Anda di halaman 1dari 2

2.

1 Merancang strategi pelaksanaan


Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah akan saya jalankan di
Sekolah Kebangsaaan Raja Muda Musa di Kuala Kangsar. Saya telah
merancangkan aktiviti yang hendak dilakukan lebih awal supaya Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dijalankan dengan lancar.
Untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti PBS, saya telah
menggunakan keempat-empat cara supaya mendapat maklumat yang
mencukupi. Antara cara-cara tersebut adalah cara temu bual, cara soal selidik,
cara senarai semak dan cara pemerhatian.
Cara temu bual akan saya gunakan kerana cara ini dapat
mengumpulkan maklumat yang lebih lanjut dan teliti. Tetapi setiap cara yang
hendak digunakan juga mempunyai keburukan tersendiri. Keburukan cara
temu bual adalah kami haruslah membuat temu janji dengan orang yang ingin
ditemu bual sebelum cara tersebut ini dijalankan. Untuk mendapat maklumat
yang lebih lanjut, saya mengambil keputusan untuk bertemu bual dengan
guru besar SK Raja Muda Musa kerana beliau merupakan seorang yang
paling berkuasa di dalam sekolah tersebut. Saya telah membuat temu janji
dengan guru besar sehari sebelum aktiviti temu bual dijalankan. Selain itu,
soalan-soalan yang ingin dikemukakan juga telah disediakan terlebih dahulu
supaya aktiviti temu bual dapat dijalankan dengan lebih lancar. Sekiranya
guru besar sekolah tersebut dalam kesibukan, saya akan menjalankan temu
bual dengan guru-guru lain yang sudi menerima temu bual.
Cara soal selidik juga saya gunakan untuk mendapat maklumat yang
lebih banyak dan lanjut. Saya telah menyediakan satu set soalan soal selidik
yang akan dijawab oleh murid-murid sekolah tersebut. Cara ini akan lebih
menfokuskan kepada murid-murid di sekolah.
Selain itu, saya juga menggunakan cara senarai semak. Kertas senarai
semak telah saya sediakan dahului sebelum melaksanakan aktiviti PBS. Dua
set senarai semak telah disediakan. Salah satu adalah lebih umum, iaitu
fokuskan persekitaran sekolah dan yang satu lagi adalah untuk mengumpul
maklumat-maklumat seperti dari aspek kebersihan, keselamatan, sosial
budaya sekolah, kelengkapan dan sebagainya supaya dapat dilihat dengan
lebih jelas keadaan sekolah. Cara ini turut lebih memfokuskan terhadap
persekitaran sekolah.
Begitu juga, cara pemerhatian digunakan kerana maklumat-maklumat
yang dikumpul dan diperoleh melalui pemerhatian adalah lebih tepat dan
benar. Saya membawa kamera untuk menangkap gambar supaya dapat
menjadikan sebagai bukti pemerhatian. Cara pemerhatian paling banyak
digunakan kerana ia dapat memfokuskan kesemua tugasan yang perlu
dijalankan, malah menjimatkan masa dan prosedurnya lebih mudah.
Diharapkan kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu saya
menjalankan tugasan-tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan
lancar, malah dapat menimba pengetahuan dan pengalaman saya supaya
menjadi bakal guru yang cemerlang dari pelbagai aspek pada masa depan
nanti.

Anda mungkin juga menyukai