Anda di halaman 1dari 10

Objektif :-

I.

Memupuk minda kreatif pada peringkal awal dari bayi hingga ke peringkat Pengajian Tinggi Ciri ciri inovasi yang kreatif yang dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan berkeupayaan untuk mencipta sesuatu yang baru Cara cara memupuk pemikiran kreatif dan inovatif

II.

III.

Pendahuluan

Minda yang kreatif amat penting dalam kehidupan ia dapat menjana sesuatu yang baru. sesuatu tamadun bergantung kuat pada perubahan baru yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah pemerintahan yang tidak dapat menjana sessuatu yang baru dianggap lemah. Dalam kehidupan manusia kita tidak dapat lari dengan sesuatu yang baru disinilah minda yang kreatif diperlukan. Manusia menggunakan akal untuk berfikir kreatif tentang cara hendak menyelesai masalah dan membuat keputusan. Ketika bayi lagi manusia telah berfikir tentang cara hendak memenuhi keperluan. Aktiviti berfikir difahami melalui pemerhatian tingkah laku bayi. Tingkah laku bayi pula bergantung kepada tahap keupayaan dan kematangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dilahirkan normal mempunyai potensi kreatif tetapi tahap kekreatifan agak berbeza antara satu sama lain. Perbezaan tahap kekreatifan yang ada pada kanak-kanak adalah disebabkan oleh keupayaan mental yang berbeza-beza kerana mewarisi genetik yang berlainan, melalui pemupukan dan latihan membolehkan interaksi unsur genetik dengan unsurunsur persekitaran. Akhirnya membentuk pelbagai watak, nilai, sikap dan jenis tenaga manusia. Perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah berfikir biasa yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai. Selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dalam kalangan pelajar, institusi sekolah dipertanggungjawabkan menyedia peluang untuk berinteraksi, mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dalam proses pendidikan seterusnya menentukan keberkesanan pencapaian matlamat pendidikan. Di samping itu, nilai masyarakat terhadap pendidikan, peruntukan sumber dan infrastruktur, kompetensi, sikap pelajar dan guru, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan serta kadar aliran maklumat turut menentukan pencapaian matlamat-matlamat tersebut. 1|Page

1.0

Definisi dalam Al-Quran

Secara tepatnya konsep pemikiran kreatif dalam Islam berpaksikan kepada panduan Allah dalam Al-Quran yang disampaikan secara indah dan segera mendorong manusia untuk berfikir secara kritis dan kreatif.Banyak contoh-contoh diberikan dan dipaparkan agar manusia terus berfikir, merenung, melihat, menyaksikan dan membuat perbandingan. Allah SWT mengajak manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan dalam memikirkan ciptaan Allah dan jangan memikirkan zat Allah kerana manusia tidak akan mampu memikirkan tentang zat Allah. konsep tafakkur sebagai langkah awal dalam pemikiran kreatif, diberikan enam syarat kaedah berfikir kreatif dalam Islam, penjelasan Al-Quraan mengenai berbagai gaya berfikir, konsep ijtihad sebagai kekreatifan Muslim, dan membuat sedikit integrasi antara kaedah pemikiran kreatif Islam dan Barat. Ini semua dipaparkan bagi membantu umat Islam yang inginkan mendalami kaedah berfikir, berinovasi dan berkreatif menurut kehendak Islam semoga dalam masa yang tidak begitu lama kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam zaman dahulu ketika lahirnya Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan sebagainya.

1.1

Definisi dari segi kamus

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi.Ia melibatkan: Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian. Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

2|Page

2.0

Penekanan dalam Islam

Di dalam bahasa Arab, perkataan berfikir merujuk kepada kalimah tafakkur. Seorang ulama bahasa Arab, al-Fairuzabadi menerangkan al-fikr (berfikir) sebagai tindak balas fikiran seseorang.al-fikr dan al-tafakkur membawa makna yang sama maksud. Ibnu al-Manzur pula mencadangkan kalimah tafakkur sebagai altafkir.Manakala al-Jauhari mendefinisikan tafakkur sebagai mendiamkan diri sambil berfikir.Terdapat beberapa kalimah yang membawa maksud berfikir yang terdapat di dalam al-Quran. Malik Badri, seorang pakar psikologi Islam mendefinasikan tafakkur sebagai perkataan yang mempunyai maksud yang lebih mendalam berbanding kalimah tafkir. Tafakkur menjadi penghubung yang dipanggil sebagai Itibar dalam kehidupan manusia dengan pencipta mereka. Oleh itu, tafakkur juga boleh dianggap sebagai pemberi motivasi kepada orang-orang yang beriman untuk terus beriman kepada Allah.. Hakikatnya, Islam amat menggalakkan umatnya berfikir. Malik Badri, mengkategorikan tiga peringkat Tafakkur.Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir, antaranya ialah; tafakkur, taakul, taabbur, tazakkur dan tadabbur.Manakala terdapat juga istilah asalnya sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya ialah bashara, nadzara dan samia.

tafakkur (memikirkan) Katakanlah : Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga menngatakan bahawa aku seorang malaikat.Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku.Katakanlah : Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? maka apakah kamu tidak memikirkannya. (Al-Anam : 50) taakul (mengguna akal) Mengapakah kamu suruh orang lain berbuat baik, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu mengguna akal . (Al-Baqarah : 44) 3|Page

taabbur (memerhati dengan teliti) maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan. (Al-Hasyr : 2)

tazakkur (mengambil peringatan) Dan dia dibantah oleh kaumnya.Dia berkata Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari malapetaka) itu.Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu.Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan? (Al-Anam : 80)

Tadabbur (mempertimbangkan) Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam alQuran (An-Nisa : 82)

Bashara (memperhatikan) Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Kami menghalau (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya menjadi makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan. (As-Sajdah : 27)

Nadzara (Melihat) Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan. (Al-Ghasyiah : 17)

4|Page

3.0

Kesan baik dan buruk minda kreatif

Minda yang kreatif dapat mengubah sesebuah negara dari sudut teknologi. Jika meraka dapat menangani suatu permasalahan dan dapat menghasilkan sesuatu teknologi dengan menggunakan minda yang kreatif dan inovatif. sesuatu peralatan yang baru, lahir dari minda yang kreatif dapat mengurangkan tenaga kerja manusia dan ia juga dapat mencepatkan lagi proses sesuatu kerja. Seperti revolusi pertanian di eropah contoh terhasilnya kereta api kapal stim kapal terbang.

3.1

Terhadap negara

Melahirkan sesuatu pemerintah yang dapat membangunkan infrastruktur negara yang lebih baik kerana kepelbagaian dalam pemikiran para-para pemerintah. Ia juga dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah negara dengan lebih baik. Permasalahan negara dapat diselesaikan dengan adanya mereka ini. Pelbagai sektor-sektor juga dapat membangun dengan lebih pesat. Jika negara dipimpin oleh pemerintah yang tidak dapat mengeluarkan idea, permasalahan yang timbul tidak dapat diselesaikan ini akan menyebabkan pengaruh-pengaruh luar senang mengambil kesempatan. Pembangunan infrastruktur seperti sekolah, perpustakaan, bangunan kerajaan, hospital tidak dapat dibangunkan jika negara menghadapi masalah didalam sistem pemerintahan.

3.2

Terhadap ekonomi

Pertanian memainkan peranan penting dalam sesebuah Ekonomi. Penciptaan sesuatu alat yang baru dapat memudahkan petani, para pekerja buruh dan mencepatkan lagi masa. Ini akan menyebabkan hasil tanaman bertambah. Hasil tanaman yang banyak boleh dieksport ke luar negara dan ia memberi kesan besar pada ekonomi. Penghasilan mesin-mesin di kilang dapat mengurangkan tenaga kerja buruh kasar. Masa yang cepat dan kepuasan hati pelanggan dapat membantu ekonomi secara langsung.

Jika alat-alat ini tidak dicipta manusia tidak dapat membuat kerja dengan pantas. Sejarah manusia menunjukkan tamadun yang berjaya hasil dari penciptaan alatan yang

5|Page

dapat digunakan manusia dalam memburu binatang, bercucuk tanam, bergerak dan berperang. Hasil dari penciptaan alatan menyebabkan tamadun itu ekonomi yang bagus.

3.3

Terhadap masyarakat

Apabila masyarakat berfikiran kreatif mereka lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru, ini akan menyebabkan kepelbagaian idea. Mereka dapat menerima sesuatu yang baru dan dapat menilai baik dan buruk. Masyarakat yang tidak dapat menerima sesuatu yang baru tidak maju seperti kaum primitif yang hidup berjauhan dengan masyarakat yang lain.

3.4

Terhadap diri

Sesorang yang dapat melahirkan idea yang baru dan menggayakan sesuatu yang baru dapat menyelesaikan sesuatu dengan lebih menarik. Pandangan-pandangannya dapat membantu orang lain.seperti saintis-saintis mereka dapat memikirkan sesuatu yang dapat menolong orang ramai hingga ke zaman ini. Produk yang mereka hasilkan atas dasar pemikiran yang berani mencuba sesuatu dan baru dan bagi menyelesaikan masalah-masalah manusia. Jika kita berfikiran kreatif kita tidak dapat member idea-idea yang baru dan kita akan lebih suka mendengar arahan dari orang lain.

6|Page

1.0

Peranan memupuk minda kreatif dari :-

1.

Peranan keluarga Tugas ini seterusnya perlu dipikul oleh ibu bapa.Semasa anak-anak mereka masih kecil, ibu bapa perlu membeli alat-alat mainan yang boleh mengembangkan kemahiran kreatif dan inovatif anak mereka.Permainan seperti Lego amat sesuai untuk kanak-kanak.Dengan menggunakan bongkah-bongkah plastik ini, kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan, robot, dan sebagainya.Kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan unsur kreativiti dan inovasi dalam diri anak mereka sejak mereka kanak-kanak lagi.

2. Peranan badan bukan kerajaan - Pihak swasta khususnya sektor perindustrian juga perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif menuntut rakyat kita supaya terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan Oleh itu, sektor swasta harus menggiatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan kaki tangan mereka.Sejumlah wang sepatutnya diperuntukkan untuk penyelidikan dan pembangunan.Sebagai contoh, durian tidak dapat dieksport ke Singapura kerana faktor pencemaran.MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas durian dan akhirnya para penyelidik berjaya menghasilkan serbuk durian yang boleh dibungkus dan dieksport bukan sahaja ke Singapura malah ke luar negara.Pengguna hanya perlu mencampurkan serbuk durian dengan air dan mereka dapat menikmati durian.Serbuk ini pula boleh tahan dalam tempoh masa yang lama.Oleh itu, pihak swasta perlu mencontohi MARDI dalam menghasilkan barangan yang berkreatif dan inovatif.Kata peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

7|Page

3. Peranan kerajaan -Seterusnya, kerajaan memainkan peranan yang penting. Dalam hal ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Karnival Malaysia Inovatif di seluruh negara yang bertemakan Meraikan Kreativiti.Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan rakyat di negara ini.Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar-pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan kerajaan dan pihak swasta.Tindakan ini amat dialau-alukan oleh semua pihak.Walau bagaimanapun, adalah harapan semoga usaha seumpama ini dapat dijalankan secara berterusan dan jangan bersifat hangat-hangat tahi ayam.

4. Peranan sekolah/IPT

-Faktor utama yang memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif ialah sistem pendidikan negara kita. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, kurikulum sekolah telah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman.Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap kemahiran yang telah ditetapkan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup, Reka Cipta, Teknologi Maklumat, Mata pelajaran Vokasional seperti landskap, perabot, katering dan sebagainya menggalakkan pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka. Selain itu, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah merentasi kurikulum.Guru-guru digalakkan melatih pelajar untuk berfikir. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat MARA, dan sebagainya untuk melatih para belia menguasai kemahiran dan menjadi pekerja mahir yang berkreatif dan inovatif. Jelaslah institusi pelajaran ialah institusi yang paling sesuai untuk melatih dan melahirkan insan yang berkreatif dan inovatif

8|Page

2.0 Cara-cara menjadi minda yang kreatif

Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup. Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan pelajar kita perlu mendalami kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar menjadikan pelajar sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu yang baru sama ada baru secara mutlak atau relatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif adalah hasil didikkan dan bimbingan berterusan serta tunjuk ajar daripada pendidik yang juga memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif. Cara cara menjadi minda kreatif -.Peka pada Alam Semula Jadi -.Berfikir di luar kotak -.Menyelesaikan sesuatu perkara dengan pelbagai cara :contoh - corak,gaya dll. -.Mencari Pelbagai info yang terbaru dan gabungkan -Memikirkan melalui gambar,garisan,bentuk,angka 3D,anime HD termasuk Cort -Mencipta Satu Peta minda berbagai berbentuk -Mempercabangkan idea-idea -Mempergabungkan idea-idea yang sesuai -Mengatur Maklumat dengan bergambar -Mencipta satu Formula dalam Bentuk garisan,gambar,angka,teknik Pyramid dll

9|Page

Penutup

Akhir sekali, kita tidak boleh menidakkan peranan para pendidik dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan hal ini, para pendidik di seluruh negara sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), termasuk kolej dan institusi kemahiran harus menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran pertama ialah mempertingkat profesionalisme. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Seterusnya, suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para

pendidik.Cabaran kedua ialah kemahiran dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Pembestarian sekolah dan Schoolnet hendaklah dihargai dengan menggunakan segala kemudahan semaksimum mungkin untuk melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.Cabaran ketiga ialah budaya fikir dan berakhlak.Pendidik yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian berkaitan kekeluargaan, komuniti, ekonomi dan sebagainya untuk mencari

penyelesaian.Oleh itu, pendidik yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang yang boleh berfikir secara kritis dan berinovasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Intihanya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran baru serta peka kepada kepedulian sosial, keadilan sejagat dan solidariti antarabangsa. Kata peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Kita perlu ingat bahawa generasi muda hari ini perlu mempunyai daya saing untuk berhadapan dengan globalisasi dan seterusnya negara kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

10 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai