Anda di halaman 1dari 3

TEKS SYARAHAN:

PEMIMPIN BERAKHLAK NEGARA HARMONI

Assalamualaikum w.b.t..

Sekalung apresiasi buat peneraju acara, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, sekuntum senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang setia bersama loceng
keramatnya, guru-guru pencetus evolusi kemajuan Negara, dif-dif kehormat, tetamu jemputan,
hadirin hadirat, serta para cendekiawan sekalian.

Andai patah sayap rajawali,


Bertongkat jua patik kemari,
B hak autoriti,
Marilah bersama kita terokai,

Tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu “Pemimpin Berakhlak Negara Harmoni”.

Saudara dan saudari,

Sebelum bibir rancak berbicara, izinkan saya terlebih dahulu untuk menefinisikan tajuk syarahan
saya pada hari ini iaitu “Pemimpin Berakhlak Negara Harmoni”

Menurut falsafah Islam secara umumnya, “Pemimpin Berakhlak” adalah seorang ketua yang dilantik
dan bekerja dengan ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-
penyakit hati yang meruntuhkan amalannya seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak
berebut untuk menjadi pemimpin dan menjaga perilakunya berlandaskan syariat Islam agar diredhai
oleh Allah s.w.t.

Negara Harmoni, merujuk kepada negara yang aman dan damai berlandas kepada satu pegangan
yang menjadikan masyarakat jauh daripada persengketaan serta hidup sejahtera bersama-sama.

Saudara saudari yang saya hormati

Hari ini saya akan kongsikan lima kunci utama bagi menguatkan hujah syarahan saya pada hari ini.

Pertama “Pemimpin Berakhlak, Bersendi Keadilan”

Akhlak memainkan peranan yang sangat penting dalam tingkah laku dan kehidupan seseorang
khususnya pemimpin. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia yang bergelar pemimpin
sebenarnya adalah cerminan daripada akhlak dalam dirinya. Sebagaimana menurut iman Al-Ghazali:
“Setiap yang ada dalam hati kita akan dizahirkan melalui anggota badan sehinggalah setiap
pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya”. Maka dengan ini, apabila pemimpin yang adil
menjadi ketua kepada sesebuah negara, pastinya akan melahirkan sebuah negara yang harmoni
tanpa ada iri hati dan hasad dengki antara rakyat di bawah pucuk pimpinannya.

Saudara dan saudari,

Hujah kedua yang berada di bawah kata kunci “Pemimpin Berakhlak, Memegang Amanah , ”

1
Neraca akhlak yang sebati dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai
sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada kesahihan
neraca yang dipegangnya. Jika amanah yang dipegangnya tidak sesekali dirobek, maka baiklah
pertimbangannya, jika sebaliknya, maka sebaliknyalah pertimbangannya. Amanah yang besar
dipegang oleh pemimpin inilah yang akan dilihat dan dinilai oleh rakyatnya demi mengekalkan
sebuah kehidupan yang harmoni dan sejahtera ke atas bumi yang dipijak.

Ketiga “Pemimpin Berakhlak, Berani dan Bermaruah”

Keberanian dan maruah manusia dilihat berdasarkan kerana kebenaran yang dipegang oleh
seseorang. Maka, atas dasar ini, pastinya kebenaran yang dijunjung adalah berteraskan keimanan
pemimpin yang berakhlak. Dengan erti kata lain, keberanian dan maruah ini ibarat pohon yang
bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda rasulullah S.A.W. yang bermaksud: dalam kalangan
mu’minin yang paling sempurna imannya ialah umat yang terbaik akhlaknya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa keberanian dan maruah seseorang pemimpin perlu didasari dengan keimanan
dan akhlak yang terpuji demi meneruskan kelangsungan negara bertuah ini agar terus aman dan
harmoni tanpa sengketa.

Sahabat-sahabat yang saya hormati,

Keempat “Pemimpin Berakhlak, Setia kepada Raja dan Negara”

Akhlak adalah sebagai mercu tanda, kejayaan seseorang pemimpin dalam melakukan proses
kemajuan pembangunan dengan dibantu oleh rakyatnya. Tanpa akhlak nescaya pemimpin akan
berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Malah, nilai
egois akan mulai menggunung jika dia lupa kepada siapa yang menjadikannya sebagai khalifah di
muka bumi ini. Pemimpin yang berakhlak dan beriman pastinya akan meletakkan usaha dan kerja
kerasnya sebagai jihad di jalan Allah bagi memperjuangkan nasib rakyatnya demi mencapai kejayaan
bersama-sama. Pemimpin yang berjihad di jalan Allah ini pastinya tidak akan melupakan
tanggungjawabnya dalam meletakkan kesetiaan kepada raja dan Negara.

Yang terakhir “Pemimpin Berakhlak, Tinggi Keperibadiannya”

Aspek keluhuran dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi fokus yang utama oleh
pemimpin yang inginkan kesejahteraan rakyatnya dalam melakukan setiap agenda perubahan. Hal
ini kerana akhlak adalah pemangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Iman As Syahid
Hassan Al-Banna iaitu, akhlak ialah “tongkat perubahan”.

Saudara dan saudari sekalian,

Rasulullah telah menjadi role model buat kita sebagaimana firman allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya telah ada pada rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu" (Surah Al-ahzab :
21)
Maka sudah terbukti dengan iman yang sempurna akan mencorakkan akhlak yang terpuji, tinggi
keperibadiannya.

Saudara saudari generasi kelas pertama,

2
Akhir kalam sabda Rasulullah s.aw.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal dalam setiap kepimpinannya
iaitu setiap perkara yang kamu lakukan di atas muka bumi ini.

Perkara yang paling penting, ayuh kita semaikan akhlak mulia dalam diri kita, keluarga kita, dan
masyarakat kita agar kelak, kita dapat membina sebuah masyarakat yang mampu melahirkan
pemimpin hebat, dunia dan akhirat. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini ,saya akan
ungkapkan serangkap pantun,

Daun selasih permainan budak,


Bunga melur berbau wangi
Bartaut kasih bercerai tidak
Panjang umur berjumpa lagi

Sungai kususur di petang hari,


Sebelum kelam berlabuh akan,
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap dimaafkan

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai