Anda di halaman 1dari 36

BAB 2

KONSEP ETIKA
DAN
PERADABAN
Kandungan
• Konsep Etika dan Peradaban
✓ Pembahagian Etika
✓ Kaedah Pembentukan Etika
✓ Konsep Moral
✓ Teori Etika
• Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Alam Melayu dan Dunia.
✓ Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Asia
▪ Pengaruh Peradaban Asia: India
▪ Pengaruh Peradaban Asia: China
▪ Pengaruh Peradaban Asia: Timur Tengah
✓ Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Dunia
▪ Pengaruh Peradaban Barat: Portugis
▪ Pengaruh Peradaban Barat: Belanda
▪ Pengaruh Peradaban Barat: Inggeris
Konsep Etika & Peradaban

• Etika - prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, adat, sopan santun dan
sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesebuah
kelompok atau kumpulan manusia. Etika merujuk kepada peraturan-
peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan dan
bersifat teoretikal kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik
sistem moral tersebut.
• Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan
bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
• Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” membawa
maksud kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak.
• “Ethos” juga membawa maksud adat kebiasaan dan karakter.
• Etika menurut sarjana:

• Thomas Aquinas:
✓ Suatu kebiasaan atau keperluan untuk berbuat baik, suatu tingkah
laku untuk bertindak secara baik.
✓ Kualiti etika yang baik membantu untuk menjalani kehidupan dengan
harmoni dan telus.

• Socrates:
✓ Ia merupakan suatu usaha yang berterusan dan bersistematik untuk
memahami dan melaksanakan konsep serta prinsip moral.
✓ Ia merangkumi elemen sama ada tindakan yang diambil betul, salah,
dibenarkan, tidak dibenarkan dan lain-lain.

• Ayn Rand
✓ Etika ialah satu sains untuk mencari cara-cara yang sesuai untuk
kehidupan seseorang individu. Ia adalah satu kajian tentang nilai”.
• Peradaban pula secara etimologi boleh didasarkan kepada
perkataan Arab ‘adaba’ yang membawa maksud tingkah laku atau
tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat.

• Peradaban juga boleh dilihat sebagai kayu ukur bagi keadaan atau
tingkat kemajuan dalam kehidupan secara jasmani dan rohani bagi
sesuatu bangsa atau masyarakat.

• Peradaban juga boleh membawa maksud ketamadunan yang berasal


daripada perkataan Arab iaitu ‘tamaddun’ dengan kata dasarnya ialah
‘maddana’ yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar dan
memperhaluskan budi pekerti.

• Dalam istilah lain, peradaban juga sering dirujuk kepada perkataan


civitas atau civis yang membawa erti keadaan yang maju dan
bertamadun.
• Proses pembentukan peradaban merupakan manifestasi kepada
pencapaian manusia dalam bidang keilmuan kekuatan rohaniah.

• Negara yang bertamadun ialah sebuah negara yang mempunyai bangsa


yang beradab dan berakhlak.

• Bangsa yang bertamadun akan dapat membina satu peradaban.

• Untuk membina satu peradaban pula, memerlukan ketamadunan iaitu


peningkatan kemajuan dalam kehidupan rakyatnya sama ada dari aspek
rohani dan jasmani.
Pembahagian Etika

• Etika dibahagikan kepada etika deskriptif, etika normatif dan etika meta.

i) Etika deskriptif

✓ Disiplin yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau


golongan dan berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau
keadaan.
✓ Ringkasnya, etika deskriptif meneliti sikap individu ataupun sekumpulan
orang.
✓ Etika ini menggambarkan bagaimana manusia berkelakuan dan apa jenis
standard moral yang mereka tuntut untuk diikuti.
ii) Etika normatif (normative ethics)

✓ Turut dikenali sebagai falsafah moral dan merupakan salah satu daripada
disiplin yang membuat kritikan dan penilaian terhadap tanggungjawab dan
nilai etika yang ada dan mencadangkan suatu aturan etika yang dianggap
terbaik atau sebaliknya serta menentukan sesuatu perbuatan itu sama ada baik,
buruk, betul atau salah.

✓ Etika normatif menitikberatkan sifat perlakuan yang ideal atau nilai-nilai


unggul yang sepatutnya ditunjukkan oleh manusia.

✓ Ahli-ahli etika normatif sentiasa cuba untuk menentukan dengan tepat apakah
landasan moral yang sepatutnya diikuti supaya sesuatu perbuatan itu
dilakukan dengan tertib dan betul serta konsisten dari segi moral.

✓ Dua teori yang berkaitan dengan etika normatif ialah Teori Deontologi dan
Teori Teleologi.
iii) Etika meta (meta ethics)

✓ Mengkaji masalah-masalah utama dalam etika.


✓ Etika ini memfokuskan kepada isu-isu metafizik, psikologi dan linguistik
yang tidak dapat dilihat secara kasar.
✓ Etika ini melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,
keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal.
✓ Etika meta juga disebut sebagai etika analisis ataupun etika yang akan
membuat kritikan terhadap etika normatif.
✓ Dalam aspek ini, etika meta akan membuat analisis tentang etika normatif
dari segi fungsi dan kegunaan.
Kaedah Pembentukan Etika
• Berkaitan prinsip dan peraturan terbaik.
• Bukan mengenai apakah jenis manusia yang ingin dibentuk.
• Teleologi – baik atau buruk = akibat.
• Deontologi = kewajipan/tugas.

Konsep Moral
• Tingkah laku atau amalan yang selari dengan tatasusila dan undang-undang
masyarakat.
• Tindakan bermoral dapat dilihat dengan reaksi/tindak balas manusia dalam situasi
berikut:
✓ Pengawalan diri pada keinginan nafsu dari membuat tingkah laku yang salah.
✓ Kawalan terhadap keperluan fizikal berdasarkan peraturan masyarakat yang
diterima secara rasional.
✓ Bertindak secara rasional pada keputusan.
Teori Etika
• Teori menyediakan prinsip-prinsip moral atau garis panduan yang mengandungi
nilai tertentu.
• Teori etika membantu melihat perbezaan pandangan dalam membuat penilaian
tindakan manusia daripada pelbagai asas teori.
• Setiap individu terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap
orang lain.
• Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk
mengklasifikasikan sama ada tindakan kita sebagai 'betul' atau 'salah'.

Egoisme
Teleologi
Teori Etika

Utilitarianisme

Prinsip Kewajipan
Deontologi
Eksistensialisme
Kaedah Pengukuran Gerak Laku Manusia

Kaedah Dentologikal Kaedah Teleologikal


Act-Oriented Result-Oriented
Non-consequentialist Consequentialist

Proses gerak laku Kesan dan akibat gerak laku

Tokoh-tokoh Tokoh-tokoh

Immanuel Kant Jeremy Bentham


(Categorical Imperative) (Utilitarianism Theory)
Kemanfataan dan keselesaaan
Abraham Maslow
(Hierarchy of Need) John Stuart Mill
(Quality of Pleasure)
Carol Gilligan Kualiti Kesejahteraan
(Moral Development Theory)
Ethic of care

Lawrence Kohlberg
(Moral Development Theory)
Ethic of justice
Teori Teleologi
• Teleologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu telos yang membawa
maksud tujuan ataupun matlamat.

• Teori ini amat mementingkan hasil daripada sesuatu tindakan atau


perbuatan.

• Berdasarkan teori ini, sesuatu tindakan itu dianggap ‘betul’ atau ‘salah’
adalah bergantung kepada kesan daripada perbuatan tersebut.

• Tindakan atau perbuatan yang dilakukan yang membawa kebaikan


dianggap bermoral manakala tindakan yang mengakibatkan keburukan,
dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bermoral.

• Umumnya, terdapat dua aliran dalam teori ini iaitu Utilitarianisme dan
Egoisme.
Utilitarianisme
• Utilitarianisme berasal daripada perkataan ‘utility’ yang membawa maksud
berguna.

• Teori ini merupakan doktrin moral yang mengkehendaki kita supaya sentiasa
bertindak untuk menghasilkan kebaikan yang maksimum.

• Kebaikan yang dimaksudkan ini merujuk kepada kegembiraan dan


keseronokan.

• Setiap tindakan yang diambil perlulah mengambil kira kesan baik dan manfaat
kepada semua yang terlibat.

• Sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila ia mendatangkan keseronokan


yang maksimum.

• Utilitarianisme dipelopori oleh dua orang ahli falsafah iaitu Jeremy Bentham
(1748-1832) dan dikembangkan oleh John Stuart Mill (1806-1873).
* Pengukuran keseronokan (dan kesengsaraan) dilakukan melalui Kalkulus Hedonik
Bentham (Hedonic Calculus) iaitu dengan mempertimbangkan 7 elemen.

Kalkulus Hedonik Bentham


Elemen Keterangan

Kedalaman Berapa dalam kesan pengalaman kesengsaraan dan keseronokan seseorang hasil
(intensity) daripada sesuatu tindakan?
Kelamaan Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan yang dialami seseorang hasil
(duration) daripada sesuatu tindakan?

Kepastian Berapa pastikah timbulnya keseronokan dan kesengsaraan dari


(certainty) sesuatu tindakan?

Kesegeraan Berapa cepat atau lambat pengalaman keseronokan kesengsaraan seseorang?


(propinquity)
Kesedaran Bagaimanakah kemungkinan perasaan keseronokan itu akan
(fecundity) membawa kepada keseronokan yang lain di masa hadapan?
Kedalaman Berapa dalam kesan pengalaman kesengsaraan dan keseronokan seseorang?
(intensity)
Had (extent) Berapa banyak individu yang terkesan dengan keseronokan dan kesengsaraan
tersebut?
• Contohnya dalam peperangan. Pertimbangan perlu diberikan terhadap
kemudaratan dan kebaikan yang dihasilkan daripada peperangan. Sekiranya
kemudaratan dijangka melebihi kebaikan, peperangan tidak boleh
dijustifkasikan. Namun begitu, jika kebahagiaan dan kebaikan melebihi
kesengsaraan dan penderitaan, maka peperangan itu dibolehkan.

• Pemikiran Jeremy Bentham ini kemudiannya diperkembangkan lagi oleh


John Stuart Mill. Mill pada dasarnya berpegang kepada Prinsip Kebahagiaan
Terbanyak (greatest happiness principle).

• Mill mengkritik pendapat Bentham yang mengukur kesenangan dan


kebahagiaan secara kuantitatif.

• Beliau menolak pendapat Bentham yang menyatakan bahawa segala


keseronokan adalah sama. Sebaliknya, beliau cenderung menambah aspek
kualiti dalam keseronokan.
• Bagi Mill, aspek kualiti dalam keseronokan seharusnya dipertimbangkan
dalam melihat sama ada sesuatu tindakan itu betul ataupun salah.

• Mill mengukur dan mengenal pasti ‘better versus worse’ bagi keseronokan.

• Petunjuk kualiti keseronokan menurut Mill antaranya ialah seperti tinggi


dan rendah, baik dan buruk, objektif dan subjektif serta baru dan lama.

• Menurut Mill, dalam soal mengukur keseronokan ini, kita harus


menggunakan imaginasi untuk memikirkan kemungkinan kesan
daripada sesuatu tindakan.

• Dalam situasi di mana kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, maka


kita perlulah membuat spekulasi mengenai keseronokan dan
kesengsaraan yang bakal terjadi daripada setiap tindakan.
Egoisme

• Egoisme ialah teori yang mengambil kira kepentingan diri dalam setiap tindakan.

• Prinsip egoisme ialah sayangkan diri (self love), menguntungkan diri dan
tanggungjawab untuk kebaikan diri.

• Menurut teori ini, kemoralan adalah kepentingan, kebaikan dan keuntungan kepada
diri.
✓ Sesuatu tindakan itu adalah baik dan betul jika membawa kebaikan kepada diri
sendiri dan sesuatu tindakan itu adalah buruk jika merugikan diri sendiri.
✓ Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah semata-mata
untuk memanfaatkan diri sendiri.

• Egoisme dibahagikan kepada dua iaitu:


❖ Egoisme psikologi (Psychological Egoism)
❖ Egoisme Etika (Ethical Egoism).
Egoisme psikologi (psychological egoism)

• Merupakan satu teori deskriptif yang menyatakan bagaimana manusia


melakukan sesuatu tindakan.

• Teori ini menyatakan bahawa semua tindakan kita pada dasarnya adalah
termotivasi oleh kepentingan diri.

• Menurut teori ini, manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri /


kepentingan peribadi kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian.

• Hanya kepentingan diri yang dapat memotivasikan manusia dalam membuat


sesuatu. Setiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain
sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri /
mendapat faedah untuk diri sendiri.

• Teori ini menafikan wujudnya nilai moral altruisme. Dalam hal ini, segala
tindakan altruitisme hanyalah satu ilusi.
Egoisme Etika (Ethical Egoism)
• Teori ini menyatakan bagaimana manusia perlu bertindak.

• Dalam hal ini, manusia tidak seharusnya mengabaikan secara mutlak kepentingan
orang lain sebaliknya perlu mempertimbangkannya apabila tindakan tersebut secara
langsung akan membawa kebaikan terhadap diri sendiri.

• Dalam hal ini, tindakan membantu orang lain dilihat sebagai tindakan untuk menolong
diri sendiri kerana mungkin sahaja kepentingan orang lain tersebut ada kaitan dengan
kepentingan diri sendiri.

• Contohnya, dalam situasi menyelamatkan mangsa yang lemas, walaupun tindakan ini
akan membahayakan diri sendiri, namun begitu, ganjaran dalam bentuk wang tunai
ataupun penghormatan yang akan diterima semasa menyelamatkan mangsa dapat
memotivasikan individu untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Teori Deontologi
• Istilah Deontologi adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘deontos’ yang bererti ‘duty’
ataupun tugas / kewajipan.

• Teori ini secara umumnya menolak segala yang diperakui oleh teori teleologi.

• Dalam Deontologi, pengukuran etika adalah bergantung kepada tindakan seseorang dan bukan
berdasarkan kepada akibat daripada tindakan tersebut.

• Dalam aspek ini, perbuatan atau tindakan yang dilakukan dilihat sebagai satu yang penting
bagi menentukan sama ada ia bermoral atau sebaliknya.

• Sesuatu perlakuan dianggap betul jika mengikut kewajipan dan sebaliknya. Ringkasnya,
Deontologi mementingkan bagaimana kita harus bertanggungjawab untuk melayani orang lain
dan apakah tugas-tugas dan kewajipan kita terhadap mereka.

• Dibahagikan kepada dua iaitu:


✓ Prinsip Kewajipan
✓ Prinsip Ekstensialisme.
Prinsip Kewajipan

• Prinsip Kewajipan (principle of duty) dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-


1804) yang merupakan ahli falsafah yang begitu sinonim dengan Teori
Deontologi.
• Kant menegaskan “duty for the sake of duty” yang membawa maksud bahawa
sesuatu tindakan itu dilaksanakan adalah semata-mata kerana ia merupakan
tanggungjawab.
• Dalam prinsip kewajipan, individu yang baik dari segi segi moral ialah
individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau
kerana menghormati undang-undang.
• Oleh itu, bagi memastikan sama ada sesuatu tindakan adalah betul ataupun
tidak, maka tindakan itu perlulah selari dan mengikut perundangan moral.
• Prinsip kewajipan mementingkan konsep ‘tekad baik’ (good will) dan prinsip perintah
mutlak (patuh dengan mutlak).

• Tekad baik
✓ Dikaitkan dengan konsep ‘duty’ atau tanggungjawab.
✓ Merujuk kepada kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu dengan tujuan niat baik dan
tanpa syarat.
✓ Ia merupakan suatu tindakan yang datang daripada kesedaran dalam diri sendiri untuk
menunaikan tanggungjawab dan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.
✓ Contohnya, menyelamatkan seseorang yang berada dalam situasi bahaya tanpa
memikirkan keselamatan diri sendiri.

• Prinsip Perintah Mutlak


✓ Undang-undang moral yang telah dibentuk mestilah diikuti oleh semua tanpa sebarang
pengecualian.
✓ Sebagai contoh, tidak kira dalam apa situasi pun seseorang itu tidak boleh merompak,
menipu dan sebagainya.
Prinsip Eksistensialisme

• Menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice).


• Kebebasan ini membawa maksud bahawa seseorang itu adalah bebas untuk
membuat pilihan dan keputusan moral sendiri dengan tidak
membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi oleh orang lain.
• Menurut prinsip eksistensialisme, individu mestilah menjauhi semua
prinsip, kriteria atau standard dan peraturan moral dan menetapkan bahawa
semua pertimbangan dan keputusan moral hendaklah bersifat khusus.
• Hanya manusia yang berhak memilih perbuatannya, melakukan tindak balas
dan menguruskan kehidupannya.
• Menurut eksistensialisme, pilihan individu dianggap buruk sekiranya ia
Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika
dan Peradaban Alam Melayu dan Dunia

• Dalam mendapatkan gambaran jelas berkenaan etika dan peradaban yang


dimiliki oleh rakyat Malaysia, pengetahuan tentang perkembangan idea
dan amalan mesti diselidiki melalui sejarah dan pensejarahan.

• Sebagaimana yang disebut oleh Ahluwalia (2007) bahawa identiti


ditentukan melalui pengiktirafan dan ia merujuk kepada usul yang
ditentukan oleh sejarah.

• Oleh itu, pendekatan melalui garis masa adalah yang paling sesuai
diguna pakai dalam memahami perkembangan ini.
• Dari segi sejarah, zaman prakolonial menyaksikan Alam Melayu dan Nusantara
mula mempunyai penempatan awal sejak zaman paleolitik dengan corak
kehidupan sara diri dan berpindah randah.

• Sejajar dengan peredaran masa, perkembangan sistem sosial dan teknologi seperti
peralatan logam telah mewujudkan kerajaan-kerajaan awal Alam Melayu, seperti
Langkasuka, Gangga Negara, Dinding, ChihTu, Lo Yueh, Pan-pan dan Tan-Tan
(Ahmad Tarmizi Talib et al. 2015).

• Walaupun kerajaan-kerajaan ini silih berganti, ia telah membawa perubahan


seperti kewujudan sistem politik tradisi dan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan dengan sistem ekonomi masih lagi berbentuk sara diri.

• Peradaban masyarakat Alam Melayu dan Nusantara terbentuk apabila wujudnya


kuasa-kuasa besar awal seperti Funan, Srivijaya dan Majapahit. Apabila
munculnya Melaka sebagai kuasa besar di Alam Melayu, ia telah membentuk
sebuah peradaban Melayu yang berteraskan rumpun bangsa Melayu Nusantara
dengan bahasa tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia (Marzali 2012).
• Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan, serta menarik kedatangan saudagar
dari benua asing seperti India, China, dan Timur Tengah.

• Pada waktu ini, Barat masih lagi bergolak dengan pencarian kuasa politik serta
seteru antara istana, penguasa agama dan rakyat jelata.

• Kedatangan pedagang asing ini bukan sahaja membawa komoditi untuk


didagangkan, malahan membawa bersama kepercayaan, agama, dan fahaman
yang membuka ruang interaksi dan pertembungan peradaban rentas benua.
• Interaksi rentas benua inilah yang menjadi pemangkin kepada wujudnya
peradaban majmuk.

• Pada peringkat prakolonial ini, masyarakat Alam Melayu adalah berbentuk


pluraliti iaitu kepelbagaian yang wujud adalah secara sukarela, tiada bentuk
paksaan dan gembira berada dalam situasi tersebut serta bercirikan urban (Simmel
1905).
• Ini merupakan pola masyarakat prakolonial. Dari aspek kuasa politik, sultan
mempunyai kuasa mutlak, kuasa pentadbiran serta kuasa ke atas agama. Maka
boleh dikatakan kontrak sosial yang wujud pada masa ini ialah kesetiaan rakyat
adalah pada sultan.

• Ini dikuatkan lagi dengan epistemologi yang berkisarkan metafizik yang utuh.
Epistemologi ialah cabang dalam pengajian falsafah yang mengkaji tentang hakikat
pengetahuan manusia, nilai dan batas ilmu yang membezakan yang benar dan
yang salah.

• Semua ini didasarkan kepada amalan dan kepercayaan agama yang utuh
sehinggalah ditakluk oleh penjajah yang merubah sudut pandang masyarakat
Alam Melayu.

• Idea-idea baharu serta amalan-amalan yang pelbagai ini telah mempengaruhi


seterusnya merubah dan mencambah etika dalam peradaban Alam Melayu.
Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika
Peradaban Asia
Pengaruh Peradaban Asia: India

• Hubungan benua India dengan rantau Asia Tenggara telah bermula sejak
kurun kedua Masihi lagi.
• Hubungan awal India dengan Tanah Melayu tidak berbentuk penaklukan
politik kecuali ekspedisi ketenteraan oleh Rajendra Chola yang menyerang
dan cuba melemahkan Srivijaya sebagai kuasa maritim Alam Melayu.
• Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Hindu serta pelayaran-pelayaran
putera diraja telah mempercepatkan hubungan dan pengaruh kebudayaan
India di rantau Asia Tenggara yang disebut sebagai Indianisasi (Indianization).
• Pengaruh Peradaban India Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu ialah
dalam aspek institusi pemerintahan. Undang-undang, dat istiadat, Bahasa,
kesusasteraan, kesenian, kepercayaan.
Pengaruh Peradaban Asia: China
• Hubungan China dengan Alam Melayu telah wujud sebelum permulaan tahun
Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.)

• Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat
Funan dan negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu dan
Kepulauan Melayu – wujud hubungan diplomatik.

• Semasa kegemilangan kerajaan Srivijaya, kedatangan secara besar-besaran saudagar


dan penuntut agama Buddha dan telah memperkaya demografi sosial masyarakat
alam Melayu.

• Pada zaman Dinasti Tang, laluan maritim Guangzhou ke India dan Parsi melalui
Alam Melayu telah memperkuat hubungan antara tamadun Melayu dan China.

• Kemunculan Melaka telah meneruskan tradisi hubungan baik dengan China


sehingga abad 15 dan telah memberi impak yang signifikan terhadap
perkembangan Alam Melayu sebagai sebuah tamadun.

• Pengaruah peradaban Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu – Serapan


perkataan,adat, makanan dan pakaian.
Pengaruh Peradaban Asia: Timur Tengah

• Pengaruh timur tengah dapat dilihat dalam konteks pengembangan agama Islam,
nilai dan etika serta bahasa.
• Selepas kejatuhan kerajaan Majapahit yang dipengaruhi oleh nilai Hindu-
Buddha, pengaruh timur tengah melalui agama Islam dapat dilihat apabila
terbentuknya kerajaan Islam Perlak pada 840 Masihi.
• Ia merupakan kerajaan Islam pertama di Alam Melayu. Namun wujud juga teori
yang menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Alam Melayu sejak awal kurun
ke-7 melalui hubungan perdagangan.
• Kewujudan kerajaan Samudera-Pasai pada 1042 telah mempercepat penyebaran
Islam sehingga Pasai muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam,
seterusnya mewujudkan kebudayaan Melayu Islam bagi seluruh Alam Melayu.
• Kemudian muncul pula Melaka yang menjadi kuasa besar Alam Melayu dan
menjadikan kebudayaan Melayu Islam sebagai nadi kegiatan pengajaran dan
penyebaran agama Islam bagi seluruh Alam Melayu.
• Pengaruh peradaban Islam melalui timur tengah yang melahirkan peradaban
Melayu Islam bukan sahaja boleh diperhatikan melalui penyebaran Islam
bahkan turut memberi kesan terhadap sistem kepercayaan, cara hidup,
kesenian, kebudayaan dan juga adab serta mewujudkan komuniti keturunan
arab yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu (Latifah Abdul Latiff et al.
2016).
• Pengaruh Islam juga telah teradun di dalam sistem perundangan, sistem
pemerintahan, sistem ekonomi dan pendidikan di Alam Melayu. Impak yang
besar ini adalah jauh mengatasi impak yang terwujud daripada pengaruh
India dan China.
• Proses penyesuaian pengaruh tamadun-tamadun lain ini telah memperkukuh
dan memperkaya peradaban Melayu.
Menelusuri PergerakanIdea dan Amalan Etika Peradaban Dunia

Peradaban Barat
• Pengaruh peradaban dari Barat bermula dengan kedatangan kuasa kolonial ke Alam
Melayu (khususnya Tanah Melayu).

✓ Portugis (1511)
✓ Belanda (1641)
✓ British (1786)

• Perluasan kuasa Barat bukan sahaja membawa implikasi ekonomi, malahan struktur
sosial, pentadbiran dan pemerintahan turut berubah sejajar dengan polisi kolonial.

• Portugis:

✓ Tertumpu di Melaka (1511 – 1641).

✓ Portugis memperkenalkan sistem tulisan rumi.

✓ Wujud perkataan pinjaman. Contoh: jendela, almari, garfu, tuala, palsu.

✓ Kewujudan masyarakat Serani – hasil perkahwinan campur.


• Belanda:
✓ Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602 untuk
menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan cuba memonopoli bijih
timah di Negeri-Negeri Melayu.
✓ 1641 – Belanda menyerang Portugis di Melaka.
✓ Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian
London) pada tahun 1824.
✓ Kesan penjajahan Belanda - tinggalan binaan seperti bangunan Stadthuys, Melaka
dan Kota Belanda (Dutch Fort), Pulau Pangkor.

• Inggeris:
✓ Penjajahan British di Tanah Melayu telah memberikan pengaruh yang besar dalam
corak pentadbiran dan pemerintahan.
✓ Berlakunya penghakisan kuasa sultan dan pembesar.
✓ Sistem Residen mengambil alih kuasa sultan dan pembesar.
✓ Sultan hanya berperanan dalam hal ehwal agama dan adat.
• Sebelum kedatangan British, sistem politik tradisional adalah bercorak monarki -
diperintah oleh raja / sultan secara mutlak.
• konsep ini tidak lagi digunapakai pada hari ini kerana kekuasaan seseorang raja atau
sultan terikat dengan konsep raja berperlembagaan.
• Tuntasnya, pentadbiran British sedikit sebanyak mewarnai corak pentadbiran
Malaysia pada hari ini.
• Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini adalah tinggalan warisan
penjajahan British.
• Namun, Malaysia tidaklah mencetak sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun
mengikut kesesuaian semua masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana
tertakluk kepada konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai
asas kukuh sebuah negara iaitu Malaysia.
• Tuntasnya, pentadbiran British sedikit sebanyak mewarnai corak pentadbiran
Malaysia pada hari ini.
• Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini adalah tinggalan warisan
penjajahan British.
• Namun, Malaysia tidaklah mencetak sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun
mengikut kesesuaian semua masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana
tertakluk kepada konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai
asas kukuh sebuah negara iaitu Malaysia.
Kesimpulan
• Etika dan peradaban perlu dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian
pelajar bagi membentuk jati diri yang kukuh.
• Pendedahan terhadap konsep, pengaruh dan implikasi peradaban merupakan
langkah awal dalam memberikan kefahaman dan penghayatan terhadap etika
dan peradaban. Etika dan peradaban perlu dihayati dan diamalkan serta
menjadi budaya rakyat Malaysia.
• Etika dan peradaban Malaysia sentiasa mengalami evolusi dari era prakolonial
sehingga ke pasca kolonial.
• Pembentukan etika dan peradaban di Malaysia adalah melalui unsur-unsur
dalaman dan luaran.
• Unsur-unsur dalaman merupakan etika dan peradaban yang merangkumi adat
resam, budaya dan pembentukan sosial masyarakat setempat.
• Etika dan peradaban Malaysia juga dibentuk melalui pengaruh-pengaruh kuasa
asing iaitu dikenali sebagai unsur-unsur luaran dengan memberikan impak
yang besar terhadap pengamalan etika, aspek pentadbiran dan pemerintahan,
bahasa, struktur senibina serta budaya masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai