Anda di halaman 1dari 6

http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/budaya_kerja_cemerlang.

htm

BUDAYA KERJA CEMERLANG


Oleh : Zahidi Mohd. Daud
PENDAHULUAN

Tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi terletak kepada jentera

pengurusannya yang berwawasan. Bagaimanapun tanpa pegawai dan kakitangan

yang mengamalkan budaya kerja cemerlang akan mencacatkan usaha untuk

menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

Artikel ini akan cuba menjelaskan amalan budaya kerja cemerlang secara konsep
dan bagaimana amalannya dapat diterapkan dalam sesebuah organisasi. Untuk
mencapai keberkesanan, sesebuah organisasi perlu membentuk dan mengamalkan

budaya organisasi yang baik. Lazimnya organisasi yang mempamerkan satu


persamaan akan memberi kekuatan kepada organisasi itu untuk menempuh

cabaran-cabaran yang berlaku di sekitamya.

Budaya kerja dalam sesebuah organisasi biasanya dikaitkan dengan sistem nilai,

norma, sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan. Empat

elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan kakitangan, cara mereka

berfikir, berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Jika budaya organisasi itu baik, maka akan membolehkan kakitangannya

meningkatkan mutu kerja yang cemerlang dan akan menyumbang kepada kejayaan

jabatan berkenaan.

NILAI

Pengertian nilai secara ringkas memberi maksud tanggapan dan penerimaan

individu dari sudut pemikiran masing-masing. Setiap manusia mempunyai


pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara kerana setiap individu meletakkan
satu nilai berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan atau bagaimana
mereka mentafsir keadaan yang berlaku. Contohnya nilai segelas air kepada

seorang yang baru lepas berlari sejauh dua kilometer, berbanding seorang pelukis
yang baru selesai melukis selama satu jam sudah tentu tidak sama nilainya. Dalam
alam pekerjaan seharian, manusia selalu membuat keputusan atau membuat pilihan
dalam hidupnya dan setiap keputusan atau pilihan yang di buat adalah berdasarkan
sistem nilai yang berada dalam dirinya yang berperanan sebagai kayu ukur atau

penentu dalam membuat sesuatu tindakan.

Berbeza pula sekiranya sekumpulan manusia yang ramai menentukan pilihan dalam
kumpulan. Sudah pasti nilai antara individu yang berlainan akan memberi kesukaran
untuk menentukan satu pilihan yang mewakili kumpulan tersebut. Persoalannya,
bagaimana kurnpulan bertindak untuk membuat pilihan dan bagaimana nilai itu
dikongsi oleh semua ahli- ahlinya. Sehubungan itu, dalam melaksanakan sesuatu

keputusan, satu pilihan yang terbaik perlu di ambil berdasarkan pemuafakatan


kumpulan secara tersusun dan sistematik yang biasanya dipraktikkan seperti
berikut:

Pr Problem (Kenalpasti masalah)


O Objective (Menetapkan objektif)
A Alternatives (Menyenaraikan pilihan)
Consequences (Mengenalpasti kesan dan
C
natijah satu-satu pilihan)
Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas
T
berdasarkan satu-satu pilihan)

Selepas dari proses pemuafakatan tersebut, satu keputusan diambil berdasarkan


nilai yang diterima umum oleh kumpulan. Kemungkinan ada segelintir ahli yang
mempunyai pandangan berbeza tetapi bersetuju atas nilai-nilai yang diterirna oleh

sebahagian besar ahli kurnpulan yang demikian nilai itu diterima oleh semua pihak.

NORMA

Nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar ahli kumpulan yang disepakati

sebagai nilai-nilai bersama mencerminkan kemahuan kumpulan. Dengan lain


perkataan, norma bermaksud peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima

dalam masyarakat. Dalam konteks organisasi, ia adalah cara bekerja yang diterima
umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu.

Sebagai contoh, katakanlah seseorang pekerja mula bekerja pada jam 9.00 pagi
iaitu selepas minum, baca surat khabar atau berbual dengan rakan (pada hal waktu
bekerja sebenar adalah pada jam 8.00 pagi) tidak akan menjadi satu perkara luar
biasa kerana ia berlaku sejak sekian lama dan tiada siapa mengambil peduli. Maka
senario pekerja lewat memulakan kerja merupakan satu norma kerana di terima

umum. Usaha untuk mengubah keadaan ini adalah sukar dan mengambil masa
untuk dipulihkan.

SIKAP

Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak
terhadap sesuatu. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak,
tidak sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan
mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Sikap
mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia
samada untuk menerima atau menolak sesuatu. Sikap seseorang juga dipengaruhi
(dan juga berubah) oleh pengalaman, kerana perkara yang pernah terjadi kepada
seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan.

ETIKA

Etika adalah prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai,
norma dan sikap yang dikongsi bersarna dalarn kumpulan. Apabila ahli-ahli

sesebuah organisasi rnerniliki satu rnatlarnat yang sarna rnaka akan wujud
keharmonian dalarn organisasi tersebut untuk rnengarnalkan etika kerja yang

sarna. Nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersarna secara positif akan
rnenerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan oleh yang dernikian ia akan
rnewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan. Begitu juga
kalau sernua orang berkongsi nilai, norma dan sikap yang kurang baik akan
rnenyebabkan etika kerja yang kurang baik.

CEMERLANG

Cernerlang selalunya dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. 01eh


yang dernikian, budaya kerja yang hendak dibentuk oleh sesebuah organisasi

hendaklah rnengarnbarkan kornitrnen pihak pengurusan rneningkatkan kualiti dan


produktiviti. Usaha untuk rnencapai tahap cernerlang dari sudut kualiti tidak ada
penarnatnya kerana ia rnerupakan satu usaha yang berterusan. Apabila kita
rnencapai satu tahap yang cernerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu
dicapai. Pelbagai pandangan yang rnenyokong kenyataan ini. Tan Sri Ahrnad Sarji

Abdul Harnid ( 1995) telah rnenyatakan.

"The race to quality improvement is really two races. One is to get ahead;

the other is to stay ahead".

Manakala YAB Dato' Seri Dr.Mahathir b. Mohamad pula menegaskan bahawa:

". ..Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad
kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti

yang lebih baik yang mesti dikejar. "

Kecemerlangan dari sudut produktiviti pula boleh dilihat dari dua aspek iaitu
pertama peningkatan output berdasarkan kepada penggunaan satu input yang tidak
berubah. Misalnya sebelum ini seseorang boleh memproses 20 borang sehari

(output) tetapi telah meningkatkan kepada 30 borang dalam tempoh yang sama

sekarang. Kedua, kecemerlangan dari sudut peningkatan produktiviti adalah aspek

pengurangan kos. Sebagai contoh, sekiranya dahulu penganjuran sesebuah program


kursus melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 5,000.00 kemudian dapat

dikurangkan dan akhimya dengan jumlah perbelanjaan yang sama dapat


menganjurkan dua program kursus. Kaedah penjimatan ini boleh dilakukan melalui

langkah-langkah mengatasi pembaziran dan mengamalkan kaedah pengurusan


yang lebih cekap.

BUDAYA KERJA

Membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi bukanlah satu perkara mudah

dan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Melalui Program Gerakan Budaya
Kerja Cemerlang yang telah dilancarkan oleh Kerajaan, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan dengan melibatkan penubuhan kumpulan- kumpulan Meningkatkan
Mutu Kerja (KMK), Anugerah Inovasi, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Hari Q,

MS ISO 9000, Penerapan Nilai-Nilai Mumi, seminar, kursus- kursus, latihan serta
majlis-majlis pengikhtirafan bagi meningkatkan budaya kerja yang baik dalam
perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan. Walau bagaimanapun sejauhmanakah
program-program yang dilaksanakan dapat menjamin pengekalan budaya kerja
cemerlang dalam sesebuah orgamsasl.

PRA SYARAT BUDAYA KERJA CEMERLANG

Dalam usaha untuk membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi, orientasi

kakitangan haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi
menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai
kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk

cemerlang. Komitmen daripada segala lapisan kakitangan bagi meningkatkan


kecemerlangan organisasi adalah dituntut. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu

dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengenepikan


segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi. Penting bagi sesebuah
organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya
kakitangan lebih komited kepada matlamat utama jabatan. Ini dapat dilakukan

dengan sentiasa menggalakkan kakitangan menghayati serta mempraktikkan


amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Kakitangan juga dituntut supaya sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi


terhadap dasar kualiti organisasi. Ini dilaksanakan supaya setiap lapisan kakitangan

faham dengan jelas tentang arah dan matlamat pengurusan kualiti organisasinya
dan seterusnya memudahkan kakitangan memahami dasar tersebut sebagai

panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka. Kesedaran yang tinggi terhadap


kualiti juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dikalangan kakitangan apabila

mereka melaksanakan tindakan-tindakan dan keputusan yang dibuat. Tindakan

untuk meningkatkan kualiti boleh dilaksanakan secara bersepadu melalui kaedah


memberi latihan, menggubal dasar kualiti, penganjuran hari kualiti dan sebagainya.

Sesebuah organisasi juga tidak akan berada dalam keadaan statik kerana ia akan
dipengaruhi oleh perubahan. Oleh yang demikian, kedudukan organisasi dari segi
struktur dan operasi akan berubah. Dalam konteks ini, kita melihat bagaimana

sesebuah organisasi berupaya untuk berubah dan menyesuaikan keadaan bagi


menghadapi perubahan di sekitamya. Keupayaan sesebuah organisasi
melaksanakan perubahan melalui satu anjakan paradigma demi untuk mencapai
kecemerlangan. Apabila 'mind-set' kakitangan telah bersedia untuk berubah, sudah
pasti usaha penyesuaian organisasi dapat dilaksanakan dengan mudah. Keadaan
inilah yang akan menentukan perlakuan seseorang kakitangan ketika menjalankan

tugas.

Prasyarat terakhir dalam membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi


adalah supaya menerima hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam
organisasi bukan pelaksanaan yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip
mata. Kejayaan yang dicapai oleh organisasi belum boleh menunjukkan tahap

kecemerlangan yang unggul kerana kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi

untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had
masa yang di tetapkan. Sebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap
apa yang dicapai ketika Inl. Dalam menuju kecemerlangan, pihak pengurusan perlu
ingat bahawa akan ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari semasa kesemasa

bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.


Dipetik dari Qalam INTURA : Penerbitan INTAN Wilayah Utara,
April 200

Anda mungkin juga menyukai