Anda di halaman 1dari 3

NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR

SMA NAHDZAH (ZON 2)

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

Assalamualaikum w,b,t
‫الحمد هلل رب العلمين والصلوات والسالم على أشرف األنبيإ والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين‬
Kalungan aprisiasi saya hulurkan buat saudara/I peneraju acara , deligasi kehakiman ,
saudara/I penjaga masa , seterusnya hadirin dan hadirat sidang dewan pemacu wawasan .

31 Oktober 1995 , ketika pelancaran Keris Motion Sdn . Bhd Tun Dr Mahathir ada mengatakan
bahawa “Manusia yang lemah sekalipun , jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia .
Demikianlah kesannya permuafakatam”. Oleh itu mari bersama saya kita menelusuri di sebalik
frasa ‘Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Manusia Kerana Muafakat’ .

Hadirin dan hadirat peribahasa bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat
membawa maksud kata sepakat yang dicapai oleh masyarakat dalam melakukan sesuatu
perkara . Jadi syarahan saya dapat diinterprestasikan sebagai permuafakatan antara komuniti
memainkan peranan penting dalam melahirkan rakyat yang berkualiti kearah kemajuan negara.

4 fikrah utama akan kita telusuri bersama ,

Pertama : Nilai Penerimaan Dihayati, Muafakat Sejagat Dikecapi


Dunia memperakui uniknya potret kejayaan Islam suatu ketika dahulu dilakari warna-warni
muafakat dalam kepelbagaian. Umat Islam ketika itu hidup seia sekata ibarat aur dengan tebing.
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 103 :

‫ص ُموا ِب َح ْب ِل اللَّـ ِه َج ِميعًا َو ََل تَفَ َّرقُوا‬


ِ َ ‫َوا ْعت‬
Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai .
Saat termeterainya perjanjian hudaibiyah menjadi bukti kepada kita bahawa penerimaan
masyarakat islam dan bukan islam terhadap perjanjian ini telah mencapai permuafakatan
demi keamanan negara secara automatiknya islam mampu tersebar luas . Hari ini sistem
pendidikan pelbagai aliran telah kita perkasakan, bahasa ibunda dan agama lain tidak
dipinggirkan, dan setiap perayaan kaum kita raikan. Semua ini atas prinsip penerimaan yang
menjadi acuan muafakat sejagat .

Tegasnya , Nilai Penerimaan Dihayati , Muafakat Sejagat Dikecapi .

Kedua : Nilai Kenegaraan Disanjung, Muafakat Rakyat Dijunjung


Dalam melakar kejayaan sesebuah negara, semangat patriotisme mampu melahirkan bangsa
yang sanggup berputih tulang dan tidak rela berputih mata demi meletakkan kepentingan
negara mengatasi segala-galanya. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ‫ط ِن ِمنَ اْ ِإل ْي َم‬


‫ان‬ َ ‫حُبُّ اْ َلو‬
Maksudnya: Mencintai negara itu sebahagian daripada iman.
Hadirin , ruh perjuangan Rasulullah terus mengalir ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi yang
mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan puak kristien dalam peperangan salib .
15 April 2019 umat islam sekali lagi digemparkan dengan berita bahawa Masjid Al-Ahmar di
Baitul Maqdis telah dijadikan kelab malam oleh bangsa yahudi . Lalu , di manakah
permuafakatan umat Islam pada hari ini bagi merampas semula Baitul Maqdis .
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SMA NAHDZAH (ZON 2)

Hari ini di Malaysia penerapan prinsip kenegaraan telah memupuk nilai muafakat bangsa dan
memperkasa peribadi generasi muda . Begitu juga diterapkan subjek Hubungan Etnik,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia memberi kefahaman mendalam betapa pentingnya
muafakat dalam kalangan rakyat .

Tegasnya , Nilai Kenegaraan Disanjung , Muafakat Rakyat Dijunjung .

Ketiga : Keadilan Sosial Dinikmati, Muafakat Rakyat Berkualiti.


Dalam mengejar kemajuan, nasib rakyat tidak boleh diabaikan kerana apalah gunanya segala
bentuk pembangunan yang gah dan maju, tetapi rakyat hidup dalam kesusahan. Maka, prinsip
keadilan sosial akan memungkinkan rezeki seperiuk nasi dan gulai sebelanga dapat kita kongsi
bersama. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 90:

ِ ‫َاء َو ْال ُمن َك ِر َو ْالبَ ْغي‬


ِ ‫ع ِن ْالفَ ْحش‬
َ ‫اء ذِي ْالقُ ْر َب ٰى َو َي ْن َه ٰى‬
ِ َ ‫ان َو ِإيت‬
ِ ‫س‬ ِ ْ ‫ِإ َّن اللَّـهَ يَأ ْ ُم ُر بِ ْالعَ ْد ِل َو‬
َ ‫اإل ْح‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat demikian serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-
perbuatan yang keji, mungkar dan kezaliman.Hadirin , piagam Madinah yang dirangka oleh
Muhammad s.a.w berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah menunjukkan bahawa rasulullah
mengutamakn keadilan tanpa mengira agama dalam mebentuk permufakatan antara rakyat .
Hari ini, namakan sahaja , daripada Bantuan Sara Hidup Rakyat, Skim Perlindungan Nasional
B40 dan Dana Rumah Mampu Milik BNM 2019 membolehkan agihan ekonomi lebih sekata
dalam memenuhi keperluan tanpa mengira bangsa. Inilah yang dinamakan muafakat dalam
keadilan sosial .

Tegasnya , Keadilan sosial Dinikmati , Muafakat Rakyat Berkualiti

Keempat : Nilai-nilai Murni Direnungi, Muafakat Negara Dinikmati


Pujangga Melayu selalu berpesan: tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, sendi
bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah bangsa. Lantaran itulah, Rasulullah adalah pelengkap
dan cerminan peribadi unggul kepada umat Islam. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat
21:
َ ‫سو ِل اللَّـ ِه أُس َْوة ٌ َح‬
ٌ‫سنَة‬ ُ ‫لَّقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي َر‬
Maksudnya: Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik
Hadirin , kemenangan tentera Islam dalam peperangan Khandak disebabkan sifat keterbukaan
baginda nabi yang menerima cadangan Salman Al-Farisi untuk menggali parit di sebelah utara
madinah . Nilai inilah yang perlu kita jadikan sebagai suri teladan bagi mewujudkan
permuafakatan ummah . Hari ini ,tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun
11.1% dan indeks keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20 paling aman daripada
158 buah negara. Apakah yang memungkinkan semua ini berlaku? Pastinya kefahaman
terhadap nilai-nilai murni yang memacu muafakat dan kemakmuran bangsa .
Tegasnya , Nilai-nilai Murni Direnungi Muafakat Negara Dinikmati .

Kesimpulannya hadirin sekalian, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung . Ayuh, kita
tunaikan tanggungjawab kepada negara dengan menghayati semula nilai penerimaan,
kenegaraan, keadilan sosial dan nilai-nilai murni bagi membentuk permuafakatan antara
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SMA NAHDZAH (ZON 2)

masyarakat . Maka di sini benarlah bahawa, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat . Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai