Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

PENGENALAN

Komunikasi merupakan satu proses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Menurut
Gerbner, 1967, komunikasi boleh ditafsirkan sebagai interaksi sosial menerusi mesej. Selain itu,
komunikasi juga memberikan seribu kegunaan kepada si pengguna. Komunikasi berperanan penting
dalam kehidupan harian kita. Setiap manusia yang hidup akan menjalankan proses komunikasi
samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Terdapat pelbagai jenis fungsi komunikasi. Antaranya ialah sebagai penghubung


masyarakat,penentu agenda, pendidikan, dan juga bertindak sebagai pemujukan atau pembujukan.

1. PENGHUBUNG MASYARAKAT

Komunikasi telah banyak membantu masyarakat dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara mereka. Masyarakat yang dimaksudkan ialah mereka yang hidup berjiran, rakan sekerja,
rakan sekelas dan sebagainya. Komunikasi dapat menghubungkan masyarakat menerusi isu-isu yang
dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan masyarakat
berkenaan. Sebagai contohnya di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
rakyat berbilang kaum. Sudah pasti terdapat pelbagai isu dan perkara yang ingin dibincangkan antara
masyarakat seperti hari perayaan , Hari Malaysia dan banyak lagi. Malahan, melalui komunikasi juga
masyarakat dapat mengetahui adat dan budaya sesebuah masyarakat.

2. Penentu Agenda

Setiap komunikasi yang berlaku mempunyai agenda dan matlamat yang tersendiri yang ingin
disampaikan oleh seseorang. Sebagai contohnya, agen insurans. Matlamat atau agenda mereka ialah
ingin menarik perhatian pelanggan agar berminat terhadap perniagaan mereka. Oleh itu, mereka
akan menjelaskan agenda mereka agar difahami oleh si penerima.

Contohnya, sesebuah syarikat akan mengiklankan produk buatan syarikat mereka dengan

3. PENDIDIKAN

Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan . Melalui pendidikan,
masyarakat dapat mendapatkan informasi dengan lebih tepat dan jelas. Hal ini disebabkan,
komunikasi bertindak sebagai medium yang mendidik masyarakat tentang sesuatu bidang. Sebagai
contohnya GST(Goods & Services Tax). Terdapat ramai masyarakat yang tidak mengetahui apa itu
GST. Oleh itu, melalui komunikasi pendidikan yang diberikan masyarakat akan lebih memahami dan
jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku. Sebenarnya, pendidikan secara komunikasi ini lebih
mudah untuk difahami oleh masyarakat kerana ia bersifat mesra pengguna. Namun demikian
,terdapat juga pendidikan formal yang dijalankan menerusi media massa seperti rancangan
televisyen pendidikan, melalui internet dan sebagainya.
4. PEMBUJUKAN ATAU PEMUJUKAN

Menurut Berb(1960), komunikasi mempunyai tiga fungsi iaitu informasi, rekreasi dan juga persuasi.
Persuasi merupakan sebuah proses komunikasi dilakukan untuk mengajak, mempengaruhi dan juga
mengarah. Setiap mereka yang berkomunikasi hendaklah memiliki bakat dalam mempersuasi
seseorang. Sebagai contohnya, syarikat pengiklanan hendaklah mempunyai mereka yang berdaya
kreatif dalam menghasilkan iklan yang kreatif dan berkesan. Hal ini bertujuan dapat menarik
perhatian audians dan secara tidak langsung dapat memastikan audians memahami mesej yang
hendak disampaikan oleh pengiklan.

Anda mungkin juga menyukai