Perbelanjaan Pembangunan
Setiap tahun Perbelanjaan Pembangunan akan
dikemukakan di Parlimen untuk mendapat kelulusan
bersama-sama dengan Akta Perbekalan.
Akta yang membawa Perbelanjaan Pembangunan adalah
Akta Kumpulan Wang Pembangunan.
Pegawai Pengawal adalah individu yang diberi
tanggungjawab untuk memantau projek pembangunan
sesebuah agensi. Beliau perlu sediakan satu rancangan
perbelanjaan modal menunjukkan jumlah yang perlu
dibelanjakan bagi projek dari setiap tahun ke tahun
sehingga projek tamat.
Anggaran projek pembangunan dalam kertas turus akan
diberi kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Unit
Perancang Ekonomi.
Perbelanjaan Pembangunan
Di peringkat negeri, Pegawai Kewangan Negeri akan
menyerahkan Kertas Turus kepada pihak berkuasa
kewangan negeri bagi tindakan kelulusan atasan.
Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan akan diambil
terus dari KWDS.
Untuk menjalankan projek modal negara seperti LRT,
KLIA, Bakun, sekolah, hospital pihak kerajaan terpaksa
mencari sumber lain seperti membuat pinjaman dalam dan
luar negara, lebihan akaun semasa dan anggaran
tambahan Perbelanjaan Pembangunan yang
diperuntukkan dari Kumpulan Wang Luar Jangka.

Anda mungkin juga menyukai