Anda di halaman 1dari 3

ISL M5 Pelajar dikehendaki menilis secara ringkas mengenai falsafah pendidikan mereka sendiri.

Penulisan itu harus mengandungi tujuan pendidikan, kehendak masyarakat,kehendak pelajar, peranan guru. Pengertian falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermakna pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Pendidikan pula dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada dari sudut mana ia dilihat. Falsafah pendidikan terhasil apabila persoalan yang saling berkaitan antara falsafah dan pendidikan semata-mata. Oleh itu, falsafah pendidikan amat penting untuk mencari jawapan kepada semua persoalan yang dikemukakan. Bagi saya, Falsafah Pendidikan adalah satu usaha dan pengajaran dalam melaksanakan dan membentuk seseorang menjadi pembimbing serta

pembentuk negara untuk masa akan datang berteraskan pengalaman manusia. Pendidikan perlu dikuasai agar melahirkan seorang individu yang cemerlang dari sudut ilmiah dan akhlak untuk menjadi seorang pemimpin. Seseorang pemimpin juga perlu menjadikan pengalaman orang yang terdahulu sebagai garis panduan dalam mentadbir kehidupan dan negara dalam menjadikan kehidupan yang harmonis dan berdaya saing. Kita dapat jadikan pengalaman yang baik sebagai satu teladan manakala pengalaman yang buruk sebagai satu tekanan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa berusaha mencapai matlamat yang diingini. Tujuan falsafah pendidikan mengikut pendapat saya adalah untuk menjadi garis panduan bagi hala tuju sesuatu pendidikan itu. Sebagai seorang pembimbing,kita harus mengetahui manakah batas-batas pelajaran yang boleh diajar dalam kelas. Hal ini berkaitan bagi menjaga sensitiviti perkauman dan halhal lain yang dianggap sensitif seperti hal politik. Tambahan lagi, falsafah dibuat untuk menjadikan sesuatu yang baik bertambah baik. Sepertimana yang kita tahu, kita tidak mampu untuk berfikir

dengan sempurna. Kita perlu memperbaiki kesilapan yang telah berlaku untuk menjdikan pengalaman pada masa akan datang. Tujuan falasafah ialah menyatukan aktiviti pendidikan supaya tidak mempunyai perbezaan antara sesebuah tempat dengan tempat yang lain. Contohnya, antara sekolah di kawasan pedalaman dan sekolah di bandar menggunakan falsafah pendidikan yang sama. Ini dapat mengurangkan jurang antara dua sekolah yang berbeza. Kehendak masyarakat dalam falsafah pendidikan amat dititikberatkan. Hal ini kerana ibu bapa dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi terhadap penddikan untuk menjamin kesejahteraan akan datang. Pendidikan diharapkan untuk mengubah dan membaiki ia. Pendidikan juga dipandang tinggi dalam memupuk nilai moral masyarat. Setiap masyarakat mewarisi pelbagai budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Dalam fungsi pendidikan bukan hanya memelihara budaya sahaja bahkan berperanan dalam mengembangkan potensi-potensi yang ada pada individu masyarakat supaya seiring dan setanding dengan masyarakat negara maju yang lain. Jika kita meninjau pada zaman kerajaan Yunani, rakyat Sparta hanya mempunyai matlamat unuk mempertahankan negara mereka. Oleh itu, masyarakat tersebut diberikan pendidikan selaras dengan kehendak mereka. Bagi matlamat perkembangan individu pula, tujuannya dikiatkan dengan maksud hidup. Seseorang individu mempunyai potensi semulajadi yang dipupuk untuk menjadi individu yang mempunyai individu yang mempunyai keistimewaan sendiri. Pendidikan bertujuan memperkembangkan individu kerana ingin melahirkan individu yang hidup dengan sepenuh daya tanpa berasa putus asa dalam kehidupan. Rousseau berpendapat bahawa pendidikan hendaklah memusatkan usaha terhadap kesuburan individu bagi mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Dengan itu, akan berlaku percambahan penumpuan bagi setiap individu. Contohnya, bukan semua orang hanya berfikir hanya mendapatkan keuntungan dan faedah sendiri sahaja. Apa yang

dimaksudkan adalah membentuk individu yang beridentiti dan bermatlamat hidup untuk bekerjasama dengan masyarakat. Guru amat memainkan peranan untuk merealisasikan falsafah pendidikan. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Dengan ini, segala apa persoalan yang diutarakan oleh anak murid dapat dijawab oleh guru dengan sebaik mungkin walaupun tidak terhad kepada pengetahuan mengenai mata pelajaran sahaja. Selain itu, jika mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan, guru dapat mengembangkan individu pelajar dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisplin. Individu merupakan satu pendekatan yang besar faedahnya kepada masyarakat.

ANG PEI CHYI 1PISMP PC 4.2.2013 11.30am - 12.30pm Sumber Siri Pendidikan Guru Falsafah & Pendidikan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai