Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Deninisi Komunikasi Komunikasi adalah satu proses.

Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi sama ada secara langsung atau pun tidak langsung, sama ada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita sematamata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.

Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud. S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) menyatakan komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut. Dengan kesimpulannya , komunikasi boleh ditakrifkan sebagai proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.Ia juga

merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seeorang yang lain. 2.0 Komunikasi Interpersonal Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses

pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan.Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dikenali sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor, 1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000). 3.0Perkhidmatan perguruan Perkhidmatan perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia , masyarakat dan negara.Perkhidmatan perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakain kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional sep erti yan g digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancanga n M a l a ys i a K e - 9 .

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).

Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya.Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru.Persoalan sejauh manakah guru menguasainya adalah suatu yang subjektif walaupunterdapat kaedah-kaedah dan panduan tertentu yang boleh dipelajari serta rahsia-rahsiam e m b i n a k o n s e p k e n d i r i d a n i m e j . A b d u l l a h d a n A i n o n ( 2 0 0 2 ) m e n ya t a k a n , a n t a r a k e m a h i r a n a s a s i n t e r p e r s o n a l i a l a h k e m a h i r a n komunikasi , kemahiran mendengar , kemahiran b e r t a n ya dan

p e n a m p i l a n . .K e c e r d a s a n i n t e r p e r s o n a l m e r u p a k a n k e c e r d a s a n i n t e r a k s i sosial t e r m a s u k semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta

berkomunikasi dengan berkesan(Mok Soon Sang, 2004). Menurut nya lagi, kejayaan mencapai objektif kaunseling pula a d a l a h b e r g a n t u n g k e p a d a kecekapan individu, guru bimbingan menggunakan prinsip -prinsip psikologi perasaan empati,

khasnya

kemahiran

mewujudkan

m e m a h a m i perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar.Arkes (1982) menyatakan, definisi motivasi ialah those processes that influencethe arousal, strength or direction of behavior. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang p e l b a g a i m e n j a d i s a l a h s a t u f a k t o r ya n g m e m p e n ga r u h i m o t i v a s i p el a j a r , sa m a a d a b e r b e n t u k d a l a m a n a t a u p u n luaran dan menggerakkan pelajar bagi memulakan sesuatudan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan itu (Sarina dan Yusmini, 2007).Selain dari itu, kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai dikalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).Terdapat isu dan cabaran yang d i p e r b i n c a n g k a n u n t u k m e r e a l i s a s i k a n a r e n a p e n d i d i k a n d e n g a n j a ya n ya .

3.0 Kepentingan Komunikasi Interpersonal Dalam Perkhidmatan Perguruan Hubungan interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar dan juga dapat meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahanyang lebih harmoni (Sarina dan Yusmini, 2007). Menurutnya lagi, kemahiran hubungan interpersonal dapat membantu guru menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai d e n g a n t a h a p p s i k o l o g i p e l a j a r s u p a ya h u b u n g a n y a n g t e r j a l i n a n t a r a m e r e k a a d a l a h hubungan yang berkesan dan dapat membantu tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007), terdapat kajian menunjukkan apabila kita m e m b e r i u c a p a n , 5 5 p e r a t u s k o m u n i k a s i a d a l a h m e l a l u i k o m u n i k a s i b u k a n verbal. Keseluruhan ucapan dinilai daripada gerak badan. Oleh itu, antara kemahiran hubungan interpersonal ialah melalui komunikasi interpersonal. Menurut Abdullah dan Ainon (2006), seseorang individu itu

c e n d e r u n g memelihara konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Samaada konsep dirinya itu positif ataupun negatif, dia cenderung memelihara konsep dirinya.Inilah faktor yang menyebabkan konsep diri merupakan perkara yang stabil sepanjang h i d u p . A p a b i l a s e k a l i k o n s e p d i r i s u d a h t e r b i n a ,

bermakna

konsep

itu

c e n d e r u n g berkekalan. Maka, komunikasi yang

positif dari segi perkataan mahu pun bahasa badan guru berperanan penting membentuk personaliti serta konsep murid.Komunikasi dapat menjalinkan hubungan, mendapat respon, meningkatkan estim d i r i melalui penghargaan dan

p e n g h o r m a t a n , m e n d a p a t k a n m a k l u m a t , m e r a i h k e p e r c a ya a n , berkongsi danA i n o n , pasang daripada pengalaman 2002). serta mewujudkan pun, keseronokan (Abdullah ada

Bagaimana kerana

iklim

komunikasi

surutnya emosi

kebiasaannya belah pihak

komunikasi

datang

kedua-dua

u n t u k berkehendakkan

sesuatu. Apabila guru membuat kerja-kerjanya dengan hati yang reladan seronok, maka dia akan berkomunikasi secara positif kepada murid-muridnya. Begitu juga apabila emosi murid stabil mereka akan bercakap secara positif kepada guru mereka( J a s , 2 0 0 2 ) . J a s j u g a m e n ya t a k a n , p e r k e m b a n g a n p r o s o s i a l n ya t e r l e b i h d a h u l u t e l a h mempengaruhi dirinya yang kebiasaannya ia datang dari rumah dan membawa kesan-kesan psikologikal.K e p u t u s a n n y a , maka gurulah yang perlu

m e n j a d i p e r i n t i s d a n p e r m u l a a n mewujudkan iklim komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruan emosi dan tingkah laku di kalangan murid mereka.Keperluan psikologi murid yang pelbagai harus dipenuhi. Se bagai contoh estim diri yang diperlukan oleh murid dapat merasakan dirinya dihormati dan dikasihi olehsemua orang (Abdullah dan Ainon, 2003). Untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi, gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan,t e g u r a n , n a s i h a t d a n j a n g a n s e k a l i - k a l i s u k a m e m b u k t i k a n k e s a l a h a n ( H a b i b a h d a n Noran, 2002).Terdapat juga golongan yang menunjukkan amat berminat dengan diri sendiri dan sering bercakap saya..saya..saya..d a r i m u l a s e h i n g g a h a b i s . S e b a g a i g u r u ya n g b i j a k berkomunikasi ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap. Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Laluan giliran mereka bercakap h e n d a k l a h d i t u n j u k k a n m i n a t k e p a d a a p a ya n g s e d a n g d i p e r k a t a k a n . ( F a d z i l a h d a n Ahmad, 2007) Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi interpersonal, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid

semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 4.0 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi

penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Dapatan terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar , menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas , sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran dan membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas. 5.0 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar.

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya ,guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan, menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri , memberi arahan secara lebih positif, guru menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif. Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi interpersonal guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah guru mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid.Guru pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur.Guru sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid. Guru perlu menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran dan sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid.Guru juga perlu sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas. Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi interpersonal bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi interpersonal boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin.

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Semasa dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Kajian yang dibuat oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). 6.0 Kesimpulan Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI
1.Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP. 2.Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. 3.Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. 4.Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine. 5.Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 6.Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. 7.Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 8.Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. 9.Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. 10.Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu. 11.http://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_K em ahiran_Komunikasi.pdf 12.http://jurnal-sdm.blogspot.com/2010/01/komunikasi-interpersonal-definisi.html 13.http://eprints.uthm.edu.my/2178/1/Dr._Ahmad_Esa_3_%28FPT%29.pdf 14.http://sarjana.tripod.com/komunikasi3.html 15.http://zh.scribd.com/doc/28241768/Kemahiran-Interpersonal-Guru-Dalam-anPsikologi-Kanakkanak 16.http://smktunabdrazak.webs.com/apps/blog/entries/show/2948752-kemahiraninterpersonal

10

Anda mungkin juga menyukai