Anda di halaman 1dari 25

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN, DPP

UNIVERSITI MALAYA

SESI 2018/2019

LAPORAN

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

(ETIKA DALAM PENDIDIKAN)

Program : Pameran Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kod Kursus : PQI 6001

Nama Kursus : Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan

Nama Pensyarah : Dr. Che Aleha Binti Ladin

Tempat : Foyer Blok B, Kompleks Perdana Siswa

Tarikh : 03 Disember 2018 (Isnin)

Nama Pelajar 1. Suraya binti Khalid (PQI 180157)

2. Rosfazillah binti Sapikit (PQI 180159)

3. Eurica Ak Dihem (PQI 180154)


ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................................ 3
1.1 PENGENALAN PROGRAM ....................................................................................................... 3
1.2 MATLAMAT PROGRAM ........................................................................................................... 3
1.3 OBJEKTIF PROGRAM ............................................................................................................... 4
2.0 KAJIAN LITERATUR ..................................................................................................................... 5
2.1 PENGENALAN KAJIAN ............................................................................................................ 5
2.2 OBJEKTIF KAJIAN ..................................................................................................................... 7
3.0 METODOLOGI KAJIAN................................................................................................................. 7
3.0 HASIL DAPATAN ......................................................................................................................... 11
4.0 ANALISIS KAJIAN ....................................................................................................................... 13
5.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PROGRAM ...................................................................... 15
6.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM ............................................................ 18
7.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................... 20
8.0 RUJUKAN ...................................................................................................................................... 23
9.0 LAMPIRAN .................................................................................................................................... 24

1
ABSTRAK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digariskan kepada para pendidik dalam
penyampaian dan pelaksanaan kurikulum pendidikan di Malaysia. Elemen atau nilai dalam
falsafah pendidikan ini seharusnya difahami dan dihayati oleh para guru / pensyarah sebagai satu
tunjang kepada hasrat keseluruhan objektif kurikulum pendidikan negara serta sebagai satu
panduan utama dalam merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, sehingga ke hari ini masih lagi terdapat pendidik terutamanya serta pelajar di
samping orang-orang awam yang gagal dalam memahami, menghayati atau memainkan peranan
dalam menyebar dan menerapkan nilai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi untuk
mengelak daripada masalah-masalah sosial yang semakin meningkat. Oleh yang demikian,
kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana kecenderungan seseorang
individu (pendidik, pelajar, dan orang awam) dalam memilih nilai murni utama yang perlu
diterapkan dalam pendidikan agar masalah-masalah sosial yang semakin meningkat dewasa ini
dapat dikurangkan mahupun ditiadakan. Selain itu juga, kajian ini adalah untuk mendapatkan
pandangan setiap individu (pendidik, pelajar, dan orang awam) tentang langkah-langkah atau
kaedah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan di samping mengenalpasti kesedaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap diri setiap individu (pendidik, pelajar, dan
orang awam). Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kaji selidik online dan pengedaran
borang kaji selidik semasa kempen berlangsung di samping undi nilai murni utama di papan
undi. Hasil kajian mendapati bahawa penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan,
peranan ibu bapa dan para pendidik (guru sekolah dan pensyarah) sebagai role model dan
penekanan kepada keagamaan seperti turut serta dalam solat jemaah dan turut serta dalam
ceramah-ceramah keagamaan adalah kaedah utama penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan.

2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN PROGRAM

Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan, PQI 6001 merupakan kursus teras fakulti (pilihan
wajib) bagi semua pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan, DPP sesi 2018/2019.
Terdapat 7 kumpulan utama yang berdaftar dibawah kursus teras ini. Semua pelajar yang
berdaftar dibawah kursus ini adalah wajib menganjurkan satu program bersama
masyarakat demi memenuhi kehendak tugasan dalam modul ini. Kumpulan 4 daripada 7
kumpulan tersebut iaitu seramai 25 orang yang terdiri daripada pelbagai aliran dalam
kursus DPP dibawah bimbingan Dr. Che Aleha, telah menganjur dan mengadakan
program Pameran Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertemakan falsafah
membudayakan pendidikan. Program ini adalah terbuka kepada semua warga Universiti
Malaya. Program ini telah dijalankan pada 03 Disember 2018 bersamaan Hari Isnin
bermula 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program telah diadakan di foyer blok B,
Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh setiap kumpulan kecil dalam Kumpulan 4
ini dalam merealisasikan program. Sebagai contoh, pameran tentang Etika Dalam
Pendidikan sebagai sebahagian daripada yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam bab etika, telah diketengahkan penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan sebagai salah satu alternatif mengatasi masalah-masalah sosial di kalangan
pelajar masa kini di samping peranan daripada pelbagai pihak, pendidik terutamanya
sebagai salah satu wadah penerapan nilai-nilai murni di samping pengumpulan pendapat
dan pandangan daripada pihak orang awam sendiri tentang konsep nilai-nilai murni ini.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran
kepada warga Universiti Malaya khususnya para pelajar untuk memperoleh pengetahuan
tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping ilmu berkaitan dengan Sistem

3
Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka sehingga Kini, serta sedikit maklumat
mengenai Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam.

1.3 OBJEKTIF PROGRAM

Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, objektif program berikut adalah perlu
dipenuhi:
i. Meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya para pelajar Universiti
Malaya tentang matlamat Falsafah Pendidikan di Malaysia.
ii. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penghayatan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kehidupan harian.
iii. Menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menyumbangkan idea
dalam memurnikan lagi pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
sekolah.
iv. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam kemajuan bangsa dan negara.

4
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN KAJIAN

Di abad ke-21 ini, kita sedang dihanyutkan oleh arus perubahan yang begitu deras yang
tidak pernah berlaku sebelumnya. Perkembangan mendadak dalam teknologi maklumat
menjadi pemangkin utarna proses pengglobalisasian dunia. Arus globalisasi yang
melanda sekarang akan berubah hampir keseluruhan cara hidup baik dalam bidang
politik, ekonomi, sosial mahupun budaya.

Menjelang tahun 2019, Malaysia kian dikejutkan dengan masalah-masalah gejala sosial
yang semakin berleluasa. Hampir setiap hari, media massa dan tabloid menyiarkan kes-
kes berat yang melibatkan pelajar sekolah dan institusi tinggi seperti kes buli, kes bunuh
diri, kes rogol dan cabul, kes anak luar nikah dan banyak lagi. Purata dan bilangan kes
semakin hari semakin meningkat walhal bilangan ini hanyalah kiraan bagi kes yang
dilaporkan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila ia melibatkan korban nyawa dan
trauma. Akibatnya, masyarakat yang sudah tiada nilai-nilai murni dan akan menyebabkan
kehancuran institusi kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain
dalam kehidupan seharian mereka.

Pelbagai langkah, kaedah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan, masyarakat mahupun
pihak sekolah bagi membanteras masalah-masalah ini. Antaranya ialah penerapan nilai-
nilai murni dalam pendidikan dimana langkah ini seiring dengan matlamat falsafah
pendidikan negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

5
Memetik satu elemen daripada penjelasan FPK dimana “usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara” yang menegaskan proses penerapan nilai dan adab ke dalam diri seseorang
dalam pendidikan. Ini membawa maksud pendidikan bukan sahaja untuk menghasilkan
warganegara yang baik malah untuk membentuk manusia atau individu yang baik demi
kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Dalam sistem pendidikan di Malaysia,
penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk melahirkan insan yang baik, menyeluruh
dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek adalah jelas berdasarkan apa
yang telah tersurat dalam FPK.

Pendidikan perlu mengambil peranan yang penting dalam membina nilai-nilai murni
kepada masyarakat dalam mengatasi masalah-masalah sosial yang semakin
membimbangkan. Tanpa penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan
yang seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi huru hara seperti
apa yang diwartakan dalam banyak berita tentang kes masalah-masalah sosial di kalangan
pelajar terutamanya. Pendidikan dan penerapan nilai tidak dapat dipisahkan sebagaimana
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mengetengahkan tentang pendidikan
itu sendiri di samping berakhlak mulia. Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna
tanpa penerapan nilai murni (Zakaria Kasa,Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid
Mohd Isa & Rahil Hj. Mahyuddin, 1996).

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai-nilai
murni sesuatu masyarakat biasanya berasaskan daripada agama. Nilai-nilai murni harus
diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengaturcaraan (PdPc) dengan lebih efektif
dan praktikal, dan bukan hanya disampaikan melalui teori kerana ia adalah asas
pembangunan kepada pembentukan nilai pelajar yang bermoral dan beretika.

Etika mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Etika

6
dalam pendidikan yang menegaskan prinsip moral dan menerapkan nilai-nilai murni serta
mampu membezakan perkara yang baik dan buruk. Penerapan ini harus berlaku pada
semua pihak; kerajaan, masyarakat, sekolah, ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Seseorang
yang beretika dan mengamalkan nilai-nilai murni mampu mengurangkan masalah-
masalah gejala sosial yang semakin meruncing.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji konsep penerapan dan penghayatan
nilai-nilai murni berasaskan apa yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
kebangsaan. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan
dalam kajian iaitu;

i. Mengkaji langkah-langkah atau kaedah bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam


diri setiap insan.
ii. Mengenalpasti penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pembelajaran dan
pengaturcaraan (PdPc) daripada perspektif guru dan pelajar.
iii. Menilai kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap diri individu
daripada golongan pendidik, para pelajar dan orang awam.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan adalah melalui soalan kaji selidik,
penyediaan video sebagai muqadimah kajian dan penerangan isi kandungan,
displayboard (papan pameran) dan voting board (papan mengundi). Sasaran responden
kajian ini adalah guru-guru dan pensyarah, pelajar dan juga orang awam. Kajian ini juga
mengambil kira usia responden dimana pengelasan usia dibahagikan kepada enam (6)
pecahan iaitu usia 19 tahun dan kebawah, 20 tahun hingga 25 tahun, 26 tahun hingga 30
tahun, 31 tahun hingga 35 tahun, 36 tahun hingga 40 tahun dan 41 tahun dan ke atas.

7
Pecahan usia ini adalah bertujuan untuk mengkaji pendapat mereka mengikut
kematangan usia.

Soalan kaji selidik (rujuk lampiran 1) mengandungi 11 soalan dimana 2 soalan pertama
adalah profil responden sebagai para pendidik, pelajar atau orang awam dan usia mereka.
Soalan seterusnya menyentuh kepada pendedahan dan pengetahuan responden terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan elemen penerapan nilai-nilai murni dalam
FPK. Kaji selidik ini seterusya menyusul kepada pendapat respoden terhadap langkah-
langkah atau kaedah penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan.

Metod atau kaedah pertama adalah melalui hebahan video dan soalan kaji selidik atas
talian (online). Hebahan ini berlaku atas talian dimana link URL soalan kaji selidik
dikongsi melalui aplikasi Whatsapp. Tujuan metod ini adalah bagi mendapatkan
pandangan yang lebih meluas daripada para pendidik, pelajar dan orang awam
disebabkan lokasi program pameran yang akan diadakan adalah terhad kepada warga
Universiti Malaya sahaja.

Metod dan kaedah kedua yang digunakan adalah semasa program Pameran Kesedaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini diadakan pada Hari Isnin, 03 Disember
2018 bertempat di foyer blok B, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Sasaran
utama kajian ini juga adalah pendidik iaitu para pensyarah Universiti Malaya (gambar
rajah 4), para pelajar Universiti Malaya (gambar rajah 5) dan orang awam (staf dan
kakitangan Universiti Malaya, gambar rajah 6).

Pendekatan yang telah digunakan semasa program adalah tayangan video tentang nilai-
nilai murni dalam pendidikan, peranan pihak-pihak tertentu dalam menerapkan nilai
murni, maklumat tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, masalah-masalah sosial yang
semakin menular dan sebagainya (gambar rajah 1). Selain pemaparan masalah-masalah
sosial menerusi tayangan video, beberapa artikel yang dicetak juga ditunjukkan kepada
para pengunjung agar mereka lebih jelas di samping perhatian lebih terhadap isu tersebut
(gambar rajah 2). Setelah responden benar-benar faham tentang pendekatan kajian ini,

8
mereka dikehendaki menurunkan undi iaitu seorang satu undi pada papan undi terhadap
kecenderungan mereka terhadap pengutamaan nilai melalui pendidikan (gambar rajah 3).

Gambar Rajah 1: Penerangan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan Menerusi


Tayangan Video (Lumen5)

Gambar Rajah 2: Displayboard - Pendekatan Poster Tentang Masalah-Masalah Sosial Di


Kalangan Pelajar Pada Masa Kini.

9
Gambar Rajah 3: Papan Undi (voting board) Untuk Para Pengunjung Mengundi Nilai Utama
Dalam Pendidikan.

Gambar Rajah 4: Salah Seorang Pengunjung (Pensyarah) Sedang Menjawab Soal Selidik
Bersama Beberapa Pengunjung (Pelajar).

Gambar Rajah 5: Salah Seorang Pengunjung (Pelajar) Menjawab Kaji Selidik.

10
Gambar Rajah 6: Salah Seorang Pengunjung (Orang Awam) Sedang Menurunkan Undi.

3.0 HASIL DAPATAN

Melalui hebahan atas talian (online) dan pameran, seramai 100 orang responden telah
memberi maklum balas terhadap kajian ini. Mereka yang terdiri daripada 40 orang
pendidik dari seluruh Malaysia, 40 orang daripada kalangan pelajar dan 20 orang adalah
orang awam. 40 orang pendidik yang terdiri daripada guru sekolah dan pensyarah ini
terdiri daripada pelbagai peringkat usia dimana 13 orang berusia 41 tahun dan ke atas, 10
orang berusia 36 tahun hingga 40 tahun, 13 orang lagi berusia 31 tahun hingga 35 tahun
dan selebihnya berusia 26 tahun ke 30 tahun.

Seramai 40 orang responden pelajar melibatkan diri dalam kaji selidik ini dimana
kebanyakkannya adalah berusia 20 tahun hingga 25 tahun, 12 orang berusia 26 tahun
hingga 30 tahun, 5 orang berusia 31 tahun hingga 35 tahun dan 2 orang berusia 19 tahun
ke bawah. Manakala 20 orang responden adalah orang awam yang kebanyakkannya
berusia 31 tahun dan ke atas.

Melalui kaji selidik ini, keputusan menunjukkan sebanyak 25% daripada 100 orang
responden tidak peka dengan kewujudan falsafah pendidikan kebangsaan dan penekanan
serta matlamat kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan manakala
selebihnya telah sedia maklum dan tahu tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

11
Carta 1: Carta Pai Menunjukkan Contoh Hasil Dapatan Melalui Analisis Kajian

Berdasarkan carta pai diatas, 52% responden berpendapat masalah gejala sosial adalah
berpunca daripada media massa dan media sosial, manakala 29% berpendapat ianya
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya manakala 17.7% lagi adalah berpunca daripada
pergolakan keluarga dan selebihnya berpunca daripada sekolah atau institusi.

Sebanyak 78% berpendapat bahawa masalah gejala sosial yang berlaku adalah
disebabkan ketidakberkesanan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Seramai
87% reponden berpendapat bahawa penampilan dan perwatakan seorang pendidik itu
boleh mempengaruhi perilaku seseorang pelajar.

Sebanyak 10% responden tidak bersetuju dengan kenyataan mata pelajaran Pendidikan
Islam atau Pendidikan Moral boleh membantu menerapkan nilai-nilai murni seseorang
pelajar itu. Manakala 12.5% responden berpendapat bahawa kempen-kempen kesedaran
seperti kempen anti-rokok, anti-dadah dan sebagainya tidak memberi impak terhadap
penerapan nilai-nilai murni.

74% responden bersetuju bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam membentuk
sahsiah anak-anak, manakala 24% responden berpendapat dengan melakukan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan adalah cara yang lebih berkesan dan 2% lagi merasakan ianya
adalah tanggungjawab guru dalam menerapkan nilai-nilai murni semasa pembelajaran
dan pengaturcaraan (PdPc).

12
4.0 ANALISIS KAJIAN

Secara umumnya nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan kesepaduan antara nilai
moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Penerapan nilai-nilai murni adalah
sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Nilai-nilai murni ini terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum
di negara ini serta selaras dengan nilai universal. Kepekaan orang awam terhadap
matlamat pendidikan, FPK dan usaha kerajaan, pihak sekolah dan institusi pengajian
adalah sangat digalakkan. Ini adalah kerana dengan kepekaan orang awam dan pelajar
sendiri dapat membantu sama dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang. Usaha
sama kerajaan, para pendidik, pelajar dan orang awam mampu memberi impak yang lebih
berkesan dalam melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Menjelang revolusi industri 4.0 (IR4.0), globalisasi, teknologi sudah tidak dapat
dipisahkan lagi dengan pendidikan. Antara faktor kemerosotan nilai moral adalah
pengaruh media massa dan media sosial. Usaha kerajaan untuk melaksanakan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) juga melibatkan menggalakkan penggunaan
teknologi. Namun begitu, nilai-nilai murni masih boleh diterapkan dalam kemajuan yang
pesat ini. Para pendidik boleh menggalakkan pengunaan media massa dan media sosial
semasa PdPc dan mengingatkan media bukan hanya untuk hiburan. Pantauan dan garis
panduan haruslah dititipkan setiap masa. Oleh itu, pelajar akan lebih menikmati media
sosial itu dalam proses PdPc.

Daripada kajian didapati pengaruh rakan sebaya juga adalah punca keruntuhan akhlak
seseorang individu. Ketika usia remaja, seseorang akan lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Maka, rakan sebaya adalah sangat mudah mempengaruhi seseorang
remaja sama ada ke jalan yang benar mahupun ke arah songsang. Ini dikuatkan lagi
dengan cabar-mencabar di kalangan mereka untuk melakukan sesuatu walaupun mereka
sedar perkara tersebut adalah salah. Maka pengawasan dan kenalan kepada rakan anak-
anak adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Kesibukan ibu bapa mahupun pergolakan

13
keluarga akan menjadi punca kepada remaja ini melakukan perkara atau kegiatan yang
tidak sepatutnya disebabkan perasaan mereka yang memberontak. Maka, adalah menjadi
keutamaan para ibu bapa dalam menerapkan nilai murni ini bermula dari rumah.

Pelbagai langkah atau kaedah yang diambil bagi mengatasi masalah gejala sosial.
Antaranya ialah penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Seperti yang dinyatakan
dalam petikan sebelum ini, penerapan ini telah pun dinyatakan dalam FPK dimana usaha
sama kerajaan, masyarakat dan sekolah dalam menerapkan nilai-nilai murni adalah
sangat digalakkan. Di sekolah atau istitusi pengajian, pendekatan nilai murni dalam
subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Guru disarankan untuk
mempraktikkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran dan bukan hanya
penyampaian secara teori sahaja.

Perwatakan dan penampilan seorang guru sebenarnya sedikit sebanyak mampu


mempengaruhi perilaku seorang pelajar. Jika guru mempunyai keperibadian yang positif
dan mudah didekati, pelajar lebih mudah mendekati dan lebih senang untuk hadir ke
sekolah atau istutusi. Ini dapat mengurangkan masalah disiplin dan mampu menerapkan
nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kasih saying.

Sifat rasional, hemah tinggi dan bermasyarakat haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Disiplin
seseorang itu mampu dibentuk jika nilai-nilai murni ini diterapkan. Usaha kerajaan,
organisasi swasta dan sekolah dalam memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran
semakin banyak pada masa kini. Kempen-kempen ini lebih berkesan jika ianya
melibatkan juga pelajar-pelajar dari usia muda. Program seperti gotong-royong, kempen
kebersihan dan banyak lagi tidak semestinya bertumpu di sekolah sahaja tetapi boleh
dikembangkan dengan lebih luas seperti mengadakan di lokasi rumah anak yatim dan
asnaf, taman permainan dan sebagainya. Dengan aktiviti seperti ini, bukan hanya dapat
memupuk rasa simpati dan empati seseorang, malah dapat meningkatkan sosiologi
seseorang itu.

14
5.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PROGRAM
Setiap perlaksanaan sesuatu program akan wujud beberapa kekuatan malah kelemahan
program tersebut yang mana adalah disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka dan
sukar dielakkan. Namun dengan pengalaman tersebut akan dapat mengajar setiap insan
untuk lebih peka terhadap sebarang penganjuran di masa hadapan. Berikut merupakan
kelebihan dan juga kekurangan yang telah dikenalpasti dalam program ini;

5.1 KELEBIHAN PROGRAM

1. Penerimaan maklum balas. Semasa penghebahan secara dalam talian dan


pengedaran borang kaji selidik semasa program berlangsung, kami
memperoleh pelbagai maklum balas berkaitan pandangan-pandangan orang
ramai tidak kira mereka adalah daripada golongan pendidik sendiri iaitu
pensyarah dari Universiti Malaya, guru-guru seluruh Malaysia, golongan
pelajar, mahupun daripada orang-orang awam terhadap isu yang kami ingin
ketengahkan. Malahan kumpulan kami mendapat lebih responden daripada
yang disasarkan iaitu 100 orang daripada 30 yang disasarkan.
2. Silaturrahim. Sepanjang melaksanakan program, terjalin ikatan mesra di
kalangan pelajar DPP Kumpulan 4, PQI 6001. Sebelum program
berlangsung iaitu semasa dalam proses perancangan, beberapa mesyuarat
telah diadakan yang mana melibatkan semua pelajar DPP dalam Kumpulan
4 ini. Secara tidak langsung, silaturrahim antara para pelajar sendiri
mahupun pelajar dan pensyarah telah terbina. Ini dikuatkan lagi semasa
program berlangsung, dengan semangat kerjasama berpasukan satu
kumpulan besar telah menimbulkan interaksi padu antara semua.
Pengamalan dan penerapan nilai -nilai murni oleh setiap ahli kumpulan jelas
kelihatan dan bertepatan dengan tema pameran itu sendiri.
3. Pendedahan kepada pelbagai informasi. Terdapat tujuh (7) kumpulan kecil
dalam kumpulan kursus ini. Setiap kumpulan adalah bertanggungjawab
menyediakan aktiviti masing-masing yang berkaitan dengan Kesedaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perbezaan tajuk kumpulan

15
masing-masing telah mendedahkan kepada pelbagai bentuk informasi secara
langsung kepada kumpulan lain.
4. Manfaat kepada semua. Bukan sahaja para pengunjung dan responden
mendapat ilmu atau input yang baharu, setiap ahli kumpulan yang terlibat
turut mempelajari banyak perkara baru. Selain dapat mengasah bakat dan
memperbaiki kemahiran berkomunikasi kepada orang ramai, ahli kumpulan
mempamerkan kreativiti dalam mempersembahkan bahan pameran masing-
masing. Ini perlu dilakukan supaya pengunjung atau responden tidak akan
bosan dan akan tertarik akan pengisian yang ingin disampaikan oleh setiap
ahli kumpulan.
5. Sokongan dari pelajar DPP kumpulan lain untuk kelas Sejarah dan Asas
Falsafah Pendidikan (PQI 6001) amat memberangsangkan kerana ramai
yang datang amat berminat akan topik – topik yang dipamerkan dan semua
berminat untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan sebagai salah
satu pengisian ketika pameran tersebut berjalan.
6. Secara amnya, pameran ini berjalan dengan lancar dan tiada timbul
permasalan yang dapat membantutkan atau merencatkan perjalanan program
ini. Sebagai bukti, pameran ditamatkan lebih awal daripada jam 3 kerana
didapati setiap kumpulan telah mencapai objektif dan mencapai bilangan
responden yang diperlukan.
7. Kreatif dan inovatif dalam penggunaan bahan untuk dijadikan tapak atau
sokongan kepada bahan pameran. Berdasarkan pemerhatian, botol mineral
dan kotak dijadikan penyokong/”stand’ atau kaki untuk menaikkan dan
meyokong banner dan bahan pameran. Langkah ini bukan sahaja kreatif
tetapi juga efisein dari segi penjimatan wang.
8. Variasi dalam penyediaan insentif. Setiap kumpulan dilihat
mempelbagaikan insentif untuk menarik pengunjung atau responden ke
booth masing-masing. Selain makanan ringan seperti biskut, gula-gula,
penanda buku dan alat tulis turut disediakan.

16
5.2 KEKURANGAN PROGRAM

1. Cetakan borang kaji selidik kurang efisien. Semasa program berlangsung,


borang kaji selidik dalam kajian penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan ini telah dicetak sebesar saiz A4. Ini menyebabkan respondan
yang menjawab memberi maklum balas kurang selesa ketika menjawab
disebabkan saiznya. Sedikit pembaziran juga boleh berlaku berdasarkan
kaedah ini. Keefisienan boleh diatasi dengan pencetakan borang dalam saiz
yang lebih kecil di samping mencetak soalan pada bahagian depan dan
belakang kertas.
2. Susun atur booth kurang sistematik. Semasa mesyuarat ketika proses
perancangan, masalah ini telah diutarakan di mana susun atur meja ketika
program adalah mengikut kumpulan. Namun, apa yang terjadi semasa
program berlangsung, susunan meja adalah tidak mengikut kumpulan. Ini
menyebabkan ketidakaturan tajuk dan kesukaran para pengunjung untuk
mengenalpasti kedudukan booth sepertimana yang telah tertulis dalam
flyers. Di samping ketidakaturan tersebut, susunan meja kumpulan juga
mengganggu kumpulan lain. Bunting-bunting yang digunakan dalam
kumpulan lain sedikit sebanyak mengganggu pameran kumpulan lain. Ini
sedikit sebanyak menganggu pergerakan keluar masuk ahli kumpulan dalam
usaha untuk mempelawa para pengunjung untuk melawat booth.
3. Hebahan program lewat. Hebahan program seperti yang telah
dipertanggungjawabkan kepada AJK Publisti adalah agak lambat yang mana
hebahan ini hanya bermula dua hari (waktu bekerja tidak termasuk Sabtu
dan Ahad) sebelum program berlangsung. Ini menyebabkan ramai warga
Universiti Malaya tidak peka terhadap penganjuran program ini. Selain itu,
hebahan (viral) ini agak terhad iaitu hanya tertumpu pada beberapa
kumpulan Whatsapp.
4. Keadaan meja banquet yang kurang memuaskan. Selain kelihatan tidak
kemas pada permukaannya dengan kesan – kesan kotoran, meja itu turut
dilihat tidak stabil. Ini menjadi satu kekurangan kerana kemungkinan untuk

17
bahan-bahan pameran yang berada di atas meja terjatuh adalah tinggi.
Sekiranya perkara ini berlaku, ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi
dan prestasi dari segi penyampaian bahan.
5. Sebahagian responden tidak dapat meluangkan masa untuk ke booth kerana
mengejar masa untuk ke kelas masing-masing
6. Terdapat beberapa ahli kumpulan dilihat kurang berkeyakinan dalam
penyampaian bahan pameran dan hanya bergantung kepada seorang ahli
kumpulan untuk menyampaikan pengisian kepada pensyarah, pelajar dan
orang awam. Ini mungkin disebabkan ketidakpastian atau kekurangan
maklumat berkenaan dengan bahan pameran.
7. Kekurangan dari segi soalan dalam borang kaji selidik. Menurut maklum
balas yang diberikan salah seorang pensyarah, beberapa soalan yang
diajukan dalam borang kaji selidik itu tidak beretika dan perlu di sertakan
pilihan jawapan neutral atau tidak pasti. Ini akan menjadikan pilihan
jawapan menjadi lima iaitu setuju, sangat setuju, tidak pasti atau neutral,
tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ini bagi memudahkan responden yang
berasa kurang pasti akan sesuatu jawapan dapat memberi maklum balas
yang tepat dan sekaligus analisis yang lebih berkesan.
8. Kurang proaktif. Sesetengah ahli kumpulan dilihat tidak mampu bertindak
sendiri tanpa diberikan arahan akan apa yang perlu dilakukan. Sebagai
contoh, agak perlahan dari segi mempelawa atau menarik minat pelawat
atau pengunjung ke booth masing-masing.

6.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Walaupun terdapat kekurangan yang dikenalpasti daripada program, namun ia tidak


mengganggu mahupun menjejaskan perjalanan program tersebut sepertimana yang telah
direncanakan. Walaubagaimanapun, sebagai pengalaman dan panduan bersama,
cadangan-cadangan penambahbaikan untuk sebarang perlaksanaan program akan datang
perlu diketengahkan. Antara cadangan tersebut adalah;

18
1. Pemilihan lokasi. Faktor utama dalam melaksanakan sebarang aktiviti adalah
lokasi. Lokasi tersebut perlu mengambilkira faktor tarikan lokasi yang dipilih
untuk orang ramai datang ke tempat tersebut, kehadiran orang ramai, keluasan
tapak, keselesaan penganjur, dan sebagainya. Tanpa mengambil kisah akan faktor
ini, kejayaan sesuatu program seperti yang diimpikan akan terjejas.
2. Hebahan program lebih sistematik. Sebarang penganjuran sesuatu program perlu
mengutamakan kaedah hebahan di samping faktor masa hebahan. Sepertimana
marketing sesuatu perniagaan untuk mendapatkan pelanggan, begitu juga dengan
marketing penganjuran program. Program tersebut perlu diwar-warkan seminggu
atau sebulan sebelum berlangsung di samping sentiasa mengemaskini hebahan
agar orang ramai akan sentiasa peka tentang penganjuran program tersebut.
3. Peka pada sebarang pembinaan soalan kaji selidik. Dalam soal selidik yang telah
diedarkan kepada orang ramai mahupun semasa dalam program, orang ramai
perlu mengundi satu daripada banyak nilai murni yang perlu diterapkan dalam
pendidikan. Perkara-perkara sebegini perlu diselidiki lagi demi untuk kesesuaian
dan penerimaan orang ramai terhadap sebarang soalan yang perlu dijawab. Dalam
soal selidik ini, responden perlu memilih satu daripada banyak nilai murni yang
diutarakan. Didapati ada di kalangan responden yang tidak bersetuju terhadap
pemilihan tersebut. Maka, dengan ini dapat diambil iktibar dan sebagai langkah
berjaga-jaga di masa akan datang tentang sebarang soalan yang diajukan.
4. Keterhadan soalan kaji selidik. Setiap penyediaan borang kaji selidik perlu
sentiasa diberi perhatian. Sepertimana yang telah berlaku dalam kajian ini, soalan
perlu mengandungi soalan berbentuk khusus berdasarkan objektif utama kajian.
Ini mungkin disebabkan oleh ketidakjelasan objektif pada awal perancangan. Oleh
yang demikian, adalah perlu dalam setiap perkara untuk menyediakan objektif
kukuh terlebih dahulu sebelum ke peringkat-peringkat seterusnya.
5. Sertakan pilihan jawapan neutral atau tidak pasti dalam soalan kaji selidik yang
menggunakan skala Likert sebagai pilihan jawapan. Ini untuk memastikan
responden yang mempunyai ketidakpastian dalam menjawab sesuatu soalan,

19
dapat memberi jawapan yang paling tepat. Ini sangat membantu dalam mendapat
hasil kajian yang lebih tepat.
6. Berjumpa dengan pensyarah bagi mendapat pendangan dan cadangan
penambahbaikan sebelum soalan diedarkan untuk memastikan soalan yang
diajukan dalam borang kaji selidik dapat menjawab persoalan objektif yang
diutarakan dengan tepat memenuhi etika pembinaan soalan kaji selidik.
7. Setiap ahli kumpulan perlu berlatih dan mempersiapkan diri dengan maklumat
yang berkaitan dengan topik masing-masing supaya ada kelancaran dari segi
penyampaian isi-isi dalam bahan pameran.
8. Lebih proaktif dan mengambil inisiatif sendiri demi menarik perhatian para
pelajar, pensyarah dan orang ramai ke booth.

