Anda di halaman 1dari 16

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGGALAK PELANCONGAN MALAYSIA,

SEMENANJUNG MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan terbaik di dunia.


Negara ini amat bertuah kerana mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum tetapi
masih boleh berkongsi budaya untuk hidup dalam satu negara dengan semangat 1
Malaysia. Di samping itu Malaysia juga dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan
yang lazat, gugusan pulau-pulau yang menarik dan tempat-tempat pelancongan
yang bertaraf dunia. Buktinya saban tahun statistik ketibaan para pelancong ke
Malaysia menunjukkan pergerakan yang positif. Badan yang diberi mandat
memancu industri ini agar lebih maju ialah Lembaga Pelancongan Malaysia atau
lebih dikenali sebagai Tourism Malaysia. Sehingga ke hari ini, Tourism Malaysia
terus menabur bakti dan ternyata masih berdiri teguh, kukuh serta terus didukungi
oleh sekelian warga pekerja dari pelbagai generasi. Jika dilihat dari satu sudut
interpretasi, ini pasti satu pencapaian yang berprestasi tinggi. Kejayaan demi
kejayaan yang diukir oleh entiti ini sememangnya wajar mendapat pengiktirafan oleh
semua pihak (Majalah Libur,2011). Warga kerja yang berkecimpung dalam industri
pelancongan perlu dijaga hak dan kebajikan mereka sejajar dengan bakti yang
ditabur kepada negara. Ironinya, masih terdapat sesetengah pihak yang tidak
menjaga kebajikan para pekerja pusat-pusat pelancongan yang beroperasi khasnya
di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu sebuah kesatuan sekerja telah ditubuhkan di bawah Ordinan


Kesatuan Sekerja 1959. Kesatuan yang dikenali sebagai Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan pada
tahun 1999. Kewujudannya adalah untuk mewakili warga kerja dalam industri
pelancongan di Semenanjung Malaysia. Objektif utamanya penubuhannya adalah
untuk menjamin hak dan kebajikan para pekerja yang menjadi duta kecil negara dari
kacamata para pelancong. Ianya adalah sejajar dengan pertambahan dan
kepelbagaian bidang kerja ekoran dengan peningkatan bilangan pelancong yang
datang ke Malaysia. Di mana peranan penting sesebuah kesatuan sekerja adalah
untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau konflik yang wujud dalam hubungan
perindustrian di antara majikan dengan pekerja. Dengan kata lain, sesebuah
kesatuan sekerja merupakan orang ketiga dalam konteks hubungan perusahaan
dalam sesebuah organisasi.

DEFINISI KESATUAN SEKERJA

Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, kesatuan sekerja boleh


ditakrifkan sebagai mana-mana kesatuan sekerja atau kesatuan yang didaftarkan di
bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran
kesatuan sekerja. Oleh itu sesebuah kesatuan sekerja bukan sahaja milik para
pekerja malah kesatuan kerja juga boleh dianggotai kesatuan majikan-majikan.
Walau bagaimanapun, di negara kita pihak majikan tidak menggunapakai istilah
kesatuan kerana ianya bercanggah atau bertentangan dengan peruntukan statut.
Lantaran itu pihak majikan kebiasaanya menggunakan perkataan persatuan untuk
kesatuan mereka.

SEJARAH PENUBUHAN

Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja 1995 mentakrifkan kesatuan sekerja


sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan
yang berada di Malaysia Barat, Sabah dan Serawak. Di mana lokasi para pekerja di
sesebuah organisasi mesti terletak di Malaysia Barat, Sabah atau Serawak atau
majikan-majikan yang mengambil para pekerja di Malaysia Barat, Sabah atau
Serawak.

Manakala menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula mendefinisikan


kesatuan sekerja sebagai mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan dengan
pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja, Jabatan Kesatuan Sekerja, Kementerian
Sumber Manusia. Justeru sesebuah kesatuan sekerja boleh terdiri daripada
kesatuan pekerja-pekerja di sesebuah organisasi atau sebuah kesatuan yang
dianggotai oleh majikan-majikan ( ILBS, 2001).

Oleh yang demikian, sesebuah kesatuan sekerja di Malaysia dapat


dikelasifikasikan kepada tiga (3) jenis utama yakni kesatuan sekerja sektor awam,
kesatuan sekerja sektor swasta dan kesatuan sekerja majikan. Kesatuan sekerja
sektor awam boleh dianggotai oleh kakitangan atau majikan yang berkhidmat di
sektor kerajaan, badan berkanun dan kerajaan tempatan. Kakitangan yang bertugas
di sektor awam hanya boleh menubuh dan menganggotai kesatuan dalam
kementerian, jabatan atau bidang pekerjaan yang serupa. Contoh kesatuan sekerja
di sektor kerajaan ialah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Manakala kesatuan sekerja sektor swasta merupakan sebuah kesatuan yang


bersifat kebangsaan atau bersifat kesatuan dalaman. Kesatuan yang bercorak
kebangsaan adalah mereka yang berada dalam tred[1] dan industri yang sama.
Sebaliknya kesatuan dalaman ialah sebuah kesatuan yang terdiri daripada
kakitangan yang bekerja di sesebuah organisasi. contohnya Kesatuan Sekerja
Pengangkutan (TWU), Kesatuan Kebangsaanb Pekerja-Pekerja Bank (NUBE),
Kesatuan Sekerja Pekerja Telekom (NUTE) dan lain-lain lagi.

Akhir sekali kesatuan majikan atau lebih dikenali sebagai peraturan. Akta
Kesatuan Sekerja memberi hak yang sama terhadap majikan untuk menubuh dan
menganggotai kesatuan sekerja majikan. Namun majikan tidak boleh menganggotai
kesatuan sekerja pekerja dan begitulah sebaliknya, pekerja tidak boleh
mengamggotai kesatuan sekerja yang anggotai oleh majikan atau kesatuan sekerja
majikan (ILBS,2001). Contoh kesatuan majikan ialah The Malayan Agricultural
Producer’s Association (MAFA).

Seterusnya berdasarkan kelasifikasi tersebut maka Kesatuan Pekerja-Pekerja


Lembaga Pelancongan Malaysia di Semenanjung Malaysia merupakan sebuah
kesatuan yang terletak di bawah kesatuan sekerja sektor swasta. Sebagai mana
yang dijelaskan sebelum ini, kesatuan sekerja pekerja merupakan sebuah organisasi
yang mewakili para pekerja dalam rangka kerja hubungan di antara pekerja dengan
majikan. Peranan utama sesebuah kesatuan sekerja ialah untuk mewakili dan
melindungi pekerja tanpa wujudnya diskriminasi serta memperjuangkan hak dan
keperluan ahli-ahlinya. Ringkasnya, penubuhan sesebuah kesatuan sekerja adalah
untuk menyelesaikan sebarang masalah pekerja dengan majikan jika berlaku konflik
atau perselisihan yang boleh memudaratkan kepentingan kedua-dua pihak. Di mana
kesatuan sekerja bertindak sebagai pernyataan terancang hak-hak utama para
pekerja bagi mengatur diri mereka, melindungi dan memajukan kepentingan mereka
melalui tindakan kolektif. Justeru, semakin ramai keanggotaan para pekerja dalam
sesebuah kesatuan menjadikan kesatuan tersebut semakin kuat dan berpengaruh.
Pepatah Melayu ada menyatakan “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Matlamat utama sesebuah kesatuan sekerja adalah untuk memelihara hak


dan kebajikan ahli-ahlinya disamping berperanan mewakili mereka sekiranya wujud
sebarang tindakan perusahaan dalam perhubungan antara majikan dengan pekerja
di sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, penubuhan sesebuah kesatuan
sekerja adalah ekoran daripada terbentuknya suatu masalah atau pertikaian yang
tidak dapat diselesaikan secara terus di antara majikan dengan para pekerja. Maka
sebagai satu kaedah penyelesaian jangka panjang para pekerja telah bersepakat
menubuhkan sebuah kesatuan sekerja sebagai wakil mereka untuk berunding
dengan pihak pengurusan. Selain berurusan secara terus dengan pihak pengurusan
sesebuah kesatuan sekerja juga berperanan untuk mengadakan perundingan
dengan pihak kerajaan seandainya mereka berdepan dengan suatu isu yang
memerlukan jawapan daripada mahkamah perusahaaan atau pihak kerajaan.
Sekiranya konflik tersebut dibiarkan berlanjutan tanpa adanya tindakan daripada
kesatuan sekerja atau organisasi tersebut tidak mempunyai kesatuan sekerja maka
dibimbangi isu tersebut menjadi semakin serius seperti satu wabak apabila ia mula
dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan atau dihebahkan kepada
masyarakat umum oleh media-media massa sama ada media elektronik atau media
cetak. Masalah utama yang timbul dikalangan pekerja-pekerja sektor pelancongan
ialah masalah tangga gaji mimimum, perlindungan insuran untuk pemandu-pemandu
pelancong sama ada pemandu bot pelancongan atau pemandu pelancong bagi
aktiviti lasak seperti meredah hutan, mendaki gunung, peminat hidupan liar,
penyelam scuba dan sebagainya, mereka juga berdepan dengan sikap majikan yang
mandang remeh atau mengambil sikap acuh tidak acuh aspek kesihatan dan
keselamatan pekerja-pekerja di sektor pelancongan seperti mereka yang berkhidmat
sebagai house kiping di hotel-hotel.
PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA

Nama kesatuan: Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Lembaga Penggalak


Pelancongan

Malaysia.

Alamat : Aras 6, No.2, Menara 1 (KPK), Jalan P5/6, Persint 5, 62200


Puterajaya,

Malaysia.

No Tel : 02-8891 8000

Fax : 03-8891 8999

Email : tm-union@gmail.com

OBJEKTIF

1. Melindungi kepentingan ahlinya.

2. Menjaga kebajikan para pekerja pusat-pusat pelancongan di


Semenanjung Malaysia.

3. Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan mereka.

4. Memperjuangkan hak dan keadilan para pekerja pusat pelancongan

5. Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh,


dan sebagainya.

6. Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan yang sah,


termasuk mogok atau piket di mana ianya tertakluk kepada peruntukan Akta
Kesatuan Sekerja 1959.
VISI

Matlamat Kesatuan Pekerja-Pekerja Penggalak Pelancongan Malaysia


adalah untuk mewujudkan suasana kerja yang konduksif untuk keselesaan para
pelancong dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajib dilawati
oleh setiap pelancong.

KEAHLIAN

Pada peringkat awal penubuhannya keahlian Kesatuan Pekerja-Pekerja


Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia ini berjumlah 57 orang. Namun
keahliannya semakin bertambah dari masa ke samasa. Contohnya pada tahun 2001
jumlah keanggotaan kesatuan ini adalah seramai 350 orang. Penubuhannya adalah
untuk mewakili pekerja-pekerja pusat pelancongan dan penggalak pelancongan
yang berada di Semenanjung Malaysia. Manakala pekerja-pekerja pusat
pelancongan di Serawak dan Sabah pula tidak berada di dalam kesatuan ini kerana
mereka tertakluk kepada akta kesatuan yang berbeza. Kesatuan sekerja ini diketuai
seorang ketua dan diikuti oleh beberapa orang pegawai sepertimana carta
organisasi kesatuan untuk pegawai-pegawai kesatuan sesi 2013-2015 (lampiran
disertakan).

PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA

Sesebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan perlu mendaftarkan penubuhan


mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber
Manusia, Malaysia. Oleh itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Penggalak Pelancongan
Malaysia di Semenanjung Malaysia juga mesti mendaftarkan penubuhan kesatuan
mereka dengan jabatan yang sama dan mengikut syarat-syarat yang telah
ditetapkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia telah


menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah kesatuan sekerja
yang mahu mendaftarkan penubuhan mereka. Lima(5) syarat tersebut ialah
permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli dalam
kesatuan mereka, sesebuah kesatuan sekerja mesti menggunakan borang
pendaftaran kesatuan yang telah ditetapkan dan perlu diserahkan bersama-sama
yuran atau fi yang ditetapkan, sesalinan peraturan kesatuan yang dicetak dan
ditandatangani oleh tujuh ahli tersebut perlu diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal
Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia,

Kesatuan sekerja pekerja-pekerja Lembaga Penggalak Pelancongan


Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 2000 . penubuhannya adalah
berdasarkan peraturan Ordinan Kesatuan Sekerja 1959. Pada peringkat awalnya
kesatuan mempunyai keahlian seramai 57 orang dan semakin bertambah dari masa
ke semasa. dengan jumlah keahlian pada tahun berikutnya berjumlah 350 orang.

SEBAB-SEBAB PENUBUHAN

Sesuatu konflik dalam hubungan perusahaan boleh wujud pada bila-bila


masa. Contohnya, konflik atau pertikaian dalam sesebuah industri terjadi disebabkan
oleh silap komunikasi, sikap semulajadi manusia yang mempunyai kehendak yang
tidak terbatas, sikap atau tindakan majikan yang memberi tekanan yang keterlaluan
kepada para pekerja, pengabaian hak dan kebajikan pekerja oleh sesebuah majikan
dan sebagainya. Pertikaian atau konflik di antara pekerja dengan majikan
merupakan sesuatu yang lumrah dalam sesebuah organisasi.

Pada umumnya terdapat tiga sebab utama penubuhan sesebuah kesatuan


sekerja oleh pekerja. Pertamanya, adalah motif ekonomi seperti sesuatu isu yang
melibatkan masalah gaji, pembayaran bonus dan juga elaun-elaun tertentu.
Penyertaan pekerja di dalam sesebuah kesatuan sekerja juga adalah disebabkan
mereka mahukan hak dan kebajikan mereka dilindungi. Umum mengetahui
sesebuah kesatuan mesti ditubuhkan berdasarkan undang-undang tertentu maka
sesebuah kesatuan itu sudah semestinyalah dilindungi oleh undang-undang yang
berkaitan dengan penubuhannya. Rasional penyertaan pekerja dalam kesatuan
sekerja ialah untuk mengelak diskriminasi majikan ke atas mereka, menghalang dari
amalan-amalan yang tidak adil seperti bias, pilih kasih, membezakan gaji di antara
pekerja kerana faktor agama, kaum, jantina dan sebagainya. Menurut Allen
Flanders, sesebuah kesatuan bertindak sebagai “watch dog” bagi ahli-ahlinya
daripada sebarang layanan yang tidak adil yang mereka terima daripada majikan
mereka (Marilyn Aminuddin, 1990).

Sebab ketiga penyertaan pekerja di dalam sesebuah kesatuan sekerja


adalah atas sebab-sebab sosial. Sebagaimana yang kita sedia maklum manusia
adalah haiwan sosial. Justeru, disebabkan keperluan sosial itulah para pekerja akan
menyertai sesebuah kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi yang mereka
bekerja. Antara sebab-sebab sosial tersebut ialah pengaruh rakan-rakan sekerja,
keinginan untuk berpesatuan, untuk status seperti mereka yang menjawat jawatan
tinggi dalam sesebuah kesatuan akan dipandang tinggi oleh rakan-rakan sejawatan
mereka.

Sebagaimana penubuhan kesatuan sekerja lain, kewujudan Kesatuan


Pekerja-Pekerja Lembaga Pelancongan Malaysia juga berperanan untuk menjaga
hak dan kebajikan ahli-ahli mereka. Dengan kata lain kesatuan sekerja ini bertindak
sebagai wakil kepada ahli-ahli kesatuan untuk menyuarakan pendapat, cadangan
dan juga bertindak sebagai peguam bela untuk terus membela nasib ahli mereka
secara konsisten dan berdasarkan undang-undang yang betul.

Seniman agung negara P.Ramlee ada menyatakan menerusi bait-bait


lagunya iaitu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Situasi yang
hampir sama berlaku dalam perhubungan pekerja dengan majikan di sesebuah
organisasi. Dalam kesibukan mereka bekerja untuk mencapai matlamat syarikat,
kewujudan suatu konflik atau perselisihan dalam perhubungan industri adalah
sesuatu yang lumrah (Maimunah Amunudin, 1992). Terdapat sesetengah isu yang
boleh diselesaikan dengan kadar segera dan ada juga isu yang tidak menemui jalan
penyelesaian. Lantaran itu sebagai alternatif penyelesaian konflik di antara mereka
maka sebuah kesatuan pekerja terpaksa diwujudkan. Kesatuan tersebut akan
memberi kekuatan kepada para pekerja dalam proses perundingan tawar menawar
dengan majikan mereka. Contohnya masalah kadar gaji yang tidak setimpal dan di
bawah tahap gaji mimimum merupakan permasalah utama yang berlanjutan hingga
ke hari ini.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, PEKERJA DAN KESATUAN
SEKERJA

Seterusnya seseorang pekerja, majikan dan juga kesatuan sekerja perlu


memainkan peranan masing-masing dari aspek hak dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka semua. Menurut Akta Perhubungan Perusahaan
1967, tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan memaksa, menghalang atau
melarang seseorang pekerja atau majikan dalam menjalankan hak-hak mereka
seperti hak untuk menubuh dan mengendali sesebuah kesatuan sekerja, hak untuk
berkesatuan dan hak untuk meyertai sebarang aktiviti-aktiviti yang sah yang
dianjurkan oleh kesatuan mereka. Justeru, Akta Perhubungan Perusahaan 1967
tidak membenarkan sebarang bentuk campur tangan sama ada dalam bentuk
kewangan, keanggotaan atau sebagainya oleh kesatuan majikan terhadap kesatuan
sekerja pekerja-pekerja mereka dan sebaliknya kesatuan pekerja-pekerja juga
ditegah untuk melakukan campur tangan ke atas kesatuan sekerja milik majikan
mereka.

ISU DAN PERMASALAHAN YANG WUJUD DALAM HUBUNGAN INDUSTRI

Terdapat beberapa isu atau pertikaian di antara majikan dengan para pekerja
di pusat-pusat pelancongan di Semenanjung Malaysia. Menurut Abdul Razak Omar
& Zainal Ariffin Ahmad (1999) di antara masalah yang terdapat dalam perhubungan
perusahaan di Malaysia ialah isu tangga gaji minimum, insuran berkelompok untuk
pekerja yang terdedah dengan risiko tertentu, masalah gangguan seksual, kepekaan
majikan terhadap sensitiviti agama, budaya dan adat resam masyarakat setempat,
isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dan sebagainya.

Sebenarnya isu penentuan tangga gaji minimum merupakan suatu isu yang
global di mana ia bukan sahaja terjadi di sektor industri pelancongan tetapi ia wujud
di seluruh negara dan di setiap bidang pekerjaaan (Akhbar Utusan Online,
29.08.2013). Dalam bidang pelancongan, kebanyakan majikan meletakkan gaji
minimum seseorang pekerja terutama bagi pekerja am di bawah tahap gaji minimum
yang ditetapkan oleh kerajaan dan ianya tidak sama di setiap majikan. Contohnya,
gaji pekerja am di pusat-pusat pelancongan di Kelantan tidak sama dengan gaji
yang di bayar oleh majikan untuk pekerja am di pusat-pusat pelancongan di
Terengganu dan di negeri-negeri lain. Pelbagai rayuan telah dikemukan kepada
pihak majikan masing-masing tetapi tidak diendahkan. Situasi ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati pekerja-pekerja. Oleh itu mereka telah bertindak untuk
menubuhkan sebuah kesatuan sekerja yang akan bertindak menyuarakan pendapat
mereka.

Selain daripada isu pembayaran gaji minimum, pekerja-pekerja di pusat-


pusat pelancongan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia juga berhadapan
dengan masalah keenganan pihak majikan untuk melindungi pekerja-pekerja
mereka yang terdedah dengan risiko ketika menjalankan rutin tugasan mereka. Di
antara bentuk pekerjaan yang berisiko tinggi ialah pemandu bot pelancong,
pemandu van pelancong, pemandu pelancong untuk aktiviti ekstrem atau lasak
seperti mendaki gunung, meredah hutan, penyelam skuba dan sebagainya.
Memikirkan dengan risiko yang bakal dihadapi dan minat mendalam terhadap
pekerjaan mereka maka para pekerja pusat pelancongan telah sebulat suara
membangkitkan isu tersebut kepada majikan mereka sekali lagi setelah suara
mereka tidak didengari oleh majikan masing-masing. Dengan bergabung tenaga dan
dengan bilangan mereka yang ramai maka mereka yakin suara mereka akan
didengari apabila mereka menyertai Kesatuan Pekerja-Pekerja Penggalak
Pelancongan Malaysia. Para pekerja yang sentiasa berdepan dengan risiko ketika
menjalankan tugas merasakan sudah tiba masanya pihak majikan menjaga
kebajikan mereka dengan mewujudkan satu insuran berkelompok khas bagi para
pekerja yang terdedah dengan risiko kehilangan nyawa.

Selain itu terdapat satu lagi masalah yang sudah lama berlaku tetapi
disebabkan perasaan malu dan kerana bimbang dengan persepsi yang pelbagai
daripada masyarakat luar dan rakan sejawatan maka mereka yang menjadi mangsa
ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri. Namun apabila isu seumpama ini
telah diketengahkan oleh pihak kerajaan maka satu demi satu kejadian telah dibawa
kemuka pengadilan. Masalah gangguan seksual yang menjadikan para pekerja hotel
dan para pekerja pelancongan sebagai mangsa bukanlah suatu isu baru dan ianya
bukan hanya menjadikan golongan hawa sebagai mangsanya tetapi terdapat juga
dikalangan pekerja lelaki di industri pusat-pusat pelancongan yang telah menjadi
mangsa ganguan seksual. Isu yang mengejutkan banyak pihak ini bukan hanya
dikatakan dilakukan oleh para pelancong asing tetapi mereka juga mendakwa turut
diperlakukan oleh pelancong tempatan dan oleh majikan mereka sendiri. Oleh yang
demikian dengan penubuhan Kesatuan Pekerja-Pekerja Penggalak Pelancongan
Malaysia yang beroperasi di Semenanjung Malaysia ini bertepatan dengan masa
dan isunya. Harapan para pekerja adalah agar kesatuan tersebut mampu
menangani masalah kritikal yang melanda mereka yang berkecimpung dalam
industri pelancongan negara. Sekiranya mereka yang menjadi mangsa tidak
menyertai kesatuan ini maka sudah tentu suara mereka tidak diendahkan oleh pihak
majikan kerana suara mereka yang bergerak secara individu adalah kecil. Justeru
mereka telah memilih untuk mejadi ahli kesatuan seupaya suara mereka dapat
didengari, mereka yang menjadi mangsa juga tidak diperlekehkan dengan pelbagai
cara dan mangsa juga tidak akan dimomokkan dengan bermacam-macam alasan
(Akhbar Metro online, 2012).

Masalah keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja juga tidak


kurang pentingnya. Pekerja-pekerja pusat pelancongan terutamanya “house
keeping” adalah terdedah secara langsung dengan penggunaan bahan kimia ketika
menjalankan tugas harian. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan-bahan yang
mereka gunakan seharian sedikit sebanyak memberi kesan terhadap isu
keselamatan dan kesihatan mereka (Kementerian Sumber Manusia, 2013). Isu
keselamatan dan kesihatan ini juga terjadi kepada pemandu bot pelancongan,
pemandu van pelancongan, dan pemandu pelancong yang terlibat dengan program
aktiviti ekstrem. Isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja atau lebih
dikenali sebagai OSHA ini sering kali diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Akhir sekali masalah yang sering berlaku ialah ketidakpekaan majikan


terhadap sensitiviti agama, budaya dan adat resam masyarakat setempat. Majikan
terutama dari kalangan warga asing kebiasaannya tidak mempedulikan masalah
tersebut. Contohnya pengusaha pusat-pusat pelancongan di pulau-pulau peranginan
seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan sebagainya
menyediakan minuman keras dan menganjurkan parti liar yang mengganggu bukan
hanya masyarakat setempat tetapi dikalangan pekerja mereka sendiri. Isu terbaru
ialah terdapat majikan di sebuah pusat pelancongan di Johor telah menjadikan surau
untuk penganut agama Islam sebagai tempat penyebaran dan tempat ibadat agama
Budha (Sinarharian,14 Ogos 2013).
BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN YANG DILAKSANAKAN

Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang amat sukakan kedamaian dan


menolak sebarang bentuk amalan kekerasan. Malah kemerdekaan negara juga
adalah hasil daripada proses rundingan dan bukanlah daripada peperangan atau
sebarang bentuk pertumpahan darah. Oleh yang demikian, para pekerja telah
mengadakan beberapa siri proses rundingan dengan majikan mereka berhubung
dengan masalah dan konflik yang melanda mereka.

Proses rundingan dipilih kerana para pekerja merasakan mereka perlu


menghormati majikan mereka. Di samping itu ketiadaan tokoh-tokoh yang
berwibawa dan berpengaruh di kalangan para pekerja di sesebuah pusat
pelancongan juga menyebabkan mereka memilih kaedah rundingan untuk
menyelesaikan masalah dalam hubungan perusahaan dengan majikan mereka.
Sebagaimana penubuhan kesatuan sekerja lain, kewujudan Kesatuan Pekerja-
Pekerja Lembaga Pelancongan Malaysia juga berperanan untuk menjaga hak dan
kebajikan ahli-ahli mereka. Dengan kata lain kesatuan sekerja ini bertindak sebagai
wakil kepada ahli-ahli kesatuan untuk menyuarakan pendapat, cadangan dan juga
bertindak sebagai peguam bela untuk terus membela nasib ahli mereka secara
konsisten dan berdasarkan undang-undang yang betul.

SEJAUHMANA KEJAYAAN RUNDINGAN

Walau bagaimanapun, disebabkan suara para pekerja yang sedikit maka


proses rundingan dan tuntutan mereka itu gagal. Majikan telah memanipulasi para
pekerja mereka dengan pelbagai momokan sehingga mempengaruhi tuntutan
mereka. ketiadaan pengaruh dan kredibiliti di kalangan para pekerja juga menjadi
peyumbang kegagalan proses rundingan mereka dengan pihak majikan.
KESAN DARI KEGAGALAN RUNDINGAN

Ekoran daripada kegagalan tersebut dan bentuk masalah yang hampir sama
di kalangan pekerja-pekerja pusat pelancongan di Semenanjung Malaysia telah
mendorong para pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja agar suara mereka
didengari oleh pihak majikan. Justeru pada tahun 1999 Kesatuan Pekerja-Pekerja
Penggalak Pelancongan telah ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib ahli-ahli
mereka dan para pekerja pusat pelancongan secara umumnya.

Tindakan awal pihak kesatuan adalah mengadakan rundingan dengan


majikan. Dan sekiranya proses rundingan tersebut juga menemui kegagalan maka
beberapa tindakan perusahaan boleh dilakukan terhadap pihak majikan sejajar
dengan peruntukan undang-undang yang sah. Di antara tindakan perusahan yang
menjadi pilihan utama kesatuan sekerja ialah untuk mengadakan piket. Seksyen 40
Akta Perhubungan Perusahaan memberi keizinan kepada para
pekerja melancarkan piket di tempat kerja atau di kawasan yang berhampiran
dengan tempat kerja dengan syarat ia dilakukan secara aman.

Objektif utama piket ialah untuk memberi maklumat kepada masyarakat


umum dan pihak majikan khasnya tentang konflik yang sedang melanda mereka. Ia
juga adalah satu kaedah untuk meraih simpati masyarakat umum di samping
menarik sokongan daripada para pekerja lain. Interpretasi pekerja daripada tindakan
piket ini ialah ia akan memalukan majikan. Oleh itu pihak majikan lazimnya akan
menyetujui untuk diadakan proses rundingan seterusnya untuk menyelesaikan
masalah di kalangan mereka.

Namun, sekiranya tindakan piket tidak diendahkan oleh pihak majikan maka
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan ahli-ahli kesatuan untuk
melancarkan tindakan yang lebih keras iaitu mogok. Tindakan perusahaan ini
bermaksud memberhentikan kerja secara keseluruhannya dengan hasrat untuk
menghadkan atau melambatkan proses produktiviti. Walau bagaimanapun, tindakan
mogok tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, ianya perlulah
mengikut garis panduan mogok sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Akta
Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja.
Sekiranya kedua-dua tindakan perusahaan tersebut juga gagal maka sebagai
langkah terakhir pihak kesatuan sekerja boleh mengfailkan tuntutan mereka ke
Mahkamah perusahaan.

KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis


kebudayaan, kepelbagaian kaum, agama dan adat resam. Malah Malaysia cukup
bertuah kerana terletak digarisan khatulistiwa menyebabkan negara kita diselimuti
dengan pelbagai fauna dan flora yang sesetengahnya amat jarang dijumpai di dunia.
Di sebabkan faktor tersebut dan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta
prasarana menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajib untuk dilawati
oleh pelancong asing. Namun pihak majikan dan para pekerja juga perlu mengambil
ikhtibar dan pedoman untuk tidak mencacatkan keindahan negara kita dari kaca
mata pelancong dengan pelbagai masalah. Justeru dengan adanya Kesatuan
Pekerja-Pekerja Penggalak Pelancongan Malaysia ini adalah diharapkan ianya
dapat memain peranan dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan masalah dan
kemelut yang melandan majikan dan ahli-ahli mereka. Dengan adanya kesatuan
sekerja ini proses transformasi pelancongan negara dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan slogan keramat “pelancong didahulukan, pencapaian diutamakan”
dapat direalisasikan.
Bibliografi

Abdul Razak Omar,& Zainal Ariffin Ahmad.(1999). Perhubungan Industri di


Malaysia. Kota

Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

ILBS. (2001). Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Kuala Lumpur: International


Law Book

Services.

ILBS. (2001). Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) & Peraturan-
Peraturan. Kuala Lumpur:

International Law Book Services.

Maimunah Aminudin. (1992). Human resource management. Kuala Lumpur: Fajar


Bakti

Mariln Aminuddin. (1990). Malaysian industrial relations. Singapore: McGraw-Hill

Laman Sesawan

Akhbar myMetro online,2012 capaian pada 28.10.2013 di http://www.hmetro.com.my

Akhbar sinarharian online, 14 Ogos 2013 capaian pada 28.10.2013


di http://www.sinarharian.com.my
Akhbar utusan online, 20.08.2013 capaian pada 28.10.2013
di http://www.utusan.com.my

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia,


capaian pada

28.10.2013 di http://www.dosh.gov.my

Anda mungkin juga menyukai