Anda di halaman 1dari 28

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN 2 (VRS 011) (PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1)

DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA HJ IBRAHIM HJ AHMAD

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.MATRIK PUSAT LIM CHIA CHYI 210987 PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UUM

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK SEK.MEN KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

1.0

PENGENALAN

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak atasan untuk melaksanakan satu projek yang diberi tajuk Projek Membentuk Pelajar Berakhlak. Projek ini mempunyai maklamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi. Gejala sosial pada masa kini selalu berlaku dan lebih menggerunkan ialah kebanyakan gejala itu berkaitan dengan remaja yang masih bersekolah. Hal ini demikian kerana corak kehidupan harian pada masa kini yang membawa banyak pengaruh kepada pelajar yang mengalaminya. Setiap pelajar sewajarnya dididik untuk menjadikan mereka sebagai individu yang berakhlak mulia dan disegani oleh masyarakat. Dengan itu, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak ini diadakan untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada pelajar sekaligus supaya dapat memupuk nilai-nilai murni . Projek ini juga diharap akan dapat memberikan pengetahuan serta kefahaman kepada pelajar tentang nilai nilai moral yang dapat membantu mereka mengelakkan diri daripada kejahatan. Mereka juga akan didedahkan dengan senario tentang remaja semasa dan juga pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya.

2 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

2.0

TUJUAN

Projek ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar supaya menjadi seorang pelajar yang berakhlak. Diharapkan pada akhir projek ini, para pelajar akan:

2.1

memberi alternatif yang dapat diterapkan melalui maklumat dan isu-isu semasa yang akan disebarkan dalam projek ini iaitu perbincangan, taklimat dan aktiviti yang akan diadakan.

2.2

memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyumbangkan idea, tenaga, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan melalui aktivitiaktiviti yang akan dijalankan

2.3

membentuk para pelajar agar mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi dan membentuk personaliti unggul di kalangan pelajar

3.0

MATLAMAT

3.1

Matlamat Umum 3.1.1 untuk menerapkan kekuatan jati diri kepada para pelajar agar dapat meningkatkan lagi semangat berakhlak tinggi 3.1.2 menggalakkan para pelajar untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah selaras dengan pembangunan negara yang begitu pantas.

3 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 3.1.3 membantu dan mendorong golongan pelajar supaya sedia memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam kehidupan seharian untuk kemajuan bangsa, agama, dan negara. 3.2 Matlamat teknikal

3.2.1 Memberi tunjuk ajak kepada para pelajar untuk cara menggunakan kemudahan internet dengan cara yang sihat dan positif. 3.2.2 Menperkenal website yang ada menyediakan sumber-sumber yang dapat mengajar pelajar dalam bidang pendidikan,sains ,dan cara hidup sihat,dan persekitaran.

3.3

Matlamat Pelaksanaan Daripda projek tersebut pelajar-pelajar akan: 3.3.1 dapat mengurangkan kadar gejala sosial yang kini kian bertambah dalam kalangan pelajar. 3.3.2 bermotivasi untuk meningkat nilai-nilai akhlak kepada para pelajar 3.3.3 menaman nilai nilai murni yang sihat kepada para pelajar 3.3.4 membantu para pelajar menjadi pelajar yang berakhlak

Daripda projek tersebut, staf akan:

3.3.5 menambahkan ilmu pengetahuan 3.3.6 menguasi cara-cara mengajar seseorang pelajar menjadi pelajar yang berakhlak.

4 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 3.4 Matlamat Ekonomi Dengan jalannya projek ini, para pelajar dapat 3.4.1 dapat memberi peluang kepada pelajar menceburi dalam pekerjaan yang disah di sisi undang-undang pada masa depan; 3.4.2 memahami dengan lebih mendalam mengawal sumber kewangan para pelajar; 3.4.3 mengajar para pelajar menjimatkan wang dan masa; 3.4.4 mengajar para pelajar mengamalkan sikap menabung wang

4.0

SKOP

Bidang tumpuan projek ini adalah

4.1

memberi nilai-nilai akhlak kepada para pelajar di Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik.

4.2

mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat kepada para pelajar seperti mengadakan permainan berkumpulan.

4.3

memgajar para pelajar mengamalkan nilai bekerjasama dan bertolak Ansur dalam berinteraksi dengan masyarakat.

5.0

PUNCA MATLUMAT 5.1 Kes gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

5.2

Punca kedua (sekunder) ialah ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka. 5 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Maklumat-maklumat yang diperolehi amat penting untuk merancang cara-cara mengajar projek. pelajar menjadi pelajar yang berakhlak supaya mencapai objektif

6.0

SITUASI SEMASA

6.1

Keadaan Semasa

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 15 peratus tahun lalu turut membawa kepada penurunan kes membabitkan kanak-kanak, pelajar dan remaja. Seramai 4,670 kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun ditahan dalam pelbagai kes jenayah dari Januari hingga August tahun lalu termasuk 1,927 orang daripadanya merupakan pelajar sekolah. Jumlah itu berkurangan berbanding 5,221 sepanjang tempoh sama pada 2008. Statistik Bukit Aman menunjukkan dalam tempoh itu, 139,120 kes jenayah melibatkan golongan terbabit direkodkan berbanding 147,539 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2008, turun sebanyak 22,428 kes.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, jenayah kekerasan yang merangkumi kes bunuh, rogol, samun berkumpulan dengan senjata api, samun berkumpulan tanpa senjata api, samun dengan senjata, samun tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan turun sebanyak 6,344 kepada 24,065 kes berbanding 30,609 kes pada tahun 2009. Statistik itu juga menunjukkan 430 kes bunuh, 2,746 (rogol), 76 (rompak berkumpulan bersenjata api), 12,834 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 25 (rompakan) 2,831 (rompak tanpa senjata) dan 5,119 (mendatangkan kecederaan).

6 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Mereka turut terbabit dalam 54,170 kes kecurian termasuk 39,856 curi motosikal dan 10,222 curi kereta, 4,742 (ragut), 6,702 (pecah rumah siang hari) dan 19,469(pecah rumah malam hari). Daripada jumlah mereka yang terbabit, 28 kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun, 90 kes (11 hingga 12 tahun), 1,271 (13 hingga 15 tahun) dan 3085 (16 hingga 18 tahun). Mengulas penurunan kadar jenayah itu, pensyarah kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof Madya P Sundramoorthy berkata, penurunan itu ada kaitan dengan inisiatif kerajaan melalui NKRA yang bertujuan menurunkan kadar jenayah bagi memastikan rakyat sentiasa rasa selamat. Namun, katanya, masih terlalui awal untuk menilai keberkesanan penurunan itu kerana jenayah dalam kalangan kanak-kanak masih berlaku dan di tahap

membimbangkan.

7.0

KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN Dengan melihat kepada kes gejala sosial yang semakin bertambah dalam kalangan pelajar yang masih bersekolahan, tindakan yang boleh membawa kepada perubahan terhadap pelajar harus dilakukan bagi menangani kes gejala sosial . Di antara beberapa perkara yang dikenalpasti boleh dilaksanakan ialah dengan memberi pendidikan moral dan agama kepada pelajar-pelajar berkenaan serta menberi dorongan kepada mereka supaya dapat berfikir dalam keadaan yang positif. Selain itu,kauseling juga memainkan peranan yang penting dalam member nasihat kepada segolongan pelajar yang nakal dan sentiasa melanggar peraturan sekolah.

7 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Disamping itu, guru-guru dalam kelas juga harus memberi perhatian kepada pelajar-pelajarnya mereka. Dengan itu,guru dapat memahami pelajar mereka dan fikiran merek dan adalah senang bagi guru untuk mengambilan tindakan yang lebih sesuai untuk menasihat mereka.

8.0

PENYELESAIAN 8.1 Kaedah Yang Digunakan 8.1.1 Senamrobik senamrobik ini melibatkan semua murid yang terdiri daripada 200 orang. Murid-murid yang akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan, lelaki dan perempuan akan melakukan senamrobik terancang.

. 8.1.2 Aktiviti dalam Kumpulan Pelajar akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Aktiviti yang akan dijalankan ialah (a) Aktiviti suaikenal. (b) Ceramah motivasi. (c) pertandingan mereka bentuk (d) pertandingan mainan berkumpulan

8.1.3 Pameran Pameran bertema penjara diadakan di dewan terbuka Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik bagi memperluaskan ilmu pengetahuan pelajar.

8 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 8.1.4 Aktiviti semasa projek: 1. Ceramah Khas Jenayaholeh ketua polis 2. Ceramah Belia Benci Dadah 3. Ceramah Pelajar Permata Kasih

8.2

Tenaga Petunjuk Dan Sumber 8.2.1 Senamrobik Seorang juruarah/jurupandu, Zamri Abd Rahman dilantik dengan bantuan empat orang jurutunjuk iaitu 1) Pn. Tan 2) Pn. Lini 3) Pn. Hafizah 4) Cik. Sharifah

8.2.2 Aktiviti dalam Kumpulan 5 orang Senior diperlukan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut, iaitu: 1) En. Rosli 2) En. Azizan 3) En. Muhairi 4) En. Azri 5) En. Kamaruddin

8.2.3 Pameran 4 orang diperlukan mempamerkan dan menjaga pameran tersebut: 1) Hamzah Bin Yusof 2) Mohd Syed Omar Bin Mohd Syed Ahmad 9 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 3) Mohammad Hassan B. Mohd Rozlan 4) Mohd Sofian Abdul Halim 8.2.4 Aktiviti Semasa Projek Pn. Azila Binti Kamaruddin akan menjadi Juruacara Projek. Terdapat 3 ceramah yang dijalani pada masa itu ialah: 1. Ceramah Khas Jenayah 2. Ceramah Belia Benci Dadah 3. Ceramah Pelajar Permata Kasih

8.3

PERALATAN DAN KEMUDAHAN 8.3.1 Senamrobik Aktiviti ini akan dijalankan di padang sekolah Tunku Abdul Malik. Radio, pita kaset dan pembesar suara (hailer) diperlukan. 8.3.2 Aktiviti dalam Kumpulan Kerusi dan meja akan disusun mengikut kehendak fasilitator. Kertas kosong dan pen penanda diperlukan. Dua belas biji bola keranjang diperlukan untuk permainan yang berkaitan.

8.3.3 Pameran Barang-barang pameran diperlukan. Sepuluh buah Papan pameran dan lima buah meja juga diperlukan.Selain itu,Dua bilik kelas dipinjam untuk pameran.

10 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 8.3.4 Aktiviti Semasa Projek. Untuk aktiviti di atas, mikrofon dan pembesar suara boleh didapati daripada Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik. Pentas juga akan digunakan dewan sekolah tersebut.

9.0

JADUAL AKTIVITI

JUMAAT 20 JAN 2012 Masa 8.30 9.15 pagi Aktiviti 1. Pendaftaran 2. Senamrobik 3. berinteraksi berkumpulan Tindakan AJK Sambutan Jurulatih Senamrobik Pelajar-pelajar yang terlibat 9.15 9.45 pagi Ucapan dan Perasmian Pengetua Sekolah

9.45 10.30 pagi

Minum Pagi

Biro Makanan

10.30 11.30 pagi

Ceramah Khas Jenayah- Isu-isu Jenayah Pelajar Masa Kini

Ketua Polis Daerah Kota Setar. Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab

11.30-12.45 t/hari

1. Ceramah JemputanBelia Benci Dadah 2. Pameran

Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Alor Setar dan AJK Pameran

11 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

12.45-2.00 petang

1. Makan tengahari dan Solat Zohor 2. Aktiviti mereka bentuk daripada barang terpakai

Biro Makanan Pelajar-pelajar yang terlibat

2.00 3.15 petang

Ceramah Khas Akhlak Remaja Pelajar Permata Kasih

Pegawai Agama Daerah Alor Setar.

3.15 5.00 petang

Demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara Alor Setar.

Wakil dari Penjara Alor Setar

5.00 6.15 petang

Penyampaian cenderahati kepada panel penceramah.

AJK Sambutan

12 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

10.0

AHLI JAWATANKUASA PROJEK Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : Mohd Naim Bin Mohd Ramli : Lim Chia Chyi : Siti Aishah Binti Seman : Nor Hayati Binti Hamzah Ooi Siew Hwa Shuhaida Binti Yaakob Kuhan A/L Kamin

Biro Pengangkutan

: Zainal Binti Yahya : Ahmad Bin Saiful

Biro Peralatan

: Lee Yan Ping Mohd Khairul Faiz Bin Mazlan

Biro Makanan

: Norazlan Bin Yasmin

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN PENDAPATAN RM Kutipan daripada pelajar sebayak 200 x RM5.00 Sumbangan Wakil Rakyat Sumbangan daripda Syarikat Nestle Peruntukan Pusat Kokurikulum JUMLAH 1000.00 500.00 1000.00 500.00 3000.00

13 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

PERBELANJAAN RM Pengurusan Peralatan Cenderamata Makan dan Minuman Kontigensi/Pelbagai JUMLAH 300.00 750.00 500.00 800.00 180.00 2530.00

13.0

PENUTUP Justeru, pelaksanaan projek ini banyak member faedah kepada pelajarpelajar.Dengan harapan agar projek ini akan dapat mencapai objektif dan

matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap isu-isu berkaitan pembentukan pelajar berakhlak mulia di Sek.Men.Keb Tunku Abdul Malik ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Para pelajar yang akan turut berserta diharapkan dapat member kerjasama untuk menjayakan projek ini . Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah turut serta berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik pelajar-pelajar seterusnya dapat menyumbang pada kemajuan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, adalah wajar supaya para pelajar didedahkan akan kesan

buruk dalam masyarakat. Projek ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga 14 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar-pelajar adalah kumpulan masyarakat yang bakal

mencorakkan masa depan Negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan

kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan pelajar adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para pelajar harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus menjadi ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. Disediakan oleh:

. LIM CHIA CHYI 210987 Setiausaha

15 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

14.0

CATATAN DAN ULASAN JURULATIH

Tandatangan (PROF. MADYA HAJI IBRAHIM HAJI AHMAD)

Tarikh :

15.0

CATATAN/ULASAN PENYELARAS

Tandatangan ( )

Tarikh :

16 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

16.0

CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE

Tandatangan

Tarikh :

(DR. SA A RI AHMAD)

17 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

17.0

RUJUKAN Sri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ-UUM ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ), Universiti Utara Malaysia.

18 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

19 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 UUM/KK/KMPJJ/1 20 Disember 2011 Pengarah PACE Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan kepada: Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE Universiti Utara Malaysia Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS CADANGAN BAGI PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dikemukakan Kertas Cadangan tersebut untuk penilaian dan kelulusan pihak tuan. Maklumat mengenai projek tersebut ialah:

PROJEK TEMPAT TARIKH PESERTA

: PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT) : 200 ORANG PELAJAR

20 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan kelulusan pihak tuan. Jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

ILMU BUDI BAKTI Yang benar

__________________________ (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI) Pengerusi Projek, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.

S/k : Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.

21 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 UUM/KK/KMPJJ/1 2 Januari 2012 Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Merah, 05150 Alor Star, Kedah. Melalui dan Salinan kepada: Pengarah PACE Universiti Utara Malaysia Tuan, PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENGADAKAN PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa satu kumpulan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia ingin mengadakan Projek Membentuk Pelajar Berakhlak di sekolah tuan. Maklumat mengenai projek tersebut ialah seperti berikut:-

PROJEK TEMPAT TARIKH PESERTA

: : : :

PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK 20 JANUARI 2012 (JUMAAT) 200 ORANG PELAJAR DISERTAKAN BERSAMA

PROGRAM :

22 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan untuk kami melaksanakan projek tersebut. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

ILMU BUDI BAKTI

Yang benar

__________________________ (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI) Pengerusi Projek, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.

S/k : Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.

23 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 2 Januari 2012 Kepada

--------------------

Tuan/Puan,

MESYUARAT BERAKHLAK Salam hormat.

AHLI

JAWATANKUASA

PROJEK

MEMBENTUK

PELAJAR

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat ahli jawatan kuasa akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah:-

Tempat Tarikh Masa

: : :

Bilik Mesyuarat PACE, UUM 5 Januari 2012 10.00 pagi

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah amat dialu-alukan dan didahului jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

24 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 ILMU BUDI BAKTI

Saya yang menurut perintah,

________________________ (LIM CHIA CHYI) Setiausaha Projek, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.

S/k : Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.

25 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 UUM/KK/KMPJJ/1 2 Januari 2012

Penceramah yang berkenaan

Melalui dan Salinan kepada: Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE Universiti Utara Malaysia Tuan, JEMPUTAN UNTUK MENJADI PENCERAMAH BAGI PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu kumpulan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia ingin mengadakan projek Membentuk Pelajar Berakhlak di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Star, Kedah. Maklumat mengenai projek tersebut ialah seperti berikut:-

PROJEK TEMPAT TARIKH PESERTA

: PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT) : 200 ORANG PELAJAR

PROGRAM : DISERTAKAN BERSAMA

26 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan persetujuan daripada pihak tuan.

Di atas segalakerjasama yang bakal diberikan,saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih..

Sekian, terima kasih.

ILMU BUDI BAKTI Yang benar

______________________________________ (LIM CHIA CHYI) Setiausaha Projek, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.

S/k : Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM. 27 210987

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 SURAT-SURAT LAIN TERMASUKLAH:

1. Mohon derma/hadiah 2. Mohon menggunakan tempat 3. Mohon merasmikan majlis pembukaan / penutupan

28 210987

Anda mungkin juga menyukai