Anda di halaman 1dari 20

SKSJ 3133 POLITIK EROPAH

PROGRAM SAINS POLITIK

• PENSYARAH: PUSAT KAJIAN


AINI FATIHAH ROSLAM SEJARAH, POLITIK DAN
EMEL:  HAL EHWAL ANTARABANGSA (SPHEA)
AINIFATIHAH@YAHOO.C
OM
TEL: +60129217150 FAKULTI
SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
(FSSK)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI
A(UKM)
• Model menyediakan kerangka yang menyeluruh
tentang bagaimana kita melihat realiti. Ia kan
memberitahu kita tentang apa yang dimaksudkan
realiti dan unsur-unsur asas yang terkandung dalam
realiti serta apakah bentuk dan status pengetahuan.
• Dalam pengertian ini, model tidak jauh bezanya
dengan apa yang dirujuk sebagai paradigm (Guba &
MODEL Lincoln, 1994).
• Menurut Silverman (2000) dalam penyelidikan sosial,
model seperti fungsionalisme (meneliti fungsi-fungsi
institusi social), behaviorisme (yang mendefinisikan
perlakuan dari segi ‘rangsangan’ dan ‘tindak balas’),
interaksionisme simbolik (yang menumpukan
bagaimana kita meletakkan makna simbolik kepada
perhubungan interpersonal) sering dibincang dan
dijadikan kerangka rujukan.  
KONSEP

• Merupakan idea yang jelas dinyatakan dan lahir


dari model tertentu. 
• Contoh konsep adalah seperti; fungsi sosial
(fungsionalisme), rangsangan/tindak balas
(behaviorisme), definisi sesuatu situasi
(interaksionisme simbolik).
• Konsep memberikan kita cara-cara melihat dunia
dan penting dalam mendefinisikan masalah
kajian. 
• Teori pula mengatur dan menggunakan konsep
untuk mendefinisikan dan menjelaskan sesuatu
fenomena.
• Mengikut The Shorter Oxford English Dictionary
(1973:2281), teori didefiniskan sebagai satu skema
atau sistem idea atau pernyataan yang dipegang
sebagai penjelasan tentang sesuatu kumpulan
TEORI fakta atau fenomena.
• Dalam erti kata yang lebih luas, Grbich (2003)
menjelaskan teori dibentuk melalui penerokaan ke
atas sesuatu fenomena dengan mengenalpasti, dan
meneliti perhubungan di antara konsep di sekitar
fenomena dan seterusnya pembentukan sesuatu
kerangka dalam mana sesuatu komen boleh
dibuat.
“Theory consist of plausible relationship produced
among concepts and sets of concepts” (Strauss &
Corbin, 1994:78).

“…a set of concepts and the proposed relationship


among these, a structure that is intended to represent
or model something about the world” (Maxwell, 1996).

Dengan erti kata lain, teori dan penteorian adalah


proses kognitif dalam mengkaji atau memanipulasikan
ketegori-kategori abstrak, konsep yang konkrit dan
spesifik serta hubungan antara kategori-kategori
tersebut (LeCompte & Preissle, 1993; Maxwell, 1996).
TEORI
STEIN
ROKKAN
Stein Rokkan (1921-1979)
• Salah seorang saintis politik yang paling berpengaruh. Beliau mengkaji berkenaan
politik Eropah antara tahun 1945-1979.
• Dilahirkan pada 7 Julai 1921 di Norway.
• Belajar dalam bidang falsafah di Oslo. Tetapi mempunyai minat yang mendalam
terhadap bidang sains politik.
• Karya utama beliau adalah berkenaan dengan ‘conceptual map of Europe’ yang
menjelaskan mengenai negara dan pembinaan bangsa berdasarkan sejarah
proses sesebuah negara memperoleh kemerdekaan.  
• Pengasas bersama European Consortium for Political Research – think-tank yang
mengkaji mengenai politik Eropah.
• Meninggal pada 22 Julai 1979
1) Proses pembinaan bangsa
seiring dengan kemunculan parti
politik nasional.

ISU UTAMA 2) Budaya mempengaruhi


pembentukan Negara bangsa
dan sistem parti politik nasional

3) Pembinaan Negara bangsa


berasaskan kedudukan atau
status negara
• Pembinaan Negara bangsa berlaku serentak dengan
proses pendemokrasian.
Proses • Ia merujuk kepada 3 fasa utama iaitu;
pembinaan i) Semasa reformasi – pemerintah/Negara struggle
bangsa seiring untuk membentuk wilayah nasional.
dengan ii) Semasa Revolusi Demokratik – isu-isu pendidikan dan
kewarganegaraan menjadi perbahasan utama.
kemunculan iii) Semasa Revolusi Industri
parti politik • Dengan kata lain, wujud kesedaran untuk saling bergerak
nasional untuk mendapatkan hak/menyuarakan pendapat secara
berkumpulan/masyarakat/kaum/organisasi.  
• Seterusnya, ia menjadi titik permulaan kepada
pembentukan parti-parti politik yang mewakili mereka.
• Budaya dilihat/dikaji menerusi aspek sejarah.
Budaya Kebersamaan budaya mempergaruhi sokongan
mempengaruhi terhadap sesuatu parti politik.
pembentukan • Soal kewarganegaraan kaum majoriti adalah
Negara bangsa penting dalam menentukan kestabilan sesuatu
parti politik.
dan sistem
• Namun terdapat juga manipulasi dalam
parti politik pemilihan wakil. Misalnya semasa pilihanraya
nasional Sepanyol (1870-1923) yang mana telah
menyebabkan berlakunya political violent.
• Bermaksud pembinaan Negara bangsa
berdasarkan kedudukan sesubuah Negara
Pembinaan sama ada ‘Negara pusat’, ‘Negara pinggir’
Negara bangsa dan status ekonomi.
berasaskan • Negara pusat – kebiasaannya bergantung
kedudukan kepada wilayah yang mempunyai sumber
dan kestabilan ekonomi. Mempunyai
atau status identity yang kukuh.
negara
• Negara pinggir – mempunyai budaya tetapi
tanpa identity yang kukuh. Juga tidak
mempunyai ekonomi yang kukuh. Turut
bergantung kepada Negara pusat.
Menurut teori sosial moden, Negara adalah satu
entiti yang berada di atas individu, yang
berkuasa menghalang konflik atau
menyerdehanakannya, dan mengadakan
undang-undang bagi menjaga kestabilan politik,
kebebasan dan keselamatan individu dalam
wilayah kedaulatan geopolitiknya. Oleh itu,
Negara menuntut kepatuhan demi kepentingan
NEGARA semua.

Dalam sains politik, Negara bermaksud


sekumpulan manusia yang menduduki wilayah
yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan
dan tidka tertakluk kepada kuasa luar (Ratnam
1997: 119). Mereka adalah kerajaan dan rakyat,
yang hidup di bawah peraturan dan undang-
undang yang mereka tetapkan dan diiktiraf  oleh
mereka dan juga Negara luar. 
• Secara tradisi, Negara juga selalunya dikaitkan dengan perjawatan ke
atas daerah dan penduduknya. Negara dilihat sebagai struktur politik
yang penting dalam menjalankan kuasa pemerintahan.
• Dalam kajian politik, konsep Negara lazimnya digunakan bagi merujuk
kepada pelbagai aspek Negara.
• Pertama, Negara sering merujuk pada suatu wilayah dengan
kedaulatannya diiktiraf oleh penduduk wilayah tersebut dan Negara
lain.
• Kedua, Negara juga bermaksud sebuah system pemerintahan di mana
terdapat suatu kompleks organisasi atau institusi kuasa yang
dipertanggungjawbkan untuk mengendalikan urusan pemerintahan
dan memastikan keberkesanan undang-undang dan peraturan dalam
sesebuah masyarakat. 
• Ketiga, Negara juga boleh merujuk kepada sekumpulan elit
berkuasa. Elit berkuasa terdiri daripada satu kelompok yang
menerajui kuasa tertinggi. Elit berkuasa ini terdiri daripada
elit politik, yang dipimpin oleh ketua eksekutif sama ada
Presiden atau Perdana Menteri, serta menteri kanan lain, elit
ekonomi, elit birokrasi (pegawai atasan), dan pucuk
pimpinan tertinggi tentera dan polis.
BANGSA

Terdapat 3 takrifan utama


• Dari perspektif perundangan – status kewarganegaraan
menurut perlembagaan
• Dari perspektif keturuanan – berdasarkan ciri fizikal (biologi)
dan budaya (ras, kaum & etnik)
• Dari perspektif politik – komuniti politik dalam wilayah
tertentu; identity sepunya pembentukan Negara berdasarkan
sejarah 
NEGARA BANGSA
• Konsep ‘negera bangsa’ sering dikaitkan dengan terjemahan istilah ‘nation-
state’. Namun begitu, perkataan ‘nation’ merujuk kepada negara dan ‘state’
pula merujuk kepada ‘negeri’.
• Kedua-dua konsep ini merujuk kepada entiti politik fizikal yang terletak di
satu kawasan geografi yang khusus.
• Berdasarkan implikasi ini, negara merupakan entiti politik yang lebih unggul
dan mempunyai wibawa politik yang lebih tinggi daripada negeri. 
• Negeri pula merupakan entiti politik yang berada di bawah kewibawaan
politik negara. Lazimnya, sebuah negara mengandungi dua atau lebih negeri
bergantung kepada saiz negara tersebut. Ini bermakna, negeri merupakan
entiti yang lebih kecil atau sebahagian daripada ‘negara. 
• Hanya terdapat beberapa negara sahaja yang mana sebuah negara
hanya mempunyai satu entiti negeri seperti Singapura dan Vatican.
Secara praktiknya, negeri perlu wujud lebih dahulu dari negara
walaupun keseluruhan sesebuah negara itu hanya merangkumi satu
negeri (Hobsbawm, 1990: 44-5).
• Isu yang diketengahkan oleh para sarjana berkisar kepada persoalan
bila wujudnya negara bangsa (nationstate) sebagai satu entiti politik
yang difahami pada masa kini. Persoalan ini timbul kerana ramai
sarjana, di antara mereka seperti Eric Hobsbawm, Benedict
Anderson, Ernest Gellner dan Anthony Smith telah menerima satu
kerangka yang menghubung-kaitkan negara dengan nasionalisme
atau kebangsaan.
• Ciri-ciri; 
i) Sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu
padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit.
ii) Rakyat mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi
kepada system pemerintahan dan undang-undang yang
dilaksanakan di Negara tersebut.
iii) Rakyat menerima nilai-nilai kebangsaan/universal yang sama
untuk dikongsi bersama dan ini mengikat semua dalam satu
bangsa yang bersatu. Nilai-nilai kebangsaan terdiri daripada
pelbagai bentuk seperti bendera kebangsaan, lahu kebangsaan,
ideologi kebangsaan atau dasar-dasar Negara tertentu yang
bertujuan menyatukan rakyat seperti dasar pendidikan atau dasar
kebudayaan.
Proses pembinaan negara-bangsa  merupakan
satu proses yang panjang.

RUMUSAN Melibatkan proses pemupukan nilai seperti;


setia pada Negara, keharmonian dan tolak ansur.

Faktor sejarah, budaya dan kedudukan sesebuah


negara menjadi antara faktor utama dalam
pembinaan Negara bangsa seperti yang
diutarakan dalam teori Stein Rokkan.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai