Anda di halaman 1dari 4

Tidak membahayakan dan tidak pula mengundang bahaya ialah prinsip Islam

Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :



Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh
mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).
hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi.
Ramai orang hari ini terlupa untuk merujuk kepada Islam di dalam kehidupan
mereka sehingga tanpa disedari setiap langkah dan saat yang mereka lalui
dipenuhi dengan pelbagai kesalahan dan kemudharatan yang berpanjangan baik
kepada diri mereka sendiri juga kepada orang yang disekeliling.
Hadis di atas telah diterima oleh para fuqaha dan dijadikan sebagai salah satu
usul kaedah di dalam syariah Islamiyah bagi menetapkan pelbagai hukum dan
fatwa penting.
Tidak boleh melakukan kemudharatan kepada orang lain
Islam menolak sebarang bentuk kemudharatan baik kepada diri sendiri atau pun
dilakukan kepada orang lain. Kemudharatan itu di definisikan sebagai melakukan
sesuatu yang mengurangi, merugi, menyakiti, menyusahkan, menyulitkan,
menghilangkan, menyedihkan, meninggalkan
Kamus Inggeris pula menyatakan mudharat itu bermaksud Disadvantage, harm,
injury, to fail, to miscarry.

Apa-apa bahasa pun, maka setiap apa yang menjadi sebab dan punca kepada
wujudnya kemudharatan kepada agama Islam dan manusia lainnya dan diri
sendiri ialah terlarang.
Hal ini perlu dilihat di dalam kaedah syarak yang menetapkan bahawa hendaklah
tiada kemudharatan berlaku kepada Agama, nyawa, akal , maruah dan harta
seseorang maka melakukan kemudharatan yang maksudnya seperti disebutkan
di atas adalah dilarang di dalam Islam serta perlu dicegah.
Hukum melakukan kemudharatan kepada diri sendiri dan orang lain adalah
haram dan termasuk perbuatan zalim.
Allah SWT befirman : Kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang
zalim dengan siksaan hari yang pedih (kiamat)." (Az-zukhruf : 65)
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada
manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu
mendapat azab yang pedih. (As-syura : 42)
Banyak lagi ayat dan dalil yang menyatakan keharaman berlaku zalim dan
larangan memudharatkan orang lain tanpa hak.
Contoh perbuatan yang zalim dan memudharatkan diri dan orang lain :
1. Maslahat Agama Syirik, khurafat, dosa, maksiat, fitnah, hasad, dll
2. Maslahat Nyawa Mendera diri dan orang lain (termasuk MENDERA ANAK dan
ISTERI), memandu laju, melakukan aktiviti yang membahayakan nyawa sendiri
dan orang lain.
3. Maslahat Akal Minum arak, menghisap dadah, melakukan aktiviti yang
merosakkan akal
4. Maslahat Maruah Pergaulan bebas, dayus, zina, dll
5. Maslahat Harta Mencuri, merosakkan harta, vandalisme, dll
Tidak boleh pula mengundang kemudharatan
Kemudharatan juga tidak boleh dilakukan dengan alasan hendak menolak
bahaya yang sedia ada kecuali bahaya tersebut terlalu besar dan sudah tiada
cara lain untuk menolaknya namun hendaklah dipastikan bahawa kemudharatan
yang hendak dilakukan itu tidak akan melebihi bahaya dan kemudharatan yang
sedang menimpa.
Teladan dalam hal ini dipertunjukkan oleh Al-Quran melalui kisah Balqis, apabila
beliau membuat keputusan untuk mendatangi menghadap Nabi Sulaiman bagi
mengelakkan berlakunya kemudharatan dan bahaya kepada negaranya.
Firman Allah SWT : Dia (Balqis) berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila
memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan
menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah

yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirim


utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan)
menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu. (AnNaml : 34-35)
Tindakan bijak Balqis disebut di dalam Al-Quran sehingga akhirnya membawa
kepada keIslaman Balqis dan penyerahan kerajaannya kepada Nabi Sulaiman
as. Banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perihal-perihal yang
seumpama itu dalam bab mencegah kemudharatan dan usaha bagi
mengelakkan diri daripada kebahayaan.
Al-Quran juga menyebut : "Jangan kamu mencampakkan diri kamuke
dalam kebinasaan." (Al-Baqarah : 195)
Juga termasuk mengundang kemudharatan apabila seseorang itu mendedahkan
dirinya kepada bahaya tanpa alasan syarak dan hal tersebut ialah berdosa
sekalipun dia tidak melakukan kemudharatan itu tetapi mendedahkan dirinya
kepada perbuatan mudharat itu sendiri ialah haram.
Firman Allah SWT : Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah bahaya
disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka
sendiri. (Ar-Rum : 36)
Kaedah syarak ini menjadi asas penting di dalam keputusan dan tindakan
seorang Muslim bagi memastikan mereka semuanya dapat memelihara
kewajipan syarak dan melaksanakan tugas sebagai hamba Allah SWT dan dalam
masa yang sama juga kebajikan mereka sebagai manusia tetap terpelihara.
Antara contoh Aplikasi Kaedah ini di dalam kehidupan
1. Mengutamakan maslahat ramai melebihi maslahat individu dan tidak
mengorbankan kepentingan ramai demi kepentingan pihak yang sedikit
2. Tidak mengundang bahaya dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak
beragama dengan alasan mahu mengubahnya atau mahu membentuknya
sedangkan peratusan kegagalan adalah sangat tinggi.
3. Tidak bertegang leher dan bergaduh dalam masalah furu dengan menjaga
ukhuwah dan perpaduan yang lebih penting dan besar
4. Tidak boleh merawat sakit yang sedikit dengan rawatan yang mengakibatkan
risiko dan memberikan mudharat yang lebih besar kepada pesakit
5. Tidak mencari pasal dan mencari musuh
6. Menggelakkan sebarang bentuk bahaya dan mudharat serta tidak
mendedahkan diri mencari bahaya
7. Merahsiakan perkara-perkara yang sulit dan tidak bermanfaat untuk
disebarkan agar mengelakkan berlakunya mudharat

Anda mungkin juga menyukai