Anda di halaman 1dari 27

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER APRIL SESI 2018/2019

GMGM3013
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

DISEDIAKAN UNTUK
DR ANAS BIN TAJUDDIN

DISEDIAKAN OLEH
1. NADIATUL IZZATI BINTI ZULKIFLEY
(242211)

2. NORAFIZA BINTI MOHD RAMSI


(236901)

3. NUR EZZATI BT REDZWAN


(242094)

4. ROSNANI BT SHAHARUDDIN
(242124)

TARIKH SERAHAN
PERTEMUAN KE EMPAT
(15 JULAI 2018)

1
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

SOALAN TUGASAN KUMPULAN


Setiap kumpulan (3-4 orang satu kumpulan) dikehendaki memilih
satu organisasi tempat mereka bertugas. Tugasan mestilah
membincangkan inisiatif yang dilaksanakan dalam organisasi tersebut
bagi menjamin hubungan yang baik dalam organisasi.selain
menyentuh isu-isu yang timbul dalam mencapai matlamat hubungan
yang baik tersebut. Setiap kumpulan digalakkan bagi mendapatkan
data-data primer melalui temubual bersemuka dengan pihak-pihak
yang terlibat dalam sesebuah organisasi.

2
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

1.0 PENGENALAN

“Kerja berpasukan adalah keupayaan untuk bekerja bersama-sama ke arah penglihatan


yang sama. Keupayaan untuk pencapaian individu langsung ke arah objektif organisasi. Ia
adalah bahan bakar yang membolehkan orang biasa mencapai keputusan yang tidak biasa”

- Andrew Carnegie. -

Begitulah pegangan dan amalan yang sentiasa dipraktikkan di Rumah Seri Kenangan
Ulu Kinta sebagai organisasi yang dipilih untuk menyiapkan tugasan ini. Secara umumnya
sesebuah organisasi yang baik perlu menitikberatkan hubungan yang baik di dalam
pengurusannya.

Hubungan yang baik akan mewujudkan suasana pekerjaan yang positif dan harmoni.
Setiap individu di dalam sesebuah organisasi itu tidak mengira pangkat dan jawatan perlulah
saling hormat-menghormati, saling memahami dan saling bekerjasama bagi mencapai
kecemerlangan. Ibarat kata pepatah, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sesebuah
organisasi yang baik adalah terbentuk daripada pasukan yang mantap. Setiap ahli di dalam
pasukan tersebut saling memerlukan di antara satu sama lain. Kejayaan yang dicapai adalah
hasil daripada komitmen semua pihak.

Dalam Konteks agama islam pula telah menghubungkan majikan dan pekerja dengan
ikatan persaudaraan dan persahabatan. Justeru, adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan
pekerjanya menjaga dan memelihara hubungan antara mereka dalam organisasi tanpa
mengira pangkat dan kedudukan. Lantaran itu, dalam menjaga hubungan kedua-duanya Islam
menggalakkan supaya individu dalam organisasi itu mempunyai sikap bantu-membantu.
Namun persoalannya, sejauhmanakah amalan bantu-membantu atau sikap saling tolong-
menolong di dalam organisasi ditekankan? Sebenarnya tanpa kewujudan semangat kerjasama
ini sesebuah organisasi tidak akan dapat beroperasi dengan sempurna.

Namun begitu, jika wujud kesedaran dalam diri setiap anggota organisasi, maka apa
yang dapat dilihat perjalanan organisasi itu akan lebih lancar dan tersusun. Dan di sinilah
semua pekerja perlu sedar bahawa peranan tugas yang berat perlu dipikul bersama. Seperti
kata pepatah "Berat sama dipikul ringan sama dijinjing". Begitulah juga hasilnya hendaklah
dikecapi bersama. Walau bagaimanapun tidak wajar kiranya beberapa orang pekerja yang
membuat sesuatu pekerjaan itu, tetapi yang mendapat nama atau pengikhtirafan daripada
majikan hanya seorang sahaja. Jikalau boleh semua pekerja yang terlibat perlu mendapat
pengihktirafan bersama dalam meningkatkan lagi motivasi diri pekerja.

3
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Begitu juga dalam organisasi dalam memajukan diri dan menjaga hubungan baik
antara individu di dalamnya, setiap ahlinya perlu kepada melaksanakan tugas dengan ikhlas
dan jujur. Ini kerana dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan setiap pekerja perlu
melakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan). Melaksanakan kerja bukanlah sekadar
menyudahkan kerja sekadar melepas batuk di tangga; atau membuat kerja lepas tangan
sahaja, tetapi kerja itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan
segala kebolehan yang ada. Kesungguhan dan semangat kerja keras ini bukan semata-mata
hanya sekadar „berlakon‟ ketika berhadapan dengan ketua tetapi perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh walaupun tiada pemantauan daripada ketua atau majikan.

Dalam Islam konsep ini dinamakan ihsan; konsep ihsan menjelaskan bahawa setiap
kerja yang dilakukan atas dasar tanggungjawab walaupun tiada pengawasan yang ketat.
Konsep ini juga ada digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya sepertimana kita
beribadat kepada Allah SWT, sebagaimana jika kita tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya
Allah melihat kita. Begitulah konsep ihsan yang perlu ditanam dalam jiwa pekerja. Konsep
ini perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan kesedaran yang mendalam bahawa kita sentiasa
diperhatikan dan tidak ada sesuatu pun yang boleh disembunyikan. Penghayatan konsep ihsan
oleh setiap ahli atau staf akan dapat memastikan hubungan antara mereka berjalan dengan
baik tanpa wujud perasan dengki atau khianat antara satu sama lain.

Selain itu, unsur saling hormat-menghormati antara majikan dan pekerja serta pekerja
sesama pekerja mampu menjaga hubungan baik antara mereka. Sikap ini apabila diterapkan
dalam organisasi mampu mewujudkan hubungan sosial yang baik dan dapat memastikan
setiap kegiatan organisasi berjalan lancar. Sebagai contoh, jika majikan menghormati dan
mengenali pekerja dengan lebih dekat, tentulah persefahaman antara mereka dapat
ditingkatkan. Sikap hormat-menghormati yang tinggi menjadi sumber keselesaan baik dari
segi persefahaman dan keseronokan bekerja antara majikan dan pekerja dalam menjalankan
tugas. Persefahaman yang wujud antara pekerja ini akan dapat membantu sekiranya kerja itu
memerlukan penglibatan secara berkumpulan. Sebaliknya, jika majikan tidak menghormati
hak pekerja di bawah seliaannya maka operasi organisasi akan terjejas akibat perasaan tidak
puas hati dan perasaan tidak menghormati majikan mula timbul di kalangan pekerja.

Di samping itu, kebebasan hak bersuara juga dilihat mampu untuk memelihara
hubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Apabila hak bersuara diberikan kepada
pekerja kesannya, mereka lebih berfikiran terbuka untuk menerima pandangan, kritikan dan
idea-idea baharu yang disampaikan terutama dalam menyelesaikan pelbagai masalah demi

4
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

kebaikan organisasi. Mereka tidak rasa diperlekehkan walaupun tidak semua idea atau
pandangan yang dikemukakan diterima.

Budaya berbincang, berunding, memberi nasihat dan berterus-terang perlu ada bagi
menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh itu perbincangan secara terbuka dan berhemah
adalah penting untuk mengatasi sebarang kesulitan. Budaya inilah yang diamalkan sejak
zaman Rasulullah SAW menerusi amalan syura atau musyawarah. Pada ketika itu Rasulullah
dapat menerima pandangan para sahabatnya sedangkan baginda adalah merupakan penghulu
kepada rasul, nabi yang disanjung oleh umat manusia, namun mengapa hari ini masih
terdapat majikan yang masih lagi bersikap terlalu ego dan sombong untuk sekurang-
kurangnya mendengar pandangan orang lain mahupun para pekerjanya?

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan kedudukan yang dipegang
setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu tersebut kebal dengan sebarang
teguran mahupun pandangan. Lebih-lebih lagi kita adalah manusia yang tidak maksum.
Dalam organisasi kita memerlukan bantuan daripada sahabat-sahabat lain untuk menampung
segala kekurangan. Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, maka adalah lebih
baik menggunakan bangkangan yang paling lembut dan berhikmah. Jika tersalah
membangkang barangkali kerengganan antara individu akan timbul. Apa yang penting segala
pandangan itu jangan diperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain disebabkan
kedudukannya yang lebih rendah.

1.1 Objektif Tugasan

Objektif utama tugasan ini adalah membincangkan mengenai inisiatif atau kaedah
atau pun strategi yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan di Rumah Seri Kenangan
Ulu Kinta bagi menjamin hubungan yang baik di dalam organisasi tersebut.

Di samping itu, tugasan ini juga akan menyentuh dan mengupas mengenai isu-isu atau
permasalahan yang timbul dalam mencapai matlamat hubungan yang baik tersebut serta
megaplikasikan teori-teori yang berkaitan.

1.2 Metodologi Tugasan

Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah kaedah primer yang
merangkumi pengumpulan maklumat dan data melalui rujukan meliputi Buku Laporan
Tahunan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dan brosur, Tugasan ini juga merujuk laman
web Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga laman media sosial Facebook Rumah Seri

5
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Kenangan Ulu Kinta sebagai alternatif lain bagi menambah sumber atau rujukan tambahan.
Selain itu, carta-carta organisasi, dokumen rasmi, statistik dan lain-lain daripada pihak
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta digunakan bagi membantu menambah maklumat semasa
menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga telah mengadakan sesi temubual bersama
pihak pengurusan serta soal selidik bersama kakitangan dan penghuni Rumah Seri Kenangan
Ulu Kinta bagi mendapatkan lebih banyak maklumat terperinci untuk menyiapkan tugasan
ini.

2.0 LATARBELAKANG ORGANISASI

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta merupakan sebuah institusi kebajikan warga emas di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu salah sebuah agensi Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Institusi ini terletak di Tanjung Rambutan
Perak. Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dahulunya dikenali sebagai Rumah Orang Tua yang
telah beroperasi sejak tahun 1948. Rupa bentuk geografinya yang unik terletak di kawasan
tropika di kelilingi gunung-ganang yang indah terletak bersebelahan Hospital Bahagia Ulu
Kinta dan Institut Latihan Sains Kesihatan Sultan Azlan Shah, berkeluasan 18 ekar.

Institusi ini yang beroperasi di bawah Bahagian Warga Emas kelolaan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, berperanan memberi jagaan dan pemulihan kepada orang
papa di bawah Akta Orang Papa 1977 & Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang - Orang
Papa 1981. Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta diwartakan pada 1955 di bawah Subseksyen 5
(1) Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) Dengan Daftar P.U.(B) 393-394. Rumah Seri
Kenangan Ulu Kinta juga telah diluluskan sebagai tempat selamat Selaras Dengan Seksyen 2
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 Pada 5 Januari 2007. Rumah Seri Kenangan juga
mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kes (Client Management System) yang beroperasi
sepenuhnya di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu salah sebuah agensi di
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Mari kita lihat Visi, Misi dan Objektif Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta iaitu :

Visi

Masyarakat Penyayang & Sejahtera

Misi

Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial

6
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Objektif

Memberikan Jagaan, Perlindungan Dan Pemulihan Kepada Orang Papa Dan Kutu Rayau
Bagi Mewujudkan Individu Yang Produktif Dan Berkemahiran Supaya Dapat Dintegrasikan
Semula Ke Dalam Masyarakat

2.1 Pengurusan Kakitangan

Dari segi Pengurusan Kakitangan atau Pengurusan Sumber Manusia, Rumah Seri
Kenangan Ulu Kinta mempunyai kakitangan seramai 84 orang kakitangan tetap dan 7 orang
kakitangan bukan tetap yang terdiri daripada pelbagai perjawatan. Ia terbahagi kepada tiga
unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Perubatan dan Unit Operasi dan Asrama.

2.2 Pengurusan Penghuni

Dari segi pengurusan penghuni warga emas pula, bilangan mereka akan bertambah
dan berkurang dari semasa ke semasa kerana Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta sentiasa
menerima kemasukan penghuni melalui pihak Pejabat Kebajikan Daerah berdasarkan
perintah mahkamah. Selain itu terdapat juga penghuni yang meninggal dunia dari semasa ke
semasa dan ada juga yang mendapat perintah mahkamah untuk di keluarkan dari Rumah Seri
Kenangan Ulu Kinta dan dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan yang lain. Ini.menyebabkan
bilangan penghuni di sini sentiasa berubah-ubah. Buat masa ini, Rumah Seri Kenangan Ulu
Kinta mempunyai seramai lebih kurang 188 orang penghuni berdasarkan statistik bilangan
penghuni sehingga 30 Jun 2018.

3.0 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN OLEH PENGURUSAN RUMAH SERI


KENANGAN ULU KINTA

3.1 Kepimpinan

3.1.1 Definisi Kepemimpinan

Kepimpinan ialah satu proses di mana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat


pekerjanya agar melaksanakan tugas yang diberi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada pekerjanya yang menjalankan tugas. Jika
pekerjanya gagal menjalankan tugas maka gagal lah pemimpinnya.

Menurut Abdullah dan Ainon (2005), kepemimpinan merupakan tingkahlaku yang


bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan dengan secara

7
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Manakala, pemimpin
pula merujuk kepada orang yang mempunyai keupayaan untuk mendorong orang lain supaya
patuh dengan secara rela hati iaitu tanpa tekanan paksaan.

Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan kepemimpinan. Antaranya adalah


proses pembentukan kumpulan berkesan, personaliti berkesan, kemampuan untuk
bekerjasama dan saling mempengaruhi, pembentukan pengaruh, kebolehan memujuk dan
juga interaksi yang berkesan. (Bass,1990).

3.1.2 Gaya Kepemimpinan Dalam Organisasi

Gaya kepimpinan merujuk kepada cara yang digunakan oleh seorang pemimpin untuk
mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai kajian telah dibuat tentang gaya kepimpinan
bagi seorang pemimpin. Antara kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari
Universiti Ohio, Universiti Michingan dan kajian oleh Blake dan Mouto. Blake dan Mouto
telah memperkenalkan petak pengurusan untuk menjelaskan gaya kepimpinan. Dua demensi
gaya telah dibentuk iaitu gaya kepimpinan yang mementingkan pengeluaran yang terletak
pada paksi x dan gaya kepimpinan mementingkan manusia yang terletak pada paksi y.
Terdapat 81 jenis gaya kepimpinan dan telah dikenal pasti lima gaya asas yang ekstrim atau
utama.

3.2 Komunikasi

3.2.1 Definisi Komunikasi Organisasi

Komunikasi dalam organisasi boleh ditafsirkan sebagai proses menerima dan


menyampaikan maklumat daripada seseorang individu kepada individu lain
(Stephen,1989). Kecekapan organisasi bergantung kepada keberkesanan komunikasi yang
mempengaruhi perjalanan organisasi tanpa sebarang gangguan. Komunikasi juga penting
kerana mampu menjadi kayu ukur yang berkesan dalam menilai prestasi organisasi
(Goldhaber 1992). Penyataan ini dikuatkan lagi dengan pendapat Conrad (1985) yang
menyatakan gaya komunikasi dalam organisasi merangkumi memahami, menjaga
kepentingan pekerja, boleh memenuhi keperluan bukan material para pekerja dan
meningkatkan prestasi organisasi (Conrad 1985, Farace et. al 1977 & Goldhaber 1992).

Menurut Golhaber, 1993 (dalam Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad,
2009) komunikasi organisasi merupakan satu proses pembentukan dan pertukaran mesej
antara jaringan hubungan yang saling bergantungan untuk menangani persekitaran yang tidak

8
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

menentu. Selain itu, Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2009) juga
mengatakan bahawa komunikasi dapat membentuk rasa dipercayai dan diterima oleh
organisasi. Apabila komunikasi terbentuk, pekerja organisasi tersebut dapat mengetahui apa
yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Dalam erti kata lain, komunikasi di dalam organisasi Rumah Seri Kenangan Ulu
Kinta begitu penting dari sudut pendekatan hubungan antara senua kakitangan dan peghuni
warga emas. Hal ini kerana maklumat yang tepat diperlukan oleh Penguasa sebagai ketua
dalam membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan konflik. Manakala bagi kakitangan
pula, maklumat yang tepat diperlukan untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas
dengan lebih baik dan berkesan. Malahan kekaburan dalam menyampaikan maklumat boleh
menggugat pencapaian objektif organisasi. Ini kerana hanya penyaluran mesej yang
bermakna antara manusia dan mudah difahami mampu memberi tindakbalas yang berkesan.
Oleh itu, dalam pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, komunikasi yang bermakna
dan berkesan antara individu menjadi antara faktor utama yang mampu meningkatkan
kecekapan pengurusannya.

Komunikasi kepimpinan adalah sangat penting dalam organisasi terutamanya antara


pengurusan dan pekerja. Komunikasi yang berkesan seharusnya bermula daripada
penglibatan pihak pengurusan dan dijalankan oleh semua peringkat ahli organisasi. Penguasa
sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan menjadi role model kepada setiap kakitangan. Ini
akan menjadikan pihak pengurusan dipandang tinggi, dihormati, nilai-nilai murni terbentuk
dan secara langsung ia juga dapat membantu menstabilkan dan mencapai matlamat organisasi
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Sementara itu, Penguasa atau Ketua Di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta secara
amnya memainkan tiga kategori peranan iaitu peranan dalam kategori interpersonal
(perwakilan, pemimpin, penghubung), peranan maklumat (penyebar, pemantau, jurucakap)
dan peranan membuat keputusan (keusahawanan, pengaman kekacauan, pengagih sumber
dan perunding.

Satu aspek penting dalam mewujudkan kerja berpasukan yang efektif adalah
kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Hal ini memerlukan
kemahiran seperti berikut; mendengar secara aktif, kemahiran berunding dan komunikasi
non-verbal. Ia juga adalah penting untuk sentiasa peka dengan nada, gerak tubuh dan ekspresi
wajah rakan-rakan sekerja kerana hal ini akan mempengaruhi penerimaan rakan-rakan
sepejabat. Segala jenis konflik dan perasaan tidak puas hati akan diselesaikan dengan kadar
segera secara baik dan berhemah melalui perbincangan dan akhirnya terbit kemaafan.

9
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Apabila tiada konflik dan perbalahan yang wujud dalam organisasi, pekerja akan berasa
tenang dan semakin bermotivasi.

3.2.2 Kemahiran Komunikasi

Setiap manusia mempunyai kelebihan untuk berinteraksi sesama manusia dan juga
dapat berkongsi pandangan dan pendapat. Komunikasi merupakan sumber maklumat bagi
pekerja dalam membuat keputusan, membantu mengenal pasti dan menaksir alternative
tindakan. Maklumat-maklumat tersebut dapat disalurkan melalui diantara rakan sekerja,
pihak atasan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak kiralah komunikasi secara
interpersonal ataupun komunikasi secara bertulis, kedua-duanya dapat memberikan maklumat
yang diperlukan oleh pekerja terlibat. Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa
elemen. Antaranya:

· Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh


keyakinan, secara lisan dan bertulis.
· Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi
maklum balas.
· Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
· Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan

3.2.3 Strategi dan Gaya Komunikasi dalam Organisasi

Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam mengubah sikap
pekerja, iaitu pekerja yang dimaklumkan akan mempunyai sikap yang lebih baik daripada
pekerja yang kurang bermaklumat. Pekerja yang bermaklumat akan sentiasa berada di
hadapan dan lebih mudah memahami apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.

The Communication Zine (2013) mengatakan bahawa komunikasi juga membantu


dalam proses mengawal. Ia membantu mengawal tingkah laku ahli organisasi dalam pelbagai
cara. Terdapat pelbagai peringkat hierarki dan prinsip-prinsip dan garis panduan yang pekerja
mesti mematuhi dalam organisasi tertentu. Pekerja mesti mematuhi dasar organisasi,
melaksanakan peranan tugas mereka dengan cekap dan menyampaikan apa-apa masalah kerja
dan aduan kepada ketua mereka.Komunikasi untuk menyampaikan arahan ini biasanya
menggunakan medium bertulis seperti memo, emel, surat dan sebagainya. Mohd Baharudin
Othman & Mohd Khairie Ahmad (2009) mengatakan bahawa arahan yang diberikan secara
diplomatik dan halus akan menjadikan pekerja lebih selesa, meningkatkan hubungan antara
pekerja dan pihak atasan dan tugasan yang dilakukan juga adalah dengan rela hati.

10
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Koontz & Weihrich (2006) menyatakan bahawa peranan komunikasi dalam konteks
organisasi melibatkan penetapan dan penyebaran matlamat organisasi, menyusun rancangan
untuk mencapai matlamat organisasi dan mengatur sumber manusia dan sumber-sumber lain
dengan cara yang paling cekap dan berkesan.

Oleh itu, komunikasi yang bersesuaian dapat membantu dalam mengawal fungsi
pengurusan dan melancarkan pengarahan sesuatu tindakan. Dapatlah disimpulkan bahawa
komunikasi secara interpersonal mahupun komunikasi secara bertulis dapat membantu
pekerja dan organisasi dalam mencari dan mendapatkan maklumat dan ini dapat
memudahkan dan melicinkan aktiviti seharian.

