Anda di halaman 1dari 3

Implikasi Kahwin Muda

Pada zaman pra merdeka, menamatkan zaman bujang seawal usia 14 tahun bagi wanita dan
18 tahun bagi lelaki bukan satu perkara yang asing, malah sesuatu yang lumrah di kalangan
semua kaum.
Andai ada bunga di taman yang lewat disunting dan andai ada kumbang yang masih
bersendirian, nescaya pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis akan menjadi habuan.
Trend itu bagaimanapun berubah selepas negara merdeka. Anak muda mula berlumba-lumba
memantapkan diri masing-masing, khususnya daripada aspek ekonomi dan pendidikan.
Berkahwin lewat bukan lagi satu perkara memalukan sebaliknya lumrah dan semakin
diterima masyarakat.
Namun, di zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali sebagai satu gaya hidup.
Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM)
mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat
khususnya di kalangan orang Melayu.
Berpandukan kepada kajian itu, pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti
sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda itu.
Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap satu jalan penyelesaian oleh
pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar.
Budaya dan adat resam Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan semula
kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang lambat
bertemu jodoh.
Sering kali mereka dilabel dengan pelbagai gelaran seperti andartu (anak dara tua), tak laku
atau lebih sinis lagi, kena mandi bunga
Dalam konteks itu, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam
usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu
mementingkan darjat, susur galur dan agama.
Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak. Pertama,
kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan kedua,
bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk
mengurangkan beban.
Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib
mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global.
Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat perkahwinan akan
menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada
usia muda.

Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa
percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga.
Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing
diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan.
Kajian itu yang diselenggarakan Pakar Pediatrik Komuniti Pusat Pengajian Sains Perubatan
USM, Dr Amaluddin Ahmad juga mendapati agama bukan faktor penyumbang kepada trend
terbabit.
Pendapat yang mengaitkan agama sebagai faktor tunjang trend berkenaan sebenarnya hanya
omongan kosong masyarakat zaman dahulu yang berlatarbelakangkan kepada fahaman
konservatif serta kepercayaan kolot.
Jika dihalusi, semua agama menggalakkan penganutnya melayari alam perkahwinan apabila
bersedia secara mental dan fizikal selain yakin mereka mampu menzahirkan keluarga bahagia
dan sempurna.
Adalah amat ketara perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu
berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini.
Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan
dibelenggu nafsu semata-mata.
Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum itu
pada usia muda lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini.
Lain halnya dengan kaum Cina yang ternyata lebih cenderung untuk menamatkan zaman
bujang pada usia melebihi 25 tahun. Kaum itu yang begitu taksub dengan kedudukan
ekonomi menyebabkan mereka memberi keutamaan kepada usaha mengukuhkan aspek
kewangan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Ada antara mereka yang lebih
mementingkan kerjaya dan pelajaran daripada perkahwinan.
Tidak terkecuali dengan kaum India yang lebih gemar menamatkan zaman bujang ketika usia
matang dan amat mementingkan kedudukan ekonomi masing-masing sebelum memilih
mendirikan rumah tangga.
Tidak dapat dinafikan sama sekali perkahwinan di usia muda mendatangkan pelbagai
implikasi sama ada ke atas diri pasangan terbabit, keluarga terdekat mahupun keluarga yang
bakal didirikan.
Kajian Kesihatan Keluarga Kebangsaan 1998-99 mendapati 39 peratus daripada remaja yang
berkahwin dalam lingkungan umur 15-19 tahun mengalami kekurangan tenaga yang kronik,
manakala 56 peratus lagi mengalami anemia.
Bayi yang dilahirkan oleh golongan itu juga berisiko tinggi dengan kadar kematian bayi 60
peratus lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia 20-29 tahun.
Lazimnya pasangan muda itu tidak dapat menerima tekanan dan tidak pula tahu mengurus
rumah tangga. Keadaan lebih sukar apabila pasangan itu tidak matang.

Apabila terjebak dengan konflik yang tidak pernah diduga, ramai yang memilih perceraian
sebagai jalan penyelesaian mudah, sekali gus mengundang kepada peningkatan kadar
perceraian di negara ini.
Ini secara tidak langsung juga memberi kesan kepada perkembangan masyarakat dan negara
selain membawa kepada pelbagai gejala sosial, khususnya di kalangan remaja.

Kebaikan kahwin muda


1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat
Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang
ramai di hari akhirat nanti.
2. Dapat menjauhkan diri dari zina.
3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala social.
4. Membantu memberi ketenangan hidup yang semaksima.
5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu melakukan ibadah

Keburukan kahwin muda


1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan
tentang ilmu rumahtangga.
2. Rasa diri masih bujang.

Anda mungkin juga menyukai