7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pendapat dan pandangan responden-
responden boleh dikategorikan pada peringkat umur mereka. Sebagai contoh, responden-
responden yang berusia antara 19 hingga 25 tahun banyak memfokuskan bahawa dengan
penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini akan dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri seseorang pelajar mahupun individu lain. Responden yang berumur
antara 36 hingga 35 tahun banyak mengatakan bahawa peranan ibu bapa dan guru adalah
faktor utama penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Adalah penting bagi ibu
bapa dalam sentiasa mengamalkan dan menunjuk ajar nilai murni ini kepada anak-anak
mereka sejak dari rumah lagi. Bagi peranan guru pula, responden ini menekankan kepada
watak dan penampilan seseorang guru itu sangat penting di hadapan pelajar. Ini kerana
guru dianggap role model kepada mereka. Oleh yang demikian, sebarang tindakan guru
akan menjadi ikutan pelajar tersebut tidak kira perwatakan mahupun penampilan guru
tersebut. Selain guru sebagai role model kepada pelajar, responden juga menekankan
guru perlu mempraktikkan sebarang nilai murni dan tidak hanya menyampaikan
pengajaran tersebut secara teori. Pelajar perlu mengambil iktibar serta teladan akan
sesuatu bukan hanya mencatatnya sebagai nota atas kertas. Bagi responden-responden
yang berusia 36 tahun dan ke atas, yang mana telah dikenalpasti ramai antara mereka

20
adalah pendidik (pensyarah dan guru sekolah), mereka memberi pendapat bahawa
penekanan keagamaan adalah faktor utama dalam penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan. Dalam mengaplikasikan keagamaan ini secara praktikal, beberapa langkah
perlu dilakukan. Antara kaedah penerapan nilai murni dalam diri seseorang adalah
dengan melakukan solat jemaah. Pelajar perlu rajin turut serta dalam solat jemaah tidak
kira di institut pendidikan mahupun di rumah kerana nilai-nilai murni dalam diri
seseorang akan hadir tanpa sedar. Menghadiri ceramah-ceramah keagamaan juga
merupakan antara lain penyumbang penerapan tersebut.

Carta 2: Peratus Responden Tahu FPK

Berdasarkan carta 2, daripada 100 orang responden dalam kajian ini, dapat disimpulkan
juga bahawa 78.4% adalah tahu dan sedar akan kewujudan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai salah satu Dasar Pendidikan Negara. Daripada maklum balas ini
juga, mereka telah sedia maklum dengan adanya penegasan nilai murni ini dalam FPK.
Ini menunjukkan bahawa FPK ini sememangnya sangat penting sebagai panduan
seseorang menuju ke arah yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, selepas program ini selesai dapat dikenalpasti pengetahuan setiap
individu terhadap etika dalam pendidikan semakin bertambah di samping pengetahuan-
pengetahuan mereka tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan
dalam penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan seperti penyediaan pelbagai

21
kempen-kempen kemasyarakatan dan kemanusiaan, perancangan kurikulum, Dasar
Pendidikan sendiri dan sebagainya.

Sepertimana penekanan kaedah penerapan nilai murni semasa dalam program, dapat
disimpulkan daripada pendapat responden mereka bersetuju bahawa penerapan nilai-nilai
murni ini adalah peranan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah anak-anak mereka, peranan
guru sebagai pendidik dan medium utama pemberi maklumat dan pengetahuan kepada
setiap insan, kefungsian mata pelajaran pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta
kempen-kempen kemasyarakatan

22
8.0 RUJUKAN

Abdullah, Z., Taib, M. N., Othman, I., Salleh, N., Yusuf, A. B., & Hashim, T. A. (n.d.).
Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris.

Ahmad Mohd. Noor Firdaus, K. A. (2016). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru Dengan
Pelajar . Technical and Social Sciences Journal , 138-148.

Firdaus, A. N., Jasmi, K. A., & Shukor, K. A. (2005). Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap
Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Jurnal
Teknologi,43(E), 63-86.

Rahman, H. A., & Tahir, L. M. (2002). Peranan Etika Dalam Kepimpinan Pendidikan. Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Jilid 8, 93-103.

Said, H., & Talib, N. (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan di Malaysia.
Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 6, 35-46.

Tas'adi, R. (2014). Pentingnya Etika Dalam Pendidikan. Jurnal Ta'dib, 189-198.

Yunos, N., & Said, M. M. (n.d.). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. Jurnal
Pengajian Umum Bil.9, 57-69.

Zaidin, N. M. (2015). Penerapan NIlai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar di KOlej Kemahiran Tinggi Mara . Projek Sarjan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1-78.

23
9.0 LAMPIRAN

24

Anda mungkin juga menyukai