Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Lawatan ke Escape Park

Pada awal pagi 26/3/2015, kelas kami telah berkumpul di garaj


IPGKTB untuk mengadakan lawatan sambil belajar di Escape Theme Park.
Selepas saya telah mengunjungi ke tempat ini, saya telah membuat refleksi
dalam diri sendiri saya.

Pertama, sebagai seorang ahli jawatankuasa dokumentasi, tugas saya


adalah mengambil gambar dan merekod maklumat penting pada hari
tersebut. Saya telah menjalankan tugas dengan baik bersama dengan rakan
saya. Pihak pengurusan di Escape Park telah memberi taklimat tentang
keselamatan, pengurusan yang secara ringkas tetapi telahpun menimba
pengetahuan kita. Selain itu, mereka juga membuat pertunjukan Aerobat
yang sungguh menarik. Selepas itu, kita telah memberi cenderahati kepada
pihak pengurusan sebagai penghargaan.

Sebagai seorang peserta ataupun pemain di dalam Escape Park


mestilah bersikap berani. Asalnya, saya berasa diri saya agak berani tetapi
selepas sesi Aerobat, saya telah berasa takut kepada acara-acara yang di
dalam taman tema ini. Walaubagaimanapun, saya telah digalakkan oleh
rakan saya supaya terus menjalankan aktiviti yang lebih mudah dahulu.
Dengan penuh semangat, saya dan rakan saya Ooi, telah mulakan aktiviti
kami dengan penuh ketakutan. Dalam proses ini, saya telah mengalami
banyak rintangan intrapersonal, tetapi saya berasa gembira kerana akhirnya
saya dapat lakukan banyak aktiviti yang agak menyeronokkan.

Pada diri saya, kepercayaan antara diri dan rakan amat penting. Dalam
kehidupan masing-masing mestilah mempunyai perkara yang tidak berani
untuk melakukan. Melalui lawatan ini, saya telah percayai bahawa jikalau kita
cuba sebelum mengatakan bahawa kita tidak dapat melakukan ia mestilah
sesuatu yang patut diraikan. Apa-apa sahaja yang kita alami haruslah kita
cuba mengatasi dan bukan sahaja mulut katakan tidak atau saya tidak boleh

lakukan. Belum cuba belum tahu kita itu berbakat. Yakin kepada diri dan
mempercayai kepada rakan saya adalah hadiah saya bawa balik dari sana.

Kelemahan saya adalah kurang yakin dan cepat putus asa. Justeru itu,
saya berasa sikap yang negatif ini saya akan mengubah selepas ini agak
dapatlah seseorang diri yang lebih aktif, positf dan bertanggungjawab. Berani
menjejak kaki pada langkah pertama ia akan menghadiahi kita segala
kejayaan. Kejayaan ini tidak dapat dibeli dengan wang sama seperti masa
yang mengharungi kesusahan dengan rakan tidak dapatlah dibeli dengan
wang.

Pengajaran yang saya dapat belajar dalam proses ini adalah di mana
kita jatuh di mana kita bangkit, sekiranya dilimpuhi dengan rintangan dalam
kehidupan mestilah berani menghadapinya. Apabila cuba untuk mengatasi
kelemahan atau rintangan tersebut, kita mestilah mempunyai peluang untuk
mendapatkan kejayaan. Jikalau kita telah putus asa di perjalanan kejayaan,
kita akan mengalami kegagalan dalam kehidupan kita yang seterusnya.

Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak melalui


lawatan ini, pengalaman ini akan saya ingat sampai akhir hayat. Semua
perasaan gembira, terharu, telah menghapuskan keletihan saya. Saya
bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat ke tempat ini dan di sisi saya
sentiasa mempunyai rakan yang memberi bantuan kepada saya pada
semasa ke semasa dalam kehidupan saya. A friend in need is a friend
indeed.

Ang Pei Chyi

Anda mungkin juga menyukai