Anda di halaman 1dari 21

1.

Pengenalan

Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada


individu lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Pendidikan adalah suatu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang melibatkan perhubungan atau
komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti
seorang guru dengan pelajarnya atau seorang pengikutnya dengan ketuanya dan
seumpamanya. Tidak dapat dinafikan lagi peranan komunikasi dalam bidang
pendidikan memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran
berkomunikasi akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan
yang tersendiri. Mereka dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran berkomunikasi
merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian pelajar dan
mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka.
Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran
maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak
langsung akan mempengaruhi perkembangan fizika, sosial dan rohani manusia.
Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupan yang
perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan
perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah S.W.T.). Kemahiran komunikasi
amat penting dalam menghasilkan proses P&P yang berkesan dengan memberi
tumpuan terhadap eleman-eleman dan fungsi komunikasi dalam penyampaian
pengajaran. Kemahiran bukan sahaja dilihat dari aspek peyampaian pengajaran
1

semata-mata, tetapi kemahiran komunikasi juga dilihat dari aspek hubungan sosial,
peningkatan pengetahuan dan kepentingan hubungan interpersonal yang memberi
perhatian terhadap perkembangan emosi pelajar. Kemahiran komunikasi bukan
sahaja menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan
berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenalpasti tingkahlaku
pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan
kemahiran sosial dan emosi pelajar.
Melalui komunikasi yang berkesan, penekanan kepada aspek-aspek
kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan
mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan
kecemerlangan diri. Komunikasi yang berkesan sebenarnya memerlukan
kesungguhan, pengalaman dan minat terhadap profesion yang diamanahkan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada
program pendidikan guru untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha
pembangunan profesional guru dengan memberi penekanan terhadap kepentingan
kemahiran komunikasi bagi menghasilkan guru-guru yang cemerlang.

2.0

Definisi Kemahiran Komunikasi


2

Menurut Aziz dan Siti Sumaziana (2012), kemahiran komunikasi bermaksud


kebolehan kita untuk berinteraksi dengan orang lain sama ada dengan
menggunakan media perantara ataupun sebaliknya. Kemahiran ini juga
merangkumi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam
berkomunikasi dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Dalam
arus perkembangan dunia sekarang, aspek ini menjadi satu kemahiran asas yang
penting dan sememangnya wajib untuk dikuasai oleh setiap individu.
Menurut James A.F. Stoner dan Charles Wankel (1989), komunikasi ialah
satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang
dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang
digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan
perkataan

yang

melambangkan

atau

menyerupai

idea-idea

yang

dapat

menyampaikan maksudnya.
S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya, Communication in Business (1983),
mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat,
perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara
peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk
mencapai matlamat organisasi. Oleh kerana komunikasi amat penting dalam
kehidupan seharian, semua orang mesti mengetahui cara berkomunkasi yang
berkesan untuk menyakinkan orang lain tentang sesuatu perkara.
Emery, Ault dan Agee dalam Sulaiman Masri (1997) menyatakan
komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang
kepada seseorang. Menurut Sulaiman Masri (1997), beliau merumuskan bahawa
3

komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur


atau penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima
(pembaca atau pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas
(mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.
Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan idea dan
perasaan kepada pihak lain. Tanpa komunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan
daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin
mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka
bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki. Proses
komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh
mana-mana individu (Hashim, 2001).

3.0

Jenis-Jenis Komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu, komunikasi lisan dan bukan lisan. Contoh
komunikasi bukan lisan ialah komunikasi augmentatif dan alternatif yang diajar
4

oleh Guru Pendidikan Khas. Kemahiran komunikasi amat penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran kerana ia merupakan perkara yang afektif dalam
penyampaian ilmu kepada pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran komunikasi teruk (kecacatan fizikal), kemahiran komunikasi yang
sesuai digunakan oleh guru-guru Pendidikan Khas (PK) ialah komunikasi
augmentatif dan alternatif. Manakala, guru bagi pelajar yang normal dan tidak
mempunyai kecacatan fizikal pula perlulah menggunakan komunikasi lisan atau
komunikasi secara langsung. Proses pembelajaran amat memerlukan kemahiran
komunikasi. Terutamanya sekali bagi pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran komunikasi teruk.
Menurut Mahzan Arshad (2008) dalam Pendidikan literasi Bahasa Melayu
(m.s. 48), beliau menyatakan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja berkait
rapat dengan komunikasi lisan, tetapi juga komunikasi dalam penulisan. Aspek
penting yang perlu ditonjolkan dalam kemahiran komunikasi ialah berkomunikasi
dalam keadaan yang bersesuaian dengan konteks atau suasana,berkomunikasi
dengan sopan, menyampaikan pemikiran dan perasaan secara jelas dan tepat,
menyampaikan idea dengan yakin dan mengaplikasi tatacara komunikasi
intrapersonal dan interpersonal dengan baik. Di samping itu, para pelajar literasi
bahasa melayu juga haruslah menguasai kemahiran merancang, memilih dan
menyusun idea bagi penyampaian pelbagai bentuk lisan dan bertulis,
menggunakan tatabahasa yang baik ketika berkomunikasi, berkomunikasi dengan
wacana yang berkesan seperti menggunakan laras yang bersesuaian dan dapat
menggunakan bahasa yang tinggi dalam sesuatu komunikasi yang formal.
5

3.1

Komunikasi Lisan

Dalam Mohd Safiee Idris et al. (Okt. 2008), Pearson (2000) menyatakan kod
simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut
peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman
(2000) pula, komunikasi lisan ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang
berbual secara bersemuka. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
juga merupakan salah satu komunikasi lisan. Guru yang menggunakan komunikasi
lisan ini perlulah mengetahui kemahiran komunikasi dua hala yang betul dan
sebaiknya dengan pelajar. Hal ini demikian kerana, ilmu yang hendak disampaikan
akan mudah difahami oleh pelajar itu sendiri jika guru tersebut dapat
menyampaikan pengajarannya menggunakan kemahiran komunikasi yang
berkesan. Che Su dan Mohd Foad (1993), mengatakan untuk menjadikan
pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti
pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.

3.2

Komunikasi Bukan Lisan

Komunikasi tanpa lisan sangat perlu dalam usaha mencapai matlamat pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang baik. Hal ini demikian kerana, kajian yang telaah
dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd Foad,1993)
menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya
6

adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan
Mohd Foad, 1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang
disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan.
Selain itu, komunikasi bukan lisan ini bukan sahaja dilihat dari segi
komunikasi menggunakan isyarat malahan juga dari segi komunikasi visual.
Menurut Sulaiman (2002), komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut
budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu
adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain. Contoh
komunikasi menggunakan isyarat ialah gerakan anggota badan, memek muka,
bunyi atau sebarang rekabentuk yang luar daripada penggunaan biasa oleh sistem
bahasa yang formal. Komunikasi visual pula menggunakan gambar, lukisan atau
ilustrasi tertentu.

4.0

Jenis-jenis Kemahiran komunikasi

Howard Gardner (1983) telah memperkenalkan satu Teori Kecerdasan Pelbagai.


Terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard.
Antaranya ialah verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik,

muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Mengikut Gardner, kesemua


lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza.
Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya
dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang
lain-lainnya. Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan
menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa
setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Selain
itu, seorang guru dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menyeronokkan, serta meningkatkan
profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dalam P&P.

4.1

Kemahiran Komunikasi Interpersonal

Guru yang mengetahui kemahiran komunikasi dalam menghasilkan proses


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap unsure-unsur dan fungsi
komunikasi dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Kemahiran komunikasi bukan
sahaja dilihat dari sudut menyampaikan pengajaran semata-mata, tetapi kemahiran
komunikasi juga dilihat dari aspek hubungan sosial, peningkatan pengetahuan dan
kepentingan hubungan interpersonal terhadap perkembangan emosi pelajar.
Menurut Pearson (2000) dalam Mohd Safiee Idris et al. (Okt. 2008), pakar dalam
bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca
kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian
kepada kebanyakan masalah. Jesteru itu, kemahiran komunikasi bukan sahaja

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, malah ia turut digunakan dalam


menyelesaikan masalah.
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner, 1993) dalam Mohd Safiee
Idris et al. (Okt. 2008), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan
untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Kemahiran
interpersonal mempunyai enam kategori. Antaranya ialah keupayaan untuk
menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan
petunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Melalui interaksi
seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu
lain.

Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik boleh

menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Menurut Gardener (1993) dalam


Faridah dan Lilia (2002), kemahiran interpersonal adalah kebolehan untuk
berinteraksi dengan oran lain, memahami mereka dan member motivasi.
Menurut Faridah dan Lilia (2002) pula, dalam sesebuah sekolah guru perlu
berinteraksi sosial dengan pelajar dan rakan sekerja. Pengkaji melihat perkara ini
dari sudut pergaulan guru-guru dengan rakan sejawat, guru-guru dengan pihak
pengurusan, guru dengan pelajarnya dan guru dengan masyarakat. Menurut Mohd
Safiee Idris, Ashari Sikor, Siti Zahara Mohd Ariff, Mohd Zaid Mustafa, Ahmad
Rizal Madar dan Latifah Md. Ariffin (Okt. 2008), pengkaji menyatakan bahawa
peranan guru bukan sahaja mendidik malahan, guru juga membentuk pelajarnya
supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara iaitu selaras
dengan Falsafah Pendidikan Guru itu sendiri. Seorang guru yang mengetahui
kemahiran interpersonal dengan baik dapat membantu pelajarnya dalam
9

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar waktu kelas.


Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat membantu guru tersebut dalam
berinteraksi dengan orang di sekelilingnya.
Menurut Howard Gardner (1983) dalam Topik 5: Kemahiran Interpersonal
dan Intrapersonal, memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya
Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan
kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan
komunikasi. Terdapat beberapa aspek-aspek kemahiran interpersonal yang perlu
ada pada setiap individu. Antaranya ialah kepimpinan, jaringan perhubungan dan
kerja berpasukan. Sebagai pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli-ahlinya
perlulah mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai
karisma, kepakaran, kebolehan member arahan dan adanya suasana hormat
menghormati antara ahli. Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina
hubungan yang berkesan dengan orang lain. Bekerja dalam organisasi atau
berkumpulan memerlukan semangat kerjasama dalam kumpulan, menerima idea
orang lain, menggunakan pendekatan komunikasi di dalam pembelajaran dan
bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat kumpulan.
4.2

Kemahiran Komunikasi Intrapersonal

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami


dan mengenali diri sendiri (Topik 5: Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal).
Kemahiran intrapersonal amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana kemahiran ini membolehkan seseorang individu itu memahami diri mereka
10

sendiri. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri.
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk memperbaiki kemahiran
intrapersonal individu masing-masing. Antaranya ialah menilai kerja-kerja sendiri,
membuat penilaian diri tentang kelemahan dan kekuatan diri sendiri, membuat
refleksi diri dan sebagainya. Kemahiran intrapersonal ini merujuk kepada
keupayaan seseorang individu itu sendiri yang dapat menghargai diri dan
mengawal emosi diri dalam sesuatu situasi. Sebagai seorang pendidik yang
menginginkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka perlulah
mengetahui

kemahiran

intrapersonal ini supaya

proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.


Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu
kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan
mempunyai wawasan. Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat
menerima diri sendiri seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang
dirasakan jauh lebih baik darinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur
dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan
mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan (Topik 5:
Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal). Satu daripada emosi manusia yang
perlu dikawal ialah kemarahan. Marah adalah satu emosi yang normal, semua
individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi
oleh seseorang. Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan
11

pelajar dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan


teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan
sebagainya.