4.0 TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM PENGURUSAN RUMAH SERI


KENANGAN ULU KINTA

4.1 Teori Henry Fayol


Henry Fayol merupakan pelopor dan penyumbang kepada pendekatan teori organisasi
klasikal yang terkemuka. Beliau merupakan orang pertama yang telah mensistematikkan
pengurusan. Beliau juga telah mengenal pasti fungsi utam apengurusan, iaitu perancangan,
pengorganisaisan, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
Henry Fayol telah memperkenalkan 14 prinsip utama pengurusan dalam teorinya iaitu:-

Pembahagian kerja
Tujuan dari pembahagian kerja ini adalah menghasilkan pekerjaan yang lebih
banyakdan lebih dengan usaha yang sama. Dengan adanya pembahagian tugas dalambidang-
bidang tertentu ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Autoriti dan tanggungjawab


Iaitu hak untuk memberi arahan Authoriti di dalam pengurusan sangat diperlukan
ketika melaksanakan kegiatanperusahaan. Disamping autoriti, tanggung jawab
(responsibility) juga diperlukan. Autoriti adalah hak dari para pengurus untuk memberi
arahan dan juga berhakmenuntut ketaatan dari yang diperintah. Autoriti di satu pihak
menimbulkantanggung jawab kepada pihak lain, iaitu tanggung jawab untuk
melaksanakanperintah. Ada dua bentuk autoriti iaitu: autoriti formal dan autoriti pribadi.
Autoritiatau kekuasaan formal adalah autoriti yang diperolehi dari pihak atasannya
untukmemberi arahan kepada orang lain. Autoriti peribadi adalah autoriti yang didapat
olehseseorang kerana pengetahuannya, pengalamannya, dan sebagainya.

Disiplin

11
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Pekerja yang berdisiplin menjamin kejayaan organisasi. Disiplin adalah tindakan


melakukan apa yang sudah menjadi komitmen secarabersama baik antara pimpinan dengan
bawahan mahupun sesama anggotapengurusan. Disiplin ini sangat penting kerana suatu usaha
tidak akan berhasil tanpa adanya displin. Prinsip ini menekankan bahawa anggota sesuatu
organisasi harus menghormati peraturan dalam organisasi itu.

Perintah
Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada
seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik
dalam penerimaan dan pemberi arahan.

Keselarasan arahan
Seharusnya arahan dari satu pihak sahajaSetiap orang dalam organisasi hanya
menerima perintah dari satu atasan saja.

Keselarasan arah tuju


Objektif yang satu untuk mencapai suatu tujuan bersama, perlu adanya keselarasan
arahan, agar tidak terjadi perbezaan arahan yang menyebabkan tujuan tersebut tidak tercapai.
Hanyaa da satu orang pemimpin dengan satu objektif organisasi.

Mengutamakan kepentingan organisasi


Kepentingan umum dan tujuan bersama merupakan keutamaan lebih daripada
kepentingan peribadi. Semua anggota organisasi harus selalu mengutamakan kepentingan
organisasi daripada kepentingan peribadinya. Hal ini harus dilakukan kerana tanpa komitmen
seperti itu, suatu organisasi tidak dapat maju dan berkembang.

Pembayaran upah
Penghargaan (pemberian upah yang sepadan) merupakan ransangan bagi pekerja
untuk dapat bekerja dengan baik dan dapat memenuhi objektif organisasi. Pemberian upah ini
harus sesuai dengan usaha yang telah dikeluarkan danseboleh-bolehnya memuaskan kedua
belah pihak.

Penurunan kuasa
Kepada kakitangan bawahan untuk menjalankan tugas denganberkesanSentralisasi
atau Desentralisasi dapat digunakan bergantung kepada seberapabesar sesuatu organisasi
tersebut. Apabila suatu organisasi sudah berkembang pesat dan menjadi besar maka
desentralisasi diperlukan disamping sentralisasi dengana danya pemusatan kekuasaan, iaitu
pada ketua pengurusan.

12
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Rantai pemerintahan
Melalui aliran komunikasi formal dalam organisasi, prinsip ini mempermudah
komunikasi antara pegawai, susunan kakitangan, penempatan orang dan penempatan
pekerjaan haruslah sesuai dengan keperluan. Maksud dari prinsip ini adalah manusia dan
bahan-bahan harus berada ditempatdan pada waktu yang tepat.

Keseimbangan layanan bagi melahirkan ketaatan kepada organisasi


Dalam usaha merangsang pekerja dalam melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-
sungguh dan penuh setia, perlu wujud sifat keramahan dan keadilan. Maksud prinsip ini
adalah para pengurus harus bersikap adil terhadap semua ahli bawahannya dalam setiap hal.

Kestabilan personel
Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil.

Inisiatif
Kakitangan diberi kebebasan untuk memajukan dan mengimplementasikan
rancangan. Sumber kekuatan perusahaan adalah adanya insiatif di kalangan orang atasan dan
bawahan, khususnya pada masa-masa yang sukar. Setiap anggota dalam organisasi berhak
diberi kesempatan merancang dan melaksanakannya.

Kekitaan
Keharmonian dalam kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan
organisasi.

4.2 Teori X Dan Teori Y ( Douglas Mcgregor)


Douglas Mc Gregor adalah merupakan antara ahli-ahli teori yang
banyak membincangkan tentang teori organisasi. Teori ini telah mengkategorikan manusia
dalam dua keadaan iaitu „X‟ untuk memerihalkan tentang keadaan individu yang lebih
kepada sifat yang negatif dan „Y‟ pula menjurus kepada individu yang melakukan perkara-
perkara yang baik dan positif. Di dalam sesebuah organisasi, Mc Gregor
menyimpulkan bahawa seseorang pengurus dalam orgnasisasi akan melihat seseorang pekerja
akan dapat dinilai daripada andaian tentang pekerja itu sendiri. Kemudian pengurus tersebut
akan cuba membentuk subordinat mereka mengikut beberapa tret positif yang ada dalam diri
pengurus itu sendiri.
Di dalam teori ini, terdapat komponen-komponen utama yang dilihat dan digunakan
dalam mengkaji sesuatu keadaan dengan menggunakan teori ini iaitu X dan Y. Teori perilaku
ini adalah teori yang menjelaskan bahawa suatu tingkahlaku tertentu dapatmembezakan
pemimpin dan bukan pemimpin di kalangan mereka sendiri. Konsep teori Xdan Y

13
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

dikemukakan oleh Douglas McGregor dalam buku “The Human Side Enterprise”di mana
pengurus atau pemimpin organisasi memiliki dua jenis pandangan terhadap para pegawai dan
kakitangan mereka iaitu teori X atau teori Y.

Teori X
Di bawah teori X, Mc Douglas menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah
makhluk pemalas yang tidak suka bekerja serta suka mengelakkan diri dari pekerjaan dan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Perkerja jenis ini mempunyai cita-cita yang kecil
untuk mencapai tujuan tertentu tetapi dalam pada masa yang sama dia mengharapkan balasan
dan juga jaminan hidup yang tinggi. Dalam bekerja, pekerja ini perlu sentiasa diawasi,
diancam serta diarahkan agar dapat bekerja. Oleh itu, terdapat 4 andaian yang dibuat oleh
para pengurus terhadap pekerja seperti ini:
· Pekerja secara semulajadi tidak suka berkerja dan bila ada
kesempatanuntuk berbuat demikian, mereka akan lakukan;
· Disebabkan pekerja seperti ini tidak suka dengan kerja, mereka perlu
dikerah dan dikawal atau diberi peringatan tentang hukuman
yangdiberikan sekiranya tidak melaksanakan tugas;
· Pekerja seperti ini seringkali mengelakkan diri daripada diamanahkan
untuk melakukan satu-satu tanggungjawab samada kecil atau besar
dan pekerja ini memerlukan arahan untuk berkerja.
· Pekerja dalam kategori ini menganggap bahawa pekerjaan adalah
yang paling utama jika dibandingkan dengan keperluan lain yang
tidak mempunyai cita-cita tinggi

Teori Y
Teori ini memiliki anggapan bahawa kerja adalah sesuatu aktiviti yang perlu
dilakukan oleh manusia. Pekerja dalam kategori ini mempunyai semangat dan cita-cita yang
tinggi dalam mencapai matlamat dalam kerjaya mereka. Pekerja seperti ini memiliki sifat
kerja yang amat teratur dan mempunyai daya kerajinan kuat, komited terhadap kerjayang
diamanahkan serta bertanggungjawab.
Teori Y mengklasifikasikan individu dalam kumpulan ini mempunyai banyak sifat yang
positif dalam diri mereka. Mc Gregor mengandaikan:
· Pekerja menganggap bahawa, berkerja adalah satu perkara yang penting
sama seperti aktiviti-aktiviti lain seperti sukan , berehat dan sebagaianya.
· Individu ini tidak memerlukan kawalan serta pemerhatian kerana individu
seperti ini lebih suka bekerja dalam keadaan yang bebas dan

14
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

tidak terkongkong. Ini dapat membantu mereka untuk bekerja dengan lebih
komited kepada pencapaian objektif organisasi.
· Individu seperti ini mempunyai usaha dan cepat belajar untuk menerima
tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkandan mereka
melakukan tugas tersebut dengan penuh amanah.
· Individu ini mempunyai daya kreatviti dan keupayaan dalam membuat
keputusan yang baik dalam pelbagai peringkat samada dalamfungsi
pengurus atau tidak.

Teori X dan Y adalah merupakan satu teori anggapan seseorang pemimpin atau
pengurus untuk menilai individu dalam sesebuah organisasi dalam mencari keputusan dan
juga dijadikan sebagai salah satu bentuk penilaian terhadap pekerja-pekerja di bawahnya.
Oleh yang demikian pengurus perlu memainkan peranan untuk menilai pekerja-pekerja
secara betul supaya penilaian tersebut benar-benar tepat. Walaupun teori X dan teori Y ini
mudah untuk digunakan dalam menilai seseorang disebabkan ianya telah dibahagikan kepada
2 komponen di mana X mewakili sikap yang negatif dan Y pula mewakili sikap yang positif,
kadangkala wujud juga kesilapan dalam menilai seseorang tersebut kerana secara zahir teori
ini hanya mampu menilai seseorangdari segi fizikal atau andaian luaran sahaja. Terdapat juga
kebaikan dan keburukan apabila menggunakan teori ini dalam menilai seseorang:

Kekuatan Teori X dan Y


♠ Teori ini akan dapat dijadikan sebagai satu bentuk penilaian awal terhadap individu di
mana, dengan hanya melihat dari segi tingkahlaku seseorang, ia dapatmengenalpasti
individu tersebut samada dikategorikan dalam X atau Y.
♠ Andaian-andaian daripada teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengurus
organisasi dalam mereka membentuk dan memotivasikan pekerja.
♠ Boleh dijadikan sebagai pembuat keputusan.
♠ Mengenalpasti individu-individu yang benar-benar komited dengan tugas yang
diamanahkan dan juga inidividu-individu yang menganggap kerja hanya sebagai satu
bentuk tanggungjawab yang perlu dilaksaknakan dan tidak mempunyai harapan yang
tinggi dalam kerjaya.

Kelemahan Teori X dan Y


Teori ini hanya menilai individu dari segi luaran sahaja dan juga tingkahlaku yang
dapat dilihat dari mata kasar.
Teori ini tidak membenarkan faktor kebolehan dari segi akademik mempengaruhi
keputusan yang dibuat.

15
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Seringkali wujudnya kesan halo ke atas penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan
kerana pengurus yang bersifat pilih kasih akan menjurus kepada pemilihan keputusan
yang tidak tepat.
Wujud jurang besar antara pekerja-pekerja yang dikategorikan sebagai perilaku Xdan
perilaku Y.
Teori ini tidak mementingkan tentang faktor kecekapan dalam diri individu
yangdinilai.
Sesuatu keputusan akan menjadi silap sekiranya penilai tidak dapat membuat
penilaian dengan berkesan dan tidak cekap

5.0 INISIATIF BAGI MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DI RUMAH SERI


KENANGAN ULU KINTA

5.1 Mesyuarat dan Perhimpunan Bulanan

Pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta akan mengadakan mesyuarat dan sesi
perbincangan bersama-sama dengan kakitangan bagi membincangkan sesuatu perkara. Ini
dapat memberi peluang kepada kakitangan untuk menyertai proses membuat keputusan.
Untuk melahirkan golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil
kerja yang berkualiti perlu diadakan sesi mesyurat supaya semua perkara dapat diberi kata
putus sebelum dilaksanakan.
Perhimpunan bulanan juga turut diadakan di mana ia menjadi platform bagi pihak
pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dan semua kakitangan berkongsi maklumat,
menyuarakan pandangan dan berkongsi masalah yang dihadapi.

5.2 Penganjuran Pelbagai Program dan Aktiviti Bagi Mengeratkan Silaturahim dan
Semangat Kerjasama

Dalam konteks memupuk dan menyemarakkan semangat berpasukan dan saling


bekerjasama dalam organisasi Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, pihak pengurusan sentiasa
menggabungkan penglibatan dan komitmen semua pihak iaitu di antara kakitangan dan juga
penghuni. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dijalankan bersama-sama. Semua pihak
berganding bahu merealisasikan sesuatu program dengan jayanya. Natijah daripada
pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama kakitangan dan penghuni warga emas, Kakitangan dan juga penghuni
dapat menimba pengalaman melalui program yang dijalankan melalui perbincangan setiap
bahagian yang telah ditentukan peranan masing-masing.
Setiap kakitangan dan penghuni diberi tugas tanggungjawab mengikut kumpulan
masing-masing dan sebagai ahli jawatankuasa sesuatu program atau aktiviti. Melalui inisiatif

16
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

ini, semua pihak dapat saling bertukar-tukar pendapat dan kemahiran masing-masing. Selain
itu, mereka juga dapat dapat bertemu dan bergaul dengan ramai orang. Tindakan dan langkah
yang diambil oleh institusi ini adalah sebagai satu usaha untuk meberi “kehidupan
bermakna” kepada penghuni dan merasakan kewujudan mereka dihargai.
Secara tidak langsung, bagi penghuni warga emas ia menjadikan masa mereka terisi
dengan aktiviti berfaedah dan tidaklah terperap sahaja di dalam asrama. Manakala bagi
kakitangan pula tidaklah terikat dengan kerja-kerja hakiki sahaja yang mungkin boleh
menimbulkan rasa bosan. Para pekerja perlu menanamkan rasa setia dan dedikasi kepada
organisasi. Perkara ini akan mewujudkan sikap sentiasa komited tanpa mengira masa dan
tenaga yang harus disumbangkan kepada organisasi. Seterusnya menggalakkan kerja
berpasukan bagi memastikan organisasi kekal maju. Antara Program dan aktiviti yang
dijalankan adalah seperti :

· Sambutan Hari Perayaan Mengikut Kaum


· Program Iftor Perdana
· Aktiviti Gotong Royong Perdana
· Kempen Peduli Kebersihan
· Projek Botani Mega
· Projek Keceriaan Surau Al-Kahfi RSK Ulu Kinta
· Sambutan Hari Sukan Negara 2017
· Program Santai Sihat Bersama Warga Emas
· Majlis Mahabbah Asyuro
· Penubuhan Kumpulan Nasyid RSKUK – Kumpulan Ipoh Yeop Street
Drummer

5.3 Bimbingan Dan Kaunseling

Dari segi bimbingan, semua kakitangan sering ditekankan tentang pemahaman ke atas
objektif yang jelas. Untuk membina budaya kerja berpasukan, kakitangan Rumah Seri
Kenangan Ulu Kinta harus mengetahui dan memahami objektif organisasi. Sekiranya pekerja
tidak memahami objektif organisasi dengan jelas, mereka tidak akan dapat mempamerkan
prestasi yang produktif. Seterusnya, apabila mereka mempunyai tafsiran sendiri mengenai
objektif organisasi, hal ini akan mewujudkan situasi di mana para mereka akan bekerja
sebagai individu berbanding sebagai satu pasukan seperti yang sepatutnya.

17
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Oleh sebab itulah, pihak pengurusan sentiasa mengingatkan semua kakitangan supaya
kembali kepada objektif organisasi ini apabila ada yang tersasar supaya mereka tidak lupa
tujuan asal mereka bekerja dan berada di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

5.4 Pemantapan Integriti

Menurut Pelan Integriti Nasional, Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang
wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat
dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Dalam usaha untuk memantapkan integriti di kalangan kakitangan dan penghuni,


pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta sentiasa merangka dan melaksanakan
pelbagai usaha untuk mewujudkan kakitangan dan penghuni yang berintegriti melalui
pelbagai program dan aktiviti bagi pembentukkan sahsiah diri yang mempunyai sifat jati diri
terpuji, ikhlas ,jujur dan optimistik serta mempuyai nilai spiritual dan moral yang tinggi.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan adalah seperti menganjurkan
program, aktiviti dn seminar. Antaranya ialah seperti :

· Sesi Amanat Integriti Bersama Penguasa Setiap Hari Jumaat Dan


Perhimpunan Bulanan.
· Sesi Integriti Direktual Bersama Penguasa Secara Personal
· Integriti Penghuni Disemai Melalui Kaedah Spiritual
· Program Unit Hal Ehwal Islam Menyampaikan Kepentingan
· Integriti Kepada Penghuni Dan Kakitangan Secara Muzikal
· Mesyuarat dan Sesi Perbincangan Input Integriti Sering Dijalankan

5.5 Pemantapan Kerohanian

Dalam apa jua perkara termasuk hal pentadbiran atau pengurusan, pemantapan
kerohanian amat penting dan menjadi kunci penghayatan kepada sistem nilai dan etika
kehidupan manusia. Nilai kerohanian dalam nilai dan etika dalam pentadbiran dan
pengurusan dan apa jua mesti membimbing tingkah laku manusia untuk mencapai
kebahgiaan sosial dan keselamatan rohaniah. Begitu juga aspek pengurusan Rumah Seri
Kenangan Ulu Kinta yang mempengaruhi kehidupan kakitangan adalah tidak dapat lari
daripada falsafah pemantapan kerohanian dalam menerapkan nilai-nilai etika dalam
pelaksanaannya.

18
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Oleh itu, kunci penghayatan yang menyeluruh tentang ketulenan sistem pengurusan
Islam terletak pada sistem nilai dan etikanya. Namun begitu, keunggulan etika dalam alam
pemikiran Islam tidak menolak kemungkinan bahawa dalam kes-kes ekstrim tertentu,
keadaan pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta mungkin mempengaruhi tingkah laku
nilai dan etika kakitangannnya. Justeru, bagi memntapkan lagi pengisian rohani semua
kakitangan, pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta telah melaksanakan pelbagai
aktiviti dan program yang menjurus kepada nilai-nilai kerohanian. Antara program dan
aktiviti tersebut ialah :

· Program Ceramah Bersama Penceramah Jemputan


· Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Solat Hajat Setiap Hari Jumaat
· Pertandingan Pop Kuiz Agama Kakitangan Dan Penghuni
· Program Lambaian Masjid
· Majlis Qiamullail
· Majlis Nuzul Quran
· Program Tadarrus Al Quran
· Program Pengajian Tauhid

5.6 Kursus Dan Latihan

Kursus dan Latihan memainkan peranan penting bagi meningkatkan tahap kecekapan
kakitangan dengan carakerja dan budaya kerja di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta. Oleh
yang demikian, pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta telah melaksanakan
pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian kepada semua kakitangan sebagai satu inisiatif
dalam meningkatkan tahap kompetensi kakitangan. Ini adalah untuk meningkatkan lagi
pengetahuan kakitangan dalam organisasi seterusnya dapat mewujudkan hubungan yang baik
dalam organisasi Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Melalui pelbagai kursus dan latihan, kakitagan dapat meningkatkan lagi prestasi
mereka, meluaskan pengetahuan dan dapat menimba ilmu yang baru. Antara Latihan dan
kursus yang telah dilaksanakan oleh pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta ialah
seperti:-

· Kursus Pemantapan Sehati Sejiwa


· Kursus Pengurusan Stress
· Latihan dan Amali Kebakaran
· Kursus Penyembelihan Sempurna
· Kursus Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial

19
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

5.7 Peluang Mencungkil Bakat dan Potensi Diri

Setiap kakitangan diberi peluang untuk menyertai pelbagai pertandingan yang


dianjurkan oleh pihak jabatan. Disamping dapat mencungkil bakat terpendam kakitangan,
mereka juga dapat menyerlahkan lagi potensi diri mereka.

Melalui pertandingan sebegini, kakitangan yang terlibat yang terdiri daripada pelbagai
perjawatan akan bergabung dan saling bekerjasama antara satu sama lain bagi memenangi
pertandingan ini. Pelbagai idea bernas dapat disumbangkan dan dikongsi bersama.
Kakitangan juga turut terdedah dengan pengetahuan baru dan pengalaman berharga. Ini dapat
mengeratkan lagi semangat kerjasama dan saling bantu-bantu di antara satu lain Antara
pertandingan dan anugerah tersebut ialah seperti :

· Pertandingan Anugerah Inovasi Sosial.


· Pertandingan Nasyid Peringkat Jabatan
· Pertandingan Anugerah Inovasi Pegurusan
· Pertandingan Anugerah Edible Garden
· Pertandingan Dart Antara Jabatan
· Penyertaan Dalam Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah dan
Berjaya Sebagai Finisher Half-Marathon Go Nature - Kategori Penghuni
Warga Emas

5.8 Peluang Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Secara Sepenuh
Masa Atau Pengajian Jarak Jauh.

Pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta sentiasa mengalu-alukan dan
memberi peluang kepada setiap kakitangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Ini adalah satu peluang kepada kakitangan untuk menimba ilmu dan
meningkatkan taraf pendidikan setinggi yang mungkin demi mencapai kemajuan dalam
kehidupan di samping dapat meningkatkan lagi tahap kerjaya masing-masing.

Sehingga kini seramai lima orang kakitangan telah berjaya menamatkan pengajian
dalam jurusan masing-masing dan menggenggam segulung ijazah dan ada juga yang masih
dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam. Antara jurusan yang diambil di
Institusi PengajianTinggi Awam oleh kakitangan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta adalah
seperti :

20
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Jurusan/
Nama dan Bidang Nama Kategori Catatan
Bil Tempoh
Jawatan Yang IPTA Pengajian
Diambil
Mohd Shafrul Bin
Mohd Suffian. Ijazah Telah
Universiti tamat
(Pembantu Sarjana Sepenuh
1 Sains 4 Tahun dengan
Pembangunan Muda Sains Masa
Malaysia jayanya
Masyarakat Gred Sosial
S19)
Mohd Firdaus B Ijazah
Kutip Sarjana Telah
Universiti Pengajian tamat
(Pembantu Hal Muda 4 Tahun
2 Sains Jarak Jauh dengan
Ehwal Islam GRed Pengajian Setengah
Malaysia (PJJ) jayanya
S19) Sosial
(Antropologi)
Hamizan Bin
Hamid Ijazah Telah
Universiti Pengajian tamat
(Pembantu Sarjana 4 Tahun
3 Sains Jarak Jauh dengan
Pembangunan Muda Sains Setengah
Malaysia (PJJ) jayanya
Masyarakat Gred Sosial
S19)
Rosnani Bt Ijazah Masih
Shaharuddin Sarjana Universiti Pengajian dalam
4 tahun
4 (Pembantu Tadbir Muda Utara Jarak Jauh tempoh
Setengah
Perkeranian/Operasi Pengurusan Malaysia (PJJ) pengajian
Gred N19) Awam

5.9 Penghargaan Dan Motivasi

Bagi menghargai sumbangan dan penglibatan kakitangan serta semua pihak dalam
organisasi Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, pihak pengurusan sentiasa menyediakan
pelbagai ganjaran kepada kakitangan. Inisiatif ini adalah bagi meningkatkan motivasi
kakitangan dan untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan. Dengan inisiatif ini,
mereka akan merasa lebih dihargai dan ini dapat menaikkan lagi semangat dan motivasi
mereka untuk menjadi yang terbaik. Antara bentuk penghargaan yang diberikan ialah seperti :

· Majlis Malam Apresiasi


· Anugerahan Tokoh Warga Emas kepada penghuni Sempena Sambutan
Hari Warga Emas
· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan
· Penghargaan Bagi Penglibatan Kakitangan Di Dalam Petandingan Anjuran
Jabatan

21
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

6.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN YANG TIMBUL DI RUMAH SERI


KENANGAN ULU KINTA

6.1 Kemudahan Ruang Kerja Yang Kurang Selesa

Kemudahan infrastruktur yang telah rosak dan sukar dibaiki disebabkan bangunan
yang telah uzur dan tiada perancangan pembangunan. Kekangan kewangan kerana
peruntukkan diturunkan secara berperingkat-peringkat menyebabkan tidak dapat merancang
perbelanjaan secara teratur. Tandas, pagar, atap yang sering mengalami kerosakan dan
perlukan perbelanjaan yang tinggi bagi membaikipulih secara keseluruhan. Pembaikkan yang
tidak menyeluruh menyebabkan masalah berulang dan perlukan kos berganda.

Selain itu, tidak memdapat peruntukkan bagi membeli peralatan asas seperti katil
yang sesuai untuk penghuni yang sakit terlantar lama (bedsor), tilam yang sesuai untuk
pesakit yang uzur (kerap basah), bantal dan loker untuk penghuni menyimpan barang
peribadi kerana sering berlaku kehilangan barang berharga penghuni. Kelengkapan pejabat
seperti kerusi, meja dan komputer serta keperluan pejabat lain yang pembelian adalah
dibawah aset (OS 35000). Kesemua peralatan tersebut telah uzur dan rosak.

Oleh kerana masalah kekurangan peruntukan untuk urusan pembinaan kemudahan


dan bangunan yang selesa, menyebabkan terdapat sedikit ketidakselesaan di kalangan
kakitangan Ruang kerja yang lebih selesa diperlukan kerana bilik pegawai bertugas, pejabat
pentadbiran, klinik dan bilik aktiviti kurang selesa dan sempit.

6.2 Masalah Perjawatan

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta memerlukan kakitangan tambahan bagi jawatan
seperti Jururawat kerana bertambahnya bilangan penghuni terlantar dan Ustazah kerana
terdapat penghuni wanita dan perlu proses pembelajaran "in-person".

Suami isteri bertugas di tempat yang sama menyebabkan terjejas urusan tugas.
Mereka memohon agar jadual tugas dan kelepasan mingguan diberi sama masa. Selain itu,
apabila ada urusan keluarga kedua-duanya mohon cuti atau pelepasan. Keadaan ini
menjejaskan pengurusan warga emas.

6.3 Beban Kerja Yang Banyak

Masalah ini timbul disebabkan oleh perjawatan yang terlalu lama tidak diisi dan ada
yang melepasi 2 tahun masih kosong seperti Pengawal Keselamatan, Pembantu Penyediaan

22
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Makanan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Kekurangan kakitangan sangat membebankan


kerana menjejaskan mutu kerja, urusan seharian dan keselesaan penghuni.

Dari segi lain pula, ada sesetengah kakitangan yang tidak menjalankan tugas masing-
masing yang telah ditetapkan menyebabkan kakitangan lain terpaksa menyelesaikan tugas
tersebut. Ini kerana terdapat tugasan yang memerlukan tindakan secara berperingkat. Jika
satu pihak tidak mengambil tindakan terhadap sesuatu tugasan, pihak lain tidak dapat
meneruskan tugasan tersebut. Akhirnya tugasan tersebut menjadi tertangguh-tangguh dan
akhirnya tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

6.4 Kurang Kesedaran Tentang Kepentingan Penguasaan dan Pengetahuan Dalam


Ilmu Teknologi Maklumat

Di zaman yang serba canggih dengan penggunaan teknologi maklumat menggunakan


internet ini, masih terdapat kakitangan yang kurang mengambil berat betapa pentingnya
mereka perlu menguasai ilmu teknologi maklumat supaya pelbagai tugasan dan kerja dapat
diselesaikan dengan cepat dan mudah.

Masalah ini menyebabkan banyak tugasan-tugasan yang memerlukan penggunaan


teknologi maklumat tidak dapat diselesaikan dengan lebih pantas. Alasan-alasan seperti tidak
mempunyai kemahiran atau tidak pandai menggunakan kemudahan tertentu seperti komputer,
emel, sistem maklumat cuti seperti sistem e hadir, sistem maklumat sumber manusia seperti
sistem HRMIS tidak dapat diaplikasikan secara berkesan di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Walaupun kursus dan latihan ada dijalankan namun masih tidak dapat mengatasi
masalah tersebut. Ini menyebabkan beban kerja kepada pihak pentadbiran kerana terpaksa
menyelesaikan tugasan tersebut.

6.5 Disiplin dan Etika

Masih terdapat kakitangan yang bermasalah dari segi disiplin dan etika seperti hadir
lewat ke pejabat, sering hilang dari tempat kerja, curi tulang, tidak memakai pakaian yang
sepatutnya, membuat urusan peribadi semasa waktu kerja, menyalahguna kemudahan pejabat,
tidak hadir bekerja tanpa kebenaran dan alasan, menangguh-nangguhkan kerja, bersikap
biadap dan tidak menghormati sesama rakan sekerja atau sesama penghuni warga emas dan
juga pihak pengurusan.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Ulu
Kinta, masalah ini adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Walaupun pelbagai

23
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

usaha telah dilakukan bagi memberi kesedaran, sokongan serta penghargaan namun masalah
ini akan sentiasa berlaku. Ianya bergantung kepada diri individu itu sendiri.

6.6 Kehilangan Fokus dan Objektif Yang Kurang Jelas

Secara umumnya, masalah kehilangan fokus dan tidak jelas tentang objektif institusi
meyebabkan pelbagai isu lain timbul. Ini menyebabkan kadang-kala kakitangan tidak dapat
membezakan perkara yang perlu diberi kepentingan dahulu atau perkara yang baik atau yang
buruk dan yang betul atau pun salah. Untuk membina budaya kerja berpasukan, kakitangan di
Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta harus mengetahui dan memahami objektif organisasi.
Sekiranya kakitangan tidak memahami objektif organisasi dengan jelas, mereka tidak akan
dapat mempamerkan prestasi yang produktif. Seterusnya, apabila mereka mempunyai tafsiran
sendiri mengenai objektif organisasi, hal ini akan mewujudkan situasi di mana mereka akan
bekerja sebagai individu berbanding sebagai satu pasukan seperti yang sepatutnya.

6.7 Konflik Dan Tekanan

Kesinambungan daripada pelbagai masalah yang berlaku, akhirnya ini menimbulkan


konflik dan tekanan kepada banyak pihak di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta bukan saja
kepada pihak pengurusan tetapi juga kepada kakitangan.

Konflik dan tekanan yang dihadapi menyebabkan hilangnya kepercayaan dan


semangat perpaduan akan semakin pudar. Kepercayaan adalah keperluan penting dalam kerja
berpasukan kerana tanpa kepercayaan kemungkinan tercetusnya konflik akan meningkat. Hal
ini akan menyebabkan individu yang terlibat tidak akan dapat membina hubungan yang baik
dan tidak mampu bekerja secara efektif sebagai sebuah pasukan. Kepercayaan adalah kunci
untuk menjaga hubungan kerja yang baik antara rakan-rakan sepejabat dan majikan.
Kepercayaan memerlukan kejujuran dan kejujuran adalah penting untuk membolehkan kerja-
kerja dilakukan secara efisien tanpa wujudnya perasaan bimbang bahawa seseorang akan
diketepikan atau dipulaukan oleh rakan sepejabat.

24
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

7.0 KESIMPULAN

Pengurusan di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta akan berjaya apabila sistem
pengurusannya dapat menjalankan tugas secara cekap dan efektif untuk memastikan tenaga
kerja yang positif, berdaya saing serta mempunyai kepakaran dan kesungguhan dalam
melaksanakan tugas yang telah ditetapkankan. Semua pihak mempunyai peranan masing-
masing yang penting yang perlu diaplikasikan secara telus. Selain itu, kerja berpasukan,
kepimpinan pengurusan atasan, latihan dan pembelajaran juga merupakan aset penting dalam
kemajuan Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta. Ini bagi mewujudkan suasana yang positif dan
situasi menang menang di antara pihak pengurusan dan juga kakitangan. Dalam konteks ini
semua pihak saling bekerjasama, saling memahami, saling menghormati dan tahu tugas dan
peranan masing-masing di samping sentiasa berpegang teguh kepada objktif organisasi agar
segala perancangan dan impian dapat dicapai dengan jayanya.

Secara keseluruhanya, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta telah mencapai objektif
penubuhannya yang telah ditetapkan oleh jabatan. Pihak Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
telah cuba memenuhi matlamat Dasar Warga Emas Negara iaitu mengupayakan individu,
keluarga, masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan
berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.

Pada tahun ini, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan dan
operasi dalam mewujudkan suasana yang indah dan ceria di tempat kerja agar dapat
menimbulkan suasana yang selesa dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien jabatan
lebih bermakna dan mencapai “Key Performance Indicators”.

Pendekatan komunikasi berkesan yang berlaku di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
dapat mempengaruhi oleh tahap kepuasan kerja kakitangan. Oleh yang demikian, bagi
mewujudkan tahap kepuasan yang maksimum setiap pihak samada pekerja bawahan atau
pihak pengurusan atasan harus bersikap lebih telus dalam sesuatu perkara yang
berhubungkait dengan kerja. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dalam
organisasi dan tahap kepuasan kerja sesebuah organisasi adalah aspek penting yang perlu
dijaga oleh semua pihak yang memainkan peranan penting di dalam organisasi terutama
dalam mencapat matlamat organisasi

25
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Melalui cara ini, dapat diyakini bahawa segala usaha yang telah dilakukan dengan
bantuan kakitangan yang bertugas setiap unit yang berada di Rumah Seri Kenangan Ulu
Kinta untuk memuaskan hati semua pihak adalah bagi menaikkan nama jabatan serta
mengembalikan kefungsian sosial klien jabatan agar mereka dapat berdikari dan mengecapi
kehidupan dengan penuh bermakna.

Secara ringkasnya, memelihara hubungan baik antara majikan dan pekerja di Rumah
Seri Kenangan Ulu Kinta pastinya memberi natijah yang cukup besar dalam pengembangan
organisasi ini untuk terus mencapai produktivitinya yang lebih baik di samping dapat
menyumbang kepada suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah.

26
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

8.0 RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2003. Komunikasi untuk pengurus. Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2003. Komunikasi untuk pemimpin. Bentong: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Chek Mat . 2007. Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

DePoy, E., & Gilson, S. F. (2011). Human Behavior Theory and Applications: A Critical
Thingking Approach. London: Sage Pun.

Dr. Raja Roslan Bin Raja Abd.Rahman; Profesor Dr. Hj. Mohd. Salleh Hj. Hassan;Profesor
Madya Dr Ezhar Tamam;Profesor Madya Dr. Azahari Ismail;Dr Shamsuddin Ahmad.
(t.t). Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalan
dalam Tiga Organisasi Terpilih. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hamilton, C., & Parker, C. (1997). Communicating for Results:A Guide for Business and the
Professions. Singapore: Wadsworth Publishing.

Koontz, H., & Weihrich, H. (2006). Essential Of Management. Mcgraw-Hill.

Laman sesawang http://www.mampu.gov.my/ms/penerbitan-mampu/send/2-buku/50-pelan-


integriti-mampu-2013-2015 telah diakses pada 6 Jun 2018.

Laman sesawang https://www.facebook.com/pg/Rumah-Seri-Kenangan-Ulu-Kinta-


15010099
03527691/reviews/?ref=page_internal telah diakses pada 6 Jun 2018.
Laporan Tahunan Tahun 2017, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Laporan Tahunan Tahun 2018, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta (Sehingga Julai 2018).

Mintzberg, H. (2009). Managing. Edinburgh: Prentice Hall.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar Komunikasi. Sintok,
Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Rosli bin Mohammed. (2007). Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi: Kajian Kes
Antara Dua Buah Organisasi Awam Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.

Wan Izuddin. 1991. Strategi Membina Pasukan Berkesan. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

Zawiyah Mohammad Yusof. 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

27

Anda mungkin juga menyukai