Anda di halaman 1dari 25

VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM DENGAN


KEPUJIAN - BPM (HONS) SEMESTER OKTOBER 2015/2016

VKMB 2031
PEMBANGUNAN MASYARAKAT 3

KERTAS KERJA
PROGRAM TUNJUKKAN KASIH HULURKAN SAYANG
(TULUS)
BERTEMAKAN
“SETULUS KASIH SEIKHLAS SAYANG”
BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN
ULU KINTA PERAK

0
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

1.0 PENGENALAN
Program yang ingin dilaksanakan ini adalah merupakan satu program pembangunan
masyarakat bagi para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian - Bpm (Hons)
di bawah Program Pengajian Jarak Jauh Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (Pace) Universiti
Utara Malaysia Pusat Pembelajaran Ipoh Perak.
Program ini dinamakan Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS) bertemakan “Setulus
Kasih Seikhlas Sayang” yang akan dilaksanakan di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak bertujuan
untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim dan kasih sayang serta kecintaan kepada warga
emas dengan para pelajar peserta program. Sesungguhnya budi dan jasa serta pengalaman mereka
tidak pernah dilupakan oleh generasi kini. Adalah diharapkan dengan kehadiran kami dapat saling
berkongsi pengalaman yang dilalui dengan mereka akan memberikan kesedaran kepada mereka
bahawa masyarakat seperti kami masih menerima mereka di dalam kehidupan khususnya bagi
golongan warga emas yang perlu diberi bantuan, semangat dan sokongan untuk meneruskan sisa-sisa
kehidupan mereka. Selain itu juga diharap dapat membantu golongan warga emas ini menjalani
kehidupan mereka sepanjang usia di Rumah Seri Kenangan dengan lebih tenang dan bermanfaat.
Warga Emas harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang
bernasib baik kerana sesetengah daripada mereka telah dibuang keluarga dan di hantar ke rumah
warga emas. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan tidak
mempunyai tempat tinggal serta menjadi gelandangan. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar
bagi kami menjalankan program ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi melengkapkan pembelajaran pelajar-pelajar
yang terlibat dengan memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar-pelajar bagi mengurus,
merangka, melaksana dan mendokumentasi sesuatu projek dengan sempurna dan jayanya.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar cara untuk
menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan sebagai persediaan menjadi pemimpin masyarakat pada
masa hadapan sesuai dengan peningkatan status pendidikan mereka.
Sehubungan itu, program ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan, meningkatkan
kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat (pelajar) serta dapat
memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat menimbulkan rasa
ingin berbakti dan juga bertanggungjawab kepada masyarakat di dalam diri pelajar itu sendiri.

1
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

2.0 OBJEKTIF
Objektif utama program ini ialah :

2.1 Memberi semangat kepada warga emas dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna
serta membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat masih menghargai dan tidak pernah
melupakan jasa dan pengorbanan mereka.

2.2 Membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif serta menanam sifat kasih sayang dan
sifat tolong-menolong didalam diri setiap insan yang berguna pada masa akan datang.

2.3 Menjadikannya sebagai satu amalan hidup sebagai kesedaran tentang tanggungjawab kepada
masyarakat.

2.4 Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain dalam proses
pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan
jalinan ikatan silaturrahim.

2.5 Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang proses pelaksanaan sesuatu
projek bermula dari percambahan idea, penghasilan kertas kerja sehinggalah selesai sesuatu
program bagi menjamin kualiti program yang dilaksanakan tersebut.

2.6 Sebagai satu titik permulaan perhubungaan di antara Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara
Malaysia bagi kesinambungan kerjasama sosial pada masa hadapan.

2
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

3.0 TUJUAN
Program yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar
tentang konsep pembangunan masyarakat dengan melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada
masyarakat dengan sumbangan amal bakti dalam konteks pertolongan sosial (social help) kepada
masyarakat dan negara.
Tambahan lagi aktiviti kebajikan masyarakat ini menjadi tanggungjawab masyarakat setempat
supaya tiada rakyat Malaysia yang disisihkan tanpa pembelaan dan bimbingan daripada pihak
berwajib. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai jati diri,
bersifat insaniah, bertanggungjawab, berkemahiran, kepakaran dan bijak menggunakan peluang yang
diberi bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat dan negara.
Penghasilan kertas cadangan ini dapat memberi gambaran tentang bentuk khidmat bimbingan
pengetahuan yang akhirnya dapat memberi kesedaran yang tinggi kepada kumpulan sasaran.
Pada akhir projek ini adalah dapat diharapkan:

3.1 Memupuk silaturahim, kasih sayang dan meningkatkan semangat tolong menolong dan kecintaan
kepada institusi masyarakat yang terpinggir dan mungkin telah dilupakan.

3.2 Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian dan menjadi tuntutan
setiap agama untuk melakukan perkara amal kebajikan yang dianggap jariah dan mendapat
pahala daripada tuhan sekiranya perbuatan tersebut adalah berlandaskan kepada kejujuran dan
keikhlasan.
3.3 Mewujudkan gaya hidup sihat dan positif yang menjadi panduan kepada rutin kehidupan
masyarakat seterusnya melahirkan masyarakat yang dapat manjadi pemimpin yang berjasa
kepada Negara kelak.
3.4 Meningkatkan keprihatinan kepada keperluan pembangunan masyarakat terutama dalam konteks
pembangunan modal insan yang memerlukan bantuan dari segi tunjuk ajar, panduan kepada pola
kehidupan harian yang sempurna kearah mencapai matlamat negara yang harmoni dan sejahtera
sesuai dengan prinsip Rukun Negara.
3.5 Bertindak sebagai agen kolaborasi sosial antara universiti dan insitusi sosial ke arah mencapai
matlamat kesejahteraan negara melalui pelaksanaan projek ini.

3
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat seperti berikut :

4.1 MATLAMAT UMUM


4.1.1 Mengeratkan silaturahim antara pelajar, masyarakat dan golongan warga emas.
4.1.2 Memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan dan mengetahui secara jelas tentang
pelaksanaan program ini yang banyak mendedahkan tentang kepentingan semangat tolong
menolong, bekerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan
khidmat masyarakat.
4.1.3 Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib
baik dan terpinggir.
4.1.4 Menanam sifat saling menghargai dan hormat menghormati di antara masyarakat dan warga
emas.
4.1.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui
observasi terhadap golongan warga emas.
4.1.6 Mengembirakan golongan orang tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
4.1.7 Mempraktikkan „Komunikasi Interpersonal‟ dalam suasana mencabar di mana kumpulan
sasaran adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-
masing, tidak ada waris, sakit dan terlantar serta tidak berupaya dari segi fizikal dan juga
mental.
4.1.8 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang golongan yang terpinggir ini tidak tertumpu
kepada sesuatu kelompok sahaja tetapi mempunyai tanggungjawab sosial dan kebajikan
dengan cara cuba mendekati dan memahami golongan tersebut iaitu warga emas.
4.1.9 Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan
pertolongan sosial (social help) terhadap golongan yang memerlukan.
4.1.10 Sebagai agen kepada kerajaan dalam menjalankan aktiviti/program kemasyarakat dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran tentang apa yang
berlaku dan situasi semasa masyarakat tersebut.

4
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

4.2 MATLAMAT TEKNIKAL


4.2.1 Mengetahui secara jelas tentang pelaksanaan program ini yang banyak mendedahkan tentang
kepentingan semangat tolong menolong, bekerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada
golongan yang memerlukan khidmat masyarakat.
4.2.2 Memberi pendedahan dan kefahaman tentang proses menolong golongan sasaran supaya
mereka tidak dipinggirkan dan disisihkan untuk menjalani kehidupan harian dengan sempurna.
4.2.3 Meningkatkan pengetahuan dan melihat cara untuk menyalurkan bantuan kepada golongan
sasaran.

4.3 MATLAMAT PELAKSANAAN


4.3.1 Kumpulan sasaran pertama – Warga Emas di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak.
4.3.2 Seramai 250 orang yang terdiri daripada 180 orang penghuni lelaki dan 80 orang penghuni
wanita yang diketegorikan kepada yang boleh berdikari, tidak boleh berdikari, terlantar dan
juga bermasalah kurang daya ingatan.
4.3.3 Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam penglibatan bersama masyarakat dalam
aktiviti/program pembangunan masyarakat.
4.3.4 Untuk meningkatkan prestasi dan sahsiah diri yang positif dan sentiasa mengamalkan gaya
hidup sihat, sentiasa bersyukur dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira
status.
4.3.5 Bersama membantu menjalankan program yang memberi banyak kesan positif dalam
kehidupan seharian.
4.3.6 Untuk meningkatkan keyakinan diri golongan warga emas ini supaya tidak terasa terpinggir
dan masyarakat di luar sana masih mengambil berat dan sudi berkongsi kasih sayang bersama
mereka.
4.3.7 Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira jurang atau taraf.

4.4 MATLAMAT EKONOMI


4.4.1 Membantu pihak berkaitan memberi maklumat, panduan dan kesedaran kepada masyarakat
dalam menaikkan semangat, memberi penghargaan dan memberi sokongan kepada warga emas
dalam menjalani sisa-sisa kehidupan.
4.4.2 Mengadakan satu program bersepadu dengan agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan
sosial kepada masyarakat tanpa memerlukan kos kewangan yang tinggi namun pengurusan
yang baik ditekankan antara satu jabatan dengan jabatan untuk menyalurkan perkhidmatan
tersebut kepada golongan sasaran.

5
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

5.0 SKOP
Tumpuan kepada skop adalah seperti berikut:

5.1.1 Melahirkan kesedaran dan sikap ingin menolong dalam diri pelajar.
5.1.2 Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kebajikan mereka dan tanggungjawab kita
terhadap golongan warga emas.
5.1.3 Meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab kepada golongan sasaran iaitu
masyarakat agar saling membantu mereka yang memerlukan tidak tertumpu pada bantuan
wang ringgit akan tetapi sokongan moral dan sokongan bantuan yang dihulurkan oleh pelajar
dan lain-lain agensi.

6.0 PUNCA MAKLUMAT


6.0.1 Tontonan dan bacaan mengenai sumbangan dan derma kepada golongan ini melalui media
massa dan media elektronik meningkatkan kesedaran dan tangunggjawab kepada golongan
sasaran.
6.0.2 Penerangan daripada kakitangan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
6.0.3 Lawatan ke lokasi di mana Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta ini dibina.

7.0 KEADAAN SEMASA


7.0.1 Maklumat dan informasi yang diperolehi melalui media massa dan media elektronik tentang
golongan ini meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab kami kepada golongan sasaran
iaitu golongan warga emas. Tambahan lagi kita sebagai ahli masyarakat yang mempunyai
tanggungjawab sosial ini patut menghulurkan bantuan kepada mereka agar mereka tidak terasa
seperti dipinggirkan dan terbuang terus oleh ahli masyarakat.
7.0.2 Menurut kakitangan Rumah seri Kenangan Ulu Kinta kebanyakan warga emas ini tidak
mempunyai waris, hidup sebatang kara dan ada juga yang telah dibuang oleh ahli keluarga
mereka sendiri sehingga ada yang hidup merempat, tidur di kaki lima, menjadi pengemis dan
menjadi gelandangan.
7.0.3 Ada juga yang dihantar ke Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta ini atas kerelaan sendiri kerana
tidak mempunyai waris untuk menjaga mereka. Terdapat juga warga emas yang dihantar ke
sini kerana waris tidak mampu untuk menanggung dan menyara hidup mereka kerana mereka
sendiri pun hidup susah.

6
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

7.0.4 Selain itu, anak-anak dan waris yang sebuk bekerja untuk mencari rezeki dan menguruskan
kehidupan dan keluarga masing-masing tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk
menjaga warga emas ini menyebabkan mereka dihantar ke Rumah Seri Kenangan ini.
7.0.5 Mereka perlu dibantu dan ditingkatkan dari segi jasmani dan rohani supaya dapat menjalani
kehidupan dengan ceria dan bersemangat.

8.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN


Program pembangunan masyarakat yang mensasarkan kepada golongan warga emas ini
menerapkan nilai kemanusiaan dan perasaan ingin membantu serta saling menghargai di kalangan
pelajar universiti terutamanya pelajar Program Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia ini sendiri di
samping melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum agar menjadi
contoh dan inspirasi kepada warga Universiti Utara Malaysia yang lain. Program ini tidak tertumpu
pada pelajar universiti sahaja malah seluruh masyarakat khususnya golongan warga emas sendiri
mendapat manfaat kerana mereka adalah golongan sasaran.
Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS) bertemakan “Setulus Kasih Seikhlas
Sayang” ini bermatlamat untuk memberi peluang para pelajar Program Jarak Jauh Universiti Utara
Malaysia untuk menaburkan bakti dengan mendekatkan diri mereka bersama-sama mereka dengan
melalui pengalaman, menyelami perasaan suka dan duka bersama-sama mereka.
Dengan adanya sesi beramah mesra serta aktiviti bersama penghuni dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim. Di samping itu, aktiviti senamrobik, sukaneka dan gotong royong diantara
pelajar dan penghuni juga dapat meningkatkan penglibatan golongan ini kepada masyarakat.
Selain itu sumbangan berbentuk kata-kata semangat, dorongan dan juga peralatan serta
makanan juga dapat mengambarkan masyarakat masih menyayangi mereka dan mengambil berat
terhadap kebajikan mereka.

7
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

9.0 PERANCANGAN PROGRAM


9.1 ANJURAN

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian - Bpm (Hons) di bawah Program
Pengajian Jarak Jauh Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (Pace) Universiti Utara Malaysia.

9.2 TARIKH DAN MASA

Program dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 17 Disember 2016 (Hari Sabtu)

Masa : 08.00 Pagi – 01.00 Petang

* (Rujuk Aturcara Program)

9.3 TEMPAT

Dewan Serbaguna
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
(Jabatan Kebajikan Masyarakat )
31250 Tanjung Rambutan Perak

9.4 TETAMU JEMPUTAN DAN VIP :

1. Penguasa RSK Ulu Kinta – YM Tn Hj Raja Khalid Bin Raja Ahmad


2. Penyelaras Program Pembangunan Masyarakat UUM –En Shahrol Aman B Ahmad
3. Pengarah PACE UUM – Prof. Madya Dr Fairol B Halim
4. Penyelaras PACE UUM Pusat Ipoh – En Mohd Rusydi B A. Rashid
5. Jurulatih Program – Dr Rafidah Bt Abdul Karim

8
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

10.0 PENGISIAN PROGRAM


Pengisian program yang dicadangkan adalah seperti berikut:

10.1 Sesi Beramah Mesra Bersama Penghuni


- Para peserta program ini akan membuat lawatan ke asrama penghuni untuk meninjau keadaan
mereka sambil beramah mesra dan menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk goodies.
-

10.2 Penyampaian Cenderahati / Sijil Penghargaan


- Cenderahati akan dihadiahkan kepada pihak Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta sebagai tanda
penghargaan dan kenangan.
- Sijil penghargaan juga turut di anugerahkan kepada pihak RSK Ulu Kinta serta ahli
Jawatankuasa Program.

10.3 Aktiviti Senamrobik / Zumba / Poco-poco


- Aktiviti senamrobik akan dijalankan di dalam dewan serbaguna. Aktiviti ini akan diketuai oleh
ahli jawatankuasa Aktiviti dan Persembahan.

10.4 Sukaneka
- Sukaneka dapat mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan pelajar. Antara acara yang
dicadangkan ialah seperti Congkak, Dam Haji, Musical Chair dan Kotak Beracun.
- Penghuni akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Biru, Merah, Hijau dan
Kuning. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Mereka dikehendaki mengira nombor satu
hingga lima. Setiap ahli akan berlawan dengan ahli kumpulan lain dalam nombor yang sama.

10.5 Karaoke
- Aktiviti karaoke akan dijalankan bagi menghiburkan warga emas tersebut di samping
dapat mencungkil bakat nyanyian mereka.

9
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

10.6 Penyampaian Sumbangan / Derma


- Sumbangan dan derma ikhlas daripada para pelajar, orang perseorangan, organisasi dan masyarakat
luar ini sebagai saguhati kenang-kenangan kepada mereka. Selain itu, sumbangan ini juga bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar dengan penghuni dan juga dapat membuka mata golongan
ini bahawa masih ada lagi insan dan juga masyarakat yang masih mengingati mereka . Sumbangan ini
juga untuk membantu dari segi penyediaan kehidupan serta keperluan seharian mereka. Antara
sumbangan yang dicadangkan ialah seperti :

1. Mesin Penapis Air


2. Mesin Basuh Semi Auto
3. Rak Plastik 3 Tingkat
4. Kerusi Roda
5. Televisyen
6. Makanan

10.7 Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Acara Sukaneka.

- Acara penyampaian hadiah akan dijalankan bagi pemenang bagi acara sukaneka dan

karaoke. Hadiah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana telah

melibatkan diri dalm program ini.

10
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En Shahrol Aman B Ahmad - Penyelaras Matapelajaran


Penasihat : Dr Rafidah Bt Abdul Karim - Pensyarah Matapelajaran

11.1 Jawatankuasa Kerja


Pengerusi : En Mohd Zaimey B Yusoff
Naib Pengerusi : Cik Rohaila Bt Abdul Mutalib
Setiausaha 1 : Cik Rosnani Bt Shaharuddin
Setiausaha 2 : Pn Aznita Bt Ahmed Yusop @ Mohd Yusoff
Bendahari : Cik Ho Weoi Sin
Ahli Jawatankuasa : En Adha Effendy Bin Tajuddin

Pn Kogila A/P Gunasakaran

Pn Mariammah A/P Rethinam

En Mohammad Ashraff Bin Mohammad Sabri

En Mohd Khairulzaim Bin Hasri

En Mohd Fazli Bin Mohd Kamarudin

En Muhammad Zaid Bin Mohd Salleh

Cik Nadiatul Izzati Binti Zulkifley

Pn Norafiza Binti Mohd Ramsi

Cik Nur Ezzati Binti Redzwan

Pn Siti Nor Hidayah Binti Kamarudin

Cik Yarshini A/P Kupusamy

Pn Wan Hafiezah Bt Wan Omar

11
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

11.2 Jawatankuasa Kecil:

Pengerusi : En Mohd Zaimey B Yusoff


Naib Pengerusi : Cik Rohaila Bt Abdul Mutalib
Setiausaha : Cik Rosnani Bt Shaharuddin
Bendahari : Cik Ho Weoi Sin

AJK Sijil dan Cenderahati


1. Cik Nur Ezzati Binti Redzwan
2. Pn Norafiza Bt Mohd Ramsi
3. En Mohd Zaimey B Yusoff

AJK Persiapan Tempat, Peralatan Dan Teknikal


1. En Mohd Fazli Bin Mohd Kamarudin
2. En Mohd Khairulzaim Bin Hasri
3. En Mohd Zaimey B Yusoff
AJK Makanan dan Jamuan
1. Pn Wan Hafiezah Bt Wan Omar
2. Mohammad Ashraff Bin Mohammad Sabri
3. Pn Siti Nor Hidayah Binti Kamarudin
AJK Protokol Dan Jemputan
1. Pn Aznita Bt Ahmed Yusop @ Mohd Yusoff
2. Pn Kogila A/P Gunasakaran
3. En Muhammad Zaid Bin Mohd Salleh
AJK Aktiviti dan Persembahan
1. Cik Nadiatul Izzati Bt Zulkifley

2. Cik Ho Weoi Sin


3. Cik Rosnani Bt Shaharuddin
AJK Publisiti Dan Fotografi
1. Cik Rohaila Bt Abdul Mutalib
2. Cik Yarshini A/P Kupusamy
3. Pn Mariamah A/P Rethinam
Pengacara Program
1. En Adha Effendy Bin Tajuddin
2. En Muhammad Zaid Bin Mohd Salleh

12
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

12.0 ATURCARA PROGRAM


Tarikh : 17 Disember 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

MASA AKTIVITI

8.00 Pagi - Berkumpul, taklimat dan sarapan pagi.

9.00 Pagi - Ucapan Pengerusi Program.


- Ucapan Penguasa RSK Ulu Kinta.
- Ucapan dan Perasmian Program Oleh Penyelaras Program.
- Ucapan Jurulatih Program.
- Penyampaian Cenderahati kepada Penguasa RSK Ulu Kinta.
- Penyampaian Sijil Kepada AJK Program.

10.00 Pagi - Minum Pagi.


- Sesi Beramah Mesra Bersama Penghuni dan
Penyerahan Goodies Kepada Penghuni Warga Emas.

10.30 Pagi - Acara Senamrobik / Zumba / Poco-poco

11.00 Pagi - Acara Sukaneka – Congkak dan Dam Haji


- Musical Chair
- Acara Karaoke.

12.00 T/Hari - Penyampaian hadiah Kepada Pemenang Acara Sukaneka

- Penyerahan Sumbangan :
1. Penapis Air (1 Unit)
2. Mesin Basuh Semi Auto ( 1 Unit)
3. Rak Plastik 3 tingkat (20 Unit)

12.30 T.Hari - Makan Tengah Hari dan Bersurai

13
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN


13.1 PENDAPATAN

PERKARA NILAI (RM)


- Kutipan Ahli 18 x RM 100.00 1,800.00
- Sumbangan organisasi, Orang 2,600.00
Perseorangan dan NGO‟s
- Peruntukan Pusat Kokurikulum 600.00
JUMLAH 5,000.00

13.2 PERBELANJAAN

PERKARA NILAI (RM)


- Baju Korporat AJK Program RM 45.00 x 18 orang 810.00
- Banner Program 200.00
- Sarapan Pagi ( Untuk 25 Orang)
- Bihun Goreng 165.00
- Kuih 2 Jenis
- Air Kopi / Teh

- Minum Pagi ( 55 Orang termasuk 30 orang penghuni warga emas) 165.00


(Rm3.00 x 55 orang)
- Air Kopi/ Teh
- Kuih / Roti

Makan Tengah Hari (Untuk 25 Orang)


- Nasi (Putih / Tomato)
- Lauk 4 jenis - Ayam Masak Merah
- Kari Dalca 200.00
- Sayur Campur
- Ulam + Sambal Belacan
- Buah - Tembikai
- Air – Sirap / Sarsi / Oren
Cenderahati kepada RSK Ulu Kinta 100.00
Cenderahati / Goodies Kepada Penghuni 300.00
( Rm10.00 x 30 orang)
Hadiah Sukaneka / Karaoke kepada penghuni ( 30 orang) 1000.00
Sijil penghargaan kepada AJK Program ( RM3.35 x 18 Orang) 60.00
Mesin Penapis Air / Mesin Basuh Semi Auto/ Rak Plastik 3 tingkat. 2000.00
JUMLAH 5000.00
- ( Anggaran perbelanjaan tertakluk kepada perubahan)

14
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

14.0 PENUTUP
Diharap Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS) yang bertemakan “Setulus
Kasih Seikhlas Sayang” ini dapat mencapai objektif dan matlamat dengan jayanya. Para penganjur
khususnya para mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian -
BPM(Hons), Program Pengajian Jarak Jauh Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia diharap dapat memberi kerjasama dengan sebaik mungkin agar segala yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur selain bijak menggunakan peluang yang ada.

Selain daripada itu kepada para pelajar, para penyumbang dan penderma serta pihak Rumah
Seri Kenangan Ulu Kinta yang turut sama terlibat amat perlu mementingkan kepentingan hubungan
silaturrahim dan kasih sayang yang perlu dipupuk sesama lapisan masyarakat tidak kira walau apapun
status mereka. Kepada para pelajar diharap dapat mengumpul maklumat dan mengambil manafaat atas
aktiviti yang akan dijalankan.

Sekiranya Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS) ini berjalan lancar dan
dapat mencapai matlamatnya, ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua
yang terlibat dan sekaligus mengharumkan nama semua pihak yang terlibat.

Sekian, Jutaan terima Kasih dan ini adalah harapan kami agar Kertas Kerja Pembangunan
masyarakat bagi Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS) yang kami sediakan ini
dapat memberi manafaat dan mencapai objektif universiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai jati diri, semangat insaniah, semangat berpasukan, pendedahan mengurus, merangka dan
melaksanakan projek dengan sempurna dan jayanya dengan bimbingan pensyarah serta dapat berbakti
kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

……………………………………….
(ROSNANI BT SHAHARUDDIN)
Setiausaha
Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS)
019 5544244
rosshah5440@yahoo.com

15
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

15.0 CATATAN DAN ULASAN JURULATIH

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………........

………………………………….
Tandatangan Tarikh :
(DR RAFIDAH BT ABDUL KARIM)

16.0 CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….…………
……………………………………………………………………………………………….……………
……………………………………………………………………………..……………………………...
…………………………………………………………………………………………………………

……………………………………….
Tandatangan. Tarikh :
(PROF. MADYA DR FAIROL B HJ HALIM)

16
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN


PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION CENTER (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA

PROGRAM TUNJUKKAN KASIH HULURKAN SAYANG (TULUS) BERTEMAKAN


“SETULUS KASIH SEIKHLAS SAYANG”
BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA PERAK

UUM/PACE(UPJJ)/KK/J–1 Jld 1
Tarikh : 01 Julai 2016

Pengarah Pusat Ko - Kurikulum


Universiti Utara Malaysia

Melalui dan Salinan Kepada :

Penyelaras Khidmat Masyarakat


Unit Khidmat Masyarakat
Pusat Ko – Kurikulum
Universiti Utara Malayia

Tuan,

PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROGRAM TUNJUKKAN


KASIH HULURKAN SAYANG (TULUS) BERTEMAKAN “SETULUS KASIH SEIKHLAS
SAYANG” BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA PERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja berkenaan untuk


pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

3. Untuk makluman tuan, butiran mengenai program berkenaan adalah seperti berikut :-

Nama Program : Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS)


Bertemakan “Setulus Kasih Seikhlas Sayang”
Tempat : Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak
Tarikh : 17 Disember 2016 (Sabtu)
Pelajar terlibat : 18 orang

4. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak tuan.

17
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

5. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang
(TULUS) Bertemakan “Setulus Kasih Seikhlas Sayang” untuk makluman dan tindakan tuan
selanjutnya. Kerjasama dan pertimbangan tuan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

”ILMU BUDI BAKTI”

Saya yang benar,

(ROSNANI BINTI SHAHARUDDIN)


Setiausaha
Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS)
Ko – Kurikulum Khidmat Masyarakat 1
Universiti Utara Malaysia

s.k. - Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat,
Pusat Ko-Kurikulum
Universiti Utara Malaysia.

- Jurulatih
Ko – Kurikulum Khidmat Masyarakat 1
Unit Khidmat Masyarakat
Universiti Utara Malaysia

18
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN


PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION CENTER (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA

PROGRAM TUNJUKKAN KASIH HULURKAN SAYANG (TULUS) BERTEMAKAN


“SETULUS KASIH SEIKHLAS SAYANG”
BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA PERAK

Rujukan Tuan : UUM/PACE(UPJJ)/KK/J–1 Jld 1


Tarikh : 02 Julai 2016

ROSNANI BINTI SHAHARUDDIN


Setiausaha
Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS)
Ko – Kurikulum Khidmat Masyarakat 1
Universiti Utara Malaysia

Melalui Dan Salinan Kepada :

Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat,
Pusat Ko-Kurikulum
Universiti Utara Malaysia.

Tuan,

PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROGRAM TUNJUKKAN


KASIH HULURKAN SAYANG (TULUS) BERTEMAKAN “SETULUS KASIH SEIKHLAS
SAYANG” BERSAMA PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA PERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja berkenaan untuk


pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Sukacita dimaklumkan bahawa, kertas kerja berkenaan telah
diluluskan oleh Pusat Ko-Kurikulum unruk dilaksanakan. Sila semak catatan dalam kertas kerja
berkenaan untuk maklumat lanjut. Tuan diminta datang ke Pusat Ko-Kurikulum untuk menguruskan
perkara berikut :

(/) Bantuan kewangan sebanyak RM 600.00 sahaja melalui Penyelaras Khidmat


Masyarakat,

(/) Borang jaminan diri.


19
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

3. Sila serahkan laporan lengkap mengenai program yang dikendalikan melalui Jurulatih /
Penyelaras masing-masing ke Pusat Ko-Kurikulum dalam masa 2 minggu selepas tamat aktiviti.

4. Di atas segala kerjasama yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. Selamat Berjaya
dalam melaksanakan projek yang telah dirancang.

Sekian, terima kasih.

”ILMU BUDI BAKTI”

Yang benar,

(PROF. MADYA DR FAIROL B HJ HALIM)


Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia.

s.k. - Penyelaras
Program Pembangunan Masyarakat
Unit Khidmat Masyarakat,
Pusat Ko-Kurikulum
Universiti Utara Malaysia.

- Jurulatih
Ko – Kurikulum Program Pembangunan Masyarakat
Unit Khidmat Masyarakat
Universiti Utara Malaysia

20
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN


PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION CENTER (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA

UUM/PACE(UPJJ)/KK/J–1 Jld 1
Tarikh : 03 Julai 2016

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perak


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM TUNJUKKAN KASIH HULURKAN


SAYANG (TULUS) BERTEMAKAN “SETULUS KASIH SEIKHLAS SAYANG” BERSAMA
PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA PERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Awam Dengan Kepujian – BPM (Hons), Program Pengajian Jarak Jauh Pusat Pendidikan
Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) Cawanngan Ipoh ingin
mengadakan Program Pembangunan Masyarakat di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak pada
ketetapan seperti berikut :

Nama Program : Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (TULUS)


Bertemakan “Setulus Kasih Seikhlas Sayang”
Tempat : Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak
Tarikh : 17 Disember 2016 (Sabtu)
Pelajar terlibat : 18 orang

3. Untuk makluman tuan, Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang (Tulus) Bertemakan
“Setulus Kasih Seikhlas Sayang” ini di jalankan bertujuan untuk memenuhi keperluan matapelajaran
Pembangunan Masyarakat di samping untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim dan kasih
sayang serta kecintaan kepada warga emas. Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi
melengkapkan pembelajaran pelajar-pelajar yang terlibat dengan memberi pendedahan serta peluang
kepada pelajar-pelajar bagi mengurus, merangka, melaksana dan mendokumentasi sesuatu projek
dengan sempurna dan jayanya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para
pelajar cara untuk menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan sebagai persediaan menjadi pemimpin
masyarakat pada masa hadapan sesuai dengan peningkatan status pendidikan mereka. Program ini juga

21
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang konsep pembangunan masyarakat
dengan melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada masyarakat dengan sumbangan amal bakti
dalam konteks pertolongan sosial (social help) kepada masyarakat dan negara.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini dapat
dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Bagi kemudahan pihak tuan, sebarang pertanyaan
dan maklum balas bolehlah berhubung dengan :

1. En Adha Effendy Bin Tajuddin (011 23649173)


2. En Muhammad Zaid Bin Mohd Salleh (013 5044112)
3. Cik Rosnani Bt Shaharuddin (019 5544244)

5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif Program Tunjukkan Kasih Hulurkan Sayang


(TULUS) Bertemakan “Setulus Kasih Seikhlas Sayang” serta senarai nama peserta program untuk
makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama dan pertimbangan tuan di dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian.

”ILMU BUDI BAKTI”

Yang benar,

(PROF. MADYA DR FAIROL B HJ HALIM)


Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia.

s.k. - Penyelaras
Program Pembangunan Masyarakat
Unit Khidmat Masyarakat,
Pusat Ko-Kurikulum
Universiti Utara Malaysia.

- Penguasa
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
(Jabatan Kebajikan Masyarakat)
31250 Tanjung Rambutan Perak

22
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 17 Disember 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

MASA AKTIVITI

8.00 Pagi - Berkumpul, taklimat dan sarapan pagi.

9.00 Pagi - Ucapan Pengerusi Program.


- Ucapan Penguasa RSK Ulu Kinta.
- Ucapan dan Perasmian Program Oleh Penyelaras Program.
- Ucapan Jurulatih Program.
- Penyampaian Cenderahati kepada Penguasa RSK Ulu Kinta.
- Penyampaian Sijil Kepada AJK Program.

10.00 Pagi - Minum Pagi.


- Sesi Beramah Mesra Bersama Penghuni dan
Penyerahan Goodies Kepada Penghuni Warga Emas.

10.30 Pagi - Acara Senamrobik / Zumba

11.00 Pagi - Acara Sukaneka – Congkak dan Dam Haji


- Musical Chair
- Acara Karaoke.

12.00 T/Hari - Penyampaian hadiah Kepada Pemenang Acara Sukaneka

- Penyerahan Sumbangan daripada organisasi, Orang


Perseorangan dan NGO‟s :

Penapis Air (1 Unit) / Mesin Basuh Semi Auto ( 1 Unit) / Rak Plastik
3 tingkat (20 Unit) / Kerusi Roda dll.

(Tertakluk kepada perubahan dan jumlah sumbangan)

12.30 T.Hari - Makan Tengah Hari dan Bersurai

23
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM

Tetamu Jemputan (VIP) :

1 Prof. Madya Dr Fairol B Halim (Pengarah PACE UUM)


2. En Shahrol Aman B Ahmad (Penyelaras Program Pembangunan
Masyarakat UUM )
3. En Mohd Rusydi B A.Rashid (Penyelaras PACE UUM Pusat Ipoh)
4. Dr Rafidah Bt Abdul Karim (Jurulatih Program)

Jawatan Kuasa Program :

Pengerusi : En Mohd Zaimey B Yusoff


Naib Pengerusi : Cik Rohaila Bt Abdul Mutalib
Setiausaha 1 : Cik Rosnani Bt Shaharuddin
Setiausaha 2 : Pn Aznita Bt Ahmed Yusop @ Mohd Yusoff
Bendahari : Cik Ho Weoi Sin
Ahli Jawatankuasa : En Adha Effendy Bin Tajuddin

Pn Kogila A/P Gunasakaran

Pn Mariammah A/P Rethinam

En Mohammad Ashraff Bin Mohammad Sabri

En Mohd Khairulzaim Bin Hasri

En Mohd Fazli Bin Mohd Kamarudin

En Muhammad Zaid Bin Mohd Salleh

Cik Nadiatul Izzati Binti Zulkifley

Pn Norafiza Binti Mohd Ramsi

Cik Nur Ezzati Binti Redzwan

Pn Siti Nor Hidayah Binti Kamarudin

Cik Yarshini A/P Kupusamy

Pn Wan Hafiezah Bt Wan Omar

24

Anda mungkin juga menyukai