4.3

Kemahiran Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (komunikasi


bukan lisan)
Sebagai seorang guru, kemahiran komunikasi amat penting untuk mengajar

pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Guru Pendidikan Khas yang
mengajar pelajar yang bermasalah ini seharusnya didedahkan dengan kemahiran
komunikasi yang betul seperti komunikasi augmentatif dan komunikasi alternatif.
Komunikasi ini biasanya digunakan untuk membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran berinteraksi dengan persekitaran masing-masing. Menurut Noor Aini
Ahmad dalam Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif Dalam
Persekitaran Murid Bermasalah Pembelajaran Tanpa Komunikasi, rentetan
daripada peluang pendidikan yang dibuka luas kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran teruk, kemahiran prapertuturan wajar diangkat sebagai salah satu
daripada

kemahiran

bahasa

bagi

memastikan

murid-murid

bermasalah

pembelajaran teruk mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang diikuti.


Kedua-dua komunikasi ini adalah sangat penting sebagai seorang guru
Pendidikan Khas mengetahuinya. Hal ini adalah kerana, ia akan memudahkan guru
PK dapat menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Guru PK
juga perlu memikirkan alternatif lain jika mereka tidak dapat menguasai
kemahiran komunikasi dengan sebaiknya. Menurut kajian yang dibuat, Guru PK
12

yang

mengajar

dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran kurang didedahkan dengan pengajaran komunikasi augmentatif dan


alternatif. Menurut Franklin dan Beukelman (1991) dalam Noor Aini Ahamad,
komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai penndekatan komunikasi yang
boleh digunakan untuk membantu undividu yang mempnyai limitasi dalam
kebolehan berkomunikasi secara semulajadi.
Menurut kajian Okolo et al. (1993) dalam Noor Aini Ahmad mendapati
komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan berteknologi
rendah seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer. Pengajaran
menggunakan computer boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
pencapaian akedemik murid. Beliau menyatakan bahawa menggabungkan
komunikasi pertuturan serta bukan pertuturan ke dalam sistem komunikasi
augmentatif dan alternatif

lebih berkesan jika dimulakan seawal usia kanak-

kanak. Menurut Kaiser dan Grim (2006) dalam Noor Aini Ahmad Alat komunikasi
augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar, foto, garisan,
gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan, Pictures Exchange Communication System
dan alat bersuara mudah.
Guru juga boleh menggunakan bahasa simbolik ketika mengajar bahasa,
seperti membuat buku bergambar yang dapat membantu murid menjalani tugas
seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum, terdapat beberapa
kategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran, seperti
berteknologi tinggi dan bahan bercetak. Lynne Norazit dan Suad (2001) telah
menjalankan satu kajian berkaitan kesesuaian bahan bacaan untuk kanak-kanak.
13

Kajian ini dijalankan terhadap 100 orang kanak-kanak dalam tahun empat di tiga
buah sekolah di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan
ciri-ciri buku yang baik ialah buku yang mengandungi jalan cerita yang
menggembirakan, mudah, penerangan yang menarik, menggunakan bahasa mudah
dan berilustrasi.
Komunikasi augmentatif dan alternatif bagi tujuan pembangunan
berkomunikasi untuk individu yang mengalami masalah pertuturan yang teruk
tidak semudah yang disangka. Menurut Light et al. (1999) dalam Noor Aini
Ahmad, sekurang-kurangnya terdapat empat domain yang perlu diberi perhatian
apabila melaksanakan komunikasi augmentatif dan alternatif, iaitu (1) kemahiran
menggunakan bahasa asal dalam komuniti dengan kemahiran kod sistem
komunikasi augmentatif dan alternatif, (2) kemahiran teknikal menggunakan
sistem komunikasi augmentatif dan alternatif, (3) sosial dan (4) strategi.
Satu cara yang dapat membantu murid dalam membiasakan diri dengan
sistem ini ialah menggunakannya secara kerap dan diamalkan dalam kehidupan
seharian. Semua warga sekolah perlu memahami sistem yang digunapakai supaya
mereka dapat berinteraksi dengan murid-murid bermasalah pembelajaran teruk
tanpa komunikasi dengan lebih baik dan tanpa halangan. Guru-guru Pendidikan
Khas perlulah mengenal pasti perkataan-perkataan paling berfungsi bagi setiap
murid

bermasalah

pembelajaran

dan

menggunakan

kaedah

komunikasi

augmentatif dan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

14

4.3.1

Cadangan

Penambahbaikan

dalam

Kemahiran

Komunikasi

Augmentatif dan Alternatif


Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi
agak sukar berinteraksi dalam persekitaran mereka kerana kurangnaya pengajaran
komunikasi yang baik dan betul. Sebahagian kecil golongan murid minority ini
berinteraksi menggunakan bahasa isyarat mereka tersendiri (Noor Aini Ahmad,
2010) manakala yanag lain tidak boleh bertutur dan tidak mampu berinteraksi
dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Hal ini menyebabkan mereka sukar
berinteraksi dan membantaskan pergaulan mereka dengan orang lain di sekeliling.
Noor Aini (2010) mencadangkan pembentukan Program Kemahiran
Bahasa bagi murid-murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk apabila
guru menjalankan proses P&P. Program ini menitik beratkan kurikulum personel,
di mana setiap murid diajar mengikut tahap kebolehan dan keperluan masingmasing.

Bagi

mencadangkan

murid-murid
aktiviti

bermasalah

pertukaran

pembelajaran

gambar,

berfokus

teruk,

Noor Aini

kepada

kemahiran

prapertuturan dan menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif apabila


guru-guru mengajar kemahiran bahasa.
Selain itu, pengajaran kemahiran bahasa untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh dipertingkatkan dengan memberi
latihan kepada guru-guru, ibu bapa dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
berkaitan komunikasi augmentatif dan alternatif. Guru, ibu bapa dan PPM haruslah
mengetahui mengenai komunikasi augmentatif dan alternatif supaya dapat
15

mengajar murid-murid yang mempunyai masalah komunikasi teruk ini. Oleh itu,
murid-murid yang bermasalah pembelajaran komunikasi teruk dapat belajar
dengan lebih baik. Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati murid-murid
bermasalah pembelajaran teruk dapat belajar kemahiran bahasa dengan lebih baik
jika guru Pendidikan Khas menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan
seperti nyanyian dan secara bermain.
Seterusnya, pemilihan dan pengurusan isi kandungan serta pemilihan dan
pengurusan pengalaman belajar mengikut tahap kebolehan murid bermasalah
pembelajaran teruk dan keutamaan diberi kepada komunikasi augmentatif dan
alternatif. Menurut Taba (1962), guru boleh membantu murid belajar dengan lebih
baik jika kurikulum personal dirancang menerusi unit mendiagnosis, membuat
objektif khusus, memilih isi kandungan dan menyusun isi kandungan, memilih
pengalaman sedia ada, menyusun pengalaman sedia ada, penilaian dan semakan.
Oleh yang demikian, guru perlu menulis Rancangan Pendidikan Individu dan
menetapkan perkhidmatan pelajaran yang diperlukan bagi setiap murid bermasalah
pembelajaran teruk sama ada mereka boleh berkomunikasi atau sebaliknya.
Tambahan lagi, cadangan untuk menambahbaik kemahiran bahasa ialah
mengajar perkataan yang paling berfungsi dalam kehidupan seharian murid-murid
sama ada di rumah mahupun di rumah. Menurut Noor Aini Ahmad dalam
kajiannya (Penggunaan kemahiran Komunikasi Augemtatif dan Alternatif)
mencadangkan aktiviti sosial yang dapat membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran teruk tanpa komunikasi seperti memanggil nama kanak-kanak,
bermain dengan mereka supaya mereka mampu memesan makanan, menggunakan
16

tandas dengan betul dan menjalankan simulasi di bilik darjah. Di samping itu,
pengajaran kemahiran komunikasi menggunakan isyarat tangan dan gambar juga
membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid yang
tidak boleh bertutur.
Cadangan yang terakhir ialah guru-guru pendidikan khas perlulah
merancang dan menggunakan inventori perkataan berfungsi dalam pengajaran di
dalam kelas. Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati guru-guru
Pendidikan Khas telah berusaha untuk mengorganisasi keaksesan murid-murid
bermasalah pembelajaran dalam pendidikan berlandaskan asas kesetaraan dengan
orang upaya agar mereka tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan
umum. Kajian ini mendapati murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa
komunikasi boleh mendapat manfaat daripada sistem pelajaran yang diikuti jika
mereka dapat berinteraksi menggunakan inventori perkataan berfungsi mengikut
persekitaran. Inventori Cahaya tidak memfokus kepada aktiviti mengeja, membaca
suku kata atau mengenal huruf sebaliknya memberi tumpuan kepada gestur,
simbol dan gambar yang menjadi fokus dalam komunikasi augmentatif dan
alternatif.

17

4.0

KESIMPULAN

Kemahiran komunikasi dalam pendidikan amat penting kepada seorang guru. Hal
ini demikian kerana, kemahiran tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada diri
guru itu sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Guru perlulah menguasai
kemahiran komunikasi dengan sebaiknya supaya pelajar berasa situasi yang
menarik setiap kali pengajaran dan pembelajaran bermula. Bagi murid-murid yang
bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan, guru pendidikan khas perlulah
menguasai cara mengajar mereka bertutur dengan menggunakan cara yang betul.

18

Justeru, guru Pendidikan Khas dilihat wajar mencari jalan alternatif supaya
murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan mampu berinteraksi
dalam persekitaran menggunakan pendekatan lain seperti komunikasi augmentatif
dan alternatif. Walau bagaimanapun, terdapat juga guru pendidikan khas kurang
didedahkan dengan pendekatan penggunaan komunikasi augmentatif dan
alternatif. Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif yang melibatkan
pertukaran gambar, bahasa isyarat dan gestur dalam pengajaran boleh
dikembangkan menerusi siri latihan dan bengkel yang dijalankan secara formal.
Guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan. Oleh itu, guru
perlu mengetahui kemahiran-kemahiran komunikasi dalam pendidikan untuk
menjadikan suatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Bibiliografi
Asas Komunikasi. Diperoleh pada 23 March 2013 daripada
http://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/
asas_komunikasi.pdf

Aziz dan Siti Sumaziana (2012). Persepsi Bakal Guru Tentang Tahp Kemahiran
Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains
Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Science and Mathematics
Education, 6(6), 77-88.

Jamila K. A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa.


Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
19

Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Safiee Idris, Ashari Sikor, Siti Zahara Mohd Ariff, Mohd Zaid Mustafa,
Ahmad Rizal Madar dan Latifah Md. Ariffin (2008). Memberikan
pendapat yang bernas sebagai Sumbangan dalam perbincangan.Dalam
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Universiti
Teknologi Malaysia. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod dan Zahara Aziz (2012). Pengajaran
Kemahiran Komunikasi Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran
Teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(11), 11-18.

Noor Aini Ahmad. Penggunaan Komunikais Augmentatif dan Alternatif Dalam


Persekitaran Murid Bermasalah Pembelajaran Tanpa Komunikasi.
Diperolehi pada Mac. 23, 2013 daripada
http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p46.pdf

Topik 5: Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal. Diperolehi pada 23 Mac


2013 daripada http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF
2803/201208150656_Topik%205%20Kemahiran%20Interpersonal%20dan
%20Intrapersonal.pdf

Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan. Diperolehi pada


Mac.23, 2013 daripada http://eprints.utm.my/10998/1/Kemahiran
20

_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Keyakinan_Diri_Pelajar.pdf

21

Anda mungkin juga menyukai