Anda di halaman 1dari 3

NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR

SMA NAHDZAH
PERJUANGAN RASULULLAH MELAHIRKAN INSAN BERWAWASAN

Assalamualaikum w,b,t
‫الحمد هلل رب العلمين والصلوات والسالم على أشرف األنبيإ والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين‬
Kalungan aprisiasi saya hulurkan buat saudara/I peneraju acara , deligasi kehakiman , saudara/I
penjaga masa , seterusnya hadirin dan hadirat siding dewan pemacu wawasan .

Sejarah perjuangan atau sirah baginda rasulullah dihiasi dengan kebergantungan dan kepasrahan
kepada Allah Rabbul Jalil , dan contoh panduan kepada yang hidup untuk dijadikan ikutan
sepanjang zaman , dan kerana itu jugalah Michael H Hart dalam The 100 : Ranking Of The Most
Influential Persons In History telah menamakan baginda nabi sebagai tokoh yang menduduki
tempat pertama dalam senarai manusia paling berpengaruh di dunia jadi percayalah kata-kata
saya Perjuangan Rasulullah Melahirkan Insan Berwawasan .

Perjuangan Rasulullah bermaksud tindakan Rasulullah dalam menegakkan syiar islam setelah
baginda dilantik menjadi rasul . Frasa insan berwawasan pula saya taarifkan sebagai individu
yang berkualiti . Oleh itu perjuangan rasulullah melahirkan insan berwawasan berkehendakkan
kita untuk menjadikan rasulullah sebagai suri teladan bagi melahirkan individu yang cemerlang
dalam menegakkan syiar islam di muka bumi tuhan .

Pertama : Perjuangan Berteraskan Ilmu Asas Individu Berwibawa


Allah berfirman (Al-Mujadalah : 11)
‫يرفع هللا الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت‬
Sesungguhnya Allah s.w.t akan meninggikan darjat orang yang beriman diantara kamu dan orang
yang berilmu dengan beberapa darjat . Hadirin , dengan berpandukan ilmu pengetahuan
rasulullah berjaya mempersatukan kaum aus dan khazraj yang bertelagah dan akhirnya Berjaya
memperjuangkan islam serta individu yang berkualiti hingga saat ini . Kerana ilmulah , Imam
Shafie menggunakan pelepah kurma hanya untuk menulis dan akhirnya beliau berjaya
menghasilkan 174 kitab sepanjang hayatnya . Hari ini di Malaysia , Kementerian Pendidikan
telah mengisytiharkan Kolej Komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat .
Berpegangkan kepada salah satu fungsinya iaini dalam melahirkan modal insan melalui
pembelajaran sepanjang hayat . Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad membawa kita
untuk menyedari bahawa pendidikan sepanjang hayat merupakan perkara yang dituntut oleh
islam dan rasulullah , secara tidak langsung mampu mewujudkan individu berwibawa.
Tegasnya , Perjuangan Berteraskan Ilmu Asas Individu Berwibawa

Kedua : Sifat Adil Tonggak Individu Bermutu


Hadirin , Saidatina Aisyah bt Abu Bakar menyatakan bahawa rasulullah begitu bersikap adil
sama ada dalam percakapan atau perbuatan . Dengan keadilan baginda telah menghapuskan
diskriminasi kaum dan semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat arab . Kerana keadilan
juga individu yang berintegriti mampu diwujudkan . Namun 8 Febuari 2019 yang lalu Azman
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SMA NAHDZAH

Karim yang merupakan seorang bekas peguam di Kota Kinabalu telah dihadapkan ke mahkamah
atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan wang kira – kira RM 330 000 , hal ini kerana tidak
menjadikan rasulullah sebagai ikutan . Baginda bersabda
‫اية المنافق ثالثة إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان‬
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga apabila dia berkata dia berdusta , apabila dia berjanji dia
mungkiri dan apabila diamanah dia khianati . Oleh itu sikap adil ini perlu dimulakan dari seorang
pemimpin , apabila pemimpinnya bersikap adil nescaya seluruh rakyatnya akan terdidik untuk
tidak bersikap pecah amanah sejurus melahirkan individu yang berkualiti .
Jelaslah , Sifat Adil Tonggak Kepimpinan Bermutu .

Ketiga : Perpaduan Berasaskan Akhlak Tonggak Kecemerlangan Individu


Sabda nabi s.a.w
‫المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا‬
Orang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan sebuah binaan yang satu sama lain saling
menguatkan . Termeterainya perjanjian hudaibiyah menjadi bukti kepada kita bahawa baginda
nabi amat mementingkan perpaduan . Akhlak sebagai mercu tanda berjaya atau tidaknya sesuatu
masyarakat itu melakukan proses kemajuan ketamadunan . Tanpa akhlak nescaya manusia akan
dipandang hina . Hari ini , Presiden Turki , Presiden Reccep Tayyip Erdogan bangkit menyeru
seluruh pemimpin islam untuk bersatu melalui penerapan akhlak bagi menentang musuh islam .
Jumaat , 15 Mac 2019 dunia menjadi saksi bagaimana 51 nyawa umat isalam di New Zealand
yang tergadai hanya disebabkan retorik anti-islam dan kebencian yang menjurus kepada
pembunuhyan . Oleh itu ,umat Islam perlu bersatu melalui akhlak berhubung kebencian
Islamofobia . Dan inilah yang dilaksanakan oleh baginda nabi dalam membentuk kesatuan
melalui akhlak bagi melahirkan individu yang teguh mempertahankan islam .
Tegasnya , Perpaduan Berasaskan Akhlak Tonggak Kecemerlangan Individu .

Keempat : Perjuangan Berpandukan Al-Quran Asas Individu Berkaliber


Hadirin , kecekapan minda masyarakat merupakan perkara yang utama bagi menjana
kegemilangan tanah air . Buktinya , piagam Madinah yang dirangka oleh Muhammad s.a.w
berpandukan Al-Quran telah melahirkan beribu umat islam yang teguh mempertahankan islam .
Namun berlainan apabila melihat kepada rentetan kejadian-kejadian yang berlaku pada
sesetengah negara hebat Mereka hanya mementingkan kemodenan lantas keinginan yang
membara ke arah materialistik . Contohnya kerakusan Amerika Syarikat yang telah merampas
harta galian minyak milik negara Iraq dan Afghanistan . Hal ini kerana tiadanya kecekapan
minda yang membawa mereka untuk berlandaskan Al-Quran . Baginda nabi bersabda

‫تركت فيكم أمرين لن تضلو ما إن تمسكتم بهما كتاب هللا وسنة نبي‬
Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu
berpegang teguh dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabi . Kita singkap kejayaan
Dato Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti yang merupakan pensyarah di Universiti Oxford United
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SMA NAHDZAH

Kingdom . Individu yang berkelulusan pondok ini telah membuktikan bahawa Al-Quran adalah
ramuan utamanya yang membawa kepada kecemerlangan pendidikan dan akhirnya beliau
dinobatkan sebagai bangsa melayu pertama di dunia yang menjadi tenaga pengajar di universiti
berpestij tersebut .
Jelaslah , Al-Quran Asas Individu Berkaliber .

Konklusinya , sudah terbukti bahawa perjuangan yang berteraskan ilmu , keadilan , perpaduan ,
dan Al-Quran mampu melahirkan individu yang cemerlang yang menjulang tinggi maruah islam.
Akhir kalam marilah sama-sama kita anjakan paradigma dan lompatan saujana bagi membentuk
diri menjadi umat nabi Muhammad yang terbaik kepada agama , bangsa , dan negara .

Sekian , Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai